Resipi mudah:Lala sweet sour

12:39:00



 Assalammualaikum,

Hari tu dengar ceramah syamsul debat,"orang perempuan ni kalau bulan ramadhan dia lah orang paling sibuk,kalau nak fikir menu apa nak berbuka,mula lepas sahur lagi dia dah fikir nak masak apa petang nanti"..Tergelak besar ...Betul lah kot?Kita ni kalau selalu sangat masak,kadang-kadang kering idea apa nak masak untuk family kan.Walaupun irda selalu mak yang masak lately ..haha.sesekali irda masaklah jugak...

Atas ni salah satu favourite alya!lala sweet sour.

Apa yang perlu disediakan,ini cara irda,terpulanglah cara anda masak macam mana.Kadang-kadang segan juga nak berkongsi resipi dengan orang yang lebih pro di dapur,ye lah,kite ni sibuk mengadap laptop ,tapi kadang-kadang kite pun mengadap kuali tau...hehe :)jangan tak percaya,tapi lately mak suka offer dia yang masak,so kite apa lagi,suka lah sangat..

Oklah,ni bahan-bahan yang patut ada.wajib ada,kalau takda pasti tak jadi lala sweet sour,jadi bende lain.

1kg lala
5-10 tangkai cili masak.
bawang merah
bawang putih
daun sup+daun bawang
tomato
serai
sos tomato
sos cili
minyak

First sekali
Cili merah irda kisar dengan 3 biji bawang merah kecil dan bawang putih.Jadikan macam nak buat sambal.Sebab irda jarang pakai cili kering,lebih suka pakai cili merah.

Kemudian panaskan minyak masak,masukkan cili yang diblend tadi.OOPS sebelum masuk cili tu,tumis bawang merah dan bawang putih dalam kuali dulu.Kali ni bawang tu dihiris.Bila dah naik bau baru masukkan cili yang dah dikisar tadi.

Masak cili tu macam nak buat sambal biasa.Bila dah hampir masak,masukkan lala yang dah dibersihkan.kacau lala biar bercampur dengan cili sambal.Kemudian amik sos cili,dan sos tomato,gaulkan dengan lala hingga sebati.Lebihkan sos cili kurangkan sos tomato.Mungkin skala 5 sudu sos cili,3 sudu sos tomato,ikutlah sampai semua lala dan bercampur dengan sos.Kalau nampak pekat sangat bagi air sikit.Jangan lupa bagi garam .Dan titik serai  sekali.Tapi kalau takde serai pun takpa.

Bila lala dah masak,dan mula terbuka menampakkan isi.Ambik sebiji tomato dipotong dadu dan masukkan dalam kuali.Kemudian potong daun sup dan daun bawang masuk sekali untuk naikkan bau harum dan nampak ada seri.

Dan taraaa siap!!..mudah dan sempoi,yang penting alya suka,tak lah pedas sangat,oklah sweet sour kan..

Selamat mencuba,menu berbuka hari ini :)


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

6 comments

  1. mudah sgt.. nampak sedap jak tu, sygnya x boleh makan

    ReplyDelete
  2. Lala ni antara favourite Nnay juga. Cumakan, sebab isinya sket, haluih sangat. HAHA! macam tak puas nak makan.

    ReplyDelete
  3. uihh dapnyaaa yummeh . hari tu makan Lala jugak tapi kami masak sup je

    ReplyDelete
  4. xpernah makan lala,
    xminat..huuu

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM