Bukan tidak mensyukuri pendapatan sebagai sales person di bank.sehingga irda selalu sangat mengucapkan "terima kasih coway.".Tapi apa yang irda dapat di coway memang 100% adalah rezeki family.

Jika bulan lepas irda belikan mak hp baru,bulan ni irda bawak mak pergi kedai perabot .Bukan rasa nak berbangga sangat,ada orang lebih kaya dan lebih banyak income dari Irda nak bandingkan dengan apa yang irda dapat ni tak tak lah banyak mana,tapi irda rasa puas hati sangat..,biar tak seberapa tetapi ia cukup buat irda gembira sebab dapat manjakan mak .

Sebab tu bila rumah sewa tu siap nanti,tu adalah belanja buat mak..ye lah kita ni bukannya kuat dan sihat selalu kan,esok-esok kalau dah tak kuat untuk berusaha,at least adalah pasif income for them.

bila berniaga menjual produk orang dan kita belum ada produk sendiri,modal kita adalah diri kita sendiri,tiada kedai ataupun staff untuk meneruskan business tu kalau kita terbaring tak mampu berusaha..jadi selagi ada peluang ni,banyak-banyaklah berfikir jika itu terjadi.dan bersiap sedia apa yang patut...

Lepas ni plan nak bawak mak pergi spa ,nak suruh mak bersauna dan berurut kat sana..hehe irda pun tak pernah pergi berurut di spa ni tau.(For Info Senior Manager Coway AISYAH yang berusia 29 tahun tu ada 9 SPA sekitar KL-AMPANG-BANGI SEMUA NYA HASIL DI COWAY...RESPECT !...)mak confirm tak nak punya kalau ajak pergi spa-spa ni..huhu.tapi nak ajak jugak!

Hari tu mak sakit kepala,bila ajak pergi private hospital dan klinik biasa,punyalah berkeras tak nak,Nak jugak pergi HKL,laaa...pergi gomen hospital pun ok,murah ja RM1,service bagus,ubat pun bagus..hmmm ye lah mak

Tapi to be honest,sekarang hospital kerajaan memang dah berubah,walau ramai macam manapun orang,bahagian rawatan harian tu semuanya baik,doktor pun baik dan check pun sangat bagus.Irda kagum dan mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan hospital di bahagian rawatan harian HKL.Banyak pahala anda kerana begitu ikhlas melayan -.

dan hujung tahun ni bagi mak pergi holiday..terima kasih coway...moga esok-esok ada rezeki lagi ya..dan terima kasih mak sebab doakan orang murah rezeki..

"usia bukanlah penentu siapa yang akan dipanggil ALLAH dulu,bila merasakan diri masih muda bukan bermakna mati itu masih jauh,sedangkan ada bayi seawal sebulan pun dah pergi menghadap Ilahi,jadi sebelum nafas berhenti,selagi tenaga masih kuat izinkan diri  diberi peluang berbakti buat orang-orang tersayang"

Dear Alya,

Kadang-kadang seorang ibu itu bukan nak sangat duit kita,tapi yang mereka perlukan hanya perhatian kita.Disaat kita ada keluarga sendiri,beranak pinak dan sibuk dengan urusan anak sendiri,sibuk dengan urusan rumah tangga sendiri,disaat itu ibu yang pernah melahirkan kita jangan kita lupa.

 sebelum kahwin syurga kita dibawah tapak kaki ibu,bila dah kahwin syurga dibawah tapak kaki suami,memang betul..tapi jangan terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga kita sendiri hingga lupa tanggungjawab seorang anak,apalagi kalau kita anak sulong..

Perspektif kecil wanita yang berjaya bagi mama bukanlah yang mampu menggongcang dunia.Tapi yang mampu mengurus rumah dan anak-anaknya dengan baik,bekerja dengan baik dan masa yang sama menjaga orangtuanya dengan baik...Dan semua itu akan diperolehi dengan terdidiknya diri .

Dan jangan meminta-minta untuk membahagiakan orang tuamu tapi berusahalah sendiri.




thank you for reading this entry...appreciated :)

5 Comments

Thank you,come again :)

  1. Alhamdullilah dear atas rezeki yang dikurniakan. Boleh berkongsi rezeki dengan mak tersayang 😍 Semoga irda dimurahkan rezeki bertambah2 hendaknya 😊

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya shopping perabot baru.

    samalah dengan parents I babe. I suh pergi klinik biasa, nak jugak pergi KK. sanggup tunggu siang, KK bukak. memanglah gomen bagus, cuma I malas menunggu -,-''

    ReplyDelete
  3. congratz dear . Alhamdulillah . bestnya Irda dapat bawak parents gie holiday . Bila kita bawak mereka holiday dgn hasil titik peluh kita , kita rasa puas dan happy sgt kan .. rasa jasa mereka kita balas walaupun belum setanding dengan pengorbanan mereka buat kita kan =)

    semoga awak selalu dimurahkan rezeki dear =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..membahagiakan ibubapa, hati kita merasa bahagia jg..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...seronokkan bila dapat membahagiakan orang tua kita, macam akak ni dah takde mak ayah, hidup memang untuk suami dan anak2 je la hehehe...utnuk adik-beradik pun ye juga lah.

    moga terus dimurahkan rezeki irda, ye kita perlu berfikir untuk jangkamasa panjangkan kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang sekurang2nya kita dah sediakan bekalan

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post