Belailah Kalbu By Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj

21:09:00

 421 muka surat, terbitan november 2011.Irda pinjam dari national library,hampir 2 minggu dalam handbag,kehulu ke hilir irda bawa,akhirnya habis juga dibaca.

Damailah jiwa agar lunak menerima apa jua halangan.Bersihkanlah hati agar dapat menerima cabaran dengan tenang.Dan belailah kalbu moga kesulitan bukan lagi penghalang mengecap nikmat bahagia.

Dalam banyak-banyak buku Dr tuah,buku ini begitu menyentuh jiwa irda membacanya.Banyak motivasi agama dan nasihat yang amat berguna.

Dr Tuah,pakar motivasi,juruam,dan penulis yang sangat irda kagumi.Dan buku ini diantara buku terbaik yang pernah irda baca.Sedikit perkongsian untuk anda readers irda..


"yang lemah bukannya badan,tapi hati,yang kuat pun bukannya badan,tapi juga hati.Boleh berasa sedih dan tidak selesa oleh musibah tapi jangan pula hilang syukur apabila diri semakin bertuah"

 

"Bukankah bagus guna internet cari pahala daripada buat dosa,Kerjanya sama tapi balasannya berbeza"

                   


 

"Dosa yang paling sukar dihapuskan adalah dosa terhadap manusia,sebab kemaafan hanya ada pada manusia"

"Kalau seseorang itu baik pada ibubapanya,dia semestinya baik dalam semua perkara"


              


"SESIAPA yang sentiasa beristighfar maka ALLAH akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan  keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka"(riwayat abu daud)

 "Hidup ini memang macam-macam warnanya.Tenangkanlah jiwa dengan ayat-ayat suci,nanti cabaran akan terasa kemanisan nikmatnya.Belailah kalbu dengan sujud terhadap ILAHI,moga Dia juga belai kita dengan rahmatNYA.Berusahalah agar hati tidak mati kerana hati yang telah mati akan tertutuplah pintu hidayah"meski sudah cukup senang tapi masih terasa menderita jiwannya...."

.......................................

Perjalanan hidup ini sememangnya sukar dijangka.Apapun yang menjengah kita,biar apa dan bagaimana bentuk rentak yang datang" kalbu yang sentiasa dibelai dengan keimanan pasti akan sentiasa damai.Biar orang melihat itu sebagai petaka tapi bagi hati yang tenang,ia bukan terlalu sakit untuk dikesalkan"

Lumrah kehidupan bukan semua kita ingini akan tercapai.Andai semuanya dapat kita akan menjadi takbur.Adakala sekuat mana pun usaha,andai Dia tidak izinkan,sesuatu itu tidak akan terjadi.Maka jika perlu menangis,menangislah...tapi usah lama..

Yakinlah ..ketentuanNYA telah sedia tersimpan jauh lebih dahulu dari kewujudan kita.Kita hanya makhluk penyempurna apa-apa yang telah ditentukan.Belai-belailah kalbu,damai-damaikanlah hati,moga rahmat dan redhaNYA akan sentiasa memayungi kita.Insya-ALLAH"

apa pun keadaan anda ,walau siapa pun kita,,bacalah buku ini...

"anda apa yang anda baca"-apa yang kita baca membentuk personaliti kita"

Alhamdulilah..dalam kesibukan hari ini,dalam kelelahan dalam rutin harian,sempat simpan sedikit input dalam diari  garmin ini.

Syukur dengan nikmat masa dan keinginan yang membuak-buak untuk menulis dalam jiwa ini.Moga ada yang bermanfaat kelak bila irda sudah tiada...moga yang membaca sedekahkan irda al -fatihah ya..

Terima kasih...

maaf readers kualiti gambar tidak berapa menarik,irda snap -snap gitu je,terus share,tiada editing..kalau boleh nak edit cantik-cantik baru share,namun apakandaya  masa yang singkat.

lepas prepare dinner dan bagi alya makan,terus menaip sekejap,sekejap lagi alya mesti ajak tido..dia kalau nak tido mesti nak dengar dia membebel dulu..layan story hari ni kat kantin makan apa,kat sekolah cikgu cakap apa..adeih

irda harus tulis dulu disini,esok-esok lupa lagi payah.Jadi snap terus share :).Yang input entry biar bermanfaat untuk kita ya.

ok readers,selamat berpuasa yang berpuasa asyura...esok.Nunite...


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

8 comments

  1. Suka baca buku kisah begini kan. Memberi motivasi dalam diri :) Thank you dear atas perkongsian.. sesungguhnya darah kita semuanya sama warna merah. Yang berlainan hanya jenisnya saja. Hehe

    ReplyDelete
  2. Kite pun suka baca buku tuah iskandar jugaaa kak irda :D

    ReplyDelete
  3. Kite pun suka baca buku tuah iskandar jugaaa kak irda :D

    ReplyDelete
  4. Kite pun suka baca buku tuah iskandar jugaaa kak irda :D

    ReplyDelete
  5. Memang makanan kita jugaklah buku yang berbaur motivasi macam nih.
    Dulu HM Tuah nih antara yg menjadi pilihan juga ketika membeli tapi dgn lambakan buku motivasi di pasaran, pilihan saya juga dah jadi bervariasi. ^_^

    ReplyDelete
  6. makanan yang baik utk dihadam

    ReplyDelete
  7. lama tak dpt membaca ats faktor kesibukan. huhu

    ReplyDelete
  8. thnks 4 sharing kak =)

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+