COWAY di Damansara:Ini semua sebab mother in law

11:47:00



Assalammualaikum.

Pandai berkata-kata + mempunyai sifat urgency +PRODUKTIF+ALERT=Dalam coway itu belum menjamin apa-apa.

Ada kawan irda yang dulu sangat pendiam & pemalu di dalam kelas,sekarang top sale di coway,kerana coway tak memerlukan bakat dalam  berkata-kata tapi hanya perlukan semangat terus berusaha,gigih dan tidak malu berusaha dimana sahaja,selebihnya ibarat rezeki perniagaan.


Dalam kebusyan irda di banking,tetiba je ada orang cari nak signup coway.Ingin tahu rahsianya menjemput rezeki kali ini?Anggap ini sebagai perkongsian,moga bermanfaat..perbetulkan niat dalam membacanya,dan irda juga harus memperbetulkan niat dalam menulisnya.Irda tak baik,berusaha jadi baik..irda juga pendosa...


Irda ada lebihan rezeki ingin dikongsi,mak ayah dah bagi,adik beradik pun dah dapat sedikit,jadi irda terfikir apa salahnya kali ini bagi in law sedikit pula.Mother in law irda sudah agak tua,jalan pun tidak berapa kuat,walaupun keadaan kakinya tak berapa baik,selalu sakit-sakit kaki,tapi semangatnya masih kuat buat kerja-kerja kampung.

Setiap kali alya balik kampung,wang saku,sayur-sayur kampung tak pernah miss ,siap kirim untuk mak dan ayah.Jadi irda hanya bagi sedikit belanja bila musim raya sahaja,itupun kemudian dibagi kat alya balik.

Jadi dalam kesibukan irda,terfikir in law yang tak berapa sihat,kebetulan in law memang ada akaun di bank irda bekerja,irda tahu in law dapat pampasan socso arwah suaminya dan dikreditkan dalam akaun tersebut .Pampasan socso kerana arwah suami mother in law meninggal ketika bertugas.

Gigihlah irda search no akaun tu mengikut nama dan alamat,sebab tak tahu ic no in law kan.Tapi ejaan nama dan alamat yang betul boleh jumpa akaun no yang betul.once dapat irda pun transfer sedikit wang.Demi Tuhan tak banyak pun,cuma irda rasa bersalah kalau bagi kat keluarga belah kita,hasil commision bulan tu,tapi in law yang tua tu?kalau bagi kat tangan nanti adik beradik ipar lain terasa hati pula kan..

Kadang-kadang in law tak nak ambik  so irda just bankin..tanpa siapa-siapa tahu,biarlah dia ingat itu wang socso..Itu yang pertama,dan hingga saat ini irda tak de lagi bagi..
COWAY PETIT:RM120/MONTHLY

Tapi ajaibnya rezeki ALLAH...lepas je irda bankin,dan masih busy melayan customer di kaunter,tetiba kawan irda Faiz "sis.ada mana?meh sini form coway,nak pasang rumah sister I..I pakai credit card ya"



Wahh..lagi senang....terus laju je set appointment dan signup hari yang sama.See?The more u give there u get back.Cuma kadang-kadang irda ni je lupa,kadang-kadang irda pun berkira juga,Nampak tak janji ALLAH disitu ?"Bila kamu memberi,akan lebih banyak yang akan Dia beri":..Terdiam seketika....

Rezeki selalu datang tanpa terduga.Terima kasih Bro Faiz,kerana pilih Irda sebagai ejen coway anda..my exofficemate,dulu banker sekarang bergelar businessman.



Orang tua kan,kadang-kadang suaranya kuat bercakap macam menjerit,yerlah tak berapa dengar kan,jangan kecil hati...,Ingat satu perkara..lambat laun kita juga akan sampai dalam peringkat umur itu,kalau umur panjang.Apapun situasinya,kita sebagai anak atau menantu harus berlaku adil dalam berkongsi rezeki dengan dua buah keluarga...Sebab apa yang kita akan hadap suatu masa nanti adalah apa yang kita lakukan hari ini..

Tiada istilah itu mak pak hang,ini mak pak aku..No no...Dalam hidup untuk tenang atau bahagia,atau berasa berkecukupan dengan apa adanya adalah dengan tidak meletakkan "border" dalam hidup berkeluarga.

Hubungan adik beradik,sepupu sepapat,biras,ipar duai dan keluarga mertua harus mendapat layanan samarata sepertimana kita melayani keluarga kita.Kelak itulah punca-punca ketenangan hidup dan murahnya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..

Belajar sesuatu?Ya irda sedang belajar sesuatu...

Tips rezeki hari ini:Jangan bezakan antara dua buah keluarga.Ibu mertua atau ibu kita tiada bezanya,kadang-kadang kita tak tahu perasaan ikhlas atau tidak itu hanya sebuah ujian rasa.Dan irda harap untuk masa akan datang akan ada lebihan rezeki untuk dikongsi bersama...Aminn..

Dear Alya
"Yang kurik itu kendi,yang merah itu saga"
Yang baik itu budi,Yang indah itu Bahasa..

Moga menantu mama kelak tahu berbahasa di depan orang tua...amin



thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

6 comments

  1. Alhmdulilah, Rezeki akak .. sesungguhnya tangan yang memmberi lebih baik dr yang menerima.. setiap kali baca entry akak mesti diri termotivasi :) terus kan usha kak :) dan terus menulis :P i love it

    ReplyDelete
  2. coway ni memang mudah kan akak..ada suam , sejuk, dgn panas. mudah!

    ReplyDelete
  3. Terbaik Irda. Setuju sangat dengan rezeki yang tak disangka-sangka. memang janji ALLAH SWT kan...kita takkan rugi sedikit pun kalau bersedekah.InshaALLAH..pahala pun akan dapat kan...

    ReplyDelete
  4. sy setuju..ibu sendiri ke mertua sebaiknya jangan bezakan..

    ReplyDelete
  5. Irda anak menantu yg baik...mak mertua mak kita juga hukumnya

    ReplyDelete
  6. Setuju.. :) betul apa yang irda cakap.. Janji Allah itu pasti. Cuma kita kadang nampak.. Kadang tak nampak rezeki yang Allah bagi..

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM