Quarter Review:Cyberview resort&spa,cyberjaya

12:56:00

 22  dan 23 May 2017,dua hari berkampung  di cyberjaya untuk first quarter review for CSD2.Walaupun sebelum ini ada terlibat dengan aktiviti macam ni dengan sales consultant,berbeza kali ini semua yang datang adalah bosses,dan irda bahagian segment managers juga terpaksalah join.Sebab masa ini kita akan dapat tahu performers every region dalam CSD2.Alhamdulilah,Regional director irda masa first quarter review ni adalah THE BEST Regional director,rasa bangga juga lah banyak branch under irda dapat award,walaupun rasanya irda hanya sebahagian,masih picisan yang tidak menyumbang apa-apa.

Perasaan disini?ketika ini."Meriah ,namun hati ku gundah'.Entah mengapa,irda rasa terasing.Mungkin sudah tiba masanya irda kembali kepada perkara yang irda suka.Walaupun banyak aktiviti yang involve branch managers,segment manager,prefferred segment managers dan Regional directors.Irda rasa mamai,masa aktiviti lari ke A,irda pun follow belakang,orang buat aktiviti cari barang,irda hanya mengikut dari belakang.Ohh tidak..ini bukan irda.huhu//yessza now i know apa sebenarnya yang irda rasa,dan sudah semestinya irda tidak berlama-lama begini.Irda harus keluar dari rasa ini.Mungkin manager level tak sesuai untuk irda.

Ada jugalah irda jumpa seorang dua kawan-kawan yang dah promoted,disebabkan mereka berlainan region,tak dapatlah nak berlama-lama dengan mereka.huiii....ini bukan duniaku,dan Irda hanya jadi penonton setia. rindu kawan-kawan sales line,kawan-kawan coway.Irda kekok dalam group ni.Mungkin ada orang akan cakap,baru 3 bulan irda,ini masa untuk sesuaikan diri.Tidak!jika awal 3 bulan ada satu rasa dalam hati tidak sesuai,maka ia akan berlanjutan..yaa ia akan berpanjangan,cukup ia sampai disini.Mungkin nanti ada yang lebih baik,Ya pencarian akan bermula..

Ohh cukup membebel luahkan rasa,cyberview resort&spa ni kategori resort yang cantik.

 
Sesuai dengan namanya resort,tempatnya indah dengan penuh kehijauan.Terasa nyaman dan tenang bila duduk di luar.Angin yang bertiup juga melengkapkan suasana.Namun irda disini tidak bercuti.Ada kerja untuk dijalankan.Hp pun non stop,hati pula risau.Risau jika region irda tidak perform under irda.Jika dulu hanya fikir diri sendiri,sekarang fikir macam mana nak pastikan 24 branch dalam kawalan.Oleh itu ia mengganggu suasana tenang..arghh!

Image may contain: tree, plant, sky, table, outdoor, nature and water

Sesekali penat dalam dewan,irda akan keluar .Ada air yang mengalir,air terjun buatan.Irda pejam mata,terasa indahya jika tiada kerisauan dalam hati ini.Kerja ini nampak mudah sebenarnya,nampak rileks,tak penat-penat cari sales macam dulu,tapi tahu tak apa yang buat kita under pressure?kerisauan untuk melaksanakan setiap yang ditetapkan,dan terlalu banyaknya hati hendak dijaga.argh!




 Salah satu menu yang paling irda suka.Sedap sangat campuran cendol,cincau,laici dan jagung ni.


Makanan di cyerview resort ni memang superb,kerja kat sini pun asyik makan sahaja.Breakfast pukul 8am,pukul 10.30 tea time.12.30pm,lunch,3.30pm tea time dan pukul 7.30pm makan malam.Sebab tu kerja macam irda ni tersenarai sebagai list kerja senang jadi buntal dalam kajian.hahah...

 Lepas aktiviti team building,treasure hunt,cari barang-barang untuk di masak.Irda hanya ikut dari belakang,rasa exercise keliling resort ni.Aktiviti memasak ni pun irda jadi jurugambar untuk diri sendiri je.Malas nak jadi tukang potong ke,tukang masak ke,tukang hias je.Hati takde nak joinhuhu...
 

Seronok nampak diorang  main masak-masak kat luat resort ni.Menu diorang adalah pasta,ayam.



 suasana malam hari waktu dinner.Masa ni food masih lagi dihidang secara buffet.Dalam hall ada performers every region with Regional directors & branch managers.


Tengok muka irda yang kebosanan?aduiii...bosan giler rasanya.Mungkin selalu sangat attend event kot.Penat pun ya juga ni.


Dalam ni irda hanya kenal Mubin segment manager dari Kedah,Guru yang lain-lain tak kenal pun walaupun duduk satu meja.hehehe...Owh ya tema malam tu Hawaian Night.Sebab tuelah depa ni siap ada kalungan bunga,irda pun pakai juga baju bunga-bunga ni.Tapi tak sempatlah nak buat OOTD.


Cici cakap baju ni cantik.Ini baju dah berkurun lama dalam almari.Lama sangat rasanya,dulu masa mengandung suka juga pakai baju ni,sebab jenis kain kembangkan.Bila tema hawai floral,nasiblah ada baju ni,ambik jelah..dan sarung..bukan orang tau pun baju ni beli tahun bila kan.



Ini gambar bilik di cyberview resort,Oklah besar biliknya,dan selesa.



Next day punya aktiviti hanya play cards,Huhu..nampak tak my 2 days aktiviti.Ni T18 cards,related with our company new project.Perlukan skill jugalah nak main bende alah ni.

Jadi keseluruhan dua hari berkampung di cyberview,irda masih rindu nak buat sales...hahahaha/.apapun let we see my progress after this,bertahankah atau angkat kaki kah?yang pastinya since irda di posisi ini ada sesuatu yang kurang rasanya...Entahlah...Kadang-kadang ada satu rasa dalam hati dalam kerjaya ini yang tak tahu nak cakap macam mana.hanya kita yang boleh rasa...Dan saat ini irda dalam dilema lagi..

Ya maybe masih baru ,masa untuk learning,but im still looking something else.Im not happy!


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Wah macam best je sini..musim2 final tak berkesempatan lagi nak berbuka kat tempat2 bes

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/tulip-festival-in-everland-amusement.html#comments

    ReplyDelete
  2. Wahh.. seronoknya irda! kalau tahu datang cyber boleh ajak lepak sekali. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah nadhie.lupa lah nadhie keje area cyberjaya ni,sibuk dengan aktiviti kat sana,kalau tak boleh ajak nadhie minum area sana kan,,heheh

      Delete
  3. Kalau hati tak happy memang rasa berat je kerja..
    Sha harap irda akan jumpa kebahagiaan tu..

    ReplyDelete
  4. wah tetiba nama I kat situ hehe. aah memang cantik pun babe. aalaa i pun recycle je benda yang sama. I pernah je kena tegur pakai baju yang sama. lantakla janji rumah I ada mesin basuh hahahha

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+