Assalammualaikum,

Amanah Saham Bumiputra(ASB) adalah produk asas yang saya  promosikan di bank selain kad kredit (card credit),housingloan,banca dan unit trust.Tahun  lepas (2015) irda jual 22 million asb loan,rendah sedikit dari tahun sebelumnya 25 juta..Nilai angka ini membuktikan betapa rakyat Malaysia bumiputera khususnya semakin celik ilmu mengenai kesedaran bagusnya buat simpanan melalui ASB loan.

Selain ASB yang wujud sekian lama,sekarang PNB juga telah wujudkan satu lagi skim  simpanan untuk golongan bumiputra iaitu ASB2.ASB2 adalah kesinambungan dari ASB biasa,mana -mana yang dah penuh ASB biasa bolehlah buka akaun ASB2.Tapi yang belum penuh pun boleh buka akaun ASB2 tiada masalah.

ASB2 adalah tergolong dari dana tetap.Apa itu dana tetap boleh baca perkongsian saya sebelum ini di ruangan banking dan finance.Atau klik sahaja label asb loan banyak yang saya cerita tentang Amanah saham bumiputra dana tetap.

Sejarah ASB & ASB 2

ASB diwujudkan pada tahun 1990 manakala ASB2 pada April 2014.Ia diwujudkan ketika perdana menteri Dato Seri Najib Razak ketika itu.

Berapa untuk buka account ASB2 ?

  
Sama seperti mana-mana akaun ASNB hanya RM10 sahaja untuk buka akaun ASB2.

Akaun remaja:Untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun.Had maksimum adalah RM50,000

Akaun dewasa :Untuk akaun yang bermula dari umur 19 tahun dan had maksimum sehingga RM200,000.

Berapakah sejarah dividend ASB2?

YearDividend (sen)Bonus (sen)Total (sen)
20157.500.257.75
20167.0507.05
20176.5006.50
20186.7506.75
20196.0006.00

Sejarah dividen ASB 2 adalah seperti diatas.Dividen ASB2 selalunya kurang sedikit dari ASB.Kalau dividen ASB ambil di bulan Januari setiap tahun,ASB2 pula dividen boleh dikeluarkan bulan April setiap tahun.

 

Saya tulis semula sejarah dividen ASB2 bermula dari dividen ASB 2 tahun 2015 hinggalah dividen tahun 2019 .Jika anda buat perbezaan antara ASB2 dan ASB biasa ,memang ada bezanya.Walaupun kedua-dua akaun ini adalah dana tetap,namun ASB dan ASB2 tetap mempunyai dividen yang berbeza walaupun dalam tahun yang sama.



2015 : 7.75
2016 :7.05
2018: 6.75
2019:6.00

Berapa maximum loan asb untuk ASB?


ASB1-RM 200,000.00
ASB2-RM200,000.00

Tetapi rata -rata agen bank sekarang tiada kuota untuk ASB2 buat asb financing.Limit untuk buat asb loan ASB2 sudah penuh.Jika anda ada loan ASB2 ketika ini maknanya anda sangat beruntung.Ramai yang ingin memohon tiada kuota.

Ada juga sahabat pembaca bertanya pada saya,apa kah itu maksudnya kuota?
 
Senang nak faham,setiap bank agent yang dilantik oleh PNB untuk menjual asb loan ada target masing-masing.Contohnya bank A target/kuota hanya 50 billion sahaja loan.Jika sudah penuh tiada lagi kuota diberikan pada tahun itu untuk jual asb loan sehinggalah ada perubahan baru oleh PNB kepada agent bank.Hingga artikel ini dikemas kini,tiada lagi loan ASB2 .

Untung ke buat ASB LOAN?


Kalau ditanya semua consultant ,bila promote product yang dijual,of course dikatakan product tu terbaik kan?tapi kalau tanya irda,irda akan explain more details,pro and cons bila ambik loan asb atau buat simpanan sendiri.

Sebenarnya loan asb ini bergantung bagaimana disiplin anda dalam menyimpan kewangan,perlukah anda dipaksa untuk menyimpan demi masa depan dan bagaimana pula sikap anda dalam menyimpan sedikit dari gaji anda untuk masa depan?Jawapan setiap persoalan ini penting untuk menentukan hala tuju kewangan anda.

Apa hukum menyimpan loan asb?

Bab ini irda ada tiada ilmu untuk berhujah panjang lebar,irda bukan ostajah jauh lagi alim ulama.So irda ikut fatwa kebangsaan,hukumnya harus.

Ada juga seorang kenalan saya ingin buat asb loan untuk anaknya yang sedang belajar di sebuah kolej swasta.Namun niatnya itu dibatalkan bila suami puan tersebut tidak membenarkan anak dan isterinya untuk merancang kewangan untuk menyimpan dalam asb loan.
Kerana keraguannya pada simpanan di ASB.

Ada pula seorang kenalan sudah memaksa suaminya membuat simpanan asb loan untuk anaknya.Dia sign  terus maximum 200,000.00 .Sebulan dia simpan dalam RM1000.Habis sahaja tempoh anaknya belajar di kolej selepas 4 tahun,ibubapa ini sudah ada hampir 50,000 simpanan asb untuk anaknya memulakan kehidupan baru.Mungkin beli kereta cash untuk memudahkan anaknya kesana kesini apabila sudah masuk dunia pekerjaan.

Ada juga kebijaksanaan ibu bapa menggunakan wang dividen terkumpul selama anaknya di kolej untuk membayar penuh hutang belajar anaknya.Jadi bukankah ada loan asb itu sangat membantu sebenarnya?


Umur berapa boleh buat ASB LOAN?

Walaupun akaun ASB boleh dibuka serendah usia 6 bulan,namun untuk asb loan ataupun asb financing hanya boleh diambil oleh individu bumiputra yang berumur 18 tahun keatas

Walaupun anda seorang pelajar mahupun suri rumah yang tiada punca pendapatan tetap masih boleh buar asb loan dengan cara menggunakan joint borrower atau pun guarantor.

Contoh,seoarang ayah ingin mengambil loan asb atas namanya ,namun atas faktor usia,bayaran mungkin lebih mahal berbanding jiak dia ambil loan asb atas nama anaknya.

Mungkin juga asa seorang isteri ada pendapatan dengan menjadi pengasuh anak orang,dia teringin untuk buat simpanan asb loan demi masa depannya,namun tiada payslip mahupun bank statement.Jadi suami bolehlah memohon untuk pihak isteri sebagai guarantor mahupun second borrower.



 
Teknik-teknik menyimpan asb loan.Saya kemaskini artikel ini untuk berkongsi 3 teknik utama dalam buat asb loan.Boleh baca di link dibawah iaitu
 

Teknik asb loan ke dua : [ASB Loan menggunakan teknik compounding]

Teknik asb loan ke tiga : [ASB Loan menggunakan Teknik Hybrid ]
 
 

Selain menyimpan dalam ASB secara buat loan,anda juga boleh register online untuk memudahkan anda melakukan transaksi pengeluaran mahupun deposit tanpa perlu beratur dan menunggu no giliran yang lama di bank

.Klik cara-cara online banking untuk ASB disini :cara register online ASB portal
.
Atau boleh juga tonton di bawah cara-cara mendaftar online ASB.



Jika anda sudah ada online ASNB,mudah lah selepas ini untuk anda deposit duit ke akaun ASB biasa mahupun ASB 2.

Bila sudah tahu pula beza ASB dan ASB 2,apakata kita mulakan menyimpan dengan bersungguh dan penuh disiplin dalam setiap akaun ini.

Ingin penuhkan kedua-dua akaun ASB dan ASB2 ni dengan kadar segera,pasti loan ASB adalah jalan penyelesaiannya.

Jika ASB2 tiada loan ASB,anda juga boleh menyimpan melalui EPF akaun 1..Caranya sama seperti anda menyimpan di public mutual atau pun Cimb Principal,cuma bezanya mengeluarkan EPF dari akaun 1 ke ASB2 tiada caj dikenakan.Ia juga bukanlah volatile,ia memberi harga tetap untuk satu unit.Ia tiada risiko pelaburan.Ia cumalah berkonsep diversified your EPF investment.


Hubungi irda untuk info lebih lanjut jika anda ingin memulakan simpanan melalui asb loan ya.

 p/s:Post ini membantu anda yang mencari info?Boleh bantu akak untuk kita manfaatkan muamalat ini bersama?.Dermakan RM1 atau semampunya anda ke akaun dibawah :

Maybank 564829000530 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha".

Terima kasih.


thank you for reading this entry...appreciated :)

36 Comments

Thank you,come again :)

  1. good investment..dividend 7% above kira ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom.apply kak..heheh:)

      Delete
    2. jom.apply kak..heheh:)

      Delete
    3. Klu kita simpan rm1000 selama sebulan shj dlm akaun asb, adakah dpt dividen dan bagaimanakah kiraannya. Tq

      Delete
  2. Lepas baca entry Irda, baru faham beza ASB 1 dan 2.. Irda kan sibuk bekerja, jadi salah satu cara bonding dengan anak adalah dengan mandi bersama. Merapatkan lagi hubungan kasih syg antara mama dan anak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear..irda ni selalu kesuntukan masa...

      Delete
  3. sy dah 25 tapi belum ada akaun ASB..oh teruknya. dah lama plan nak buka akaun sebenarnya dari belajar lagi tapi tula asyik ada sahaja halangan last2 sampai sekarang belum terdaftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok dear..not too late...meh apply ngan sis..hehe

      Delete
  4. DAH LAMA ADA AKAUN ASN KEMUDIAN ASB...TAPI SIKIT JE PELABURANNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok kak...sikit2 lama2 jadi bukit...

      Delete
  5. comelnya si Alya berdoa macam tu. hehehe mesti mama dia ni idol dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama dia ni garang juga dengan dia bee....huhu manja sesaangat..sorang kan..kalau joint ngan anak2 u mesti kamcingkan dear...huhu

      Delete
  6. ow best gak bole dpt 2x setahun :) untung betul yg account 1 da penuh tu. Kalau nak buat pun asb 2 tu saye ingat xnak amik loan. tp betul ke org kata nti cket la dpt dividen. ye la sbb ikut jumlah saving kan

    ReplyDelete
  7. seriously saya tak pernah boleh hadam penerangan nih.
    hari tuh masa kerja pernah juga berura-ura nak bukak akaun nih tapi saya batalkan sebab tak paham satu habuk pun penerangan pegawai bank tuh.
    hihi ^_^

    ReplyDelete
  8. Singgah baca irda, no komen, hihi

    ReplyDelete
  9. Singgah baca irda, no komen, hihi

    ReplyDelete
  10. dr kecil dh ada ASB sendiri hingga lah umur 18 boleh pegang buka sndiri. memang best irda. skrg bt ASB Loan pula.

    ReplyDelete
  11. ASB. Paling mudah untuk investment. Sesuai untuk kita, orang Melayu. Good sharing irda =)

    ReplyDelete
  12. ASB merupakan tempat yang sangat bagus untuk menyimpan..cuma tempat menyimpan sahaja...sebaliknya kalau mencarum dalam takaful boleh dapat 3 dalam 1.

    ReplyDelete
  13. Very helpful info by the writer, written in beautiful condensed form. But I do not like to see the mixture of BM & English in the sentences. Let it be either wholly in English or BM proper. Otherwise it sounds ala-Hindustan movie & the drama minggu ini dialogues. Just my sincere comment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi...heheh tq for your comment.appreciate ya

      Delete
  14. bilalah sy nak invest dalm ASB ni yer...ada je halangan . rugi kan..dah 35 dah ni...
    bila terfikir nak beli rumah, semua rekod ASB, credit card, ptptn dll semua kena bank ambik tahu..takut x lepas nak loan rumah...last sy ambik keputusan xambik ASB.

    ReplyDelete
  15. mcm mana nk apply loan asb

    ReplyDelete
  16. Sis,, saya pelajar college. Saya ada buka asb 1tahun nie. Boleh kah saya buka asb 2 pada tahun yang sama.?

    ReplyDelete
  17. Nashamimie16 August, 2019

    Saya nak tanya, saya ada buka akaun asb2 pd tahun 2014 tapi dalam 4,5 bulan selepas tu kewangan dah tak stabil so tak mampu nak bayar setiap bulan. Dah lama tk check jadi macam mana ye dengan akaun sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akaun asb tetap aktif.tentang bayaran kena semak di bank tu ya

      Delete
  18. Cavalera Matt30 August, 2019

    Klu kita simpan rm1000 selama sebulan dlm ASB, berapakah dividennya dan bagaimanakah cara kiraannya?

    ReplyDelete
  19. Asalammualaikum kak. Saya nak tanya kalau nak simpan dalam asb perlu ke buat loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh simpan sendiri boleh juga loan.boleh baca artikel akk apa beza simpanan sendiri dengan buat loan

      Delete
  20. cari info pasal ASB 2 jumpa blog kak irda hehe
    lama sy nda singgah ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh ..cari info untuk apa tu.boleh wassap akk juga ya

      Delete
  21. Proses buka asb 2.. camna yer?

    ReplyDelete
  22. Proses buka asb 2.. camna yer?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post