Sling Bags Pilihan Wanita Moden

22:43:00

 Kebiasaannya kita tengok wanita menggunakan beg jenis tote atau satchel untuk keluar membeli-belah, beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan dan untuk kerja. Kini, sling bag pula menjadi minat wanita untuk gaya lebih moden. Kalau anda tidak tahu, sling bag merupakan salah satu top bag terkini kerana ia mudah dibawa dan sangat sesuai untuk berfesyen. Jadi hari ini mari kita lihat inspirasi untuk menggayakan sling bag dan mana tahu nanti anda pun berkenan dengan beg ini!

 



Cuba tengok cara selebriti global menggayakan sling bag bersama anak mereka. Comel kan? Ini salah satu gaya yang boleh menjadi sumber inspirasi untuk wanita moden yang bergelar ibu! Anda tak perlu berfesyen seorang diri. Kalau ada anak perempuan, boleh bergaya “kembar” dengan mereka. Tapi kalau ada anak lelaki macam mana? Bagi la mereka pakai backpack mini! Mesti comel. Padankan warna untuk tampak lebih berganding dengan anak anda.




   
Untuk mereka yang sukakan gaya kasual, sling bag boleh digunakan untuk hari anda keluar bersama rakan atau kalau ada temu janji bersama yang tersayang. Sling bag mudah digunakan kerana ia tidak banyak ruang penyimpanan. Sesuai untuk mereka yang tidak memerlukan terlalu banyak barang di dalam beg. Anda boleh simpan barangan penting dan terus keluar seharian. Beg ringan, bahu pun tak sakit. Jadi, tak perlu risau dengan gaya ini.
            
                                           Sling Bags Pilihan Wanita Moden
                                   

Mahu tampil lebih yakin di tempat kerja? Gunakanlah sling bag dengan warna terang dan berani seperti merah ini. Warna lain anda boleh cuba termasuk kuning, hijau atau biru. Kini anda boleh tampil bergaya di tempat kerja juga dengan stail sling bag. Sekiranya anda memerlukan sesuatu yang lebih formal, gunakan sling bag yang berwarna neutral seperti coklat dan hitam. Pilih sling bag yang dibuat kulit kalau anda mahu tingkatkan stail.

Sudah cukup inspirasi? Boleh la kita bergaya dengan sling bag hari ini!





thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

9 comments

  1. Pilihan siqah pun sling bag! Mudah nak ambil barang dan tak payah susah nak pegang beg tangan. Hii.

    ReplyDelete
  2. Adik mai suka la sling bag ni, tapi mai suka sumbat segalanyaaa dlm beg tangan so prefer yang bersaiz besar. hehehe. Sling bag ni comey sangat.

    Tapi lepas baca entry kak Irda ni macam nak terus cari satu la. Stylo juga ni.

    ReplyDelete
  3. hehe cer click top bag tu dear ..leh usha online ..hhehe..enjoy shopping ..

    ReplyDelete
  4. beg macam ni lagi selesa sebenarnya hehe

    ReplyDelete
  5. sling bag mmg style kak irda! hehe. cantik!

    ReplyDelete
  6. sling bag dgn wanita berpisah tiada, terpisah suami susah...

    ReplyDelete
  7. Ramai yang minat beg camni. hehe. saye pun baru je ritu grab satu dari Zalora. cantik ;)

    ReplyDelete
  8. sling beg cantik, tapi kalau akak ni nak isi banyak barang tak sesuai la pulak

    ReplyDelete
  9. suka sling bag jugak..senang nak berjalan, bahu pun tak sakit

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+