Irda Menang Giveaway by Busyra Takiyudin

22:07:00

Assalammualaikum readers,

Buat apa tu?dah habis solat terawih?Irda tengah layan air tembikai sambil makan kuih raya ,sambil menaip.Rindu seih blogging.

Ada orang tanya,best ke blogging?Ada orang kata pula,zaman blogging ini dah berlalu.Sekarang dah ada facebook,instagram,twitter dan media sosial lain,apalagi hendak dibuat dengan blog.Tapi bagi irda,blogging ni ada aura dia tersendiri,Ada keunikan tersendiri,senang kata walau banyak mana media sosial yang baru,tetap blogging best antara sebab-sebabnya:

1.Blogging ini macam terapi diri bagi orang yang hobinya menulis

2.Blogging juga menjadi side income atau main income pada sesetengah blogger.Bayangkan yuyu zulaikha,blogger kecil molek tu sahaja katanya pernah cecah income blog 20k sebulan.Itu pun buat suka-suka,blogger red mummy dan paling best blogger team denai hati punya income.Boleh dikatakan blog adalah sumber pendapatan mereka.Tahniah pada semua otai-otai dalam dunia blogging.

3.Bagi irda,blog juga adalah networking yang baik.Dari dunia blogging irda dah ada kawan-kawan baik dunia maya.Alhamdulillah.Ada juga irda dapat customer coway dari dunia blogging.blog medium pengiklanan dan ruang berkarya.

card yang disiapkan oleh busyra.


Baru-baru ini blog yang selalu irda kunjungi dan baca entrynya,busyra takiyudin anjurkan giveaway dapat free name card .Irda menang giveaway tu,nampak tak cantik sangat name card yang busyra buatkan untuk irda.Terharu sangat,dahlah buat cantik-cantik,siap pos kan ke Kuala Lumpur semuanya free of charge tau.Kreatif gadis dari kedah ni,kad ni pun sweet je rasannya macam orang yang buat kad ni.


Kenapa name card ni penting?sebab kalau kita pergi mana-mana event,bila irda hendak buat satu-satu job review,ada orang tanya apa nama blog?ada fb page?atau contact no untuk dihubungi?jadi dengan adanya name card seperti diatas,senangkan?just beri pada yang sudi menerima,dan ini juga salah satu jaringan networking yang baik.Apa yang busyra buatkan untuk irda ini memang banyak sangat manfaatnya.Terhutang budi rasanya pada sahabat maya ini.

Busyra ni bukan sahaja kreatif dalam menulis di blog,hasil kerja seninya pun amat baik.Irda rasa mana-mana blogger yang inginkan sentuhan kreatifnya boleh lah minta busyra buatkan name card untuk anda.Boleh hubungi busyra untuk tanyakan package harga ya.

Cuba singgah ke blog busyra di :www.busyratakiyudin.com.Atau boleh juga follow Fb page beliau di:Blog Busyra
sweet kan busyra ni.
Walaupun tak pernah berjumpa dalam dunia nyata,dari budi bahasanya dan melalui penulisan busyra,irda rasa dekat dan rasa rapat,ternyata dunia blogging ini sungguh indah apabila bertemu dengan kawan-kawan yang baik hati.

Anyway,Irda nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dengan busyra atas penat lelah siapkan kad irda yang superb cantik ini dan susah-susah pula post kan untuk Irda.Didoakan moga busyra sukses dengan apa yang dilakukan  dan sentiasa di dalam jalan kejayaan.Amiin..

The more you give,the more you get back,moga busyra murah rezeki ya...Thank you my dear.                


Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

You Might Also Like

9 comments

  1. Tahniah Irda. Rezeki Ramadhan.
    Tahniah juga buat Busyra

    ReplyDelete
  2. cantik irda kat tu... tahniah...

    ReplyDelete
  3. Wahhh, tahniah ����

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki irda.. Tahniah.. Cantik kad tu..

    ReplyDelete
  5. sama2 kak irda syg... btw tq jgak sbb terima hadiah dri busyra dan buat entri khas ni.. <3

    ReplyDelete
  6. "This is my card.." Sweet sangat design name card Irda.. Sesuai dengan tuan blog..

    Betul statement Irda, walaupun kenal di alam maya tapi sesetengah blogger kita rasa serasi dan dekat mcm dah lama kenal kannn, LZ setuju..

    ReplyDelete
  7. Thniah kak..bestnya.hehe

    ReplyDelete
  8. tahniah irda..memang cantik & sweet name card tu

    Selamat hari raya irda...maaf zahir batin jika ada salah silap semasa akak komen kat blog irda ye

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+