Alahai Laptop..

22:44:00


 Assalammualaikum..

 Image may contain: one or more people, mountain, outdoor and nature

Dalam rumah ni ada 3 laptop.Satu samsung,satu Acer dan satu lagi Hp.
Acer baru je beli dah rosak.Tak tahu apa puncanya,tiba-tiba tak boleh on.Bila bawa kedai motherboard entah ke apa yang problem,semua kedai kata mahal nak repair,baik angkat satu lagi laptop kata mereka.Hanya satu kedai di M3 mall,berdekatan Taman Melati yang charge RM350,so irda pun repair.Seminggu laptop di sana ,alahai rindunya rasa hati.

Satu lagi laptop yang agak berat brand Samsung,masa ACER rosak,irda hanya gunakan laptop samsung,laptop ni agak berat compare dengan ACER,maybe sebab model lama.Tetiba je,siapa tah yang terlayan movie lupa swiff off,sudah besok hari nya sama kes tak boleh on juga.Arghh,sebab malas nak repair dua-dua,kekurangan bujet pun iya juga ,irda repair satu laptop je.Bila dua-dua laptop ni sakit,hanya ada satu lagi laptop yang solid dan agak ringan yang sekarang ni kehulu-kehilir irda bawa,brand HP.Ini laptop office,tapi sayang sudah dilarang untuk online yang tidak berkaitan dengan urusan kerja,walaupun ia ringan dan mudah dibawa,hanya boleh online HR,email dan system office sahaja,sudahnya berminggu juga lah irda tak menaip di garmin akibat sakitnya semua laptop di rumah ini.

Perasaan?sudahnya ada satu kekurangan...kekurangan untuk berkarya,blog pun jadi krik-krik,macam manalah nak total views cecah 3k dalam satu hari kalau story pun krik-krik kan.

Kelmarin apabila laptop ACER sudah dibaiki,perasaan teruja untuk online dan menerjah laman sesawang seperti anak kecil yang dibelikan aiskrim,Excited dan penuh dengan bersemangat,tetapi kecewa lagi sekali,entah kenapa kipas laptop ni berbunyi,macam online dimusim hujan.Bunyi seperti air hujan turun di luar rumah.ARGHH tension rasanya.Sudahnya hantar lagi ke kedai yang sama.BERPISAH lagi dengan laptop kesayangan.

Esoknya datang ambil laptop dengan harapan bunyi macam air hujan tu hilang,kata orang kedai tiada apa masalah katanya,semua ok..itu katanya...

sampai di rumah,alahai laptop kenapa kau masih berbunyi-bunyi,hilang terus konsentrasi untuk menulis,sudahnya hanya mampu meluahkan perasaan di ruangan garmin ini,kerana diriku bergitu kecewa ...kenapa kipas laptop ni berbunyi macam TV yang kehabisan siaran..huhu..menangis diriku di tepi sudut meja memikirkan masalah yang ku tidak tahu puncanya...Orang kedai kata,tiada apa-apa.kalau tidak ada apa-apa kenapa ia masih terasa cacat untuk berfungsi seperti sedia kala..arghh!

Tolonglah irda.hilang punca rasanya...

Nampaknya kenalah repair laptop samsung tu,bertabahlah hati...

apakah hikmah dari semua ini??huhu....

thank you for readting this entry...appreciated :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Nak kena beli satu lagi yang baru Irda.
    Pakcik pakai laptop Snsv, eh terbalik Asus la.

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+