Tips sukses di tempat kerja:Hormat boss bukan bodek boss

13:40:00

Ingat tak story irda dalam entry yang lepas tentang irda tersalah jawab dan agak tak sopan masa interview di HQ?baca sini: interviewdan tak sangka orang tu adalah future boss irda bermula march ni.hikss

Bila irda rasa bersalah,dan sememangnya kalau ingin memulakan sesuatu kerja,kalau ada masalah sistem dalam kerja,kita boleh baikinya,tapi masalah dengan manusia?seboleh-bolehnya irda nak bawak berbincang dan tak nak ada rasa  tak puas hati di kemudian hari apalagi di tempat kita mencari rezeki.

Irda ingat lagi hubungan baik dengan boss dulu seperti kak zarah,lepas habis spm irda kerja di sekolah memandu Jpj sekejap sementara tunggu result,dengan hubungan baik tu irda dapat ajar anak dia duaorang tuisyen weekend.sekarang dua orang anak bujang kak zarah dah besar panjang dah,ada sorang tu sekarang menuntut di US.Kak zarah baru kematian husband last month.Al fatihah..Irda dan kak zarah masih contact each other,irda kahwin dia datang dan selalu ajak datang rumah untuk apa-apa majlis.Irda pun ada juga kadang-kadang singgah di sekolah memandu kak zarah,saja lah ziarah dan menikmati secawah teh o panas!

Dulu,Irda pernah kerja dengan seorang doktor masa tunggu dapat job lain(cari kerja 9am-5pm )resign dari ofis kak zarah sebab situ kerja masa tak tentu.sebab masa tu tengah study kat kolej cari kerja lain.irda  keje 8 bulan gitu.doctor syafiqa.doctor ni mualaf masuk islam.husband dia mamak,pakar surgery.doctor ni pernah bayarkan irda punya exam fees sebab tu tengah amik diploma kelas malam kan.Hubungan baik tu juga bila doctor tutup panel kliniknya jadi pakar kecantikan bahagian wellness di DEMC irda datang sana dapatkan treatment wajah dengan harga yang mampu untuk i golongan marhaen macam irda ni.Doktor and husband pun datang masa irda kahwin.Doktor yang cantik,family yang kaya tu langsung tak kekok datang majlis kahwin irda yang pure tradisional.Sebab suka doktor tu merangkap boss irda,alya pun ada nama syafiqa,hujungnya.ehhehe tapi sekarang irda lost contact bila hp rosak hari tu.

Siapa lagi ya?haa di bank masa irda jadi PA boss,mr andy cheng,MR law pun memang baik habis.belanja makan tu biasa,tapi bila dia  pergi bercuti belikan ole-ole tu yang best.Boss ingat kat staff..terharu taww..orang lain tak dapat,PA dia je dapat..hehe

Then dapat pulak boss nama Mary,walaupun suka membebel,dia kamcing gak lah dengan irda.haha.. kalau pergi mana-mana belikan lipstik lah,bajulah,baju dalam pun pernah tau.sabar jelah...,irda sakit hantar buah,.so irda bodek diorang ke?Tak juga cuma irda ni mungkin bak kata husband"mesra alam sangat!"kadang-kadang mesra alam ni bahaya juga tapi niat je jaga hubungan sesama manusia akan memudahkan urusan kerja kita dan murahkan rezeki kita.

Irda teringat seorang kawan,yang tinggi egonya dan dia juga top performer,sampai bergaduh-gaduh dengan boss dia sebab tak puas hati,sekarang kawan tu dah takde di bank sebab ada kes compliance.Dan boss dia pun tak backup.Sebab tu pendapat irda ,adat kita makan gaji ni,kita ibarat timun,boss ni ibarat durian,diatas sangat kita akan kena,di bawah sangat pun kita akan cedera,jadi bila kita timun..kita bersifat mudah cedera,kita perlukan backup dan sokongan dalam apa jua hal,fahamkan?

..layaknya kita yang makan gaji,berbaik sahajalah,kecuali bila melibatkan maruah dan agama,kita boleh menegakkannya,(Riwayat At-tabrani)."Rasullullah pernah bersabda"Barangsiapa yang menyebabkan kemurkaan ALLAH kerana hendak mencari keredhaan manusia,Allah akan memurkainya dan ALLAH akan menjadikan  yang diredhainya itu benci kepadanya
Barang siapa yang mencari keredhaan ALLAH,walaupun dibenci oleh manusia nescaya ALLAH akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan ALLAH itu menghiasi dirinya,percakapannya dan amalannya,nescaya ia mendapat perhatian ALLAH"



tapi kalau isu-isu simple hal hal kerja,usah kita mendongak dan mendabik dada ,kita je asyik rasa nak menang,sudahnya kita juga yang sengsara...

Manusia ni perlu penghargaan,tapi bukan dengan merasakan dia dewa kita hamba,cukup anggap dia sebagai kawan atau orang yang diatas kita untuk kita dengar dan hormat pandangannya.Kalau rasa dia salah ,kita cuba berlemah lembut dalam mengutarakan pendapat dengan penuh hikmah,tapi kalau dia saja yang rasa betul kita ni semua tak kena...tinggalkan sahaja,banyak kerja lain,biar kita berpendapatan sedikit asalkan hati senang kan.

Tapi selalunya,secara psychologynya,layanan kita pada manusia lain,apa yang kita beri itulah yang kita dapat,Kalau kita rasa perlu boss dengar apa yang ingin katakan,kita juga harus bersedia menjadi pendengar yang baik..kita perlukan layanan baik?kita terlebih dahulu memberi layanan baik.usah berkira dalam bekerja,kalau merasakan kerja yang kita lakukan tidak seimbang dengan bayaran,bukankah kerja itu sendiri sudah jadi ibadah?ibadah ALLAH ,ganjarannya tiada siapa tahu berapa nilainya.Kita merasakan kurang menerima dari manusia,kalau kita ikhlas melakukannya..pasti ada rezeki lain yang kita dapat.Trust me..irda pernah rasakannya...

Jadi oleh sebab itu,irda merasa perlu membetulkan keadaan dengan boss baru irda ni ,Kesilapan memang selalu terjadi dalam manusia,tetapi hanya dengan memikirkan kesilapan tapi tidak cuba membaikinya juga menambah kesilapan itu sendiri.Jadi irda mengambil langkah terlebih dahulu untuk membetulkan permulaan relationship yang baik..

Jadi untuk menjernihkan keadaan,mungkin irda salah faham dengan soalannya atau mungkin juga dia salah cara intonasinya bertanya masa interview tempoh hari sampai irda balas pedas..,irda beranikan diri untuk berhubung dengan future boss untuk discuss!Ya  harus discuss berdua untuk menjernihkan suasana,

elakkan kita jadi perempuan  yang menjadi penghuni neraka,tak suka orang tu,bisik kat orang ni,Tak suka orang ni,bisik kat orang tu,kita belajar sampai universiti pun,sifat gunjingan dan umpatan ni nampaknya tiada sekolah yang bisa merubah dalam tabiat seorang perempuan,begitu sinonim dikaitkan dengan kita kaum hawa ,hanya dengan kesedaran sendiri dan banyakan muhasabah diri,kenal lebih dekat dengan ILAHI,baru sifat yang menjadi makanan kaum hawa ini mampu diatasi.TOLONG,bawak berjumpa duduk semeja,bincanglah..bukan menjaja cerita kehulu kehilir,sudahnya tiada jalan penyelesaian,bekerja dengan otak semak,muncung panjang..apagunakan?


Tips sukses di tempat kerja:Hormat boss bukan bodek boss
Lunch discussion with future boss.

Tips sukses di tempat kerja:Hormat boss bukan bodek boss
Bila masuk management level,irda harus belajar say "noted boss,ok boss,orite boss":)


Sebenarnya boss irda ni baik,mungkin masa interview dia garang sikit.Haha sebab tu selamber je irda menjawab panas juga.Lepas conversation di atas,kami lunch sama-sama di chicken rice shop.Belum start keje bawah dia ,dah belanja lunch gitu.Suka-suka.So irda takde lah nak bangkitkan isu masa interview tu.Kami discuss work flow,benefit ,allowance dan apa yang dia nak dari irda.

Walaupun sambil makan,tekun irda dengar penjelasannya.Sekejap-sekejap hati teruja,kejap-kejap jadi kecut pulak bila memikikan besarnya tanggungjawab seorang RSM.Tapi bak kata seorang kawan"Kerja je kot irda,kau nak takut apa.aku tahu ko boleh"

Tips sukses di tempat kerja:Hormat boss bukan bodek boss
Thank you untuk hadiah ni.

 Walaupun dah dapat boss baru,boss lama dilupa jangan.Thank you for the gift boss!.appreciated dan terharu sangat.Keep in touch Ms Tam & team,even im not around,but we still working for same company.Thank you for your guidance.Thank you sentiasa sabar walaupun attendance i teruk,you datang 8am,i datang 10am..(kadang-kadang)..haha..Thank you banyak tolong dan promoted kan I dalam KPI 2016.Thank you jawabkan semua complaint customer,approvedkan semua loans dan settlekan customer-customer punya soalan.Sayang boss...and thank you sentiasa support I.Ms Tam and former Mary adalah kawan baik,semua rahsia I dia tahu..isk..tak aci..tau..

Welcome MS Vivian,my new boss.Thank you terima I sebagai orang baru dalam team boss.Moga I cepat belajar benda baru.Ajar I  menjadi leader sehebat anda.AND welcome 1march,cabaran baru di tempat baru...i will blog more about this!

Opss lupa,kecik hati diorang...thank you officemate for the farewell...keep in touch..sayang anda semua..(bujetlah korang baca entry I)

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Tak perlu diciter kan kisah lama tu irda.. Hehe...
    Semoga berjaya yer dalam kerja yg baru ni.. 🙂

    ReplyDelete
  2. All the best Irda! Apapun kerjaya Kita let's make it turned into Ibadah. Kot2 terlepas Kat dunya ni.. InshaAllah kat akhirat ade balasannya ��

    ReplyDelete
  3. yup.baik kak irda.. InsyaALLAH..
    ingat pesan tu..mmg just buat kerja je..hormat bos,ikut apa je kerja yg dia minta buat,bukan nak bodek tapi da nama pun kuli kan..huhu jadi buat je la..lapangkan dada..heeee =D

    ReplyDelete
  4. apa yg irda alami ni hampir sm dgn situasi sy... tp dari awal sy mmg da pasang niat... kerja krn Dia... tiada istilah bodek or monopoli apa2 tugas. buat sehabis baik dan biarkan DIA yg menilai di penghujungnya...

    ReplyDelete
  5. Inspiring nya baca kisah mcm ni. Semangat rasanya utk jadi lebih mesra alam bila dah start keja nanti.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM