Bismillahirahmanirrahim..As salammualaikum.

 Lebih seminggu irda tak menulis.Selain sibuk dengan urusan kerja,minggu lepas 4 hari 3 malam,irda bercuti.Sebenarnya sibuk juga,sebab booking tiket lama dah,jadi dalam kesibukan lari sekejap.:)


Jadi minggu ini irda hendak bercerita perjalanan dan setiap tempat yang irda singgah semasa berada di padang-bukit tinggi,Indonesia.


Padang bukit tinggi adalah negeri orang minang yang kaya dengan adat.Nanti di lain entry irda akan share tentang adat-adat yang irda tahu ya.sikit-sikit jelah..selebihnya kena buka kitab ;ah pulak nak study kan..kalau dah study google jadi entry copy paste pula..Kenapa irda boleh tahu?sebab irda juga dibesarkan dengan adat perpatih .Jadi nanti irda share story apa yang irda pernah alami dan irda lihat sahaja.Tidaklah secara details,hanya sebuah perkongsian melalui pengalaman dan sedikit info yang dicedok.


Sampai airport pukul 5am

 Oklah..first step .keluar dari airport.kami disambut oleh pak supir(driver & tourist guide) abg janu ad.ni irda recommend supir ni untuk mana-mana yang ingin bercuti disana.orangnya peramah,baik dan banyak share story dan ilmu tentang negerinya.Sepanjang perjalanan ada sahaja lawak nya yang buat kami tak kering gusi.Selain di padang dan bukit tinggi,dia juga ada kenalan supir di jakarta bandung,lombok,medan dan setiap tempat-tempat popular di indonesia,anda bolehlah hubunginya untuk mendapatkan info tentang pemandu pelancong di sana.

Dia pun pandai menyanyi,suara sedap.Banyak tips yang dia kongsi dan sangat bertanggungjawab menjaga keselamatan kami.Sebenarnya supir juga memainkan peranan untuk menghadirkan "mood"anda semasa bercuti.Mana-mana yang tercari-cari supir untuk bercuti disana boleh contact irda ya untuk info.

Dia caj hanya RM150 sehari,dan hotel pula RM90 sehari..Irda hanya bayar RM290  (bahagian irda lepas share-share dengan yang lain-lain)yang mana irda genapkan jadi RM300  untuk 4 hari dan 2 malam di hotel.malam ke 3 irda tidak tidur di hotel.tidur di mana??tunggu next entry ya.300 itu cukup berbaloi dah rasanya,untuk transport dan penginapan.Hotel pun termasuk breakfast dua kali.
(Ini harga special untuk irda sahaja tau)hehe...

Pak supir menggunakan kereta jenis avanza,sesuailah dengan bilangan kami yang tak berapa ramai.Caj yang dikenakan sudah termasuk parking ,petrol dan tol.Di sana tiadalah tol macam di Kuala Lumpur,cuma ada sesetangah laluan ada orang yang meminta sumbangan di tengah laluan jalan raya,sumbangan ikhlas sahaja.Tujuannya untuk penambahbaikan jalan raya atau digunakan untuk memperbaiki surau dan sebagainya oleh penduduk kampung.

Mereka menjadikan kutipan di jalan tu sebagai infak sahaja.Sebab kebanyakan aktiviti di daerah-daerah indonesia menggunakan khidmat gotong royong penduduk setempat dan kos pembiayaannya pula untuk projek-projek terpencil adalah hasil sumbangan orang ramai.Jadi dalam perjalanan tu,kalau ada yang meminta sumbangan,pak supir sudah menyedikan wang kecil.Anda juga boleh memberi sumbangan mungkin ketika berhenti di musholla(surau) untuk menunaikan solat fardu.So far masa irda berada di padang bukit tinggi,pengamen(pengemis) tidak banyak kelihatan.

Berbanding di tempat lain yang irda pernah pergi.

Pak supir juga dapat komen-komen yang positif dari group backpakers.,Sebab itu Irda berani recommend dia sebagai pemandu pelancong anda di padang-bukit tinggi..


Pemandangan dari kawasan parking airport


Kami tiba di bandara minang kabau,PADANG sekitar jam 8.50am (waktu malaysia).kalau di indonesia 7:50am kerana di indonesia beza 1 jam dengan time di malaysia,pak supir sudah sedia menunggu kami dengan nama tertera mencari-cari rombongan kami.Ternyata dia mengenali kami dulu.Mungkin gambar di wassap memudahkan dia mencari.

Dan perjalanan pagi itu diteruskan ke bukit tinggi yang mana memakan masa sejam lebih dari airport.Kami disediakan botol air mineral .Jadi sebelum sampai di hotel,beberapa tempat menarik yang telah tertulis di itenary lawatan  kami lawati.Tunggu.untuk next entry  tentang tempat-tempat menarik ya.... daaa :)



Nama supir :Janu AD( nama panggilan abang ad)

Asal:Payokumbuah,Padang


updated 23/2/2019:Irda berkolaboratif dengan supir ad janu untuk urusan booking dari Malaysia  ya,Hubungi Irda untuk info:011-23716700

Boleh juga lihat info terkini dan gambar-gambar client terkini yang telah menggunakan khidmat kami di FB PAGE: @irdagarmintravel

Padang Bukit Tinggi travel

Latest update :17/9/2017
p/s: 1)Harga mungkin tidak akan sama bila anda booking lepas ini sebab package irda tidak termasuk makan+fees lawatan.Di padang irda tak duduk di hotel dan tidak menggunakan hotel supir sebab dapat accomodation lain dari kenalan di sana.Sebab tu harga irda lebih murah.

2.)Sebab hubungan baik dengan supir.Irda sudah dilantik oleh pak supir untuk urusan pertanyaan dan booking dari Malaysia.Dont worry harga nya sama dengan harga supir kenakan.

selebihnya hubungi irda untuk pertanyaan lanjut ya.

Terima kasih









thank you for reading this entry...appreciated :)

9 Comments

Thank you,come again :)

  1. Wah, jln2 lepas lelah kiranya, mesti banyak ole2 dari Padang kan;)

    ReplyDelete
  2. Wah, jln2 lepas lelah kiranya, mesti banyak ole2 dari Padang kan;)

    ReplyDelete
  3. hai kak irda seronoknyaaaaa :D :D

    ReplyDelete
  4. SERONOKNYA IRDA BERCUTI KE BUKIT TINGGI..DPT PULA BANTUAN PAKSUPIR YG BAIK.

    ReplyDelete
  5. Bestnya irda bercuti di Padang Bukit Tinggi. Cantik kan view kat sana? Tak pernah jejak kaki ke Indon. Hee. Alhamdullilah semoga dipermudahkan semua urusan irda di sana. Happy holiday dear =)

    Love your quote of the day. So true =)

    ReplyDelete
  6. travel jd lebih best bila dapat supir yg bagus...Padang - Bkt Tinggi, sejuk nyaman..

    ReplyDelete
  7. wah murahnya bajet travel yangg oii. macam bajet pegi PD je. nanti share lah pasal hotel semua ye .

    ReplyDelete
  8. salam, boleh emelkan saya nombor supirnya..:)-Huda, Kuantan.

    nhuda007@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post