Salam...dah dua hari irda berulang alik hospital dan rumah,fuhh banyak kerja terbengkalai... malam ni irda nak share juga story..

Last week,29th November-3hrbln Dec,PAU(Perhimpunan agung Umno)telah berlangsung di PWTC.Irda dapat satu tapak/booth untuk berniaga coway.Sebab isu-isu yang tak dapat dielakkan..group"Lovecoway"#konspirasigroup tak dapat buka coway disana.Jadi irda buka peluang for friends yanh tak buat apa-apa dan pada masa yang sama offer satu peluang business pada seorang kenamaan.

Bila confirmation untuk satu peluang business ni masih samar,dan kebetulan ada kawan yang masih jobless,dan berniaga secara online ,dan isteri pula baru melahirkan anak,irda pun bagilah tapak tu untuk mereka tanpa bayaran.Dan sahabat ini sudah bersusah payah untuk menjaga booth tu hinggalah peluang business datang.Terharu juga lah dengan susah payah depa ni..

Bila friends dah syok meniaga kat pwtc,tetiba irda dapat offer dari orang kenamaan ni.so apalagi rasa nak tercabut juga lah urat kepala ni nak cari solution.Idea-idea irda cadangkan agar kedua-dua pihak berpuas hati.call sana sini,tengok muka friends pun ,aduhai..can u imagine situasi irda masa tu?serius berkerut seribu..

repo dengan kenamaan kena jaga,hati kawan pun kena jaga..so i surrender...BETTER dont get anything,as long as both party get something..itu je yang terbaik rasanya...

Apabila idea tidak selaras dengan orang atasan,irda terpaksa pilih samaada peluang perniagaan atau singkirkan kawan dari tapak tu?Serius dalam dilema,finally irda pilih kawan dan tolak deal tu.Tapi kawan ni pun rasa bersalah agaknya ,dia sendiri undur diri dan angkat barang-barangnya dari tapak yang telah dijaganya untuk beberapa hari.So perasaan irda?confirm lah irda rasa bersalah..Even mereka tak bayar booth tu,tapi mereka yang jaga booth tu masa irda kebusyan di BANK..

Pujuk dan pujuk,dan sebagai kawan yang memahami kesusahan sahabatnya?rasanya apa irda buat?Finally dalam kekalutan suasana dan rasa bersalah sangat-sangat,finally dapat selesai dengan baik sebab dua-dua pihak yang mula-mula tegang akhirnya selesai secara  professional.Alhamdulilah..dengan izin ALLAH,minta penyelesaian dariNYA,akhirnya hati-hati mereka jadi lembut..syukur...

So hari ini irda bertiga,bertemu dengan orang atasan ni.Sambil interview sekali.ALHAMDULILAH..ada rezeki yang baik untuk sahabat irda,dan of course irda pun dapat sesuatu malam ni...jadi penyelesaian yang baik..apa-apapun terima kasih paan,fatah,dan yang lain-lain yang tidak salahkan irda dalam situasi hari tu,dan ternyata perbuatan baik korang hari ni ada hadiah terbaik untuk korang juga..

Tak sangka kami berempat dapat sembang sambil menikmati secawan teh o panas dan biscuit coklat,lepaks di sebuah office dan di depan seorang tokoh wanita yang cukup ada nama..Dan irda happy mereka semua happy bila dapat mutual friend with somebody...

Selamat kembali ke alam pekerjaan pada korang bermula esok hari..im feel proud and happy cause,irda rasa menyumbang sesuatu untuk kawan..

Pada yang dapat join team Dato,build repo dan tambah kenalan dengan orang-orang yang sudah berjaya ni,belajar sesuatu daripada mereka,pengalaman mereka cukup bernilai untuk kita..maniskan senyuman,humblekan diri..kelak dengan bertambah kenalan akan berkembanglah business..Fatah pun dapat job dia suka,buat marketing secara online sahaja..tahniah korang...so Irda?..Ingat dah jumpa orang-orang besar,hati kita biar tawaduk..ingat kenal orang-orang besar,jangan lupa kawan-kawan yang sama-sama susah..remember hidup ibarat roda...

hemm Irda ..tumpang happy untuk kawan-kawan..yeahh..

Moral of the story:


1)jika kita deal untuk satu-satu perkara..pastikan ada black & white and confirm betul-betul sebelum kita bertindak apa-apa.

2)Apapun peluang yang datang,pastikan kita menjaga relationship yang sedia ada,jangan terlalu teruja untuk menjalin relationship baru dalam business,relationship lama kita abaikan. Sebab?..jangan kita berjaya atas kesusahan orang lain.

3)Dan finally,sentiasa rasional dan selesaikan perkara secara professional,jangan terbawa emosi.Walaupun kadang-kadang kita terlebih memberi daripada menerima,trust me kalau ada rezeki kita,kalau tak dapat dari pihak manusia,kita akan dapat rezeki dari ALLAH dari jalan yang tak disangka-sangka..Apapun masalah berbalik padaNYA UNTUK mencari penyelesaian...

Chillx!..peluang terlalu banyak untuk dicari pada mereka-mereka yang tidak berputus asa dalam meraih rezeki...Yang penting jaga hubungan dengan ALLAH,jaga hubungan sesama manusia,kerana itu semua tarikan magnet rezeki..:)









thank you for reading this entry...appreciated :)

13 Comments

Thank you,come again :)

  1. Syabas Irda!
    Itulah yg terbaik win-win situation.
    Bila solution dibuat secara professional, pasti hasilnya baik-baik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp tuelah kak...kadang2 bukan senang nak cuba mengalah dan memberi prluang untuk org lain..bermuhasabah diri jelah buat kita fikir mask2 sebelum buat keputusan

      Delete
  2. saya nak komen tentang catitan irda di bawah tajuk moral of the story no. 2.

    Saya tidak mudah hendak percaya kepada "makna" perkataan kawan, kekasih tapi saya lebih mudah percaya sekiranya kita bernasib baik kerana sebab kebaikan sendiri kita akan ditemukan se seorang yg baik seperti kita. Bukan kerana dia sempurna atau kita lebih sempurna tetapi DIA mengatur dgn sebab2 yg kita tidak tau apa puncanya.

    Rezeki bukan sahaja pada wang ringgit tetapi pertemuan yg menghasilkan faedah juga merupakan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul tu pertemuan yang baik juga adalah sebuah rezeki,dan saya selalu berharap dalam setiap hari dalam aktiviti harian sy berjumpa dengan orang2 yang baik tuan..termasuk juga dalam dunia blogging..:)dan selalunya untuk bertemu sahabat2 maya yang mampu membuka minda dan juga memberikan contoh terbaik adalah dengan syarat kita juga mengpost perkara2 yang baik kan tuan?terima kasih untuk perkongsian tuan dalam blog tuan..saya suka baca

      Delete
  3. ALHMDULILAH :) hikmah sabar akak tu besar ganjarannya kan,, sabar dan tawakal.. bnyk dugaan akak lalui tp berkat usaha dan kesabaran semua di sudahi dengan senyuman :) nnti share tip berjaya dengan kesabaran.. All the best akak, moga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya.. Amin ya rabbal

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehhe..insyaALLAH nanti senang2 akak share tips ya.Thank you dear

      Delete
  4. Alhamdulillah.. besar hikmahnya..
    Tapi yang black and White tu memang saya setuju..
    Walaupun dengan saudara dan adik-beradik mesti kena ada hitam putih..

    ReplyDelete
  5. Baiknya hati Irda...semoga dimurahkan rezeki selalu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh..ni bukan story nak up diri tau..just sharing,kadang-kadang ada keputusan kita tak perlu buat apa..just fikir orang lain,end up pasti ada yg terbaik..huhu irda xbaik sgt lah ya

      Delete
  6. Apapun keputusan yg dibuat mesti ada kepastiannya agar xmerugikan mana2 pihak dlm bisnis mmg perlu sgt teliti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..irda belajar sesuatu kat sini

      Delete
  7. Alhamdulillah, ujian dlm persahabatan dilalui dgn jayanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post