Reunion di Hilton Kuala Lumpur

16:55:00

hari cuti umum sempena hari malaysia 16 sept tempoh hari,kan pagi -pagi tu irda turun sungai besi walaupun dalam hujan lebat untuk appointment coway.

Malamnya pula irda ada sesi reunion with exbanker,All girlfriend yang dah lama tak jumpa,berjumpa lagi.

"Kawan baru silih berganti,kawan lama di lupa jangan" 


 


Jika siang tadi berjeans lusuh dan ber tshirt,berkasut converse,bila ada event di hotel mewah,satu yang menjadi serabut,nak pakai baju apa?aduhai...

Tiba-tiba kena ubah personaliti pulak kan,,hem bak kata orang masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum,event ni adalah jemputan business partner banking,valuer.Anak kepada dato ni yang kahwin.So staff dalam company tu jemput sekali dan kami adakan reunion dengan kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa.

Ada staff bank hong leong,bank rakyat,cimb bank,RHB ..DULU kami satu bumbung,sekarang dah berpecah-pecah.Ye lah orang bank ni kalau dah resign mesti masuk bank lain kan.



Bila bersembang dengan kawan-kawan banker,cara irda bercakap dan berfikir jadi lain sekejap,kalau dalam coway banyak sembang pasal penapis air,dengan kawan-kawan bank banyak sembang tentang rate,interest rate,loans & investment.


Menu malam tu semuanya sedap..Hilton Hotel ni terletak di kl sentral,sangat mudah nak datang,kalau mula-mula sampai akan confuse sebab lobbynya berkonsgi dengan hotel Le Meridien,nasib baik ada orang guide.Sebelum ni pergi ada juga untuk jemputan berbuka puasa atau raya open house.Kali ni datang jemputan kahwin cum reunion sekali.

 

Sate ni first menu Irda try,sedap....rasa macam tak cukup 3 cucuk.hehe..ala dah decoration dia macam tu kan..takkan nak mintak sepinggan.


Sambil menikmati hidangan,kami dihiburkan oleh nyanyian dan lawak jenaka oleh penghibur jemputan

Udang ni irda ratah sampai habis
Comelnya dessert ni,seketul ais krim tu makan dengan buah naga dan dikunyah bersama sebelah strawberry,alahai nak lagi...hehe:)
 

 
Pic ni ,mainan camera betul,sebenarnya irda masih lagi dalam fasa treatment .InsyaALLAH  next entry irda tulis tentang skin treatment tersebut

Alhamdulilah,selepas bertahun tak jumpa kawan-kawan lama,dengan event orang ni kami berjumpa kembali.Dan sesungguhnya sebuah persahabatan akan memberi erti bila sama-sama memberi manfaat.

Terima kasih kawan-kawan yang invite irda

Congratulations Redhwan & Suzila. Thank you for your kind invitation and what a honor to be part of your special day. 

16 september 2016,reunion with kawan-kawan bank.Malam tu hendak pulang dari event sempat call fadly sekejap sebab risaukan seorang anak buah yang mungkin merajuk disebabkan sales yang kurang.Risau juga irda sebagai leader dalam group tak mampu nak tolong..dalam kegusaran dia irda pula boleh sibuk event sana sini.Nanti kecik pula hati sahabat tu..

Tapi bak kata pepatah irda tak nak jadi leader yang bagi ikan,tapi bagilah pengail,biar dia tahu susahnya dan ia boleh buat orang tu lebih menghargai susah payah..orang yang berada diatas sekarang ni semua melalui susah payah dulu.

Ok uols...daaa..hajat di hati nak pergi hospital selayang sekejap lagi,jenguk anak fatah,wife fatah baru bersalin semalam anak pertama,tapi alahai fatimah pula dah call ,sekejap lagi dia ada appointment.Bila dalam group coway irda makin ramai bukan senang nak menjaga hati ramai orang tau,nak jaga hati kawan-kawan..alahai..sudahnya tak tahu nak pergi mana dulu..Irda doakan semua dalam team irda success DAN Irda diberikan kudrat dan idea untuk membantu lebih ramai lagi sales person dalam team irda.amin
 
Ok daa...lain kesempatan sambung entry ya..



thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

3 comments

  1. fuh deco sate dia tu boleh tahan.. sup kambing? sedapnye tu...
    pergi melawat org yg baru bersalin la dulu irda.. hehe.. pandai2 je bagi suggestion..

    ReplyDelete
  2. Deco sate nampak macam harga yang agak mahal nak dibandingkan dengan hanya 3 cucuk. Hihihi

    Irda! Cantik!

    ReplyDelete
  3. lawanyaaa.. baju akak lebih kurang baju raya thn ni. hehe

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+