Coway di Sungai Buloh:Terima kasih readers

11:22:00



 Terima kasih cik farihah dari Sungai buloh  yang memilih irda sebagai ejen coway melalui enjin carian googles.Jom tengok apa yang cik farihah beli..

Hanya 225 siap pasang,free 2 month,installment 125 for 5 years:Irda 01123716700

Ada cerita menarik yang irda nak share kepada semua.Dalam kesibukan di bank dan baru lepas huru hara kepala nak pecah explain kepada customer,satu hal yang irda fed up,bila customer minta itu ini yang kita tak boleh selesaikan di hari yang sama,customer still nak hari tu juga..ermm mr customer,semua benda ada proses lah ye..

 rasa nak koyakkan kepala ni rasanya,bila dalam serabut-serabut tu,asingkan diri sekejap..Then phone irda ringing.

Alhamdulilah ada satu order masuk"cik irda ke tu?saya nak beli coway,saya baca blog irda"

"Owh okok...bolehlah kita set appointment ya.".Sebab cik farihah baru je pindah rumah di sungai buloh,bila irda wassap tanya alamat tak bereply,cuma irda dapat share location melalui wassap.Jadi nak dijadikan cerita esok paginya punya semangat lah bawak alya sekali pergi appointment.Berpandukan location sampai juga lah area tu.

Macam cuak juga,call 3-4 x tak berjawab,alamak!bila tengok area rumah tu,keluar kereta ada anjing kat sebelah rumah,apalagi menyalak sakan lah anjing tu kat kitaorang.Irda cari juga rumah yang macam rumah melayu,location tu hantar irda satu rumah yang kat luar rumah tu ada tertulis macam nama india.Aikk takkan takde melayu duduk sini?aiseyman..

"Takkan aku nak ketuk rumah orang ni",,Adeh,location dah sampai,tapi rumah mana satu..call lagi tak berjawab.so surrenderlah..mungkin bukan rezeki.

Then tengok muka alya macam kesian pula,then bawaklah dia jalan-jalan di damansara damai.Nak bawak pergi singgah hero market,alaa macam parking takde je,then bawaklah dia pergi speedmart 99.Amboi sukanya dia.

Sebab frust customer tak jawab telefon"ok baby mama,ambik bakul tu jommm kita beli coklat dan keropok banyak-banyak"..

Alya apalagi,seronok bukan main,bukan senang mama dia nak offer macam tu,jangankan beli coklat,beli jajan bagai ni mana irda pernah bagi,ini offer siap penuhkan bakul.Mahu tak terloncat macam rabbit dia.

Bila dah berjalan area speedmart damansara damai,jam menunjukkan pukul 10am,hemm,irda rasa kuat hati customer ni akan call irda balik.Sebab?sebab irda tahu customer ni keje shift,mungkin dia letih sangat kot,Jadi irda just jalan-jalan di area berdekatan sungai buloh,dan still fikir positif.Irda bujet kalau pukul 11 tak call lagi baru irda gerak ke Kl.

"OK alya bakul dah penuh,what next?"..Mama nak macdonald..ok macdonald irda jarang bagi makan.

"Boleh,dengan syarat no air gas,ok?then tolong doakan customer mama call mama boleh"/.yeayy..amboii sukanya.

So nak dijadikan cerita,betul,dalam berniaga ni kena positif je dan jangan mengalah..

"Irda kat mana tu,sorry-sorry saya letih sangat tadi,sampai tak dengar bunyi phone,saya baru dapat alamat rumah,nanti saya wassap.."

Kann?i told u..selalunya deria rasa irda tak pernah salah..hahah..apalagi,jom alya kita bungkus macdonald...customer mama dah call,,kita patah balik ke rumah customer ok?

nampak jugalah muka alya ni masam,yee lah dalam hati dah seronok nak makan sambil berjimba kat playground macdonald tu.No no...mama ada keje lain,makan dalam kereta ok?

Sampai je area tadi,betullah rumahnya yang ada nama india dekat luar rumah tu,Rupanya rumah tu ownernya india,dan cik farihah menyewa rumah tu dengan adiknya.Bila masuk bestnya family cik farihah ada sekali,ada mak,ayah dan nenek yang baru sampai dari kelantan.

Dari nak jual coway,borak-borak dengan mak ayah dan nenek cik farihah dulu.Tunggu cik farihah bersiap,seronok irda tengok family cik farihah,irda pegang tangan nenek tua berumur 80+,masih kuat pendengaran dan jelas matanya melihat irda,irda salam dan irda cium,alahai rasa hiba tetiba, terfikir"sampaikah aku ke usia ini".

irda usap tangan tua yang sudah kerepot tu,nenek tu suka bila irda melayan dia..,senyum..rasa hiba..entah tak tahu kenapa..irda ni memang cam tu...rasa nak menitik air mata bila tangan tua irda pegang.."oii aku dah kenapa"..wahn ada suara dalam hati menjerit

Mak cik farihah hidangkan irda teh o panas.Ehh rasa tak nak balik ,nak lama-lama dengan family ni,nak borak lama lagi.Ehh irda..

Alya boleh pulak nak membuang,ye lah banyak sangat makan ntah apa-apa tadi,sempat juga lah guna toilet cik farihah.Bila lalu ke dapur,irda ternampak satu bungkus besar keropok feveret irda.Sebab irda tahu family ni baru sampai dari kelantan,confirm ole-ole dari kelantan.

Yang bestnya,balik tu,mak farihah bungkuskan alya dua paket keropok ikan yang irda suka tu.WAHH suka suka..bukan alya yang suka,mama dia yang terlebih suka...

Kalau macam nilah hari-hari nak datang sini..eheh,apapun,moral of the story..kalau pergi rumah client

pastikan alamat penuh dulu baru pergi..tapi kalau rasa confident belasah je,jalan je,kan ALLAH ada nak jaga dan bagi petunjuk..sebab tu...dalam business tawakal dengan ALLAH tu penting..

keropok ikan segera cap tiga ikan from kelantan.Dijamin tidak gatal..hehe :)

terima kasih cik farihah dan family atas layanan baik..terima kasih keropok ikan dari kelantan tu,belum sampai KL,KEROPOK tu ngap habis di makan..hehe..Dan terima kasih readers irda yang jadi customer irda..keep in touch ya...

Ikhlas lah dalam hidupmu,kelak kamu tidak tahu rezeki datang dari arah mana...alhamdulilah..




thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

8 comments

  1. Yg org suka Coway ni sistem after sales service tu Irda

    ReplyDelete
  2. Wah murah rezeki irda ye...teruskan usaha pasti berjaya lg :)

    ReplyDelete
  3. alhmdulilah rezeki kak.. kuat semangat akak kan dalam bisnes.. tapi coway memang the best!! mak siap pasang dua satu simpan kat dapur satu simpan kat kedai.. tak perlu susah2 simpan air sejuk dlm peti ais, pusing jak.. tak payah panas air lagi...nk suam panas biasa dan sejuk.. bahagia kalau balik kg!! btw bhgia alya tetiba mama di ofer semua bnda yang jarang dpt.. All the best kak, moga lepas ni rezeki makin bnyk.. Usha, doa dan tawakal akak membuktikan kejayaan hari hari.. suka sgt tgk kejayaan kat side2 blog ni..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... reader bertuker jadi customer yer.. semoga murah rezeki yer irda.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ... murah rezeki irda . Selamat maju jaya dalam berbisnes irda . Amin.

    Irda kerja bank jugak kan ?

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah irda. rezeki blogging ;)

    ReplyDelete
  7. kdg2 gerak hati tu membuat kita kuat, fikir positif..

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM