Padang-Bukit Tinggi-Air terjun Lembah Anai

06:24:00

Hai bertemu lagi,since alya dah tido awal,ada masa nak menaip sekejap.Haa actually punya semangat nak datang kerja hari ini,lepas 5 hari bercuti dalam kepala all checklist dah ada,boleh pulak tertinggal kunci drawer kat rumah...hemmmmm,,.nervous sebenarnya,sebab atas kepala ni banyak sangat benda nak settlekan,the best thing 2-3 orang client tunggu i balik..pagi-pagi dapat wassap"BACK FROM oversea?My Letter offer ready?"..

ceh oversea lah sangat!Ok stop membebel irda.


Image result for photo air terjun lembah anai dan kereta api
sumber:Google image        

sumber:google
Air terjun lembah anai terletak di tepi jalan antara padang dan  bukit tinggi.Kedudukannya di tepi jalan  itulah yang membuat ia unik.Selalunya jika kita ingin menikmati air terjun kita harus berjalan jauh ke dalam hutan,namun air terjun lembah anai kita boleh berhentikan kereta di tepi jalan dan singgah menikmati keindahan alam ini.Ia terletak lebih kurang 40 km dari bandara (airport)minang kabau.

Photo pertama seperti diatas ,sekarang keretapi laluan padang panjang-sawah lunto tidak lagi berfungsi,yang tinggal hanya rel keretapi,dan ada juga penduduk sudah membangun kediaman diatas rel tersebut,pada tahun 2016 hanya pembinaan keretapi padang-pariaman sedang dijalankan.Moga siap sepenuhnya 2017,jadi lepas ni dari airport ke pariaman bolehlah naik train!Pariaman is my history..hehe

Cakk :)

Sebab itu orang minang yang diperantauan,pasti menjadikan air terjun ini salah satu simbol yang diingati untuk menggamit perasaan pulang ke kampung halaman.Banyak juga lagu-lagu minang yang berkisar dengan alam mereka.Seperti lagu

"Malereang tabiang,malereang,malereang tabing...lalala"sorry irda tak ingat..Lagi satu lagu

"Luruihlah jalan payokumbuah,babelok jalan ....dima hati indak ka rusuah,ayam den lapeh"sorry lirik tergantung..haha satu hal nak google malaslah...huhu..actually lagu-lagu tu kalau orang minang yang terkenal dengan adat merantau,lagu-lagu yang berkisar dengan keindahan alam itulah yang membuai perasaan mereka..


sumber:google
Di air terjun pula banyak monyet yang bergayutan dan duduk-duduk di tepi jalan.Ia tidak mengganggu orang ramai.
sumber:google


Menurut wikipedia,panjang air terjun ini adalah lebih kurang 60 meter,Rata-rata laju aliran 700 m³/s (38,430 cu ft/s) Air terjun ini adalah aliran terhasil dari gunung singgalang.Berdekatan dengan air terjun banyak kabus,jika ada matahari pasti terjadi sinar yang indah.

Banyak photo irda disini..inilah salah satunya



Jika dilihat sumber photo google,banyak keindahan demi keindahan yang kita lihat,cuma masa irda pergi hari tu kelihatan biasa sahaja,mungkin irda ni tak pandai menikmati alam .Tapi ia masih unik dan penuh misteri.Air dibawahnya agak kehijauan dan sangat sejuk.Jika kita menuruni tangga turun singgah ke bawah,terasa kedinginan dan tempias air terjun yang tidak pernah berhenti mengalir sejak berkurun lamanya.

Berada di tepi air terjun dengan deruan air membuai perasaan,terasa nyaman dan begitu menenangkan..


Sumber:Irdagarmin


Ini adalah tangga di bahagian pintu masuk air terjun lembah anai.Masih perlu pembaikan bagi pendapat Irda.Bayaran yang dikenakan moga-moga ia mampu memelihara khazanah alam ini.Oh ya,orang minang panggil air terjun is "Air mancui atau aie tajun" ...maybe bila pronounce tak sama dengan ejaan...nanti lah irda ajar ya..hahaha..

sumber:Irdagarmin

Di luar bahagian air terjun juga disediakan untuk penjaja menjual makanan,so jika anda lapar bolehlah singgah dahulu beli apa-apa yang patut,atau boleh juga beli pisang rebus,telur masin untuk diberikan pada monyet.

Hari tu irda tak beli apa-apapun,sebab masih kenyang makan di rumah makan lamun ombak kan,lagi pun hati dah excited nak meneruskan perjalanan ke bukit tinggi.

PADANG BERMAKSUD:PA-Pandai -DANG-Dagang,sebab itu dimana juga orang minang ini pergi mereka terkenal sebagai pedagang,jarang sekali orang minang yang merantau menjadi buruh binaan atau orang suruhan/orang gaji.Kalau adapun bilangannya agak kecil,ini kerana sejak zaman pemerintahan hindia belanda,rakyatnya terkenal dengan sifat perdagangan.

Sebab itu pepatah minang ada mengatakan"kalau takuruang hendak di luar,kalau takapik andak di ateh" kalau terkurung hendak di luar,kalau tersepit hendak diatas.Faham?apapun situasi mereka sentiasa hendak berada diatas...

Sebelum irda share next entry,salah satu adat yang irda nak share yang menjadikan mereka orang minang ini agak ego dalam banyak hal adalah,adat merantau.Anak lelaki yang lahir di rumah gadang,kalau sudah berusia 10 tahun,mereka tidak boleh tidur di rumah atau duduk di bawah ketiak mak bapak,hanya anak lelaki ya.'

Kalau anak perempuan pula tidak boleh dibenarkan keluar jauh malam.Selalunya anak lelaki berusia 10 tahun mereka dibenarkan tidur di musholla(surau)untuk berguru dengan guru agama,belajar bersilat atau apa sahaja,ini mermpersiap anak lelaki untuk pergi merantau dan jauh dari orang tua nya.

Oklah next story,next entry irda sambung lagi.Entry ni irda sambung pagi tadi pukul 5am,semalam menaip baru seperenggan tertidur sudah..Now 6am,jom subuh dan siap-siap,mulakan hari ini dengan hari yang ceria.

Hari ni pukul 9:30am irda ada appointment dengan investment people di oldltown,hehe ada lah projek baru dengan mereka.InsyaALLAH dipermudahkan.Daaaa....

sumber:google

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

30 comments

  1. best nya kak irda... rel keretapi tu tu y paling legend.. kalau nak masuk air terjuna lembah anai ni untuk mnikmati khazanah alam ada guide x? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear...xde guide just masuk je sbb tepi jalan je kan

      Delete
  2. cantiknyaaa. wah selamat pulang dari holiday. selamat kembali ke alam nyata.

    I baru nak inbox you tanya mana menghilang tak nampak pun entry baru/comment. sesambil bukak blog u. sekali, eh air terjun. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u rindu i ye bee??hehhehe...i pun rindu nak terjah blog u...nanti2 i nak feeling2 baca tau...i sempat terjah wall u je kat fb..skrg ocin p hiking ya..kecian u..kena tinggal eh..hehe...u bila kita nak dpt job blogger ag ni..boleh jumpakan

      Delete
    2. u rindu i ye bee??hehhehe...i pun rindu nak terjah blog u...nanti2 i nak feeling2 baca tau...i sempat terjah wall u je kat fb..skrg ocin p hiking ya..kecian u..kena tinggal eh..hehe...u bila kita nak dpt job blogger ag ni..boleh jumpakan

      Delete
  3. wahhh..cantiknya tempat ni..

    ReplyDelete
  4. INDAH SEKALI VIEW DI SINI...DAMAI HATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedamai hati sesejuk mata memandang kak

      Delete
  5. cantik sangat....
    kalau kerretapi tu masih beroperasi lagi menarik rasanya

    ReplyDelete
  6. bestnya tempat ni. unik sangat part air terjun tepi jalan tu. yang rel keretapi tu pun mcm best je kalau ada lagi. hihi

    ReplyDelete
  7. subhanallah cantik yang amat....terpaku ku tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah..alam.tersembunyi dear...mmg akan terpaku dgn ciptaan maha besar Allah

      Delete
  8. Gambar last skali.. Nampak airnya cantik! Keindahan air terjun.. :)

    ReplyDelete
  9. best nyee !!! tapi seriau tengok rel ketapi tu.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib kereta api xberfungsi dah dear

      Delete
  10. Singgah sini baca sekejap. Bolehkan?

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy berbesar hati atas kesudian tuan membaca blog sy yang masih lagi belajar mutu tulisan yang baik..sy kagum dengan blog tuan dan cara tulisan tuan.moga lepas ini sy juga boleh menjadi penulis terbaik seperti tuan..

      Delete
    2. Jangan lah kata macam tu. Malu saya.
      Kita 2 x 5 = lima belas.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Replies
    1. jom jom.hehe..amik irda jadi tour guide..kiki

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. lama betul tak singgah ke blog irda ni.. tak sangka pula ada post pergi oversea.. menarik2 nk baca la nnti.. hehe.. ala kalao ada keretapi tu mesti best kan naik.. seronok dapat naik keretapi ini.. eh sejak bila jadi train lover ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq datang singgah...heheeh...keretapi tengah hutan tu memang rare..

      Delete
  13. Cantiknya pemandangan air terjun...awak pun comel je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan elih,jalan2 laah ke padang..indah suasana dan orang-orangnya pun masih terjaga seperti terjaganya hutan belantara

      Delete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+