Apakah makna "Insanity" dalam sudut motivasi?

01:04:00


No automatic alt text available.
Hidup seorang Manager yang jaga lebih dari 60 subordinate...OMG...positif Irda..senyum please...


 Assalammualaikum readers,almost 12.30am now,semua orang sudah lena,entah semangat apa yang datang malam ni,irda makan menambah 3 kali,huhu,mak masak sedap kot...11.30pm still nak makan malam!

Tadi irda ada undangan event di Eastin Hotel PJ,Kak Nora & Husband Dr.wan invite for business talk,after office terus direct to bangsar and alhamdulilah hari ni berkenalan dengan seorang akak yang solehah tapi nampak rock!hehehe,walaupun first time jumpa,terus boleh jemaah sama-sama di officenya di dataran maybank tadi.Lepas magrib terus kami bergerak sama-sama ke Eastin Hotel Pj.Terima Kasih Allah sentiasa mempermudahkan urusan dengan bertemu dengan orang-orang yang dihantar olehNYA,

irda yang lately ni sangat emosi dalam kerjaya,terfikir asyik nak resign je...so bila ada je peluang business talk,confirm irda nak dengar.Tapi decision sahaja belum buat,almaklum i have 1000 plan,but till now Irda hanya berani letak 50% ,bukan takut pasal percaturan rezeki,kadang-kadang terlalu sayang nak lepaskan my basic salary with all the benefit in banking..Hemmmm...apa daaa irda..

By thew way,event ada makanan di hotel,balik rumah still nak makan something dari masakan mak.Bila dah makan dengan banyaknya,agaklah tidak baik untuk terus tido kan...Jadi ambik laptop terus mengarang sesuatu..

Hari ni irda dengar motivation trainer dari salah seorang master chartered trainer tentang word "Insanity".Bila irda google wikipedia,word tu bermaksud:"crazy(disambiguation),madman,dalam sudut motivasi pula ,insanity bermaksud"you do same thing everyday,but u want different result,its crazy"Itu yang dipanggil insanity.Sorry if uols rasa,takkan itu pun tak tahu irda..hehe ye irda memang baru tahu,actually setiap sesuatu itu irda suka belajar darinya dan akan berfikir sesuatu pula..ya its me!


Then irda renung sejenak,adakah irda buat benda yang sama setiap hari?>Then i realised,Irda sebenarnya tidaklah melakukan perkara yang sama sahaja.Walaupun masih terikat dengan kerja tetap,tetapi irda take part dalam emcee job,blogger event,involve dalam persatuan,games,coway dan kadang-kadang sibuk dengan aktiviti lain,dan for future I just terfikir what else i can add value for others?

Kadang-kadang,success tu sebenarnya berpunca dari bagaimana kita menambah nilai pada orang lain,jika orang lain mendapat sesuatu yang bermanfaat dari kita,sekaligus ia juga adalah lambang kita suksess dalam melakukan sesuatu.Jadi irda terfikir,tak semestinya yang sukses itu adalah yang bergelar entrepreneur,kerja juga akan buat kita suksess jika kita sendiri tahu apa valuenya.

As for now,im still looking something else,extraordinary dan melakukan sesuatu yang diluar rutin kerja tetap.Once Irda dah dapat titik permulaan dan point disitu,i think itulah hari yang paling bersejarah bagi Irda.Buat masa ini,diusia 30an ini adalah untuk terus mencari sesutu yang berlainan dari melakukan perkara yang rutin sepanjang hari,dan ingat semakin kita mencari sesuatu ada sesuatu yang kita ketahui ada part yang kita lemah disitu,jadi konkusinya:usah berhenti mencari sesuatu yang boleh add value pada diri kita,dan untuk orang lain.Dan jangan sesekali berasa selesa dengan apa yang kita ada dan lakukan apajua sekarang.Jangan nanti-nanti,jangan tunggu-tunggu,,Be ready!

Jika perasaan manusia boleh berubah,hati berbolak balik,sedangkan air sungai juga berubah,batu yang keras pun bisa menjadi lembut jika kena gayanya,begitu juga kehidupan kita,jadi be ready!cari sesuatu yang bisa dilakukan diluar keterbiasaan,kerana tiada apapun yang kekal,bersedialah dari sekarang,dan fikir lah panjang,andai esok aku tidak lagi kerja ini,atau esok aku tidak diperlukan lagi...jadi?apa yang boleh aku lakukan?bersedia dari sekarang..

jangan "insanity":"Mengharapkan hasil yang berlainan,tapi masih melakukan perkara yang sama setiap hari...,itu mustahil"

ok...nunite readers,almost 1am now..mata panda sudah...


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

5 comments

  1. akak pun baru tahu apa maksud insanity tu, baru faham. mmm...nak juga cuba sesuatu yang berlainan tapi itulah kadang rasa selesa dengan apa yang ada sekarang ni, jadi nak melakukan sesuatu yang berlainan tu agak payah

    ReplyDelete
  2. ooo baru tahu maksud insanity tu... buat benda sama tpi nk result yg lain.. maybe boleh relatekan dgn katakan satu ari boleh solve 10 problem so next day can solve 11 problem..
    apa2 pun kesihatan keno jaga irda..

    ReplyDelete
  3. baru tahu maksudnya.. hehe.. tq sbb share :)

    ReplyDelete
  4. Insanity..Siqah adalah orang yang buat kerja yang sama hari2. Kalau berubah pun sikit jela. Kebiasaanya sama je. Kagum dengan Irda yang boleh buat banyak kerja. Dan lagi kagum bila Irda suka dengar bisnes talk. Dengar talk je siqah dah ngantok. Hehe. Good luck Irda in everything you do 🤗

    ReplyDelete
  5. Yaya pun baru tau tu..
    hehe almaklumlah perkataan tu bukan biasa dengar

    tapi btul jugak tu..perkara yang kita lakukan setiap hari.walaupun yang sama,tetap nak hasil yang berbeza..nak yang terbaik..malah lebih baik lagi.
    hrap segalanya dpermudahkan untuk kita.. =)

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+