Kedai Kabinet Aluminium di Tesco Selayang

21:24:00

 Ada baca entry Irda sebelum ini tentang tawar-menawar dalam telefon antara irda dengan tauke kedai kabinet ?Ya,irda beli kabinet dapur  baru untuk mak.Kira itu hadiah advance hari ibu lah ya mak.Itu commission terakhir irda sebagai personal financial consultant,lepas ini?krik-krik harapkan overriding commision anak-anak buah je lah..huhu...its sokay..ada rezeki lain tu kan?positif lah irda!

Bagi Irda,kedai ini tak susah pun nak cari.Siapa pernah pergi Tesco Selayang?Showroomnya terletak di Ground floor dan berdekatan dengan pintu masuk Tesco Selayang.Kedai Kabinet Aluminium di Tesco Selayang ini khas menjual kabinet jenis aluminium sahaja.Jika anda mencari kabinet dapur jenis kayu,tak salah irda ada juga pilihan TETAPI tidak banyak.

Namanya sahaja "kedai kabinet aluminium kan,sudah pastinya main focusnya adalah kabinet aluminium!

Kedai Kabinet Aluminium di Tesco Selayang

 Apakah kebaikan Aluminium kabinet dapur?

*Kalis Air
*Anti api
*Anti anai-anai
*Anti Kulat
*Kualiti yang tahan lama.
*Terasa kukuh dan tahan berat
*Senang dijaga

Cost kabinet aluminium ini sebenarnya tidaklah mahal sangat,risiko dari tertipu tu kurang sikitlah.Sebab kalau jenis kayu,bagi irda yang cetek pengetahuan tentang dunia kabinet dapur ni,survey-survey jugalah pendapat kawan-kawan.

Nasihat seorang kawan"carefull irda,kadang-kadang bukan semua kayu jenis berkualiti.Bila beli kabinet kayu,kena tahu kayu jenis apa yang digunakan.Jadi bila beli kabinet itu takpa lebih sikit bayar asalkan tahan lama dan kita puas hati,jangan nak murah sangat,akhirnya menyesal.Lagipun bukan kita beli kabinet dapur ni setiap tahun pun kan..."


 Kedai Kabinet Aluminium di Tesco Selayang

Warna coklat ini juga adalah warna kegemaran irda,seakan kayu tapi sebenarnya aluminium.Cantik tak?heeh....bolehlah kan,takpalah,asalkan mak selesa dahlah,senang sikit mak selalu masak,anaknya terus makan je.amboii..!..hahaha


Bahagian dalam kabinet ni dicat putih,dan bahagian bawahnya kukuh sama seperti tiles dapur irda.Sebenarnya mak yang survey kedai ni,bila dah berkenan dengan design,diorang  minta alamat rumah ,harga hanya akan ditentukan bila mereka dah ukur dapur kita .Sebab semakin besar dapur kita,semakin mahal pula harganya.

Irda bukan cakap apalah kan,irda senang berurusan dengan tauke chinese,sebab diorang memang jaga business dan jaga repo dengan customer.,janji datang akan datang,dan kerja pun pantas,sebab itu irda senang berurusan dengan owner ni.Siap boleh tawar-tawar lagi.Lagi satu cara pembayaran pun senang.Bila dia dah ukur,(yang datang ukur bukan pekerja tau,tapi owner terus,sebab dia takut pekerja salah ukur dan salah harga)Lepas harga dah confirm ,Irda datang kedai swipe card 50% deposit.actually ikut kita je nak bayar berapa,then dua minggu lepas tu terus datang pasang dan bayar penuh.

Oklah keseluruhannya irda berpuas hati dengan servis .Readers yang tercari-cari kedai kabinet yang dekat dengan selayang atau gombak,Irda cadangkan singgahlah ke tesco selayang,nama kedai tu "kabinet Aluminium"atau boleh hubungi sahaja nombornya:012-6968264 untuk set appointment.

P/S :

Kadang -kadang,biar kita alah membeli menang memakai,dan kadang-kadang ada masanya bahagiakan ibubapa bukan sahaja kita bagi cash depan mata,belikan apa yang mereka suka juga akan murah kan rezeki kita.InsyaALLAH,,,trust me..

Ingat,duit semakin dicari semakin rasa tidak mencukupi,kaji balik kemana ia pergi,sunatullah"semakin kamu banyak memberi,semakin banyak kamu akan menerima".Jangan berkira,dan sebaik-baik pemberian adalah orang yang terdekat dengan kita.

Menasihati tidak semestinya baik,ia hanya sekedar berkongsi sebuah pandangan dari pengalaman mahupun pembacaan.

selamat malam readers..daaa...


 
 

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalamualaikum irda..

    Cantiklah kabinet aluminium. Sis jatuh cinta pandang pertama. Lagi pun tak susah nak bersihkan dan mudah dijaga..

    ReplyDelete
  2. lawa nya kak...kalis api air n serengga2 y x spttnya pun best.. biar mhal jnji guna smpai puas hati

    ReplyDelete
  3. Kebetulan saya Baru je siap Pasang semua cabinet dalam rumah termasuk dapur. Palau tidak boleh juga ke kedai Tu, sekurang2,nya buat perbandingan kualiti.

    Sebelum raya ni mungkiin dah boleh duduk situ. Tunggu sambungan air and API.

    ReplyDelete
  4. cantik kabinet tu, lagi tahan dari kabinet kayu kan..

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM