Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi

09:14:00

 Ibarat masuk ke dalam ke dalam kubur-perasaan takut,cemas dan penuh mistik itulah yang irda rasa bila menjelajah ke dalam lubang jepang di bukit tinggi,Indonesia.Sepanjang perjalanan dalam lubang ini walaupun sudah ada lampu neon,tetap meremang tengkuk,tidak mampu berkata-kata  hanya mampu mendengar dan meneruskan langkah. Satu demi satu kami ditunjukkan dalam lubang peninggalan jepun ini,dan terasa bagaikan kembali ke tahun itu,bagaikan ternampak orang-orang dalam lubang yang ibarat gua ini,bagaikan terasa ada suara-suara keganasan,tangisan dan bagaikan ternampak kelibat wajah-wajah bengis dan bagaikan ada suara-suara yang memanggil meminta tolong,begitulah yang irda rasa.

Sepanjang perjalanan dalam lubang ibarat kubu ini,irda hanya berdoa dapat melihat pintu keluar dengan cepat,kerana dalamnya sunyi dan penuh keinsafan.Bagaikan takut-takut kalau ada terpijak tengkorak manusia,irda hanya berjalan tidak memandang ke belakang,mahupun ke bawah, dan tidak pula berani memandang ke tepi atau kehujung,takut!serius...takut...tapi itulah pengalaman yang begitu menginsafkan.

Untuk pengetahuan pembaca,lubang jepang ini  dibuat sekitar tahun 1942-1945.Tentera jepun telah mengerah tenaga kerja dari penduduk tempatan dari pulau Jawa,Sulawesi dan kalimantan,Dan alat untuk menggali lubang ini hanyalah cangkul dan benda-benda tajam lain.Ratusan mahupun ribuan tenaga manusia telah dikerah dan apabila lubang ini siap,mereka tenaga buruh ini akan dibunuh dan mayatnya akan dipotong-potong.

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Terdapat banyak gazebo di taman panorama.Salah satunya
 Lubang ini terletak di tebing,jika kita ingin kesana,perlu masuk ke taman panaroma terlebih dahulu.Disini kita akan melihat keindahan dan kehijauan alam yang indah,dihiasi dengan pemandangan Gunung Marapi dan Gunung Singgalang.
Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi


Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Pemandangan gunung berapi credit:google


Bayaran masuk ke dalam taman Panaroma ini adalah RP,15000.00 untuk seorang,dan tour guide yang akan follow kita ke dalam lubang jepang pula bayarannya RP,100,000-00.Irda rasa ok je bayaran tu,agak murah,kerana tempat ini adalah tinggalan sejarah,yang dijadikan obyek wisata. Pendapat Irda bayar lebih pun tak apa,kerana apalah sangat dengan bayaran masuk Rp 15,000.berbanding masuk ke panggung wayang kan,sebab tempat-tempat macam ni sebenarnya membuat kita akan berfikir sesuatu,keindahan ciptaan Tuhan dan betapa kita insaf dengan kehidupan dahulu,mewujudkan rasa syukur...

 Jika kita ingin mewujudkan nilai dalam diri,kurangkan hiburan,kembalilah kepada fitrah ciptaan.Cari sesuatu yang membuat akal kita berfikir dan ia juga bagaikan memberi makanan kepada jiwa....dan disini irda rasa cukup tenang,memandang kearah gunung sahaja ,alangkah Tuhan mendekatkan dua gunung merapi dan Singgalang ini,hingga terfikir dalam diri,jika ia meletus,seluruh kawasan  ini akan tenggelam dengan laharnya.

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Sebenarnya ada 2-3 pintu masuk,tapi sekarang hanya ini yang dibuka,yang lain pintu masuk utama telah ditutup

Ketika ia mula-mula ditemukan,pintu lubang jepang ini hanya berukuran 20cm,ia sangat kecil dan sangat tidak selesa untuk masuk ke dalamnya.Setelah ia ingin dijadikan tempat sejarah,ia diubah suai menjadi berukuran 3-4 meter .Bayangkan tentera jepun dulu-dulu mesti ramping dan kuruskan,kalau ada orang tempatan yang gempal-gempal mesti ditolak begitu sahaja.

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
pemandangn lama dari google
Selepas masuk dalam pintu ini,kita akan menuruni anak tangga,ratusan anak tangga berukuran64 meter untuk masuk ke dalam tanah berkedalaman 40 meter.

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Proses menuruni anak tangga bermula,nampak curam ke dalam kan?

 Menuruni anak tangga ini,kita boleh lihat dinding-dinding dalam lubang ini masih dalam keadaan berlekuk-lekuk kerana tentera jepun membiarkan keadaan dinding begitu supaya tak ada gema suara keluar,Oleh sebab ada lampu neon diwujudkan,jadi kita takdelah rasa gelap sangat dalam lubang ni.Kalau dulu?mungkin ada lampu obor kot.

First sekali irda rasa menyesal pula masuk ke dalam ni ala-ala nak pergi shopping dalam mall,patutnya masuk sini pakai Tshirt,sport shoes dan jean lusuh,baru senang nak lari kalau ada apa-apa kan?haa..tak yah nak lari sangat,kita kena ikut je tour guide ok,sebab kalau lari dalam lubang ni,tak jumpa-jumpa pintu keluar macam mana?ingat boleh sesat tau,jadi irda memang tak kan biarkan tour guide tu jauh-jauh dari irda.Ikut je lah belakang dia.

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
acah-acah cool,actually dah neves dah sebenarnya.Semakin ke dalam semakin seram

Tour guide ni baguslah,setiap tempat kitaorang  berhenti dengar penerangannya,dia offer nak amik gambar.Irda doa-doa jelah gambar ni nanti tiada tetiba wajah lain di belakang irda.wuarhhhg,seram...
Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Ruang amunisi,ruang pertama yang kelihatan selepas menuruni anak tangga
.Lepas menuruni anak tangga ni kita berjalan dalam lubang bawah tanah ni,ruang pertama yang kita akan nampak adalah adalah ruang amunisi.Panjang lubang lebih kurang 1400m dengan lebar 2m ni ada terdapat  21 ruang seperti ruang pengintaian,ruang penyergapan,penjara,ruang senjata,ada bilik untuk rapat mesyuarat,ada dapur.ada juga ruang untuk untuk pembangkang zaman dahulu dibicarakan.

Dulu rancangannya, salah satu ruang dalam lubang ini ingin dijadikan  cafe.Jadi pengunjung boleh berhenti sejenak untuk minum mahupun makan tetapi rancangan itu mendapat tentangan dari pemerintahan SBY yang ingin menjadikan tempat ini lebih ilmiah.Terfikir juga,selera ke nak makan dan minum dalam ni?kalau irda kenyang terus.huhu..

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Tour guide tengah beri penerangan untuk salah satu ruang.Jangan pandang lama-lama dalam ruang ni.hehehe

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi


Ada juga perancangan untuk mewujudkan mini teater tentang filem kekejaman tentera jepun zaman penjajahan dahulu.Tapi masa irda datang ni,ruang mini teater masih kosong.Tapi irda kalau ada teater pun taknaklah tengok,nak cepat-cepat keluar,tour guide ni explain banyak sangat sejarah,irda tak focus.Irda nak keluar.wuarghh mak...tengok gambar ni cuak tau,walaupun ada lampu!

Semakin ke dalam irda berjalan,udara semakin tidak leluasa,suasana terasa semakin lembap dan sejuk,bayangkan kita dalam kubur nanti?hemm ini berjalan dan ada lampu,masih ada 2-3 orang disamping kita?masih kita terasa takutkan?bila dikubur nanti ia lebih sempit,yang hanya ada kita sorang,ya hanya seorang,serius irda insaf.irda tak sabar nak jumpa pintu keluar.
Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi

 Gambar diatas adalah di ruang dapur,di ruang dapur ada satu lubang kecil yang menghala terus ke sungai.Menurut tour guide disinilah mayat-mayat akan dicampak keluar dari lubang jepang mengalir ke sungai.Gambar ni rasa nak delete ja,sebab kang tak pasal-pasal ada tersembul kepala orang.arhh..tapi sayang pula,so kalau uols jangan tenung lama-lama tau.Atas lubang kecil tu ada pintu pengintaian,untuk tentera jepun melihat keluar ke arah perkampungan luar.

 Gambar ini diambil oleh tour guide,ke dalaman dan kecilnya lubang untuk mayat dicampak keluar dari lubang.Gambar ini irda tak berani tengok.Irda akan delete dalam folder irda,Irda share untuk u ols.


Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Bayangkan pintu ini terkunci buat selama-lamanya?Menangis lah seumur hidup.
 Ya ALLAH bila nampak cahaya dari hujung,rasa leganya hati,itu tanda sudah berakhirnya perjalannnya dalam lubang jepang yang penuh mistik ni.Rasa seram sudah bertukar dengan kegirangan hati,dan rasa syukur irda terasa bagaikan keluar dari kubur.Irda tak sure berapa lama berada dalam lubang jepang ni,lebih kurang 30 minit rasanya.Ya ,banyak perkara yang irda belajar,bukan sahaja belajar tentang sejarah.Paling utama belajar betapa bersyukurnya diri ini masih bebas dan masih hidup di atas muka bumi ALLAH.Terasa nak buat baik banyak-banyak je.

Ibarat masuk ke dalam kubur-Lubang Jepang Bukit Tinggi
Alhamdulilah,bebas akhirnya :)


Jadi sesiapa yang singgah di bukit Tinggi,janganlah lupa pergi ke taman panorama untuk menyaksikan keindahan Ngarai Sianok .Lepas tu jangan lupa rasai pengalaman di dalam lubang Jepang ini.Irda akan jadikan ini sebuah pengalaman sekali dalam seumur hidup.Cukuplah sekali,dan ia sebuah pengalaman yang patut diabadikan.

 Perasaan irda terasa takjud dan bangga pun ada juga,ialah lubang ini menggunakan sepenuhnya tenaga manusia tanpa peralatan dan teknologi canggih.Rasa sedih dan hiba juga,lepas mereka berpenat-penat menyiapkan lubang ini,mereka dibunuh kerana jepun tidak mahu rahsia mereka diketahui orang lain.

Rasa seram dan takut kerana ia tempat berlakunya kekejaman dan penindasan,ada juga yang menjadikan ia tempat merogol gadis-gadis kampung,ada juga tempat pemotongan mayat menjadi potongan kecil lalu dicampakkan ke dalam lubang kecil.Setiap ruang yang irda singgah,irda tak berani pandang lama-lama,bagaikan ada tangan-tangan yang menghulur mohon bantuan,bagaikan terasa ada orang melambai-melambai memanggil meminta tolong.Bayangkan jika anda berada dalam lubang ini tengah malam tanpa cahaya?Ada tau dulu golongan seekers di Indonesia yang buat macam itu,tapi tak tahulah apa ending ceritanya.haha..

Apa yang diteranngkan,lubang jepang ini tahan gempa,dindingnya yang berlekuk,walaupun gempa macam mana kuat pun,tetap ia kukuh .Dan orang jepun dulu memang tak suka tanam mayat dalam lubang,sebab tu hingga kini mereka tidak pernah menjumpai sebarang tengkorak manusia kerana semuanya dihanyutkan kesungai.

Rasa syukur dan insaf,kerana ia ibarat masuk ke dalam kubur .

ingin jatuh cinta?belajar lah sejarah,kerana sejarah akan menghadirkan rasa cinta sejati.dan irda jatuh cinta pada kehidupan bebas dari belenggu penjajah,alhamdulilah lahir selepas merdeka,dan dengan usia berbaki,semakin hari Tuhan semakin menarik nikmat hidup,lakukanlah yang terbaik dalam hidup ini.

Alhamdulilah  untuk setiap pengalaman,..

ok daaa...salam hujung 


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

7 comments

  1. LOBANG JEPANG SEJARAH KEKEJAMAN MANUSIA ZAMAN PERANG

    ReplyDelete
  2. Seronok baca pengalaman Irda yang satu ni. Seakan-akan Nany sekali berada dengan Irda dalam Lobang Jepang tuh. Bila Nany fikir balik, tak sangka rakyat Jepun yang sekejam itu sekarang menjadi rakyat yang rasanye paling beradab di dunia ni. Begitulah sejarah boleh merubah segala-galanya. Nany sokong isi tersurat yang Irda cuba smpikan tuh. Insaf betul!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..bersyukur kita kan sbb lahir selepas zaman perang ni dan semoga kita terus mensyukuri nikmatNya..mmg best kalau dapat ke Bukittinggi ni

    ReplyDelete
  4. Sayu sangat baca kisah kekejaman tentera jepun ni... Selepas tenaga dikerah lalu dibunuh pula...Memang seram kan, akak kira berani la masuk berdua dgn kawan perempuan, huhuhu, kalau saya paranoid tuuuuhhh, macam-macam fikir.

    Apapun memang menimbulkan keinsafan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau baca kisah kezaliman tentera jepun memang benci jadinya pada orang jepun

      Delete
  5. seram akak dibuatnya..kalau akak pun mau lemas dalam lubang tu sebab tak nampak cahaya dan jalan keluar. pernah juga ada pengalaman macam ni tapi masuk ke lombong bijih dekat pahang...tabahkan je hati dalam tu, bila dapat keluar rasa bersyukur sangat

    ReplyDelete
  6. fuh ni kalo masuk memang xleh sensorang ni..mau xjmp jln kelua..hehe..
    seram pula tgok.. >,<

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+