Rahsia ini sebuah perkongsian:Anggap ia sebagai motivasi santai

01:46:00

 Bila irda up status tentang rumah dan ia tanpa sebarang pinjaman bank dan impian irda jadi kenyataan bukanlah bertujuan untuk riak dan menunjuk-nunjuk,ia adalah berniat sekadar motivasi untuk budak-budak bawah irda,motivasi bukan sekadar hanya kata-kata tapi harus ada result,jadi senang untuk irda membentuk satu team yang kuat dan padu dalam business.

Bila mereka bertanya rahsia dan bagaimana caranya.Irda terfikir juga,irda bagi result tapi irda tak share cara-caranya ibarat guru memberi markah pada ujian tapi tidak mengajar anak murid bagaimana untuk menjalani ujian itu agar markahnya sama dengan apa yang diharapkan.Itu silap sebenarnya..

Baiklah segala rahsia tu irda akan jadikan ebook suatu masa nanti.(Ceh ebook sangat kan..huhu)Beri irda sedikit masa untuk membukukan semua pengalaman irda tu.Pengalaman adalah harta intelek untuk irda dan ia amat berharga dan irda akan share dengan orang-orang yang betul -betul ingin mengetahuinya.

Sebenarnya jika ingin menyingkap tabir sejarah,memang benar kata-kata mereka irda memang seorang yang giler bekerja.Bemula sekolah rendah lagi irda sudah mengenal erti wang dan sudah mula menyimpan.Akaun pertama yang irda buka adalah bank simpanan nasional.Atas desakan apa,irda paksa mak buka kan untuk irda.

Jadi duit raya pemberian orang atau apa sahaja duit irda akan simpan disitu.Duit belanja sekolah irda akan pastikan ada lebihan untuk disimpan.Jika mak bagi dua ringgit sekurang-kurang nya rm0.50 pasti berbaki.sifat ini terbawa-bawa hingga hari ini.

Pekerjaan pertama irda masa sekolah rendah adalah menjual sayur di pasar.Masa tu tiada siapa yang suruh irda kerja.irda just bosan dirumah.Almaklum bila irda nak dapat adik lambat,jadi status anak tunggal tu lama juga irda pegang.Dan bila dah ada adik,adik tu jauh nau beza umurnya..tak best adik kecik,kita takde kawan.Jadi irda pun tolong-tolong cousin di pasar.Dapatlah sehari dalam RM15!wow besar tu untuk budak sekolah rendah..

Bila mak terlalu control irda,mak mengamalkan adat yang susah nak lepaskan irda pergi mana,control sesangat,sampai kalau balik lambat je sekolah,satu sekolah dia telefon,semua kawan-kawan dia cari..huhu,siap lah depan pintu!kalau ada aktiviti kat sekolah,omak eh,mak tak bagi join,iskk,ingat lagi ada kem kat sekolah kena tido sekolah,ada ke patut mak suruh balik,malam tu ayah hantar balik,kalau ada aktivit pagi hari,pagi butalah ayah kena hantar..wuaa tension gua!

jadi bila alasan bekerja irda seronok,dapat duit ,lepas tu simpan lepas tu jumpa pelbagai karenah orang.Irda duduk dan melihat gelagat orang dewasa...

Irda pernah jual buah,irda pernah jual popia(kerja dengan orang) di bulan ramadan dan irda pernah jual burger depan rumah.Sekarang gerai burger yang irda bekerja tu dah jadi restoran jus buah gelas besar dah kat area rumah mak tu.Semakin maju business pakcik mat!

Walaupun irda sudah terdedah dengan dunia pekerjaan bermula dari sekolah rendah,darjah 6,alhamdulilah sedikitpun ia tidak menggangu pelajaran irda.Setiap tahun mak masih datang anugerah cemerlang irda di sekolah.pelajar terbaik masih irda pegang,hehe(Sesekali up diri sendiri:)~)janganlah marah,,Aktiviti ko-kurikulum sekolah irdalah yang paling tamak,semua nak masuk.:)

.Serius irda seronok bekerja,boleh jumpa orang.Kat rumah irda tak tahu nak borak ngan siapa.Bila bekerja irda boleh belajar sesuatu.Dan habis SPM irda amik lesen kereta pun dengan menggunakan duit sendiri.Masa tunggu result SPM irda dah dapat kerja yang berkaitan dengan JPJ lagi.Huhu...Hari-hari jumpa abang JPJ,kite pulak budak 17 tahun ..sebab tu sampai sekarang bawa kereta terkedek-kedek..:P~.haha

Zaman remaja orang lain sibuk bercinta,irda sibuk kumpul wang,mencongak wang,melihat berapa digit kosong dalam akaun irda.irda pastikan setiap minggu irda mesti pergi bank simpanan nasional untuk masukkan duit.sekurang-kurangnya irda akan masukkan rm50 seminggu.semuanya bahagian credit,hingga habis buku tu penuh semuanya bahagian credit sahaja!


Masa tiap minggu simpan duit,irda seronok tengok orang kira duit,dalam hati irda cakap"macam best je keje bank ni,kakak yang pakai baju kebaya(bank nasional)cantik.Bestnya pegang duit banyak-banyak".Irda terlopong tengok..irda aim nak kerja bank jugalah.seronok tengok orang pegang duit banyak,walaupun cita-cita irda sebenarnya nak jadi lawyer atau kaunselor,dalam hati tu still ada nak kerja bank.huhu,hari ni dah dapat kerja bank,pengsan!

Zaman orang sibuk beli barang brand body Glove,garfield,pakai seluar poket banyak-banyak,kasut converse and bag sekolah ada brand,baju sekolah nak brand canggih takpun kain licin,perghh..

.Zaman orang sibuk melepak kat cybercafe,layan chat kampung,mamak,hihi,,zaman tu kan.Beli majalah urtv,mangga (artis gambar tepi kolam renang,yang lelaki acah-acah sexy nampak dada,wekk !haHa),majalah ujang and blabla..,tapi beli pakai duit mak bapak,zaman kawan-kawan tangkap leleh dengan new boyz,tomok.layan lagu jiwang spoon,rindu serindunya..takpun zaman bsb,nick carter rambut belah tengah,atau abang zamani,gerimis mengundang,(photo zamani dalam wallet masa tu)..huhu..arghh irda takde masa semua tu,irda nak bekerja.huhu..

irda ada lebihan duit,tapi irda sangat berjimat sampai kawan-kawan cakap irda kedekut,tapi irda lagi seronok tengok digit dalam buku tu terus bertambah,irda memang gila fashion tapi still make sure ada duit masuk tiap minggu dalam akaun.Orang menebeng di cybercafe mengorat dalam yahoo,irc,..irda jaga kaunter cybercafe bekerja disitu.huhu..sonok weih,chat free dapat duit lagi.dulu sejam RM2,orang bayar masuk cc!irda lah kaunter yang jaga..sambil buat buku scrap sekolah sambil bekerja ..gunalah printer and internet free situ.bijak tak?haha

Irda pernah kerja di kantin orang kerja gomen masa cuti sekolah,mak tak bagi,irda nak kerja jugak.Irda pernah kerja kedai kain kat JALAN TAR,kepuasan dapat duit walaupun hanya rm550 sebulan seronok.Irda boleh beli baju irda suka.,dari dulu irda hanya giler baju & fashion..dan bila mak belikan irda hp pertama nokia 3310 masa duduk asrama,irda still rasa nak bekerja.Aim pertama irda,bila habis SPM irda dah ada 10k dalam saving.Omaigad,cite-cite budak hingusan kan?tapi jadi kenyataan tau..irda dapat lebih rasanya masa tu.Irda pun tak tahu macam mana boleh terkumpul masa tu,tapi siyess seronok.

Irda ada jugalah belanja kawan-kawan,entah masa tu irda rasa 
irda tak tahu nak buat apa.Tapi irda pernah jumpa seorang nenek ni tau,usia nenek tu  100+ lebih.Irda berurut dengan dia,even masa mengandungkan alya dan masa melahirkan alya ,irda still jumpa nenek ni untuk berurut,nenek ni suka tengok tapak tangan irda.

nenek ni keturunan orang seberang,sekali dia pegang perut kita dia tahu anak kita lelaki atau perempuan.Semua tekaan dia betul.termasuk tekaan masa irda nak dapat adik si Roby tu.Bila dia pegang tapak tangan dan tengok jalur-jalur tangan irda,dia ada mention"Tangan ni pandai cari duit,jalur tangan yang bagus,pandai simpan duit"..Hihi nak tergelak je masa nenek tu tafsir tangan.Tapi iyakan jelah kot.Mak cakap memang betul pun,dari kecik memang macam tu perangai dia.

Lama irda tak jumpa nenek tu,hari tu bawa jumpa alya,alya lambat pandai jalan,dia urut tapak kaki alya,esoknya alya pandai jalan dah.sihat lagi kah nenek tu ya?

Jadi adakah dengan menyimpan dari kecil irda boleh tunaikan impian 2016 ini?

Secara keseluruhannya:
Menyimpan sahaja tidak cukup jika kita tak tahu melaburkannya.Bila irda masuk dunia perbankan,baru irda tahu apa itu bond,apa itu gold,apa itu unit trust apa itu fixed deposit.Dan disitu irda belajar sedikit-sedikit untuk menggandakan wang.Tak banyak tapi lebih baik dari simpanan biasa yang mana kadar interestnya hanya 0.01%.

Irda juga pantang membuat hutang,jika tak perlu tidak sesekali berhutang.Pantang lagi satu,kalau nak beli sesuatu kalau boleh tawaf 360 darjah dulu untuk beli the best prices!itulah irda
Tapi bila berjumpa pula dengan wealth consultant syariah compliance,irda beralih kepada al wadiah,tabung haji dan keluarkan fixed deposit.Disitu irda belajar sesuatu hingga irda terfikir sesuatu,"ilmu ini patut disampaikan dan semua orang islam patut belajar perbankan islamic ini"Dan inilah yang irda fikirkan saat ini adakah irda bersedia untuk berkecimpung 100% dengan team ini?

God Willing,Dia Maha mengetahuinya.Dan jika ada peluang dan masa yang sesuai,irda akan share rahsia untuk mempelbagaikan saving kita bukan hanya sekadar simpanan biasa ya dan sudah semestinya ia harus patuh syariah.

InsyaALLAH,moga ada yang terbaik 2017 nanti.

Good nite.. 
thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

23 comments

  1. Setiap orang memerlukan pengetahuan. Tapi bukan kerana pengetahuan yg jadikan kita pakar sebaliknya berkongsi pengetahuan yg mem-pakar-kan kita.

    Apa akan jadi pada pengetahuan kita sekiranya tidak dikongsikan?

    Kalau kita kongsi pengetahuan kepada setiap orang, pengetahuan itu tetap terpahat di otak kita bahkan susah nak dilupakan. Pengetahuan baru lebih mudah serap kerana kita tidak perlu lagi menghafal pengetahuan lama.

    The route to become knowledgeable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy cuba untuk memahami tafsiran yg tinggi ini..dan sy faham..terima.kasih tuan...and welcome back to Tanah air...terlalu lama tidak nampak entry terbaru..pasti banyak cerita hendak diceritakan..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. moga ada yg baik utk bacaan

    ReplyDelete
  4. Seronok baca pengalaman irda ni. Mcm baca novel plak. Eh, tapi akk rasa irda mmg ada bakat as a motivator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. irda ni mmg cam gitu dr dulu kak..suka membebel ngan kwn2..tp yg memberi motivasi kdg2 tidak lah bagus mana..cuma mungkin hanya memberitahu apa yg tahu sahaja..

      Delete
  5. pengalaman memang cikgu yang terbaik. syabas irda :) tahniah. terinspirasi dengan kisah irda :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nadhie...how r u dear?..hehe bila agaknya ada event sama lagi kan..betul tu dear..the good lesson adalah experience.. tq dear.

      Delete
  6. sekolah rendah dh kerja, akk sekolah rendah dok main tali getah, batu seremban..hihi..
    saving & investing..let's the money works for us..

    ReplyDelete
    Replies
    1. irda banyak terpengaruh dengan buku robert kiyosaki,tuah,azizi ali,and so on kot kak.haha,sekolah rendha tu banyak tolong sedara mara je tu..bukanlah keje official sgt.hihi

      Delete
  7. done follow, good sharing (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi zira..thank u..hope one day kita jumpa mana2 event lagi ya..

      Delete
  8. Umur Irda muda lagi tapi dah dapat simpan 10K! Alhamdulillah.. Pandai irda menyimpan.. Rasa berbaloikan dengan penat lelah mencari rezeki bila tengok simpanan bertambah dan makin bertambah.

    Irda tau nenek tu tinggal kat mana? Mana tau boleh reen minta tolong urutkan badan ni.. Heheee badan banyak angin.. Masa excident dulu tak berurut.. Tu yang banyak angin. Nanti Reen whatsapp Irda tanya tentang nenek ni boleh? 😳😳

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam reen...last irda jumpa nenek ni bebrrapa tahun yg lalu..masa alya baby lagi..nenek bj masa tu dah 100 lebih umur dia..eia xnyanyuk.mata dia jelas.telinga dia dengar dgn bagus.cuma hari tu cari lagi nak berubat tp dah hilang dikesan.dengar khabar anak2 dia bawak dia balik seberang rasanya.tp nenek ni memang bagus.memang irda nak sangat jumpa dia...sbb nak berurut kampung kan.insyaAllah kalau ada info irda bgtahu ya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. hehe lebih krg la perangai kita ni irda.. waa x sabar nk tggu ebook tu.. pertama sekali dulu sy bukak akaun asb atas nama sendri tp sblm tu ada dh akaun bank lain.. waa dh ada 10k lepas spm.. tahniah2.. sy ni pun tgh dlm dilema nk beli motor insyallah tahun depan guna duit simpanan yg xsebarapa bnyk tu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..actually ada kwn suh irda buat buku..tp dalam.kajian lagilah hasif..mcm xreti kan
      .btw skrg ni rasanya mcm nak menikmati hidup dah..hasif kalau rasa teringin beli apa2..beli je...nanti dah beli motor baru..up entry ya..hehe..nak tengok gak..irda kalau boleh sekarang nak travel je ..nak keliling dunia..hehe..insyaAllah kalau ada rezeki

      Delete
    2. aah betul tu irda.. sama la nk menikmati dunia juga.. hehe.. nilai purchase value rm50 skrg tak sama dengan nilai purchase value rm50 tahun mendatang kan..
      Insyallah ada rezeki nnti sy up entry tu, masih dalam pencarian lagi dah balik kl baru boleh g survey...

      Delete
    3. Sekiranya kita fikir semua duit yg kita pegang itu milik kita, saya rasa ia satu kesilapan. Irda, u are a banker and u know more than me about money (i was formerly from the central bank). Banks deal in finance and i know u kow what finance is. Here i am talking about our money. The money in hands isn't ours yet until we spend it. It's simply ours in the sense that we’re responsible for managing it. Setuju or not when i say bila kita dipanggil oleh Nya, duit itu menjadi milik orang lain. Sorry irda kalau ulasan ni terkeluar topic.

      Delete
    4. sy faham tu tuan..cukup faham...hehe..jika dulu irda simpan..selagi ia tidak digunakan ia buka duit irda..sekarang bila irda dah capai apa yg irda inginkan..bagi irda pencarian duit hanya utk dinikmati...takut kalau trlalu lama disimpan kita xsempat utk menggunakannya.kasihan juga melihat org yg terlalu menyimpan..dah tua2 customer irda tu..tp endup bila tua..duitnya itu belum mampu memberi kebahgian utknya...ada ank2 pula merebut hartanya sahaja..

      Delete
  10. wah ternganga I baca . you memang berdikari dari kecik lagi ye babe. I dari kecik memang tak reti simpan duit. Tapi bila ada anak ni ha, automatic berakal. i lah account manager untuk family. I silap langkah sikit, habis! ocin tau hulur je, i kena buat math bagi cukup sampai hujung bulan, masuk saving acc, ada lebih bawak pegi jalan, takde lebih nganga diam diam. makan mana, lauk apa semua i kena tambah tolak darab bahagi. kalau balik kampung pun semua I uruskan.

    macam tu lah perasaan parents I dulu kan. ni lihin dah pandai mintak duit. sesikit mommy nak duit =.='

    ReplyDelete
  11. adi adakah dengan menyimpan dari kecil irda boleh tunaikan impian 2016 ini?


    insya allah... kalu niatnya baik pasti DIA akan kabulkan. kalau x tercapai, pasti DIA merencana yg lebih baik... pengalaman itu mahal dan pasti tidak sia2

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+