Hari Malaysia 2016-COWAY Di Sungai besi

05:35:00

 16 September,adalah hari cuti umum di Malaysia sempena menyambut penubuhan negara Malaysia iaitu 16september1963?,Maaf kalau salah tarikh ya..

walaupun Irda A1 dalam sejarah..and masa nak SPM dulu khatam buku teks sejarah dari kulit depan hingga kulit belakang.haha nak juga bagitahu tu, I LOVE SEJARAH,tapi ada juga yang banyak lupa dah..almaklum faktor kematangan usia..:).kah! (ayat berlapik dan penyedap rasa)senang cerita dah makin tua banyak lupa..:)

Hari cuti umum mesti tidur sedapkan?tak perlu bangun pagi..tak perlu sangkut kat jammed,apalagi hari cuti hujan lebat sangat-sangat lebat,bukan lebat je tau tapi sangat-sangat lebat,haa kalau dah double "sangat "memang teramat sangatlah lebat,mesti uols sedap sambung tido lepas subuh kan..buat peta malaysia kat bantal..betul tak?haaa ngaku please!..



Tapi Irda pagi-pagi lepas subuh dengan tak sempat nak breakfastnya bersiap-siap nak appointment di sungai besi.Dari rumah Irda adalah dalam 30-40 minit nak sampai,tapi memandangkan hari hujan lebat dan jalan agak licin maybe akan sampai lagi lambat kan.Fobia accident kereta 2 bulan lepas sebab jalan licin pun masih ada,tapi janji punya pasal kan takkan nak batalkan kan..Dan jangan terlambat walaupun sedikit bila berjanji dengan orang.

Nak success business?janji dikota,masa dijaga,client harus diutama,budi bahasa kena ada...so?dengan hujan lebat menggila irda langkahkan kaki...untuk menyahut panggilan rezeki.hari lain busy di banking,waktu cuti inilah buat kerja ke dua..



Alhamdulilah tak sia-sia berjalan dalam hujan lebat,sampai di sungai besi hujan berhenti.Kalau appointment untuk investment di bank janji temu selalu di coffeebean,sturbucks,atau paling koman oldtown,tapi selalunya appointment coway lebih sempoi di mamak.So janjitemu di mamak stall sebelah JPJ jalan permaisuri Hariz Bistro.Irda ok je,save cost..hehe


Client isi form


Alhamdulilah close dua unit coway sekaligus dengan dua orang.Kakak tu beli yang mana?

Neo-Nano  Trap Hanya RM 95 SEBULAN,ada 3 suhu

Petit RO-Hanya 120 sebulan

 Bila dah close tu punyalah semangatkan...terus share kat group Irda


 Tetiba bila dah gatal share kat group tu,tujuannya bukan nak show off ke apa,just nak bagi yang lain semangat sama-sama bangkit cari sales,jadi untuk membangkitkan semangat,leader group kenalah show result kan?

Tapi sales ni irda dapat dengan mudah,tanpa perlu bertapak di booth,customer ni adalah referral dari ofismate.Kebanyakan ofismate irda dah tahu yang irda jual coway,irda dah tak segan atau takut-takut,apa nak jadi jadilah kan,sebab irda cari rezeki halal dan langsung tidak mengganggu rutin kerja utama sebagai banker.So mereka adalah adik beradik kepada kak halimah ofismate irda bahagian operation!

Tapi termenung sejenak,kawan irda yang dah resign dan sudah fulltime di booth hampir 2 minggu di booth masih belum pecah telur,masih krik krik tiada sales,kesian pula.

Kemudian irda termenung lagi..memang satu sifat diri ni suka fikir panjang-panjang dan bermonolog sendiri.Ini adalah rezeki dari langit tanpa buat apa-apa,ada saja ALLAH hantar rezeki melalui perantaraan tangan manusia.

Benar janji ALLAH itu pasti,setiap perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya,Irda nak cerita bagaimana ALLAH katakan setiap perkara itu ada perkaitannya.Ini bukan cerita nak tunjuk warak atau baik,sebab to be honest irda taklah sebaik mana,tidaklah sesolehah mana,.kalau anda beranggapan irda ni solehah dan baik,anda silap..irda hanya insan biasa yang penuh dengan dosa juga,hakta belum sempurna jadi muslimah yang baik,cuma dalam diri ni kadang-kadang cuba mencari sesuatu untuk memberi nilai jiwa

"Wahai manusia yang beriman,jangan kamu mengatakan sesuatu yang tidak pernah kamu perbuat,amat besar kemurkaan ALLAH bila kamu mengatakan sesuatu yang tidak pernah kamu perbuat"firman ALLAH.

Jadi apa yang irda nak cerita ini hanyalah sebuah pengalaman dan perkongsian bahawa rezeki ini adalah kerja ALLAH.Ia bukan cerita rekaan untuk up diri,tapi irda hanya ingin berkongsi bagaiman sebenarnya menjemput rezeki yang datang tanpa disangka-sangka.

Beberapa tahun lepas kak ofismate irda ni husband dia sakit tenat,sudah berubat banyak di hospital tapi penyakitnya sukar diubat,kemudian ikhtiar ubat kampung,Bila dah kesana kesini maka banyaklah wang yang dibelanjakan.

Irda yang berasa kasihan hampir berminggu-minggu kak ni EL husband jaga yang sakit.Kebetulan ada seorang kenalan ada jual air zam-zam ,katanya dari mekah.Niat dihati just nak bagi business kat kawan tu,so belilah sebotol besar air zam-zam dengan harga RM80 rasanya masa tu,and bagi kak halimah tanpa minta apa bayaran.Mula-mula kak halimah macam segan nak ambik,so irda cakap tak apa ambik je..tak yah bayar apa-apa,akak bagi husband minum.Manatahu boleh kebah sakit dia sikit.

Mungkin dengan kuasa ALLAH dan berlanjutan dengan ubat-ubat yang lain,sekarang alhamdulilah hubby kak halimah sudah sihat dan bekerja semula.irda masih teringat kisah tu.Masa tu pun kak halimah lupa nak registerkan husband under company etiqa insurance.Kan kalau bank punya clerical ada union NUBE yang cover medical,masa ni husband kak halimah takde coverage entah lupa nak register agaknya.So irda pun tolonglah bagi info dan contact untuk kak halimah register ,supaya esok-esok ada hal lagi boleh claim.

So hari ini ALLAH balas balik disaat irda kebusyan di banking tak dapat cari sales coway,irda close 2 orang sekaligus dan ini adalah sales yang direfer oleh kak halimah.Sedangkan kawan-kawan lain yang bertapa di booth takde sales lagi buat masa ni..Nampak tak..?hidup ini sebenarnya sentiasa berkait.Hari ini kita tolong orang,esok maybe tanpa sengaja orang tolong kita,hari ini kita buat orang,ngumpat orang,esok?pasti ada orang akan buat kita pula

Sebab tu orang cakap hidup ibarat roda,masa berjalan dan bumi ini bulat.Dan percayalah setiap orang yang hadir dalam hidup kita pasti ada sebabnya.

Dan carilah peluang sebanyak-banyaknya bagaimana kita dapat berbuat baik dengan orang,kelak biar kita ini jadi orang yang hadirnya dinanti,perginya dirindui.

Huii...cerita ni bukan nak up diri tau,irda pun ada perangai yang tidak-tidak juga,cuma kadang-kadang terfikir bukankah sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain?

So pagi hari di Hari Malaysia 2016 irda tutup dengan close dua sales,dan dimalam hari irda ada aktiviti di hilton Kl.Next entry irda story ya.

Terima kasih sudi baca bebelan irda,5.22 am now dan masa nak siap-siap untuk pergi ofis.Jom puasa sunat hari ni puasa Isnin ,sambil beribadah sambil maintainkan berat badan..ceewah :).Huii irda niat tu biar betul sikit boleh??ngehngeh

brpuasa sunat untuk mengawal emosi dan amarah,menjaga kesihatan dan secara tak langsung ia juga membantu menyeimbangkan berat badan.Trust me buat je apa yang ALLAH suruh,result akan datang seriing niat yang baik..

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

16 comments

  1. keep on update kak =) suka baca.

    ReplyDelete
  2. salam singgh
    hi sis Irda =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH dik..moga Allah beri selalu idea n kesempatan waktu untuk menulis

      Delete
  3. sis yg baru berjinak dgn dropship yg biasa2 je ni pun dah kelam kabut juga nak adjust masa ... memang terbaiklah irda ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak.moga sukses selalu.tahniah dr Irda

      Delete
  4. salam..
    hi kak..yaya singgh sini ^_^
    entri baru ad??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear..insyaallah nanti akk up entry baru..huhu busy sunggh di bank ni..ni reply comment sambil tunggu client

      tq dear

      Delete
  5. mmg pagi Jumaat 16 Sept tu hujan sangat2 lebat...
    Alhamdulillah, rezeki di pagi hari..

    ReplyDelete
  6. aah.lebat sangat...alangkah sedapnya mengulit lena dalam selimut yg tebal..huhu
    ..tp irda hujan2 dalam.keret kak..haha

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, rezeki. apa yang cik irda cakap dalam entri di atas, i could not agree more.
    semoga cik irda terus sukses, both as an banker and as a coway leader as well.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2...thank you dear...tq so much..appreciate

      Delete
  8. kak irda terus sukses ye :D semangat!!

    ReplyDelete
  9. Wah rezeki awak lagi ni..sebab sy pilih awak sebagai pemenang bonus giveaway sy..sila email detail ok, nak pos hadiah he3x

    http://www.elihjapahar.com/2016/09/senarai-pemenang-giveaway-tunai-rm200.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah2..tq tuan..tq so much...

      Delete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+