Ajaib hati seorang perempuan!Dia tidak suka ditipu,dia tidak sudi dipermainkan.Cintanya kepada orang lain ibarat cinta kepada dirinya sendiri.

Karya Hamka berpuluhan tahun lalu ini,diulang cetak.Sekali lagi Hamka melalui novel ini menunjukkan prinsipnya betapa beliau tidak menggemari sesetengah adat dan percaturan budaya di daerah Minangkabau.

Dalam novel ini,mengisahkan seorang lelaki bernama Leman yang merantau mencuba nasib keluar dari kampungnya,Padang.Kemudian disuatu daerah perkebunan dia bertemu seorang wanita cantik berketurunan jawa.Wanita ini adalah salah seorang isteri dari banyaknya isteri pemerintahan yang tamak .Leman adalah dagang terpencil  berjanji dengan wanita bernama Poniem itu untuk mengeluarkan wanita ini dari gengaman dan kemurungan.

"Aku bukan mengikutmu kerana cinta sahaja,bukan pula kerana nafsu yang beraja,tapi cukuplah kerana janjimu untuk memberi aku perlindungan":Poniem

Kerana hebatnya pujukan seorang lelaki,kerana sumpahnya untuk memberi perlindungan.Maka berkahwinlah wanita jawa ini dengan lelaki keturunan minangkabau yang penuh santun dengan adat dan budaya dan penuh pantang larang,maka hiduplah suami isteri ini di sebuah daerah bernama Deli.

Disana,kehidupan Leman ibarat kais pagi makan pagi,kadang-kadang dagangnya tidak laku.maka tidak makanlah mereka.Semakin hari semakin susut dagangnya,untungnya masih kurang.Kerana egonya anak lelaki keturunan minang,susahnya tidak pula dikongsi dengan isterinya.Kerana bagi Leman isteri itu cuma tahu ada dan siap,kerja nya cukup menghidang makanan,membersihkan pakaian suaminya,selebihnya usah dia ambil tahu kerja keras suaminya.Itulah yang diketahuinya tentang wanita.Jarang benar wanita dibawa berunding mengenang untung nasib dalam berdagang.

Poniem yang faham situasi suaminya,sanggup menjual kesemua rantai emas yang ada dilehernya,subang dan sedikit simpanan untuk membantu dagangan suaminya agar bertambah maju

Poniem"Kenapa kita tidak berbincang agar aku tahu nasibmu,usah semuanya ditanggung olehmu,apagunanya aku sebagai pendampingmu,Ya aku tahu wanita itu hanya tahu semua ada,menanak nasi yang berasnya disediakan suaminya,tinggal dirumah yang sudah disediakan suaminya,kerjanya harus disumur,di dapur dan dibilik sahaja...,tapi ku tidak sanggup melihat laramu saban hari ditanggung seorang,bawalah aku ketengah untuk membantumu."

Leman hanya tunduk,rasa egonya untuk menerima bantuan si isteri,pantang anak jantan diminang makan hasil seorang isteri..tapi melihat kesungguhan isterinya,maka bekerjasamalah suami isteri membangun usahanya.Hingga kedai terbina,semakin ramai pengungjung,kedai kainnya semakin maju,maka masyurlah Leman di deli sebagai seorang pedagang yang makin kaya raya dari Padang.Lima tahun berumahtangga dengan Leman,poniem yang hidup sebatang kara,tiada ibubapa dan saudara mara sebelum ini mengajukan permintaan pada Leman.Mereka juga belum dikurniakan cahaya mata.

"Tidakkah abang mahu pulang ke kampung halaman,diriku ingin melihat kemeriahan hidup berkerluarga,sudah lama abang tidak pulang,tiadakah rindu pada kampung yang ditinggalkan?"

Leman berasa malu dengan iserinya,sepatutnya dialah yang ingin membawa isterinya pulang menemui keluarganya dan memperkenalkannya pada pangkuan keluarga.Memang benar,lama benar rasanya dia tidak pulang ke kampung.

Pulanglah Leman yang sudah terkenal di Deli ke padang,penuh barang-barang dibelikan Poniem untuk keluarga Leman,ada kain suteranya,songketnya,perhiasan untuk adik beradik,adik kakak,sepupu sepapat leman.Ikhlasnya Poniem ingin rasa hidup dalam kemeriahan sanak saudara.Baginya keluarga Leman keluarganya juga.

Memang sifat manusia...bila sudah kaya semuanya mengaku leman adalah ponakan,kemenakan,anak saudara,abang sepupu,semasa leman menjadi dagang melarat di rantau orang tiada siapa yang mahu ambil peduli,sudah berjaya semuanya mengagungkan Leman,bukankah manusia begitu?

.Poniem disenangi dengan budinya,dengan ramah tamahnya.Malangnya Poniem masih menjadi bualan orang kampung kerana bukan dari Padang.

"Cantik isteri Leman,baik pula budinya,tapi sayang ya...dia bukan orang "awak",bukan dari kita,budayanya lain,adatnya lain,"

"Tidak apalah,kan mereka belum mempunyai anak,syukurlah..masih boleh diselamatkan".

Merancanglah keluarga yang tua untuk menjodohkan Leman dengan seorang gadis anak dara pingitan.Yang putih mulus kulitnya,tinggi tubuh badannya dan yang penting masih perawan.

Leman tidak bersetuju,masih teringat janjinya pada Poniem untuk menjaganya,tidak menyakiti hatinya.cintanya begitu kuat pada Poniem,wanita jawa yang dikahwininya di rantau orang.Wanita yang tidak punya sesiapa selain dirinya.Wanita yang sudah banyak berkorban demi dirinya.Wanita yang semakin baik budinya dan agamanya,mencuba mencuba isteri terbaik dan solehah.

"Kamu belum punya anak,lelaki berkahwin lebih dari satu itu biasa,kemana harta hendak kau wariskan jika tidak mempunyai anak.Lihat sahaja,bila kau pulang ke kampung,kemana hendak kau tempatkan poniem,rumahnya tiada disini.Kau pulang ke rumah saudara perempuan kau,jika mereka berkahwin,bilik mereka adalah untuk mereka,maka kau dengan Poniem hanya duduk di ruang tamu"

"Disini harta itu untuk diwariskan pada perempuan,kita ini lelaki hanya mencari harta.Berumahlah di kampung,membeli sawahlah untuk anak kau kelak.Berapa lama sangat kau mampu hidup di rantau orang" 

Teringat kata-kata itu oleh Leman sebelum dia berangkat ke Deli.Hatinya juga sedikit tergugah apabila sebelum berangkat,mamakpusakonya yang tua membawa seorang gadis yang memang cantik dipandang,ayu dan semestinya mengugah imannya seorang lelaki.Dilihatnya Poniem sudah semakin tua,wanita yang banyak berjasa ini sudah meniti usianya.Arghh,,nasihat orangtuanya menggangu dirinya dalam membuat keputusan.

"Jika sahaja Poniem itu bersedih,itu biasa,kudrat perempuan apabila dimadukan hanya akan menangis,lambat laun dia akan menerima jua.kalau dia mahu menerimanya,bermadulah dia,kalau dia melawan dan tidak mahu,kau juga boleh melepaskannya"

Tidak...Leman berjanji tidak akan mensia-siakan Poniem.Tapi menipu Poniem juga dia tidak sanggup,tapi hatinya juga sudah terbayang-bayang wajah ayu gadis sekampung dengannya.Ya sekampung,ada susur galur keturunannya,yang pastinya dapat melahirkan zuriatnya.

Poniem menangis semahunya apabila dia tahu ingin dimadukan.Apalagi wanita itu adalah perawan,orang kampung Leman.Dirinya hanya insan terbuang yang dikahwini leman,dia tidak bersuku,tidak bersaudara,yang dia hanya ada seorang suami yang mengeluarkannya dari malapetaka.Berat hatinya untuk berkongsi suami.Namun apadaya,cintanya pada Leman tetap kukuh.Dengan hati yang menangis,jiwa yang sengsara dia menerima kedatangan madu yang diatur perkahwinannya oleh saudara-saudara Leman.Hatinya ikhlas membersihkankan rumah untuk madunya.Syaratnya pada Leman,dirinya jangan sesekali disia-siakan,jangan diceraikan.Dia sanggup walaupun air matanya bercucuran.Baginya cintanya pada suami tetap kukuh.

Leman dari rasa cinta sudah bertukar rasa kasihan pada Poniem.Namun tidak pula dia membatalkan hasratnya untuk berkahwin satu lagi.Lelaki kan..

janjinya.Poniem tidak akan disia-siakannya...

Cinta kalau sudah bertukar pada rasa kasihan,serinya tidak akan sama,belaian nya akan berbeza dan perhatiannya juga akan dirasakan berbeza.Begitulah Leman yang semakin berubah...

......................................

Akhir cerita ini,sangat menyedihkan.Madu yang disambut kedatangannya oleh Poniem bagai minyak yang penuh akhirnya mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati Poniem

"Pergilah kau perempuan tua,yang dikutip orang,diberi orang penghormatan,pandai pula kau bersuara,kalau tidak kerana suami aku,kau bukanlah siapa-siapa,kau hanya gundik orang"-Mariatun

"Kalau tidak kerana aku perempuan yang kau hina,suami kau juga bukanlah siapa-siapa,suami kau hanya orang yang melarat di rantau orang.Kalau kau perempuan yang hanya ingin dibelikan rantai emas,gelang emas,menunjuk pada orang kampung suami kau cukup berjaya ,diminta belikan rumah,diminta belikan pakaian yang cantik-cantik,tapi aku,perempuan yang kau hina inilah,yang membawa suami yang kau dari kemiskinan,gelang ditangan aku lurutkan,subang di telinga aku cabutkan,rantai emas aku gadaikan,untuk membantu suami aku.Kau dengan keluarga kau hanya kenal dia sudah berjaya,adat yang kau bangga-banggakan,kononnya kahwin direstui aku kahwin di dalam pelarian,tapi aku juga ada maruah tidak hanya jadi perempuan yang hanya disuap semuanya."-Poniem

Lebih kurang macam tu lah dialog diorang yang irda ingat.Huhuhu...

Banyak konflik yang terjadi dalam kehidupan mereka bertiga,yang benar kata-kata nasihat,hidup bermadu,kalau lelaki tidak kuat imannya,mungkin keadilan dan kekurangan bijaksana,akhirnya rumah tangga yang aman menjadi kacau bilau.

Sumpah Leman pada Poniem sudah memakan dirinya.Apa yang berlaku pada Poniem dan Leman?Akhirnya Leman masih di rantau atau pulang ke kampung?Mampu kah Leman memberi perhatian yang sama pada Poniem?Carilah buku ini..kerana selepas membacanya anda pasti cukup teremosi...





thank you for reading this entry...appreciated :)

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. SALAMRAMADAN IRDA NOVEL HAMKA KARYA BESAR YG TINGGI NILAI SASTERA BUDAYA

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post