Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)

19:15:00


Entry sebelum ini,baca :Padang Trip

Ambil mood nak sambung entry ni,Huuuuu..ini masih lagi entry di hari pertama,ada lagi 3 hari nak sambung..bertabahlah korang nak hadap entry-entry basi irda ni ye :)hahaha

Bila mata dah  terpana dan otak diasah dengan ilmu baru yang disampaikan di rumah gadang(baca entry sebelum ni:Lelaki ingin dipinang kahwinlah dengan orang minang pak supir abg ad pun dengan penuh dedikasinya bawa kami menikmati lunch .Lepas lunch tempat seterusnya yang dia bawak adalah butik puteri Minang yang terletak hanya di tepi jalan.

Butik Di tepi Sawah-Padang Bukit tinggi
Kenapa semua restaurant ni "sepesen"je kat sana ? Cabang mean:branch


Oleh sebab butik ini menjual baju batik,kain pasang dan telekung,ada juga baju lelaki yang bercorak batik ,tapi tidaklah Irda membeli apa-apa disini,sebab harganya tidak semurah mana.Sekali lagi financial calculator di kepala,lagipun masa ni ada beberapa lagi van pelancong yang singgah,jadi kedai tu agak ribut(kelam kabut ).Jadi hati tak berkenan untuk memilih apa-apa

Lupa nak bagitahu,masa di airport di Kuala Lumpur irda berkenalan dengan dua orang sister ni,pun juga ingin jalan-jalan ke padang.Mereka berdua irda terserempak di butik ni.Diorang ni adik beradik,bercuti berdua.Sakan jugaklah irda borak kat airport walaupun hanya baru kenal(Kan aku ada bakat busybody,huh,banyaklah bende aku sembang.)

Bila terserempak kat butik ni,eeh sambung borak lagi.aiseyman..pompuan kan...tapi akak tu pun boleh tahan,melayan..
Oleh sebab dia tahu irda pandai cakap minang,dia suruh tawar harga satu kemeja batik untuk suami nya.Terasa menjadi translator tak bergaji disitu.Apapun tetiba rasa macam bangga giler bila tahu bercakap minang dan boleh buat orang-orang kat situ kagum sekejap(tolong jangan contohi)..dan mereka akan bertanya"akak asal dari kuala lumpur atau padang"..teett...haha..

(*perempuan kalau berjalan mesti ingat kat husband kan?tak pun mesti ingat nak beli untuk anak*)

Oleh sebab irda rasa kedai tu tak berapa nak menarik untuk ditawar,dengan jahatnya irda menghasut

"Takpe kak,hari ni baru first day,rasanya macam mahal.akak jalan-jalan nanti banyak lagi kedai boleh singgah.ntah-ntah lagi banyak pilihan".Lol...*monolog hati:adakah aku menyekat rezeki orang?*.


Butik Di tepi Sawah-Padang Bukit tinggi
Puteri Minang Fashion Boutique
Butik Di tepi Sawah-Padang Bukit tinggi
Adakah kakak di belakang ni menunjukkan rasa tidak puas hati pada ku?Hikss...


 Walaupun tidak membeli apa-apa di butik Putri Minang ,mengabadikan photo ini wajib sebagai kenang-kenangan.Kerana esok-esok kalau datang bukit tinggi lagi,boleh jadikan photo ini sebagai rujukan.Mesti masa tu baju-baju belakang tu dah bertukar corak ikut zaman .

 *Aku rasa kakak belakang tu marah,sebab belinya idok,bergambar je lebih.Apapun kak,saya suka kedai akak,tu yang masuk dalam blog,tak beli pun takpekan bukankah falsafah pernah mengatakan kalau" suka tak semestinya memiliki?"kah!

Next shopping adalah di satu karyaneka di daerah pandai sikek.Istimewanya butik ni ia terletak di kawasan perumahan yang disajikan pula dengan pandangan sawah padi.Angin sepoi-sepoi,bunyi unggas dan burung,deruan air kolam di depan rumah,ohmak..buat irda terlena asyik dengan keadaan sekeliling,

Walaupun pavilion belakang office irda,times square pun dekat,lot 10 sekangkang kera,perasaan saat itu di butik ini begitu mengujakan dan menenangkan,tak sama .Lama irda duduk memandang sawah padi.Lihat orang berjalan dengan kepala atasnya ada kain batik ke sawah,menikmati nasi bungkus,ada pula yang membawa kerbau dan ada pula yang "orang-orang "  di tengah sawah bagi mengelakkan padi dimakan burung.Pernah nampak semua ni dalam buku teks sekolah rendah dulu je,sekarang ia bagaikan sebuah movie zaman p ramlee depan mata,mahunya diriku tak terkesima.ceewah..ayatt ...

Allahu nikmatnya...Walaupun suasana kedesaan itu,butik satu karya bukan sebarang butik.Baju kebaya dan sulamannya sangat berkualiti.setanding butik ternama di ibukota,kerana yang diibukota itu hasilnya dari desa.

Apa yang irda baca,daerah pandai sikek memang terkenal sebagai daerah yang hebat dalam menghasilkan tenunan kain songket,sulaman,Jika dahulu ia menghasilkan selendang sahaja,sekarang inovasi lebih berkembang pada dompet,baju,kain pasang dan pakaian muslimah.Sikek dalam bahasa minang bermaksud (sikat),ia diambil sempena nama alat besi yang seperti sikat dalam menghasilkan tenunan dari benang-benang halus.

Sempena nama itu,tidak hairanlah daerah ini penyumbang utama dalam ekonomi fashion.Malah setiap penjuru daerah ni,kita boleh dapat tengok banyak aktiviti depan-depan rumah lebih kepada aktiviti kain  dan menenun.Anak gadis desa disini juga bagaikan sudah sebati dengan aktiviti itu.

Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)re
 rindu pemandangan belakang tu:(


Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)
Inilah butik satukarya di daerah pandaisikek.Ia terletak di depan rumah dan dikelilingi sawah padi.Ini hanya salah satu butik yang kami singgah.Kalau ikutkan memang banyak lagi disini...


Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)
Kelasskan baju dan kain disini,nampak ekslusif ni,walaupun depan sawah,masuk dalam tu kain baju dia tahap international kot.Semuanya cantik,tapi harga pun boleh tahan.Bujet irda tak cukup untuk angkat satu,sebab irda ada agenda lain di padang nanti.So fikir banyak kali juga nak beli.


Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)
Satu nak pakai raya,satu nak pakai dinner,satu nak pakai kenduri,satu nak pakai pergi office(berangan lebih tengok baju-baju ni).Sepasang ni lebih kurang dalam 500,000 itu yang paling murah,ada lagi lebih dari tu.Tapi memang sangat berkualiti.Kalau kain ni diletakkan di pavilion harganya dah berapa ya.ermmm

Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)

Oleh sebab irda sayang officemate lebih(officemate sapa baca. tolong buat farewell besar-besaran kalau aku resign,tengok kat sini pun shopping pertama untuk korang..hahaha...macam tak ikhlas je:)).

Irda tak beli apa-apa pun untuk diri sendiri di butik satu karya ni.Huhu sebabnya bujet untuk shopping adalah untuk officemate.ye lah diorang kalau pergi japan ke,uk ke,china ke ada je beli something untuk irda.Takkan pergi padang tak beli apa-apa untuk diorang kan,currency pun lagi murah..huhu.

Boleh juga kita shop online disini"............muslimahfashion"

Irda pun boronglah tudung ni biar diorang pilih pulak.Ni je yang mampu.Punya sayang officemate tau.hehe..Ni 5 helai Rp100,000(lebih kurang RM34).Punya murah..sebab tu beli banyak untuk korang.haha..okler tu,harga tak penting,yang penting kasih sayang kawan tu.ciaaa..
Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)
Burung yang berkicauan,kolam ikan yang terbentang,angin yang mendamaikan,mata yang menenangkan,alangkah indahnya ciptaan Tuhan.

Sebelum bergerak,kitaorang solat jamak zohor dan qasar ,air dia masa ambil wudhuk giler sejuk,air dari bukit kot,kami solat di sebuah surau kecil yang dibina depan butik ni.Depan surau ada kolam ,kanan surau ada pemandangan sawah padi,selepas solat ,pandang sekeliling mata menguning dengan pokok padi.

Tempat shopping menarik di padang -bukit Tinggi Indonesia (butik tepi sawah)
sayur salad
 Daerah ni subur dengan tanam-tanaman,nak balik ke bukit tinggi,kiri kanan banyak orang tanam sayur-sayuran,tempat pun macam berkabus je.


butik satukarya(pandai sikek) dan putri minang

1.Harga lebih kurang sama je(macam janji-janji pulak)
2.Kualiti kain dan jenis jahitan lebih kurang sama
3.Telekung yang paling murah berharga RP150,000( lebih kurang RM45:00)sama je masa beli kat cowkit.(baik aku beli kat chowkit,kurang sikit berat bawak balik kl)
4.Kelebihan diorang ramah tamah dalam berniaga,
"beli apa tu dik,singgahlah,tengok-tengoklah,pilihlah dik"habis semua kain dia turunkan,dia selongkar,kita dari tak jadi beli akan terbeli sebab kesian atau sebab tergoda dengan ramah tamah mereka.

jika uols teringin nak usha product muslim di sana,boleh layari juga website dibawah.and shop online.

"................MuslimmarketIndonesia"
 
Tapi irda hati batu sikit,jiwa kental..hahah...susahlah diorang nak pujuk rayu nak suruh irda beli.Irda just beli tudung untuk officemate je,sebab itu rasa terlajak murah jugak .Haa..next destination tunggu  entry irda sesat masa shopping sebab masa ni shopping tak ingat dunia bak hang..sampai nak nangis jugaklah bila sesat.

Pandai sikek ni lebih kurang 13km dari bukit tinggi,tempat hotel kami,hati tak sabar nak check in hotel,nak mandi,nak rehat jap sebelum itenary seterusnya.Ok masih berminat nak tahu cerita di hari pertama trip ni,tunggu next entry tau.tak minat nak baca pun irda nak tulis jugak,sebab nak simpan dalam memori "garmin"hehe...

Ok daaa...


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

8 comments

  1. Seronoknya dapat jenjalan ke tempat orang.

    ReplyDelete
  2. Murahnya tudung tu. Telekung time sis g bandung pun tak berapa nak murah.

    ReplyDelete
  3. Suka tengok sawah padi tu...mesti kawan-kawan suka dapat ole-ole...alhamdulillah...bila kita gembirakan orang insyaAllah kita akan dapat rasa nikmat yang sama malah berganda.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Padang. Belum pernah ke sana lagi. I'm sure makanan mesti best kan?

    Anyway, thank you for dropping by kat my humble space. Nice blog! ;)

    Best Regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa bab shopping ni. hehehe. baju cntik2!

    ReplyDelete
  6. kalu g dgn kaki shopping alamatnya memang berlama lamaan laa kat butik tu nmpk nyer kannn ;-)

    ReplyDelete
  7. bila lah dapat g sana.. hahah jenis takut naik flight sampai sudah la tak sampai g sana.. kekekkekek

    ReplyDelete
  8. Kalau macam ini gaya kakak pun nak jadi officemate Irda jugalah:)
    Ingat pada kawan lebih ye Irda.

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+