Padang Bukit Tinggi-: Rumah Makan Lamun Ombak

21:10:00

 Fisrt restaurant kami singgah sebaik sahaja keluar dari airport adalah rumah makan Lamun Ombak.Sekitar 10-15 minit dari airport.

 

Menu utamanya :martabak mesir


Bahagian luar restoran terdapat beberapa tabung untuk menderma


Disini ada makanan asli padang,seperti rendang dan gulai berkuah,kerana hari masih pagi,kami tidak makan itu semua.Untuk pengetahuan,jika anda singgah ,makan di restoran nasi padang,pelayan akan menghidangkan semua lauk atas meja untuk anda nikmati.(itu disebut makan bebas di sana)

Tetapi jangan risau,hanya lauk yang berusik sahaja akan dicaj,jika anda tidak suka lauk tu tak perlulah makan.
My first breakfast di padang pada 17.10.2016
Menu yang Irda nikmati adalah nasi goreng telur mata bersama keropok baguak

Emping blinjo Sidoarjo.jpg
Keropok baguak-padang,keropok emping-jawa,terhasil dari buah bijo yang ditumbuk nipis kemudian dikeringkan,ada rasa masin,pedas dan manis:sumber photo google



Keropok baguk atau dengan orang panggilannya disana keropok baguak,Rasanya agak pahit kalau makan begitu sahaja,tapi kalau makan dengan nasi baru rasa sedap.Keropok ini amat popular di daerah ini dan kebanyakan kedai makan ada keropok ini atau keropok jangek. 

 makan keropok ni kena letak garam sikit baru rasa boleh masuk tekak.Sekarang ia sedap dinikmati dengan nasi goreng atau sate minang.Haa sate minang ni lain dari yang lain tau,sedapnya memang umphh tetapi malangnya 4 hari irda disana tak sempat nak cari sate minang yang asli pun.Alaa pak supir tak sempat bawaklah tu..

Irda cuba google buah bijo yang dimaksudkan,sebab tak pernah tengok buah tu macam mana kan..ada juga yang memanggil keropok ala-ala imej diatas dengan nama keropok binjai yang terhasil dari buah binjai.Tak tahulah sama ke tidak keropok binjai dengan keropok baguak ni.Yang pastinya prosesnya dan gambarnya seakan sama.


Irda bukanlah penggemar keropok baguak,tapi sesekali makan dengan nasi boleh tahan juga rasanya.






 

First menu sabrina pula adalah mee soup,dengan kopi ais.Pagi-pagi makan mee soup yang penuh dengan rempah ratus,agak terangkatlah juga rasanya kan.
 

 Sebab menu utama di restoran ini adalah martabak mesir.Jadi ada juga lah kami order martabak mesir untuk merasa.Nampaknya seperti sama dengan martabak yang dijual di bazaar dan pasar malam di Kuala Lumpur.Cuma mungkin rasanya agak berbeza


Kenapa namanya martabak mesir ya?Kalau dulu sejarah mengatakan negeri padang menjadi tempat tumpuan pedagang india dan ada yang berwajah seperti orang mesir juga.Orang india yang berwajah seperti orang arab ini,memperkenalkan martabak dan ditambah baik oleh orang minang tempatan dan dinamakan martabak mesir.Lain restoran lain caranya,ada yang menggunakan telur itik,ada yang meletakkan daging yang direndang terlebih dahulu dan pelbagai lagi cara menjadikan martabak mesir mereka lain dari yang lain.,

.Oleh kerana pengaruh budaya orang india dan arab,ada sesetengah daerah kecil di Padang ada yang mengambil sedikit budaya india ini.Contohnya di negeri Pariaman yang teriku-ikut adat india dalam perkahwinan.Nanti irda share tentang adat mereka sebab irda sebahagian dari adat itu.


 Keseluruhan review :restoran ini besar dan nampak agak mewah,pekerjanya walaupun tidak begitu peramah,harus diperbaiki itu semestinya,tapi kelihatan bersih dan sopan.Semua pekerjanya juga memakai baju uniform dan yang wanita pula sopan bertudung..Memang bukit tinggi kebanyakkan wanitanya bertudung litup dan kebanyakan natural beauty,kalau di padang masih ramai belum bertudung.

Toilet nya juga bersih,tempat duduk bersila juga disediakan dan suasana restoran agak santai.Memang menjadi kelaziman irda,kalau singgah di restoran,irda akan selesa kalau toiletnya selesa untuk digunakan.

Cost breakfast kami di hari pertama adalah:

i)nasi goreng dan juga teh ais
ii)mee soup dan coffee ais
iii)martabak mesir dan coffee o panas

Total Rp 113,000.00 =RM 35.00++

Mahal ke murah?heehe....Bagi irda agak expensive kerana hanya breakfast ,tapi memang itu harga untuk sebuah restoran maybe...

ok nak jumpa lagi di entry selanjutnya...daaaa

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

14 comments

  1. I've never been there but I enjoyed your post!

    ReplyDelete
  2. Agak mahal jugak sebenarnya tapi siqah tak pernah ke sana. Hehe. Enjoy dear irda ~ =)

    ReplyDelete
  3. keropok mmg selalu ada..paling best keropok kulit lembu..

    ReplyDelete
  4. Reen pun tak pernah pergi sana.. Yup. Memang mahal untuk breakfast. Mungkin betul harga untuk di Restoren..

    ReplyDelete
  5. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete
  6. agak mahal babe. Tapi kalau satu restoran yang selesa, memang macam tu kot harga.

    ReplyDelete
  7. wahhh..ada murtabak mesir

    ReplyDelete
  8. banyaknya tabung derma.....first time nampak...besar besar pula tu

    ReplyDelete
  9. mahal juga harganya....owh sebab tu nama murtabak mesir

    ReplyDelete
  10. mcm best je tengok murtabak tu, mai memang peminat murtabak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar murtabak tu memang best.
      Tebal.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. You tak beli jamu bukit tinggi ke?
    Tak taulah ada ke tidak penjual jamu gendong kat situ.

    Bila nak pergi lagi?

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM