Hi..tulisan kali ini agak panjang...jangan bosan baca sampai habis ya.:)

 Hamka dilahirkan di Maninjau,Padang sumatera barat,Indonesia pada 17 Februari 1908 dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta.Nama sebenar prof dr Hamka iailah Haji abdul Malik bin Karim bin Amirullah.Beliau merupakan tokoh pendakwah yang disegani di nusantara juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan,penulisan kreatif dan  profilik,seorang pujangga dan ahli falsafah islam.

Buktinya walaupun Hamka dilahirkan di suatu daerah yang tersembunyi,tulisannya mekar hingga merata pelusuk dunia,malah di Malaysia sendiri tulisan dan kata-kata hikmah Hamka sentiasa tercatit dimana-mana karya dan tulisan,Salah satu buku yang agak popular dan diulang cetak adalah "tenggelamnya kapal van der wijck".Walaupun novel ini sudah pun difilemkan,dan sebenarnya irda dah lama tahu tentang tajuk buku ini tapi hati belum tergerak untuk membacanya.Bila Irda pergi holiday di padang tempoh hari,seorang kawan menceritakan tentang buku ini dan filem yang diadaptasi dari buku ini ditontonya begitu menyedihkan,terus hati kecil ini teruja untuk membacanya.

Nak dijadikan cerita,dalam hidup irda ni sentiasa terjadi secara kebetulan,bila irda up satu status di FB tentang satu topic,terus seorang akak ofismate irda comment:

"Akak bila baca hang punya status kat fb,terus teringat akak ada baca buku hamka tenggelammnya kapal van der wicjk,sebijik apa yang hang tulis tu"

Me:"Laa ye ke akak ada buku tu?saya baru nak cari,sebab saya rasa tu buku lama macam tak ade di kedai buku dah".

Bila dapat sahaja buku tu,teruslah irda focus baca.Dalam train,dan tidak mensia-siakan pun sedikit waktu dalam 3-4 hari buku yang ditulis pada 1937 dan terus diulang cetak itu habis irda baca.Buku ada 349 muka surat.fuhh!

SYNOPSIS CERITA 

Cerita ini mengisahkan seorang jejaka bernama zainuddin yang mempunyai seorang bapa yang berasal dari negeri pagar ruyung,zainuddin terlahir dari hasil perkahwinan bapanya dengan wanita makassar,Bila orang tuanya meninggal zainuddin pada usia 19 tahun ngin pulang ke kampung daerah nenek moyangnya untuk mencari saudara dan keturunanya.

Di padang,harta banyak jatuh kepada anak perempuan atau saudara perempuan,oleh kerana zainuddin sebatang kara tiada adik beradik atau saudara mara belah perempuan kerana ibunya bukanlah orang minang.. maka tiadalah sebarang harta peninggalan nenek moyang untuknya.Di daerah itu juga bila tidak berkahwin dengan orang minang,adalah bagaikan satu kesalahan kerana melanggar adat.

Zainuddin jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama hayati,kepada hayatilah dia selalu berpuisi melepaskan hibanya hati kerana tidak diterima kehadirannya di tanah kelahiran bapanya.Hayati baginya sebuah semangat untuk hidup dan orang yang suka berpuisi ini adalah seorang penghiba hati dan sentiasa lara hatinya,Mereka hanya berhubungan melalui surat-surat yang menjadikan adik lelaki hayati sebagai posmen.

Apabila hubungan itu dapat dihidu oleh pakcik hayati,di ranah minang,seorang anak dara yang berhubungan dengan lelaki bukan muhrim walaupun hanya melalui surat bagaikan menconteng arang ke muka keluarga.Di ranah minang juga ibubapa kepada seorang anak gadis tidak berhak untuk membuat keputusan apa-apa,semuanya dilakukan melalui musyawarah pakcikmakcik(ninikmamak).Jadi seorang pakcik yang tua menghalau zainuddin keluar dari kampung itu.

Zainudding merantau di padang panjang untuk belajar agama islam dengan tekun.Jika merujuk entry irda sebelum ini,padang panjang adalah pusat pengajian islam sejak dulu kala hinggalah saat ini SINI.Semasa disitu mereka masih berutus surat.

Hayati juga ada seorang sahabat sekampung di PADANG PANJANG bernama khadijah.Saat kerinduan dan keluh kesah hayati pada zainuddin tak terbendung,hayati juga sering bercerita kepada khadijah tentang perasaanya ,perasaan kasihannya pada zainuddin yang terbuang kerana tiada saudara mara belah perempuan yang kandung di daerah itu hingga darah minangnya dipersoalkan orang lain.Mereka menganggap zainuddin pendatang yang tidak berketurunan dan tidak beradat.

Khadijah bukanlah seindah nama isteri rasullulah,berbeza wataknya dengan hayati,jika hayati sentiasa berbaju kurung kebarung dan berselendang,layaknya gadis kampung yang terjaga.Khadijah sentiasa berpakaian ala saloma,kebaya sendat di pinggang dan sungguh moden,khadijah juga ada seorang abang yang bekerja makan gaji di kota padang..Nak dijadikan cerita ada satu temasya di padang panjang,khadijah menjemput hayati datang ke daerahnya untuk menghadiri pesta seminggu itu.Kebetulan abangnya pula pun cuti panjang dan pulang ke kampung

Hayati yang memang susah dilepaskan keluar rumah,mendapat greenlight untuk ke padang panjang ditemani seorang makcik perempuan.Tujuan khadijah hanyalah untuk memperkenalkan hayati pada abangnya.Dan hayati pula sudah lama tidak bertemu zainuddin.Rindunya pada kekasih hati itu diharap dapat dilepaskan dengan pertemuan di temasya lumba kuda itu.

Disaat hayati ingin ke temasya khadijah merubah penampilan hayati supaya lebih moden sepertinya,mula-mula hayati agak keberatan tetapi akhirnya akur bila ditertawakan dengan gelagat dara pingitannya.Keinginannya hanya satu iaitu bertemu zainuddin.Rupanya abang khadijah memerhati dari jauh.Lelaki kan..yang tertarik pada wanita ketika perempuan itu menampakkan auratnya dan susuk tubuhnya adalah lelaki yang menyukai seseorang perempuan kerana nafsu.

Di temasya mereka bertembung dengan zainuddin.Zainuddin dengan berjambang dan berbaju lusuh terkejut dengan penampilan hayati,begitu juga hayati merasa hiba melihat cinta hatinya begitu dhaif penampilannya.Dari cinta beralih pada rasa kasihan.zainuddin menghantar surat selepas itu kerana dia tidak suka hayati gadis kampung pujaanya begitu berfashion sendat.

Khadijah memperlekehkan penampilan zainuddin dan mengatakan,hayati sudahlah keluarga susah,kenapa zainuddin yang susah juga pilihannya.Hati hayati mula terusik dengan kata-kata sahabat baiknya.Dan selepas sebulan keluarga abang khadijah menghantar rombongan meminang.Ninik mamak sekali lagi meeting dan menyatakan hasrat keluarga khadijah itu.Mereka semua suka sebab abang hayati ada kerja tetap dan keluarga mereka jelas keturunannya.

Pada masa yang sama juga zainuddin sudah menghantar surat kepada ninikmamak,iaitu pakcik hayati menyatakan hasratnya untuk menyunting hayati sebagai isteri.Bila dua pinangan itu datang serentak,ninikmamak mengecam tindakan zainuddin kerana dikatakan tiada adat orang memberitahu dalam bentuk surat untuk meminang anak gadis dalam jagaan mereka.Namun mereka juga tidak mahu memaksa hayati untuk menerima pinangan abang khadijah.

Hayati yang begitu cintakan zainuddin,beralih rasa hati kepada kasihan.Bila cinta bertukar kasihan,rasanya sudah lain.Bila memikirkan nasihat sahabat baiknya,dia juga bagaikan serba salah,mungkin baginya hidup dengan abang khadijah mungkin lebih menjamin masa depan dai dan keluarganya.ada kerja tetap dan gaji bulanan.Zainuddin bukan dia tidak cinta,namun dia takut keluarganya tidak mampu menerima keadaan zainuddin .Begitu sukar hayati buat keputusan akhirnya dia memberi jawapan:"apa yang terbaik untuk keluarga saya terima sahaja"

Maka naik gilalah zainuddin bila diketahui hayati bernikah.Sebab hayati pernah berjanji sebelum dia dihalau dari kampung nenek moyang itu bahawa dia berjanji akan menunggu zainuddin sampai bila-bilapun.Kerana sakitnya rasa cinta dikhianati,dan bagaikan tidak percaya bagaimana seorang gadis polos itu lupa janjinya.Zainuddin demam dan bagaikan orang gila.memanggil-manggil nama hayati.Dia merasakan hayati dipaksa ninikmamak untuk berkahwin bukan pilihannya hatinya.

Dipadang panjang,khadijah juga menghantar surat pada zainuddin untuk melupakan hayati.bila doktor terpaksa memanggil hayati disaat zainuddin bagaikan orang hilang arah.hayati datang dengan suaminya untuk melawat .Bila zainuddin melihat hayati dengan suaminya,barulah zainuddin sedar yang hayati rela berkahwin dengan abang khadijah bukan paksaan.

Seorang sahabat membawa zainuddin bangkit dari sakitnya.Mereka berpindah ke surabaya untuk mencari aura baru.Di surabaya zainuddin semakin giat menulis.kerana zainuddin seorang anak  yatim piatu,bapa orang minang,mak orang mekassar,sentiasa berhiba hati.Kalau di minang,perempuan itu diutamakan tapi maknya orang makassar,di makassar pula anak lelaki diutamakan,tapi bapanya orang minang.dia yang terumbang ambing tiada sanak saudara sentiasa berhiba hati.orang yang berhiba hati ini bila menulis sungguh puitis dan penulisannya begitu dari hati.

AKHIRNYA,melalui penulisan yang ikhlas itu,zainuddin menjadi terkenal di kota surabaya.bukunya laris,dia banyak dijemput menjadi penulis di majalah-majalah,dan kayalah zainuddin.

Berbalik pada hayati,rupanya suaminya yang dulu cuba menjadi baik sekejap kerana ingin memiliki hayati adalah kaki perempuan dan kaki judi.Suaminya ditukarkan ke surabaya,dan disurabaya perangai suaminya semakin penampakkan.kadang-kadang tidak pulang.Maka makan hatilah hayati.Disangkanya suaminya yang nampak bagus untuk tempat bergantung itu adalah seorang kaki perempuan dan pemabuk rupanya.Maka meranalah hayati.

Teringat kata-kata zainuddin di surat terakhirnya"kalau kau menikahi orang yang mampu menjagamu,aku tumpang bahagia,tapi dia yang kau nikahi tidaklah sebaik yang kau sangka"LEBIH KURANG gitu bunyinya.Disangkanya itu hanyalah nada cemburu zainuddin.

Hayati yang merana tidak berani meluahkan rasa hatinya pada khadijah,kerana pasti khadijah menyebelahi abang kandungnya.Semakin hari hayati semakin parah.hingga suatu hari suami hayati dibuang kerja kerana judi membuat dia sentiasa dikejar pemiutang di tempat kerjanya.

Sebelum itu mereka berdua terserempak zainuddin di sebuah acara.Maka suami hayati yang hutang keliling pinggang berbaik dengan zainuddin dan menjadi sahabatlah mereka bertiga.zainuddin banyak membantu bayarkan hutang suami hayati.sampai mereka tidak ada tempat tinggal,suami hayati menumpang di rumah zainuddin.

Semasa suaminya dan hayati di rumah tu,zainuddin mengelak bertembung dengan hayati.sampailah suatu saat suaminya bertemu zainuddin.DI rumah itu ada pembantu dan kawan zainuddin,katanya"Kutitip isteriku buat sementara untuk aku keluar kota mencari pekerjaan baru,bila aku berhasil akan kujemput hayati,hanya kalian  yang kupercayai di kota surabaya ini".

Selepas seminggu pemergian suaminya,mereka dikejutkan dengan berita seorang lelaki membunuh diri sebuah hotel kerana stress dengan hidup.dan dia adalah suami hayati.Bila zainuddin mengetahui hal itu,cepatlah-cepatlah dia memberitahu orang dalam rumah itu untuk menghantar hayati pulang ke kampung halaman iaitu padang ranah minang,

Hayati sebenarnya tidak mahu pulang.Dan ada seorang sahabat memberitahu walaupun zainuddin mengelak untuk bertembung dengan dirinya,tapi zainuddin masih cintakan hayati,buktinya ada sebuah bilik khas yang tidak dibenarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik itu rupanya masih ada foto hayati di dalamnya.

"Aku tidak mahu pulang ke padang,aku masih cintakan kau zainuddin" kata hayati

zainuddin membalas "kau hanyalah isteri pada sahabatku yang telah meinggal dunia,aku tidak akan menjilat sisa orang,kau akan ku hantar pulang dengan kapal esok hari,jangan kau risau,segala perbelanjaan kau akan ku bayarkan hingga kau bisa mandiri di kampung,pulanglah kau ke kampung tempat adat yang begitu kau dan keluarga kau megahkan,aku hanya orang terbuang yang tidak beradat tidak berketurunan,aku akan keluar dari rumah ini,esok aku pulang aku harap kau tidak ada lagi disini"

Kawan zainuddin menguruskan kepulangan hayati ke padang dengan kapal van der wijck.Hayati menangis teresak-esak.Dimintanya photo zainuddin buat kenang-kenangan.

Dan esoknya tibanya zainuddin di rumah,akhbar pagi itu diselaknya sambil menikmati minum pagi,terkejutnya dia apabila paparan berita utama"KAPAL VAN DER WIJCK TENGGELAM".55 orang dapat diselamatkan dan kini berada di depot .....Zainuddin bergegas ke situ dengan sahabat baiknya.Disana dia mencari orang yang bernama hayati.

Dilihatnya seorang wanita yang sangat lemah,masih memegang frame photo zainuddin terbaring kuyup dan tersejat-sekat nafasnya.Zainuddin terus menerpa

Disitulah zainuddin mengakui bahawa dia masih cintakan hayati,walaupun rasa dikhianati,cintanya tak pernah padam,menangis dia teresak...dan hayati akhirnya menghembuskan nafas terkakhir..endingnya apa jadi pada zainuddin lepas tu?bacalah buku ni ya..

Banyak yang irda potong,tapi serius cerita ini sedih...kalau nak tengok movienya depa kata kat youtube ada,kat movie tu boleh tengok keadaan keretapi dan suasana disetiap daerah di padang.Cuma dalam buku ini ada beberapa frasa yang sukar difahami,kena sabar untuk hadam satu-satu ya..



APA yang irda belajar dari story ni?

1)Kadang-kadang adat tu ada bagusnya,kadang-kadang ada tak bagus juga.Kalau orang tu dah suka,bagi jelah kahwin,awatlah depa nak halang-halang,kan nyusahkan dua makhluk tu,makan hati oo pendam perasaan.

2)Kedua-dont judge book by its cover.Tu suami hayati tu konon berjaya kan,ingat,orang tu ada kitaran hidup,hari ni kat atas,esok kat bawah.zainuddin yang tiada apa-apapun boleh kaya dan berjaya lepas tu.Jadi kalau ada orang nak pinang uols yang belum kahwin tu,dia kerja kilang je,ada sorang lagi businessman berjaya ,so pilih rasa yang baik akhlaknya ya.baik akhlak orang macam mana nak nilai,haa buat istikharah..sebab kadang-kadang orang ni depan kita baik belakang kita tidak,jadi nak jaga pilihan tepat,minta je ALLAH pilih untuk kita.ingat time bercinta semua nampak molek,so dont worry ALLAH know the best for you,be sincere..LAMBAT laun akan terjawab yang terbaik untuk anda.

kalau sebelum kahwin memang dah nampak dia terbaik,lepas kahwin tak baik,remember itu adalah bahagian ujian untuk anda.Jangan persoalkan ALLAH why?BUT trust me..setiap perkara ada hikmahnya,CEHH ostajah kejap..hehe

Lagi satu,hang tok sah lah dok cita kat siapa-siapa PASAL feeling-feeling ini,walaupun kawan baik,sebab kadang-kadang depa bukan love advisor yang diiktiraf pun.Ada sesetengah perkara hide sikit dari kawan baik ya,talk to ALLAH,not to people.Ni BF tak contact seminggu sibuk cari kawan baik minta advise,kawan kita tu pun ntah-ntah serabut ngan bf dia.SO ADIK2  yang masih single,rileks,cool..ask ALLAH,lambat laun ALLAH WILL SHOW YOU what the solution...Jangan lupa..anything just back to HIM.(Cehh skipping malam ni,almaklum hari ni Akak bagi talk satu big company pasal unit trust gitu)

Lastly,true love,cinta suci always win.Tengok mana zainuddin,ada je nasib yang membawa hayati bertemu dengannya.

Jap ada satu lagi,kalau cinta jangan ego sangat,sebab hidup ini singkat,jadi bagitahu je cinta.Kalau tunggu-tunggu dan rasa nak tahan ego,tue hah tenggelam dalam kapal kesiankan..?ishh...sedihla.TAK suka ending sedih sebenarnya...

oklah uols,mokcik penat ni menaip dari tadi.Nak tido dulu..esok fridayyyyy yeayyy..esok malam irda ada restaurant review sambil promote coway.doakan ya...daaaaa.Berpinar mata menaip dalam gelap ..ok daaaa....


thank you for reading this entry...appreciated :)

6 Comments

Thank you,come again :)

  1. Kalau pasal Pak Hamka, panjang mana pun you tulis saya akan baca.

    ReplyDelete
  2. buku in pun unni da baca.. movie dia pun da tgk!! hihihihi .. best kan..memang banyak pengajaran...

    ReplyDelete
  3. fuhh panjangnya entri..hoho

    ReplyDelete
  4. tekun akak baca sampai habis, pernah dengar pasal buku ni, tapi tak pernah baca tak tahu mana nak cari.. tapi bukunya mesti berbahasa puitis juga kan.

    ReplyDelete
  5. alorgh apa jadi kepada zainuddin tu?? fuh endingnya dia meninggal.. sedih betul citer ni..
    kat mana nak daptkan buku tu irda???

    yeah exactly correct tak usahlah cerita dkt kawan baik ni, hati masing2 lain kan... setuju dgn irda berdoa la dgn Allah dan guna lah akal fikiran yng ada ni kan...

    ReplyDelete
  6. Sha baca karya Hamka Ini masa zaman Sha belajar di kolej.. memang best..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post