Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

10:33:00

 Assalammualaikum readers,

Buat apa di hujung minggu begini?Kalau takde apa-apa plan,jomlah singgah ke MITA TRAVEL FAIR di MIECC,The Mines yang berlangsung dari 24-26 FEB 2017 dari pukul 10am-9pm.Disini jangan risau pasal parking,banyak je ruang untuk meletakkan kereta,Dalam MIECC ni takdelah sesak-sesak sangat,tempat sejuk sebab dalam hall kan..so far semalam irda pergi semua teratur dan mudah di lalui.Kalau rasa malas nak drive,uols boleh naik KTM turun di KTM serdang station,dari situ book je GRAB car,hanya RM4 dari serdang ke MIECC .

Apa Yang Best di MITA TRAVEL Fair 2017?


 Irda first time pergi event-event macam ni,selalu dengar MATTA FAIR je,Tahu tak apa beza MATTA dengan MITA Fair? Oklah irda pun baru tahu bila ada 3 orang gadis manis dari MEDIA BERNAMA explain kat irda masa kitaorang duduk semeja dalam media room menikmati lunch.

MITA ni bermaksud( Malaysian Inbound Tourism Association).So ia lebih tertumpu kepada percutian dalam Malaysia sahaja.Haaa....baru tahu tau.hehe..sobssss..

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

 Uols dah bersedia?jom teruskan bacaan dan tengok apa yang best di MITA TRAVEL Fair 2017 ni,lepas dah baca terus pergi tau,serius uols terpukau mata dan tergoda duit untuk membeli package yang super murah!

Image may contain: 2 people, text 

Antara yang menarik :FREE admission,ada performance artis,food festival,seminar agro tourism and banyak sangat game yang uols boleh menang.Setiap booth ada diorang punya kreativiti tersendiri untuk menggamit pengunjung.Yang penting setiap booth pelancongan tu discount giler-giler,uols takkan dapatlah harga tu hari lain.hanya di MITA FAIR ini sahaja.

Irda share kat uols sekitar suasana dalam hall MIECC Sempena MITA Travel Fair 2017 ni ya..

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
Beautiful Terengganu.Singgah sini untuk mencari information tentang terengganu ya!Tempat-tempat menarik dan hotel-hotel dengan harga yang berbaloi-baloi

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
Tourism Malaysia


Image may contain: one or more people
Banyaknya agensi pelancongan.Irda macam terpukau,terlalu banyak booth dan agensi yang terlibat.Tak tersenarai kalau nak disenaraikan satu-satu dalam entry ini.


Setiap booth yang irda singgah,brochure or flyers wajib ambik tau.Sebab masa irda kat sini ada kawan pesan dah,siap call lagi"beb,amik semua negeri punya info tau.nak plan holiday ni"Amboii...tapi ok juga kan.plan cuti-cuti Malaysia.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
With Sepang Goldcoast crew

Irda selalu berangan nak stay di sepang Goldcoast ni tau,and pastinya angan-angan tu tanpa membayar apa-apa,mengharap rezeki dari langit giteww...haaa,semalam hari jumaat yang mulia angan-angan irda jadi kenyataan tau.Irda dapat stay 2 hari 1 malam secara percuma,diulang secara percuma!,yihuuu...di sepang goldcoast,woww bestnya,boleh feeling-feeling stay atas laut tengok matahari terbit dan terbenam.Alhamdulilah syukur sangat....Jom holiday ngan irda di sepang Goldcoast!

so uols kalau nak juga apa yang irda dapat ni,silalah singgah di booth sepang Goldcoast ni,dan jumpa adik-adik manis ni untuk tahu apa term & condition .Sepang Goldcoast ada jual vacation club juga tau.Nanti irda dah stay sana irda akan blog pasal room diorang. Sekarang kepala ligat fikir bila pula nak pergi ni..

No automatic alt text available.
Houseboat packages

Percutian atas boat?Houseboat packages ni memang berbaloi.Yang ni uols boleh masuk dalam booth negeri perak untuk dapatkan info.Salah satu wishlist dalam holiday irda nak merasa atas houseboat ni,(feeling-feeling titanic gitu)huuu...bestnya,tido atas boat,masakan dan makanan memang diorang provide sebab ada captain and chef sekali follow kita..Ya ALLAH bestnya..actually irda nak sangat book semalam dah houseboat ni sebab super jimat RM1260 tau,tapi takut tak terpergi karang,sebab irda dah posting keje baru next March,takut susah cuti kan..so terkubur disitu jelah impian..uols bolehlah datang dan book terus...

 No automatic alt text available.

Ada yang plan nak pergi Melaka tak this year?Boleh singgah booth ni untuk dapatkan potongan harga naik river cruise Melaka :Hanya RM 8.50 untuk dewasa.Kanak-kanak tetap harga biasa RM 5++ .Naik river cruise ni dalam 40 minit,memang cantik sangat panorama.Berdasarkan photo-photo diorang,time sunset paling best naik river cruise ni.Murahnye tak sampai RM10 pun untuk dewasa.Jom dapatkan sekarang...

No automatic alt text available.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
MinNature crew explain details to Irda & Nany


Tahu tak Malaysia dah ada the largest indoor Miniature Exhibition yang bertempat di Summit USJ,Subang Jaya.Semalam first time irda didedahkan dengan minnature ni.Di MITA FAIRboleh dapatkan harga promosi RM50 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak siap dapat art kit for kids .Mana yang minat architecture atau nak dedahkan anak-anak dengan MinNature ni boleh lah dapatkan harga promo diorang ni.

Semalam irda tak beli pun,sebab baru first time tahu pasal ni.Nany kawan blogger irda excited sangat ,sebab nany dulu pernah stay di Jepun kan.Tengok pic tu excited dia tekan and siap keluar asap tau dari lahar tu.enjoy dear with your kids.Alya tak minat benda cam ni...huhu...

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Pernah dengar MEDICAL TOURISM? Semalam irda singgah di booth medical tourism Golden Horses.Masa singgah booth ni uols isi borang.Like and page page GHHS Healtcare.Lepas tu main game spin.Kalau uols bertuah macam Nany dapat free medical checkup full body tau.Nak tahu irda dapat apa?

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

 Tahu agaknya irda kuat makan,irda dapat buy 1 FREE 1 HIGH TEA  di Grand Salon Lobby Lounge Palace of Golden Horses.Ini bukan high tea biasa,like tea and cupcake je tau,tapi high tea yang grand dengan pelbagai pilihan makanan,&40 % Discount at Corousel International Coffehouse,irda boleh bawak family and mom kat sini .Thank you Palace Golden Horses..oops belum cukup lagi,irda siap dapat buat test kesuburan free,cuma tak bagitahu lagi time nak datang.Pemeriksaan percuma,datang makan and dengar presentation diorang selama 90 minit lepas tu dapat 2days one nite free STAY.(syarat untuk dapatkan appointment ni kena ada credit card sahaja)...WAHH bestnya,,,free stay lagi..horee...so uols kalau nak jangan lupa singgah booth ni juga ya..

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
LET'S Dress Up.Snap & Win

Let's Dress up (snap & win).Booth ni wajib untuk dikunjungi,ia terletak berhampiran dengan stage.Bila dah posing dengan baju-baju kebangsaan yang diorang sediakan,uols just gunakan FB untuk check in di MITA Travel Fair,hastag#VisitMITATravel Fair.Mana tahu kalau dapat photo yang paling menarik boleh menang 3D2N Hotel Stay.Good luck readers..

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Ini photo irda yang tak ready...hehe..tapi berharap untuk menang juga..:).Bestnya kalau menang,siapa tak nak sponsor holiday kan?Doakan irda dan Nany menang tau....::)Irda doakan uols yang pergi pun menang juga.Haa boleh sama-sama holiday..

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Travel magazines yang sangat banyak info menarik ni boleh anda dapati secara percuma dengan hanya like page diorang.Ada juga yang dijual.Jangan lupa miliki satu untuk dibawa pulang.Terpukau dengan magazine ni.Semua paparan amat menarik hati untuk dibaca.

 Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Kalau uols gang backpackers tu,ada juga booth khas untuk backpackers,siap ada banner backpackers gathering lagi tau.

 Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Kayu apa yang nany hidu tu?Itulah pokok gaharu yang banyak fungsinya.Booth TAMBAK D'Village ini 100% syarikat bumiputra dibawah AL-HILMI Group companies.Jika uols mencari tempat untuk riadah family day,team building untuk corporate atau sekolah,package di TAMBAK D'Village ni lengkap.Farming,fisheries,agriculture,plantation semua ada.Dah namanya Village mestilah ala-ala perkampungan kan.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
Full activiti di Tambak d'Village



Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
VILLA Kontena


Villa kontena?haa yang ni nampak je macam kontena,dalam ni lengkap dengan toilet,tv,meja dan katil yang empuk tau.Ia pertama beroperasi di Bagan Datuk,Pulau Sembilan Perak.Dia ada 45 couples Villas(Sleeps 2)and 12 Family Villas (sleeps 6).Memang relaxation and comfort.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

 Nany yang comel ni tak perasan irda candid pic dia,excited dia bila kampung Nany dah ada Villa Kontena yang super selesa ni.Lepas ni bolehlah stay sini with family.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Penat dah berjalan setiap booth?sebelum kita pergi booth makanan setiap negeri pula.Kita boleh rileks kan kaki yang rasa penat tu sambil menikmati persembahan dari artis dan kumpulan seni kebudayaan.Semalam irda berjalan dari pukul 10am-4pm dalam hall ni tau.Exercise betul rasanya,dahlah carry bag laptop ,tak terasa pun penat.Rehat pun untuk makan dan solat sahaja..punya terpukau tak terasa kaki dah melecet..huhu..

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Rempah nasi arab ni berharga RM17 .IF uols memang penggemar nasi arab dan tak tahu cara nak masaknya,boleh dapatkan peket rempah ni,siap ada details cara nak masak sekali.Confirm menjadi.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

 Kuih tradisional dan kek lapis sarawak pun ada dijual disini.Biskut Gery pun ada?Eehh ni bukan biskut yang viral tu ker?

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
Popia Satar Goreng?Yummyy...
Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Apa penyaram ni?Sebenarnya irda pernah makan sekali masa kenduri-kenduri orang minang,mesti ada dapat ni,selalunya rombongan pengantin bawa kerumah pengantin lelaki.Bila nampak kat sini pun ada jadi tertarik hati pula.Tapi serius irda tak tahu pun ia diperbuat dari tepung atau beras ke?

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

 Booth makanan tradisional Melaka ni ada jual dodol tau.Ada dodol durian juga.Yang paling best ada jual dodol yang masih panas-panas.Kitaorang memang cuba semua jenis makanan di setiap booth.Peminat dodol melaka boleh dapatkan di booth Melaka ni.

 Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Abang tu bagi rasa sesudu,masih panas dodolnya.Satu bekas ada yang di jual RM10,ada juga dalam peket kecil dijual dalam harga RM6.

 Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

Peminat buah-buahan tempatan?Makan dicicah kuah rojak atau asam buah jambu batu?Disini pun ada.Tetiba teringat macam di MAHA pula.Baru aje hari tu pergi MAHA kan.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
Kuih tradisonal favourite alya.


 Finally dapat juga cari favourite alya ni,Kuih kapit.Irda pandai buat juga kuih ni taw..haha tu pun nak bagitahu,cuma masa takde nak buat.Sekarang senang,kuih kapit pun dah ada pelbagai jenis dijual .Ada original,ada yang dengan peanut butter dan ada yang coklat.Yang original irda beli RM12 sahaja untuk satu balang.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?

 HadramawtKitchen pun ada tau?Siap boleh dapatkan harga promosi untuk tempahan sebarang majlis seperti aqiqah,majlis harijadi atau apa sahaja event.

 Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?r more people and people standing

Makk aihh panjangnya beratur nasi ayam pusing bonda made in Kelantan ni.Irda dan Nany teringin nak try ayam ni.Tengok dia berpusing-pusing cam tu memang menambat selera betul.Sanggup jugalah kitaorang beratur untuk merasa.

 Image may contain: food

 Satu set ni dengan air teh o ais hanya RM10.Ayam dia memang juicy sangat..sedap...masa irda menulis ni terliur ingat ayam ni.Rasa nak repeat lagi datang MIECC,The Mines MITA Travel Fair ni untuk makan nasi ayam bonda ni.

Apa Yang Best di MITA Travel Fair 2017?
Siap-siap nak balik,snap all business card ni dulu sebelum tercicir.:)

Suka dengan candid picture yang nany amik ni.First time jumpa nany di event MITA Travel ni sangat-sangat best rasanya.Thank you Nany jadi partner irda tawaf satu hall..irda minta maaf ya kalau ada salah silap di pertemuan pertama kita ni.Ini satu memory buat kita...kawan blogger akhirnya bertemu di alam nyata..hehe

Uols kalau takde buat apa sabtu dan ahad ni datanglah ke MITA Travel Fair ni tau.Memang BEST dan mengujakan.Boleh datang dengan family atau dengan kawan-kawan dan jangan lupa singgah di setiap booth yang ada.Pelbagai hadiah menarik menanti anda..

salam hujung minggu  readers!daaa...

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

8 comments

  1. samalah..baru hari ni tau beza Mita ngan Matta fair. Thanks share. Tahun ni nak jimat sikit.cuti dalam negara aje. Memang kreatif booth diorang

    ReplyDelete
  2. Kalau dekat kan bagus, dah datang ke sini huhu.

    ReplyDelete
  3. The same goes to me Irda. Ya ALLAH..1st time jumpa terus ade 'click' kat situ. Seronok sangat semalam jumpa kawan yang selama ni hanya bertegur sapa di alam maya. Lepas tuh, tak yah nak warm up lama2. HAHAH! At least senang nak suruh ambilkan gamba sebab dah macam belangkas semalam. Hope nanti, ade rezeki kta jumpa lagi yer Irda. :)

    ReplyDelete
  4. Selalu dengar orang sebut nak bercuti tunggu diskaun dulu...MATTA atau Mita fair..tapi tak tahu apakah dia...ni dah tahu sikit2..hihi..kepada yang sememangnya gemar bersiar2..inilah masanya..

    ReplyDelete
  5. kaki travel kalo dtg ni mmg best macam2 travel agensi boleh pilih. hehe. tak sabau gak nak pi cuti ni. tp pi redah sendiri je ni. hehe. btw best betul la vila kontena tu^^ teringin nak masuk gak. hehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya babe dapat stay kat Sepang Goldcoast. snap gambo bebanyak tau. btw I teringin beno nak tinggal dalam kontena. hahahaa

    ReplyDelete
  7. mcm menarik je..cam best..percutian dlm malaysia kan
    mmg ssuai sgt dgn yaya ni..slalu g holiday dlm msia..tu je mampu..
    hehe..tp matta fair pun xpernah p, ni kan pula mita..ngee=p

    ReplyDelete
  8. ooo baru tau... tp x sempat nk pegi sbb ada tugasan lain yg menunggu

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM