Sebuah cerita untuk dikongsikan:dismiss,bukti kerja itu bukan jaminan.

21:53:00

 Peace of mind!HANYA mampu itu diluahkan apabila menikmati cuti panjang 3 hari .ya ALLAH syukur dengan nikmat tenang pemberian mu ini.

Hampir sebulan tidak menonton TV,hari ni irda layan movie yang download lama dah dalam laptop ni."The Terminal" & "Pursuit of happiness"..Ternyata kadang-kadang layan movie boleh merehatkan sedikit kepala yang selalu tin tong.Cerita yang penuh motivasi dan nilai-nilai moral juga mampu membentuk arus alpha dalam jiwa kita.Mungkin ni movie lama,tapi nak juga buat entry review lepas ni..hehe.Nanti irda tulis synopsis cerita ni ya,mesti ramai dah tengokkan?

Malam ni irda nak menaip panjang,maaf kalau yang membaca agak bosan.Tapi menulis adalah hobi yang begitu sebati dalam diri irda.

"Termination & Dismiss"..apakah perasaan anda bila menerima surat itu dari company tempat bekerja?Semalam hari jumaat adalah hari terakhir irda melihat seorang sahabat yang sudah hampir 12 tahun dalam bank,bermula sebagai clerk,kemudian sales clerk,kemudian loan officer dan akhirnya sales consultant.Entah dimana silapnya kerjayanya punah sekelip mata.Kasihan?tiada kata yang mampu diucapkan selain kasihan,

Merupakan top performer,selalu menang trip percuma dari bank.Amsterdam,London,Venice,Milan,belum termasuk negara-negara ASIA,menjadi sahabat ini cukup masyur namanya,menjadi sebutan sebagai top performers.

Memperolehi income dan commision 5 angka sebulan menyebabkan total komitmennya separuh dari incomenya.Bayangkan bila tiba-tiba putus kerja..tidakkah serabut memikirkannya?.Kasihan hanya itu yang mampu diucapkan.

Kadang-kadang bekerja di bank risiko nya sentiasa ada,kalau kita tidak buat silap,namun ada saja nasib yang tidak menyebelahi kita.dalam kekalutan mengejar target,dalam kesibukan orang sana sini,kadang-kadang sebagai pegawai yang bertanggungjawab,kita terlepas pandang,ada dokumen yang palsu orang bagi kita tercop "original sighted",kita sign dan verified..,manalah kita nak tahu kan,kita bukan FBI untuk menyiasat orang begitu details.

Kadang-kadang statement "customer always right".bila kita menjual product,bila customer tak untung,customer boleh cakap apa saja tentang sales person yang menjual,sudahnya kita dicop tidak integriti dan missale.Allahuakbar minta dijauhkan itu berlaku pada irda...

Kawan irda merupakan senior irda ,bila dapat surat tu..irda hanya mampu ucapkan sabar,dan sabar..apa lagi yang boleh diucap sebagai seorang sahabat.


Bila saat dia berkemas-kemas,angkat barang-barang tanpa ada farewell,12 tahun kenangan pasti mengusik jiwa.Sempat dia berkata-kata dengan Irda,sebab semalam hanya irda yang tolong dia kemas-kemas barang,sebab yang lain-lain busy dengan rutin masing-masing.Sebak juga irda..

Bersalah atau tidak dia,irda bukan Tuhan untuk menghukum.tapi dia tetap rakan seperjuangan.Sedikit rasa sedih pasti ada.

"Ti,abg dah tak keje bank,lepas ni buat keje kotor-kotor,hangpa semua jangan jijik kat abang pulak.jangan putus kawan ya.kalau ada hal-hal bank,hang tolong aku ya"

"Ti,keje elok-elok,keje bank kan menjamin masa depan,rezeki hang tu"

Apa yang irda boleh berikan jawapan:

"Keje apapun,yang menjamin masa depan,bukan keje tu tapi rezeki tu,biar sikit tapi berkat.cara kita mendapatkan rezeki tu."

Pesan ustad dalam satu ceramah yang pernah irda dengar"kadang-kadang apa yang berlaku pada orang itu bukanlah hanya ujian untuk orang itu,tapi merupakan ujian dan pengajaran untuk kita yang melihat"

Dan layaknya sebagai seorang sahabat bukan mahu mengambil kerja tuhan dalam menghukum orang,apa yang dilalui oleh sahabat itu adalah ujian hidup untuknya,boleh jadi juga ujian &pengajaran untuk irda.

Sempat irda berpesan,rasanya pesanan ini selalu juga irda cakap dengannya.walaupun selama ni cakap sambil gurau-gurau ja,sebab irda tahu cicle hidupnya macam mana,,tahu live style dia macam mana,serabutnya dia macam mana..dan kuncinya irda cakap jaga solat bang...dan semalam irda berpesan lagi..irda tak tahulah dia terasa ke apa,semalam mungkin kali terkakhir irda akan bercakap macam tu.

"Abg sory ya kalau saya cakap,abg mulalah solat,kadang-kadang saya tengok abang solat jumaat pun tak pergi,solat fardu pun jarang-jarang,saya tak cakap saya ni baik,saya pun tak baik mana,tapi jaga solat bang,hidup semua teratur ..boleh jadi apa yang terjadi ini tanda ALLAH sayang,apa nak hadap sangat pujian orang bang?apa nak hadap sangat  dunia semua ni,kadang-kadang nak kejar sales punya pasal,solat jumaat pun entah kemana,jadi ini ALLAH cubit sikit tanda Allah tu sayang...Lepas ni abang cakap nak niaga macam-macam,mulakan dengan dhuha pagi-pagi tu dulu"

irda tahu mungkin masa tak sesuai nak cakap macam ni lagi,tapi tak peduli..tanda kita hargai sebuah persahabatan adalah memberi kan nasihat kalau kita rasa perlu,kalau dia menganggap kita ini sahabat juga,dia takkan sentap malah menerimanya secara terbuka.

Orang yang mendengar nasihat dari kawannya tetapi tidak menegurnya selepas nasihat tu,maknanya dia belum menerima anda sebagai seorang sahabat tapi hanya seorang kawan biasa,sebab sahabat levelnya paling atas.

Kawan --kawan biasa--sahabat=inilah tingkat hubungan .Jika dia tidak boleh menerima maknanya kita hanya sekedar kawan bukanlah sahabat yang layak untuk menegur.

"hang tarbiah aku ka ti" katanya dengan senyuman..

"Bukan tarbiah bang..nasihat adik pada seorang abang.Hidup abang selama ni berada diatas,income riban-riban tapi masih belum cukupkan,abang cakap serabut sentiasa,abang cakap macam takde live,mungkin abg jauh dari ALLAH."

"pakcik saya tukang kasut je tepi jalan bang,tak pernah keje ber aircond,makcik saya pula jual jajan kat sekolah.Tapi anak makcik saya semua 3 orang belajar kolej ,makcik saya ada 3 rumah sewa,dan pakcik makcik saya tak pernah berhutang buat rumah.anak-anak semua berjaya."

"Abang jangan rasa bila tak keje kat aircond dah dunia gelap..tidak bang,saya dah cakap keje tu bukan penentu masa depan,tapi cara memperolehi rezeki tu yang penting,kenapa orang yang keje ofis ni kadang-kadang ada hutang keliling pinggang,kadang-kadang taraf blacklist yang paling tinggi orang yang keje bertali leher ni lah kenapa?sebab dia merasakan keje tu selamanya milik dia".

"Makcik pakcik saya mungkin orang lama,orang kampung..tapi mereka lebih bagus dari kita yang duduk kat ofis ni.tengok saja ccris orang yang keje macam kita ni,DSR tinggi,sebab selagi boleh hutang depa nak hutang.Malah mengikut statistik,boleh tengok saja siapa yang paling atas memegang status bankrap?AKPK pula boleh tengok siapa yang menjadi pemohon tegar?

"Tapi orang yang tidak makan gaji,belanja ukur badan sendiri,tak susah dan tak juga senang,tapi mereka sentiasa ada reserve money untuk digunakan.Tak macam kita,isi minyak kereta pun guna kad besi :)hehe..Tapi takpelah kalau guna untuk dapatkan rebate,lepas tu bayarlah cepat-cepatkan."

"ok ti,ok ok..hang toksah kalut,aku ok ja..." jawabnya simple.

Apapun lepas apa yang berlaku pada senior ni,merupakan pengajaran untuk irda agar lebih berhati-hati di hari depan.Kasihan ,anak dua orang pula yang masih kecil.

Tapi percayalah ,berlakunya sesuatu pasti ada hikmahnya

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu:Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"(Al baqarah:216)


p/s:

-Matangnya seorang lelaki bukanlah bergantung pada usianya,tapi kerana pengalamannya.

-Seseorang yang dikatakan beriman bukan sahaja orang yang selalu pergi ke masjid untuk berjemaah,tetapi seorang itu dikatakan beriman bilamana dia berada dalam kelompok yang boleh membawanya ke jalan yang salah atau dimana disaat dia mampu melakukan apa sahaja tanpa halangan ,tapi tidak melakukan apa-apa kerana takut padaNYA maka disitulah nilai iman sebenarnya.Jika menjadi baik dalam lingkungan orang-orang baik itu biasa,tapi masih mampu bertahan jadi baik walaupun dikelilingi orang-orang yang tidak baik,maka anda adalah sebaik-baiknya orang.

-Kadang-kadang kita sudah berada diatas,kita rasa kita takkan jatuh,namun percayalah penghargaan manusia tu tak sejauh mana,bila diri dikaitkan dengan kesalahan,orang yang memuji semuanya memencilkan diri,disaat itu jika iman ada kita akan terasa kerdilnya diri,dan itu tandanya ALLAH rindu kita sujud menyembah kembali.

-Disaat kita susah,disaat kita sakit,kadang-kadang kita ternanti-nanti orang memberi perhatian,dan menghulur bantuan,tapi percayalah sejauh manalah orang lain boleh membantu sedangkan orang lain pun ada kehidupan sendiri,disaat itu kita kembali kepada fitrah bahawa kita ini milik Tuhan yang satu,hitung kembali salah dan silap,dosa dan maksiat,mungkin kita dipanggil untuk sempat menghapus segala dosa.

Semoga bermanfaat story diatas,hanya dinukilkan untuk iktibar bersama,tidak berniat mengaibkan sesiapa dan irda juga tidak menyebut nama sesiapa,hanya sebuah cerita untuk kita.

Maafkan jika sahabat itu terbaca,tidak berniat apa-apa,saya yakin rezeki dia lebih luas diluar sana,cuma perlu lebih bekerja keras untuk mendapatlan level yang sama seperti sebelum ini.

Moga TAHUN hijrah ini sebuah penghijrahan baru untuk sahabat itu,Nasib manusia tiada siapa tahu kesinambungannya.Nasib irda pun sama..Jadi bilamana kita merasakan hari esok kita belum tahu apa kesudahan kita,maka selemah-lemahnya irda sebagai manusia,mohon ALLAH lindungi,mohon ALLAH jaga,setiap tindakan dalam perhatiannya dan perlindungannya.

Moga irda sentiasa beringat-ingat dan bekerja penuh dedikasi dan integriti,dan sentiasa mementingkan orang lain dari diri sendiri,moga ALLAH SENTIASA melindungi.

Allah yang maha bijaksana,maha adil dan maha mengetahui,jaga lah setiap langkah irda dalam mencari rezeki untuk keluarga.amin...





thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

6 comments

  1. nice sharing kak irda.. rasa mendamaikan saat membacanya

    ReplyDelete
  2. Thanks kak irda.. TerMuhasabah diri sendiri.. Benarlah rezeki tu Allah yg pegng..bkn jminan di tgn mnusia hatta hebat mna sklipun kita rsa. Subhanallah. Allahuakbar. Kmbli pd Allah jaminan ketenangn dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. rezeki yg halal..biar sikit tapi berkat..semoga senior Ida tu mengambil positif nasihat yg diberikan..aamiin..

    ReplyDelete
  4. tentulah Allah sayang pada kawan Irda tu, kalau tak masakan diturunkan ujian hebat begitu.
    jika tak sayang, pasti dibiar hanyut dengan kemewahan dunia sehingga lupa pada Sang Pemberi Rezeki.
    jika dah hanyut, usahkan bayang; bau syurga pon belum pasti.

    saya juga pernah dan sedang jatuh, tapi saya yakin di sebalik kesusahan ni pasti ada kesenangan.
    jika Allah letakkan kita dalam keadaan sukar tersebut, pasti Dia punya cara utk menarik kita keluar darinya.
    kuncinya, dengan bersyukur terhadap apa yg tinggal pada kita.
    kadangkala dgn bersyukur saja dah boleh membuat kita merasa cukup.
    nikmat Tuhan mana yg cuba kita dustakan?

    tak gitu, Irda?

    ReplyDelete
  5. deep...selalulah bermuhasabah diri..

    ReplyDelete
  6. salam kenal.. thnks sudi singgah blog akak dan wish besday anak dara akak...

    rezeki itu ditentukan Allah.... mungkin tiada rezekinya di situ... insyaallah mungkin ditempat lain atau yg lebih baik dan bagus....

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM