sekarang irda sedar satu perkara,manager itu sama dengan meeting.Baru Irda tahu ,sejak berada dalam management,banyak nye lah hai meetingnya,concallnya,trainingnya ,discussionnya,coachingnya dan so on!

Last week 20&21 April,irda duty organized meeting for Retail Segment Managers nationwide.Masa ini belajar macam mana nak arrange time table,bila dah tetapkan time table arrange lagi bila ada perubahan.Nasib ada PA Boss yang baik hati arrange accomodation untuk staff outstation.

So hari pertama meeting irda penuh sampai pukul 6pm.Hari ke dua pula meeting yang paling penting iaitu compliance,itu pun terpaksa session lain ada yang kena postpone,bila salah satu session terlebih masa.
Licencing,Lending care unit,insurance banca,prime banking,wealth management,semuanya serba padat untuk menambah nilai  ilmu all managers.Sesekali irda rasa otak ni bagaikan diasah begitu begini untuk master dunia korporat dengan sebaiknya,tapi kadang-kadang irda rasa lesu sebab sebenarnya...sebab sebenarnya orang yang kenal je tahu jiwa irda itu apa...wuargh!

Dan malam ini irda bagi sentuhan terakhir dalam slide irda untuk meeting dengan ALL sales staff dan Regional director untuk esok.First time meeting dengan anak-anak buah,hopefully semua berjalan dengan baik.Projector tiada masalah dan laptop tak meragam.

Apa yang Irda belajar bila on duty organized meeting with all managers?

WHAT I LEARN ?

Manager samadengan  Meeting

1.Manage time dengan sebaiknya.CONTOHnya 11am-12 pm,speaker dari Human Resource,so irda kena make sure human resource  speaker ada.Dan make sure diorang brief all managers dalam masa yang ditetapkan,sebab next hour for next session.Kat sini irda agak stress sikit nak uruskan.

2.Mula-mula irda join management,perkara yang paling serabut adalah belajar excel.Malam ni irda dah siapkan excel dan slide for tomorrow meeting.Terima kasih rakan-rakan retail segment yang banyak tunjuk ajar.Appreciated sangat.

Ini adalah ilmu baru bagi Irda.Kalau dulu suka jenis bermadah-madah,berayat pujangga,bila susun report kena lebih padat dan short cut.tak payah nak berjela-jela ibarat menulis puisi dalam novel sebab dalam dunia korporat semua orang macam kesuntukan masa,yang penting hanya figures and numbers!aishh ,so pandai-pandailah irda kena susun...

Manager samadengan  Meeting
Hasil kerja malam ni.Orang public holiday irda buat kerja tau.Thank you ruhil ajar irda..:)
3.Setiap kali meeting nationwide dengan all managers,dapatlah jumpa kawan-kawan dari negeri lain,so banyak info dan cara yang berbeza-beza irda boleh belajar.Walaupun tujuan masing-masing sama,tetapi kepelbagaian cara ..jadi irda boleh cedok serba sedikit idea diorang.

Yang tak best,irda buat kajian kerja macam irda ini adalah yang meningkatkan kalori dan kadar kegemokan.haha..sebab bila meeting je mesti ada acara makan-makan.InsyaALLAH irda maintain berat badan..amin amin..percaya diri ni ceh...

Manager samadengan  Meeting


20April 17, kami makan bersama di Siang,Sogo.Restoran Chinese Food tapi halal,sedikit pun tidak memikat selera,Sorry to say,irda cari nasi lauk berkuah,tak pun ikan goreng,wuarghhh,tapi layan je lah.Lunch sponsor by business partner.Sebab irda duty bulan ni,agak stress bila nak gatherkan semua orang dalam satu masa.Jadi masa makan inilah business partner & all managers boleh discuss juga..huhu..adohai..meeting lagi!


Manager samadengan  Meeting


Malam 20 April 2017,Irda dan all managers ada dinner di Restoran Halia,Sime Darby Convention Centre.Masa ni irda makan banyak.Ada sate ayam daging,mee curry,tom yam,tapai ,udang & sotong blabla semua ngap!.sendat rasanya perut,nasib baik pakai baju longgar,ada space lagi..rasa macam nak tapau pun ada..ehee..sebab masakan Melayu adalah selera irda,sebab tu irda rasa kalau stay kat oversea mesti irda kurus sebab semua tak boleh terima.Tetap belacan dan tempoyak,dapat pula ikan masin,pergh nasi panas telur mata,sure menambah-nambah...

Haa mana-mana yang nak cari-cari buffet Ramadhan,irda cadangkan tempat ini,kalau tak silap per head RM79 only.Makanan superb sedap dan majority staff adalah local malay.Yang penting makanan diorang memang semua Irda suka.Makan sampai tak larat nak kendong perut bawa balik.hih!Teruk betul perangai...masa ni pun boss balik awal,sebab esok dia nak flight to sydney ,,so kitaorang yang tinggal perhabis lah semua...

Berakhir episod minggu lepas,esok 25hrbln irda meeting lagi.wuaaa kali ni meeting will all my subordinate.

Lepas siap slide untuk presentation esok,irda taip entry ini sekejap.Begitulah sebenarnya kehidupan seorang manager dalam dunia perbankan.Lama-lama irda rasa akan tepu ni..hehe..irda rindu dunia sales dan marketing actually,sebab apa?sebab irda hanya perlu manage diri irda,ini irda kena manage banyak orang,banyak ragam.aduhai...tapi one thing irda hargai,sebab banyak perkara baru yang boleh belajar.

Insyaallah soon,irda manage as entrepreneur pula kot...doakan ya...sekarang untuk irda belajar dan lakukan yang terbaik dalam organisasi ini,kita dibayar untuk berkhidmat,dan perlulah ikhlas melakukannya sebab keikhlasan itu akan dibalas sesuatu yang lebih baik akan datang oleh ALLAH swt.InsyaALLAH,irda yakin tu....aaamin.

.ok daaa..nak tido awal malam ni,esok irda ada discussion at 8am with director before meeting at 9am.Hopefully sempatlah sarapan ya.Mytimetable always fight with my time...aish...

daaa....

thank you for reading this entry...appreciated :)

10 Comments

Thank you,come again :)

  1. Saya faham perasaan dia macam mana bila kita tak biasa manage orang tapi tiba-tiba kena uruskan dan berjumpa dengan ramai orang. Mula-mula memang agak sukar kan, lama-lama inshaAllah saya percaya akak boleh buat punya. Seronok pula baca akak punya perjalanan ni. Mencabar juga tugas sampai orang cuti pun still kena buat kerja hehe.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Irda boleh...yakin boleh...nanti lama2 dah terbiasa...semuanya menjadi sebati dan serasi...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...walau ambil masa nnt Irda pasti boleh manage semua tu

    ReplyDelete
  4. wahh..padat sekali jadual irda, all the best, jgn stress2..

    ReplyDelete
  5. padat jadual tu irda..semoga irda terus berjaya dalam kerjaya

    ReplyDelete
  6. akak letak dekat sini resepi roti puri ye, nak up entri dekat blog takut irda tak perasan nanti

    2 cawan tepung gandum
    1 sudu teh yis
    3 sudu besar minyak masak
    1 sudu teh gula
    1/2 sudu teh garam
    3/4 air panas

    cara buat gaul tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak
    masukkan air panas, gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan kecil, perap selama 15 minit.
    setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek,
    panaskan minyak, goreng sampai agak kekuningan

    ReplyDelete
  7. salam kenal irda.

    lagi muda, banyak yg boleh dipelajari.
    duduk meeting lelama pun still ok.
    dah tua macam akak ni mmg dah tak berdaya.

    ReplyDelete
  8. Wahhh..Irda! Seronok tengok Irda busy tapi banyaaaaaakkkkkkkkkk belajar benda baru. Keep it up my sis! Semoga ALLAH memudahkan urusan Irda dan keluarga yer.

    ReplyDelete
  9. Itulah hakikatnya irda..
    Kadang-kadang sis terfikir, "kalau selalu sangat meeting bilalah aku boleh siapkan kerja hakiki aku.."

    Selamat maju jaya irda..

    ReplyDelete
  10. hidup wanita yang punya kerjaya begitulah kan..
    apepun,sesibuk mana dgn hal dunia tu, jgn tinggal yang wajib.. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post