Best ke Gold Coast Melaka?

14:42:00

 Assalammualaikum readers,

Planning nak bawak anak-anak jalan-jalan?Atau anak-anak suka tempat yang ada kolam mandi,dengan bujet yang rendah,irda rasa Gold coast international resort Melaka memang tempat yang sesuai.



Cuba uols tengok harga di Trivago.Tak lah mahal sangat kan,apartment 3 star di Gold Coast Melaka ni ada 1,2 dan 3 bilik.Lagi banyak bilik lagi mahal sikit lah harganya.Irda kebetulan ada kenalan bekerja disini,dapatlah harga kawan-kawan..hehe.Lagipun memang hajat hati nak bawak alya dan cousins,mama ni asyik kerja je kan..layanlah diorang sesekali.Bila alya dengan cousins,dia happy .

Tapi bila survey-survey di Trivago,takde lah mahal sangat pun,Kecuali kalau cuti sekolah atau public holiday agak tinggi sikit kot,standard lah tu kan,mana-mana semua macam tu.Kami bertujuh  stay satu apartment memang meriah lah.Irda bayar apartment termasuk breakfast dan tiket masuk kolam renang untuk dua hari satu malam sangat murah tau!,Kalau u all tempah di SINI,irda rasa lebih kurang  je dari apa yang irda dapat.Klik je link tu dan booking Now ya...

Kalau nak booking pastikan dari link tu tau..hahah paksa ni :P~.



Bilik di apartment

Pemandangan luar dari tingkap

Ruang tamu yang selesa


Fisrt day di Gold cost Melaka ni kelakar sikit,irda punyalah nak cari cendol tersedap di Melaka,guna waze,cari punya cari hampir 40 minit perjalanan,dia pergi hantar dekat rumah owner ,bukan kedai,confirm-confirm lah rumah tu bertutup je kan...Sampai ke Merlimau Melaka dari Ayer keroh tu,tak juga jumpa cendol yang terbaik.Aduhai..Lupa pula nak up status di FB tanya orang Melaka kat mana cendol sedap..adeh#






Tengok punya lah besar kolam renang diorang ni,memang budak-budak suka sangat.Mak pak budak pun boleh tahan melayan.











Alya ni walaupun semua budak dah beriya-iya mandi,cousin dia pun dah menyelam scuba dah gayanya,dia duduk jelah tepi-tepi ala-ala ikan duyung.Alya ni budak manja,penakut air,kalau ke dalam sikit dia punya menjerit macam orang cubit je.Geram jugak lah mama menengok penakut..


Punya lah bercinta mama belikan awak  swimming suit yang baru,dia takut air masuk telinga,duduk tepi-tepi je jadi ikan duyung.Aduhai..cubalah join cousin awak tu.
Cantik pula kapal ni..
Cuma Gold Coast Melaka ni yang tak best dalam bilik takde WIFI.ada sesetengah tempat di lobby ada wifi.Kena buat penambah baikkan lah kan,WIFI dah jadi keperluan dah kot,especially orang macam irda ni sentiasa habis data cepat.huhu..

RM 9.Oklah sedap!

Yummy..
Penat melayan budak-budak boleh juga menikmati selera di area berdekatan dengan kolam.Kat sini ada nyonya curry Mee,Lamb grill ,ais kacang,dan teh tarik.Limited pilihan,order teh o panas pun takde

Ada juga kedai serbaneka disediakan kalau nak beli keropok-keropok ,roti-roti atau lain-lain,irda punyalah kecewa,dah bawak laptop turun,sebab batery laptop tinggal rumah(i kan suka tinggal barang),cari plug takde pula kat meja yang kita duduk tu,sudahnya lepas makan,irda naik bilik untuk buat kerja sikit.
Pantau anak dari atas sambil nak buat kerja..
Yang bestnya Gold Coast Melaka  ni,budak-budak boleh mandi sampai malam.Sampai tengah malam pun tak kisah.


suasana malam di gold cost melaka resort




Tempat breakfast yang disediakan ni irda rasa perlu penambah baikkan,tempat lapang ni agak luas,cuma untuk menyediakan meja makanan hanya tertumpu pada satu tempat.Jadi orang akan beratur panjang.Contohnya tunggu roti bakar dan nasi lemak.

Kalau boleh sediakan dua meja untuk roti,satu di bahagian depan,satu lagi di hujung,jadi orang takdelah tunggu lama sangat kan,dan tak perlu beratur sangat.Macam tu juga makanan lain sediakan di dua tempat.Bagi pendapat irda lah.sebab dulu pernah pergi gold coast Morib,macam tu lah penyediaannya.


"mama,ayid nak mandi lagi tau lepas makan coco crunch ni"/..cousin alya semua panggil irda mama,ni paling ligat mandi kolam.Pagi-pagi request nak mandi lagi.huhu..

oklah sebelum irda tutup entry ni,lagi tambahan info tentang Gold Coast Melaka international resort ni.

Parking space free tapi nak pergi dari lobby kalau apartment korang jauh dari lobby kena bawak kereta lah berdekatan ke apartment tu.

Kena bayar RM100 as deposit,kalau pakai credit card tak perlu bayar deposit RM100 tu tapi dapat satu je kunci.Kalau korang pergi ramai family.tak yah lah kedekut sangat,bayar jela deposit RM100 TU,SENANG memudahkan kalau ada 2 kunci,tak delah asyik nak ketuk or tunggu orang lain balik.

Apartment diorang nama unik-unik,ada hang Li poh,Hang tuah,Irda duduk apartment Hang jebat(penderhaka kaww...hahaha,tapi hang jebat berani hokay)

Complimentary breakfast memang disediakan,time night tak reti-reti cari makan kat luar?.Kebetulan masa irda datang sini,nampak status exclassmate CFAB ni,sedang bercuti di swissgarden Melaka,roger punya roger mana ada jadi jumpa,irda ingat nak makan ikan bakar yang famous u,sampai-sampai je dah sesak giler.Mood kelaut dah.Terus cari kedai lain..




Ikan bakar sesak,sudahnya kami makan di restoran ni je.Rasa masakan sedap.tapi servis out..hehe..

kami order makan untuk beberapa set,ada ke ramai-ramai tu semua letak dalam satu mangkuk..minta tom yam untuk dua mangkuk.datang satu.sayur pun sama.sudahnya kenalah tangan panjang minta lauk sana sini.huhh...

(Ehh panjangnya entry aku..)Nak sambung sikit lagi boleh?I kat library menaip live ni,rugi tak tulis panjang-panjang.haha..

Esoknya balik tu tak puas hati,nak juga cari cendol kat melaka.Gigihlah si Irda ni google and baca blogger-blogger punya post cendol melaka terbaik.So jumpalah cendol jam besar.Jammed oo nak kesana,lepas tu takde parking,4 kali round takde parking,sudahnya kitaorang turun bungkus.Yang lain tunggu dalam kereta

Image may contain: 2 people, outdoor

Bila lama sangat tunggu,pak polisi pun halau,I?BERATUR dengan penuh semangat menunggu cendol pujaan.

Image may contain: one or more people and food

 Image may contain: one or more people and food

Jus tembikai pure,sedap?ke...Harga lebih RM10++ rasanya untuk sebijik,tak sempat nak tanya.Sebab focus kat cendol je.

Bila dah rasa cendol di jam besar ni..hemmmmmm...agak kecewa lah,tak berbaloi pusing kereta hampir 4x sebab takde parking,beratur panjang,rasa arghhh,...ini bukan cendol yang irda cari.Nasib harga murah,rm 2 JE  untuk cendol biasa.''

Aduhai ,kesian pulak mana yang baru rasa cendol,santan dan gula nya larik!,maybe santan tu dah campur dengan air kot,memang kecewalah!wuaaaa...lain kali korang yang tulis review tu,kalau tak sedap cakap je tak sedap,irda serius rasa kecewa dengan rasanya.Maybe dulu sedap kot,sebab banyak je masuk paper,bila makin maju dan makin ramai pelanggan ,gagal mengekalkan keaslian rasanya.

Sudahnya,lepas balik melaka cari cendol lagi di KL..

oklah,dari kisah gold coast meleret tentang cendol kan..?sebenarnya banyak lagi entry untuk "my journey"ni tak habis-habis..next time sambung di lain tempat ya.Doakan irda murah rezeki tau,kalau boleh nak pijak setiap sudut bumi Tuhan ni..

Ok daa....


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

8 comments

  1. Best pergi melakan kan Irda 😍 Banyak tempat menarik. Tempat pun dekat dekat je.
    .
    Gigih juga Irda nak makan cendol femes kat melaka tu.
    .
    Berapa kali pergi pun tak putus asa. 😂
    .
    Tapi standard melaka, ada tempat biral je mesti jammed. Coconut shake klebang tu contohnya
    .
    Ramai. Memang jamn jalan.

    ReplyDelete
  2. Hahah! lawak lah cari cendol sampai ke rumah owner. Boleh bayang perasaan bila berhempas pulas berusaha nak rase cendol sedap tuh ended up biasa2 ajer. Huhuhu...Nany ngan husband jenis kalau beratur panjang memang terus cancel tak pegi dah. Anyway,anak2 Nany pun bukan pandai swimming kalau main kolam..jenis yang kepala terkeluar ajer pastuh berenang macam kucing..kaki ngan tangan cecah lantai kolam. Mana aci! hahaha!Takper, Alya..nanti one day bila dah ready and kerap bawak berenang or main kolam air..InshALLAH. ..berani lah nanti :)

    ReplyDelete
  3. alahai bestnya bercuti. lama betul dah kita tak bercuti ni irda ^^ bila lah nak pi ni. partner in crime pun dok bz je. asben takda lg. family pun bz gak. sobs

    ReplyDelete
  4. Memang seronok bercuti ke Melaka.
    Banyak tempet boleh dikunjungi.

    ReplyDelete
  5. bestnya swimming pool dia..kanak2 mesti suka..

    ReplyDelete
  6. I berapa kali cari cendol tu ghahahah maybe sebab I balik melaka waktu public holiday. dorang pun holiday

    best jugak ye tempat ni

    ReplyDelete
  7. kak ipar sy berkali2 repeat jln2 bw anak2 ke sini...seronok tgk bdk2 main air katanya hahaha

    ReplyDelete
  8. bestnya tengok gold coast melaka ni tak macam gold coast morib, mungkin boleh pergi nanti.

    InshaAllah irda moga satu hari nanti irda dapat jejak ke seluruh bumi Allah ni

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+