Ibadah korban tahun 2016:Sedikit info dan perkongsian

13:15:00

 Assalammualaikum readers irda tersayang..rindu nya kat semua,rindu kat blog ni,rindu nak baca entry bloglisting irda,Tapi apakandaya,kadang-kadang ada masa menulis,internet pulak slow,ada internet laju,masa pula takda,kadang-kadang sanggup bangun awal just nak baca blog uols yang best-best tu tau..suka -suka..keep on writing ya kawan-kawan...

Wah banyaknya cerita menarik dan meriah nya raya semua orang..Alhamdulilah tahun ni family Irda buat ibadah korban dan dapatlah disedekahkan dengan family,jiran-jiran dan kenalan yang patut menerimanya,

 

Proses menyembelih dan melapah lembu


Irda nak share sedikit info tentang daging lembu yang kita lapah untuk korban tempoh hari.Semua info ni irda dapat dari makcik yang jaga bahagian pembahagian daging korban,tukang timbang dan tukang bungkus,irda wat apa?irda tukang potong bawang lah kat dalam rumah.

Jantung lembu sedang ditimbang


Jantung lembu boleh tentukan berat seekor lembu? 
 
Kata makcik yang bertugas jaga pengagihan daging..Berat seekor lembu boleh ditentukan dengan menimbang berat jantung lembu.Jika berat jantung lembu 1.4 kg seperti di atas,maknanya berat lembu itu adalah 140 kg.Yang mana 70kg terbahagi pada tulang dan 70kg daging.

So bila kita dah boleh agak berapa berat lembu tu,bolehlah nak tentukan berapa kg nak bagi untuk bagi setiap orang.Jadi biar samarata dan samadil timbangannya kan,takdelah rumah si fulan dapat lebih ,si fulan pulak dapat kurang. 

betul lah tu kot:)
 
Proses memotong daging


ELAKKAN DAGING LIAT

Bila potong daging lembu atau daging kerbau kepada potongan kecil untuk dimasak,kenalah potong lawan arah urat daging. 

BERAPA KALI PALING AFDAL BASUH DAGING

Mak sedara irda bebel "Ha basuh daging tu 4 kali basuhan"

Sepupu Irda pulak buat lawak"Kak Long basuh tu baca yasin dulu".

Actually bila membasuh daging,basuh sebanyak 4 kali tukar air,dan dah ok dah:)


BETUL KE DAGING KORBAN TAK BOLEH DISIMPAN OLEH YANG MEMBUAT KORBAN?

Haa yang ni Irda musykil sikit,masa makcik jiran yang explain cam tu dah rasa macam curio sikit.Macam mana pulak nak habiskan satu hari daging tu semua kan?

Actually based on pandangan ustad,takde pun kata gitu,boleh je  simpan daging tu dalam peti ais dulu kalau tak habis.

Haa ...so jangan persulitkan diri tau..hehe:)
 
Menunggu orang masjid dan imam datang untuk tahlil dan bacaan doa.


Orang masjid menikmati hidangan


 Sebab malam tu family buat doa selamat jemput orang masjid,so bayangkanlah daging yang siap dilapah,buat gulai kawah,buat sup gear box,buat rendang dan pelbagai menu lagi.Mahu tak berkungfu di dapur.

Tapi one thing yang irda rasa bersyukur sangat,walaupun dibesarkan di kuala lumpur dengan kesibukan aktiviti-aktiviti manusia,mak dan keluarga sentiasa mendidik irda dengan aktiviti kekeluargaan,dan banyak perkara mak masih letakkan adat  dalam mendidik Irda.

Dan percaya atau tidak,semoden mana pun kita,duduk negara mana pun kita,jika datang perayaan besar dalam calendar islam,tidak dapat tidak kita masih perlukan keluarga!Jika sekarang kita berada di britain pun..negara majupun,kalau dengar takbir,,kalau takda keluarga disisi pasti mengalir air mata.

Irda berbangga lahir dalam keluarga ini,walaupun bukanlah kerabat diraja,bukan pula keluarga kaya raya,tapi didikan dalam keluarga buat irda jadi apa yang irda ada sekarang.

Dan setiap kali kalau ada keramaian dalam family,semua sepupu sepapat akan turun,semua akan datang ,tak kisahlah kenduri kendara atau apa-apa keraiaan,sedara mara yang mana pakcik atau abang-abang sepupu yang sulong akan turun padang kalau ada kes-kes yang perlu diselesaikan dalam keluarga pula mereka akan ambil kata sepakat dan berbincang bersama..

alhamdulilah..moga senario ini masih berterusan hingga generasi kami akan datang.

Bukan menyibuk..tapi itu namanya saudara ni kalau cubit paha kiri,paha kanan terasa sakit juga.Tak perlu mementingkan diri,jadi invidualistik,atau tak mahu ambil tahu langsung..tue salah tu..sedangkan dalam bersedekah pun islam mengatakan utamakan dalam lingkungan keluarga kita terlebih dahulu baru orang lain.

Alhamdulilah bila raya korban baru ni,bila hari biasa kami jarang berjumpa,hari sebegini kami boleh bergurau senda dan mengerah keringat bersama bagi menjayakan majlis.

Irda termenung sejenak.Raya korban bukan sahaja mengenang pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail,tapi ia juga adalah saat untuk kita berfikir,dalam sebuah keluarga pengorbanan itu juga harus ada.

Pengorbanan perasaan,pengorbanan wang ringgit dan apa sahaja harus dikorbankan asalkan semuanya mendapat maslahat bersama..dan terfikir mampukah kita terus berkorban disaat manusia sering tewas dengan putaran masa dan sifat mementingkan diri sendiri?dan

Sebenarnya jawapannya adalah mampu....jika.............KITA percaya satu perkara,setiap perbuatan baik walaupun hanya sebesa zarah ada perhitungannya disisi Tuhan..begitulah sebaliknya..

InsyaALLAH...jom kita mencari nilai itu dalam diri..

Ok irda tak nak membebel panjang,sebab masih penat ni,tapi still tangan ni tak sabar nak sharing di hari sabtu yang hening ni bangun kul 5 tau,just nak kemas almari baju alya,jahit baju sekolah and tracksuit yang koyak tu,amboiii lasaknya,boleh pulak banyak seluar dia terkoyak.Sebab nanti petang ada aktiviti :)so siapkanlah keje dulu kan...

Dah alang-alang mengemas kan,terus punggah semua baju dalam almari,susun elok-elok,asingkan mana underwear,baju tshirt,seluar dan blouse,baju jalan,baju rumah,baju tido..haaaa senanglah untuk baby mama tu nak cari baju,tapi tak tahan lama ni,esok-esok semua bercampur balik...Dan finally hari ni stor bertambah lagi dengan satu guni baju alya yang tak muat,hari ni lebih dari 8 helai seluar jeans dia umur 5-6 irda dah packing siap,ada brand dora,hush puppies,guess,pooh..ni semua sis in law yang rajin memberi ni..so irda nak let go..nak bagi percuma sebab stor dah penuh dengan baju dia..mana nak bagi ya?hemm..mak-mak kak,kalau sekali dah pegang kain baju..memang susah nak berhenti kan...

Eh terlebih pulak bebelnya.

Ok readers...salam hujung minggu ,moga cuti panjang 3 hari ni bermanfaat untuk anda dan keluarga..akhir kata terimalah serangkap pantun..haa irda tak cuti pun tau,semalam hari malaysia pun full activity.nanti irda share ya..nak gigih reka pantun ni..

Huhu...:)idea datang sesaat untuk anda..

 
 
Biduk ku dayung  dialun ombak
Tanpa kusedar tersandar di dermaga

Sekecil-kecil pengorbanan seorang anak
apakah tanggungjawab sudah sempurna untuk keluarga?

Ok readers...daaa.




thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

9 comments

  1. waalaikummussalam.. waa lama tidak nampak post irda ni.. hehe..

    ooo baru tahu timbang berat jantung lembu je eh.. info yg bagus ni..

    betul tu irda.. bila bab keluarga ni duit tu bukan lg dijadikan ukuran.. sampai sy ni ha bila nenek cakap raya tak balik ke? aduh.. mahu berjurainya air mata ni bila tahu raya pg tu takde org (saudara) jauh dtg kesana sbb ada ibadah korban ditmpt masing2.. Jadi tinggal la nenek dgn makcik je di kg tu.. Last2 teruih terbang balik ke kl sambut raya dgn nenek duk 4 hari sampai raya kedua terbang balik ke tmpt asal ni.. hurmm.. janji hati keluarga puas dan gembira.. :)

    ReplyDelete
  2. Wah, satu ilmu baru yg sgt bermanfaat yg bole kita dpt bila berkumpul dengan org2 tua yg tentunya punya byk pengalaman lebih pula ilmunya..
    Alhamdulillah, seronok bila dpt berkumpul bersama keluarga lebih2 lagi bersama menghayati ibadah korban kan.
    Betul tu, hari2 cuti camnilah mak2 bekerja cam kita ni kena bijak amik peluang mana nk kemas rumah, mana nk rehat, amik angin, yg penting masa yg ada kita manfaatkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. jantung lembu 1.4 kg seperti di atas,maknanya berat lembu itu adalah 140 kg.Yang mana 70kg terbahagi pada tulang dan 70kg daging ...

    wow info menarik baru tahu hari ini, Unni yang belajar Math pun xtahu pasal ni... nice info sis.. ty. Btw selama hari raya adidiladha haraf belum terlambat

    ReplyDelete
  4. banyk yg deep la!.hihi slmt hri rya n slmt hri Malaysia kak.

    ReplyDelete
  5. nice sharing dear. baru tahu bab tu.

    oii sedapnya semua masakan walaupun I bukan meat eater tapi kecur air liur. salam aidiladha untuk you ye.

    ReplyDelete
  6. cik irda boleh join group2 facebook yg menjual barang2 preloved baby.
    boleh iklankan kat situ, inshaAllah ramailah yang akan sudi nak ambil especially bagi ibu2 yang kurang berkemampuan nak membeli ^_^

    ReplyDelete
  7. berat lembu bole tau dgn berat hati lembu tu..
    owhh ok..xtau pula pasl tu..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah ibadah korban berjalan dengan baik...

    betul utamakan keluarga terlebih dahulu

    ReplyDelete
  9. oo..baru tau ttg jantung lembu tu...
    ya,betul..utamakan keluarga..

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+