Melancong ke bukit tinggi,Indonesia?Jangan lupa singgah di Pusat Dokumentasi dan informasi kebudayaan minang kabau

12:51:00

Sambung entry di ruangan "my journey".Irda sedang belajar sejarah tentang adat dan kebudayaan minang kabau.

Hari Pertama di padang di teruskan ke "pusat dokumentasi dan informasi kebudayaan minang kabau",padang padang.
Tempat ni sejuk,ia macam muzium berbentuk rumah minang kabau.suasana sekitarnya bersih dan nyaman
Bayarang masuk adalah Rp 4000.Ingat-ingat lupa sebab bukan irda yang bayar masuk..huhu

Jom Irda share sikit tentang apa yang diorang terangkan ,Irda record untuk rujukan...huhu.Jom belajar sejarah minang kabau ...

Rumah ni tak senget,irda yang tersenget amik gambar ni ..hehe


Pusat dokumentasi berbentuk sebuah rumah gadang atau rumah adat minang kabau yang telah dirasmikan pada 17 disember 1990.Disini dikumpulkan pelbagai gambar lama bagaimana bentuknya rumah gadang zaman dahulu dan ada juga buku-buku yang menulis tentang adat dan budaya minang kabau dalam pelbagai bahasa seperti inggeris,belanda,arab,melayu dan bahasa minang kabau sendiri.Maka pusat dokumentasi ini ibarat sebuah perpustakaan.



Rumah gadang,gadang bermaksud besar.Ada dua jenis rumah gadang di padang,iaitu yang ada anjungan kiri dan kanan ia adalah rumah gadang  dari suku koto dan piliang,datuknya adalah datuk ketemenggungan atau adat temenggung.

Ada pula jenis yang ke dua tiada anjungan,datar sahaja ,ia adalah rumah gadang dari suku kodi dan caniago,datuknya adalah datuk papatih nan sabatang,atau adat perpatih.

Jadi beza kedua jenis rumah ini bergantung pada pemerintahannya.Adat temenggung lebih kepada autokrasi,bertingkat"perpatah minang kabau nya"bajanjang naik,batanggo turun".Segala keputusan diputuskan oleh penghulunya.Dalam pemberian pangkat misalnya,jika meninggal datuk atau kepala suku,terus diganti oleh keponakannya tanpa sebarang musyawarah.

Namun adat perpatih,lebih demokratis,duduk sama rendah berdiri sama tinggi,semua masalah diselesaikan dengan musyawarah.Dalam pemberian pangkat,jika meninggal seorang penghulu,semuanya berkumpul,jika ada yang dipilih mereka bermusyawarah terlebih dahulu untuk memilih siapa penggantinya.
Gambar dinding dalam rumah

kedua -dua jenis adat itu masih dipakai hingga saat ini.Jadi rumah gadang didirikan dengan milik bersama oleh suku.Ia bukanlah milik keluarga.tapi milik bersama .contohnya pusat dokumentasi adalah rumah gadang sembilan ruang.disetiap bilik dibataskan dengan tiang.Bilik hanya untuk anak gadis yang sudah menikah.Mana yang belum berkahwin,anak gadis itu dikumpul dianjungan,siang hari mereka disuruh merenda,menjahit atau menenun,bila malam hari anjungan akan ditutup tirainya.





Dari 9 bilik ruang di rumah gadang,tidak sama saiznya,bilik pertama paling besar,jadi jika ada anak gadis yang berkahwin,bilik pertama akan dihuni dahulu.Jika ada adiknya sorang lagi berkahwin,dia akan pindah ke bilik ke dua,jika ada lagi sorang adik perempuannya berkahwin,pindah lah lagi kebilik seterunya,hinggalah ke bilik hujung sekali.

Bilik paling hujung adalah paling kecil.Ini adalah sebuah syarat atau teguran orang minang secara halus pada suami pada anak gadis orang minang supaya tidak terlalu selesa hidup di rumah gadang atau di rumah mak mertua.
Pelamin pengantin zaman dulu-dulu
Orang minang sentiasa menegur menantu dengan cara berbahasa..tanpa langsung menegur depan-depan,semakin kecil bilik itu petanda sindiran cepat-cepat suami mendirikan rumah lain dan membawa anak gadis dari rumah gadang keluar rumah.Ini adalah cara motivasi pada suami supaya rajin-rajin cari wang dan membawa isteri dan anak-anaknya keluar dari rumah gadang.apalagi jika anaknya makin ramai

Sabrina mencuba pakaian pengantin adat minang dengan cost RP 30000

Ada juga anak gadis yang berkahwin dengan orang kaya,belum sampai bilik ke 3 mereka sudah keluar dari rumah gadang.Biasanya yang lama tinggal di rumah gadang adalah pada yang tidak mampu.

Biasanya yang tidur dalam bilik rumah gadang,adalah ayah,ibu dan anak yang berumur 5 tahun ke bawah..Untuk anak lelaki yang berumur diatas 10 tahun,dia tidak tidur di rumah gadang,tapi tidurnya disurau.Disurau dia belajar adat,agama dan bersilat.Sebab itu di Minang kabau timbulnya sistem merantau untuk anak-anak lelaki.Jadi bila kecil dia sudah terbiasa di surau,besar anak lelaki disuruh merantau.

Kerana zaman dahulu orang yang mendapat pendidikan dan sekolah hanya anak orang kaya sahaja,jadi anak lelaki di rumah gadang hanya belajar di surau.Siang hari dia akan pulang ke rumah gadang untuk makan,tukar baju,kemudian membantu orang tua di sawah atau ladang,kemudian malam hari ke surau lagi untuk menuntut ilmu agama,mendengar pendidikan dari kiai dan sebagainya.

.Untuk anak gadis yang berumur 10 tahun pula tidurnya didepan bilik ibubapanya.Jadi rumah gadang adalah rumah sementara sehingga suaminya membina rumah untuknya.


 rumah gadang agak miring atau condong seperti kapal,seperti kata pepatah "condong indak mambawo rabah"Ia senget tapi tidak roboh,ia tujuannya bertahan dari gempa bumi,dan rumah gadang dulu-dulu dibina tanpa paku.Ia memakai pasak dari kayu,rumah gadang yang asli tiangnya tidak terus dimasukkan terus ke dalam tanah,ia diletakakn atas batu yang besar,namanya batu sandi,bila berlakunya gegaran atau gempa,batu akan berpusing ikut arah kiblat.Jadi kalau gempa,batu itu sahaja yang akan berpusing,sebab itu rumah gadang tak pernah roboh walaupun gempa pernah melanda padang.

Ok..sambung di next entry ya,nanti tulis panjang-panjang satu entry,uols tak khusyuk baca..hahaha..

taklah...irda naklayan upinipin dengan alya sekejap..daaa....




thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

4 comments

  1. bestnya kak... siap blh pakai baju minang tu.. in shaa Allah ada rezeki nk dtg

    ReplyDelete
  2. Wahhhh...menariknya kisah rumah gadang ni Irda! seronok membaca. Tak tau pulak gitu kisahnya anak laki vs anak perempuan. Hehe..

    ReplyDelete
  3. menariknya rumah gadang nie..thnks 4 sharing kak

    ReplyDelete
  4. menariknya rumah gadang nie..thnks 4 sharing kak

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+