Sekecil-kecil hijrah namun paling susah dilakukan adalah istiqamah melakukan perkara baik dalam hidup.Iman letaknya di hati,oleh kerana hati sifatnya berbolak balik,maka ia tidak tetap pendirian.

Sebab itu ada ungkapan mengatakan belailah kalbu,kerana kalbu letaknya di kolam jiwa,jika elok kalbunya,bersihlah hatinya,bila bersih hatinya,baiklah tindakannya,bila baik tindakannya cemerlanglah kelakuannya,bila cemerlang kelakukannya..bermanfaatlah semua yang berada di sekelilingnya.

Hijrah irda...irda ingin menjadi manusia yang bermanfaat untuk keluarga,kawan-kawan mahupun company tempat irda bekerja.hijrah adalah peralihan dari tidak berapa baik kepada lebih baik dan dari kurang success kepada lebih success,dan ia memerlukan irda membelai kalbu sentiasa,belai kalbu dengan ilmu(pembacaan),bergaul dengan pelbagai jenis orang,supaya irda lebih matang dalam menilai dan menimbang tara setiap permasalahan dalam kehidupan. 

Baiklah sempena maal hijrah ini,irda mohon maaf kalau ada yang salah pada pembaca blog irda garmin atau ada kawan-kawan yang rajin singgah jadi silent reader blog irda ,maafkan irda ya kalau ada yang tersimpan dalam hati.

Pada yang suka dan jadikan irda mentor dalam kerjaya,terima kasih diucapkan...kita sama-sama masih belajar dan dalam kehidupan ini kita ibarat simbiosis,kalau dia digelar mentor,belum pasti semuanya dia serba tahu,tidak.tidak semua perkara dia hebat,jadi antara kita saling berkongsi untuk merealisasikan sesuatu perkara menjadi nyata.

dan pada yang benci irda,merasakan irda adalah sumber kebencian dalam hati..tapi masih menjadi silent reader blog irda,irda buka tangan,irda berikan senyuman..marilah bersahabat dengan dengan ikhlas,jangan main sembunyi-sembunyi,kerana gerak geri anda ada Dia yang menunjukkannya.

sedepang tangan dibuka,sederap langkah dihayun menghulurkan tanda persahabatan,padamkan kebencian,kerana orang yang membenci dalam jiwanya ada kalbu yang tidak tenang,ada arus betha,theta dan delta,yang mana kajian psychology mengatakan ia meragut keriangan.

dan irda juga sedang mendidik hati untuk tidak membenci orang,tidak menghakimi orang,berjumpa pelbagai orang setiap hari,menjadikan hati cepat berkata-kata dan melabel orang tak semena-mena,maka beristighfarlah irda,kerana yang melayak menilai hanya Dia BUKAN kita yang hanya memandang orang dari luaran.Jangan jadikan urusan Tuhan menjadi kerja kita,kerana kita bukan siapa-siapa untuk melabel orang begini dan begitu..

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"

Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :


"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."
Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke? 


SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"
Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.
Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang.
Inshaa Allah.

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN ANDA SEMUA DGN SAYA.*

*ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN*
SALAM MAAL HIJRAH 1438




thank you for reading this entry...appreciated :)

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. bukan tak mahu maafkan,
    cuma mungkin ia mengambil masa..
    seperti mana sehelai kertas yg cantik tapi kemudiannya direnyuk2
    sudah tentulah sukar kembali cantik selepas itu
    walau cuba diseterika sekalipun

    begitu juga dgn hati ini
    mungkin hati ini sudah memaafkan
    tapi renyukan itu akan selalu ada..

    salam maal hijrah irda
    perkongsian yg amat bermakna di pagi ini
    terima kasih :')

    ReplyDelete
  2. kak irda lama menghilang. salam maal hijrah semoga kita dilindungi ALLAH dan berjaya dunia akhirat :D

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah juga akak.. dan selamat bercuti. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post