Berbuka puasa bersama team coway di Restoran Golek-Golek

22:15:00

Tahun ni berbuka puasa di luar hanya 3 kali.First berbuka di Pullman KLCC,invitation business partner office,ke dua berbuka di gerai biasa with family,dan ketiga berbuka di Restoran golek-golek jemputan cik ida,wife fadly,dari konspirasi group coway.Lepas tu banyak invitation berbuka bersama blogger,bersama anak yatim dan persatuan -persatuan lain tak dapat nak attend atas faktor tak sampai hati biarkan alya berbuka tanpa mamanya.Alya pun dah berpuasa penuh sekarang.Jadi rasa kesian kalau mama tak dapat berbuka dengan dia..

Restoran golek-golek ni adalah restoran atas bukit tepi highway jalan raya kuala lumpur.Ia seperti perkampungan melayu dengan adanya restoran dalam bentuk rumah melayu lama.

Kedudukannya terletak dekat sangat dari taman melati LRT station dan dekat jugalah dari rumah Irda.Ia hanya tepi jalan MRR2 dan naik atas bukit tepi jalan tu.Kalau susah waze je restoran golek-golek atau google maps.

Bila dapat invitation cik ida nak belanja berbuka disana,teruja sebenarnya sebab nak jumpa team coway.Lama nau rasanya tak jumpa diorang ni.Jadi banyak benda boleh sembang sambil bertanya khabar.

Masa nak pergi ni,biasalah I yang drive terkedek-kedek ni,kawan-kawan yang datang jemput.Malini last jumpa masa form 3,dan masa wedding dia beberapa tahun lepas last jumpa,masa berbuka ni kitaorang jumpa balik lepas bertahun-tahun.Jejak kasih sambil berbuka.Malini pun dah masuk konspirasi group coway kami.Semakin lengkaplah group kami dengan gang exprimary business partner.

Malini dan kak nurul yang pick up irda.Thank you ladies:)..walaupun terpaksa uturn banyak kali dan menggunakan waze,sempat jugalah kami terlajak jalan masa mencari restoran ni.Nasib sempat sampai setengah jam nak berbuka.

Restoran Golek-golek menyajikan makanan kampung seperti ikan bakar,sambal petai,masak lemak udang,lala,kerang,ada sate,dan perlbagai lagi menu pilihan.Tak salah irda masa nak balik sempat la tengok menu dan harga,lebih kurang RM60 untuk beberapa set pilihan makanan dua orang.

IReview : Restoran Golek-Golek
ramai pengungjung untuk berbuka.Ini pandangan dari tepi tebing
Rasa makanan di restoran golek-golek,bagi irda yang peminat makanan kampung memang boleh tahanlah,lagipun masa kat atas ni kami duduk menghadap view jalan raya kuala lumpur dan bangunan bertingkat di kuala lumpur.So sambil makan ,bunyian cengkerik,suasana hutan dan lihat ke bawah bukit kita nampak jalan raya,pandang depan hutan belantara seakan kita lupa kita berada di tengah bandar,bila pusing belakang kita akan nampak building yang tinggi,so memang panorama di restoran golek-golek ni sesuailah makan sambil bersantai.Jadi terasalah nikmat makan sambil rileks-rileks.

Image may contain: people sitting and food
masakan kampung feveret irda
Cuma sebab kami booking table untuk berbuka,tidak semua lauk seperti ikan bakar disajikan panas-panas,sebab kita sedia maklum,order ramai kan,jadi mereka siap-siapkan semua untuk elak makanan lambat sampai.Bab pekerja,mereka well managed,cukup,sebelum azan semua dah terhidang diatas meja.Kalau irda tengok masa tu ramai betul orang.Setiap sudut ada booking.Ada yang duduk di anjung rumah,di bawah rumah ,rumah ala-ala rumah kampung tu dalamnya ada meja untuk makan,bawah rumah pula ada khemah yang disediakan meja juga.Kami duduk di ruangan laman di tepi tebing,sesekali seram juga bila pandang ke bawah.

Image may contain: 1 person, sitting and food
Nampak tak cantik pemandangan dari atas bukit ni.Seram pun ada juga kalau tengok ke bawah.

Image may contain: people sitting and food
air tembikai dalam jug tu sedap sangat
Masa Irda sampai,tak susah pun nak cari tempat duduk,sebut je nombor meja,ada staff dengan baik hati tunjukkan tempat kami.Kru restoran golek-golek ni irda tengok ada juga bukan berbangsa melayu,mungkin ada staff tambahan di bulan puasa.

Harga sate masa irda tengok kat sini masih dikira murah.Secucuk hanya RM1,daging dan ayam juga taklah kecil sangat.Selain suasana kampung dengan dekorasi taman yang indah,restoran ala-ala rumah lama atas bukit ni dikira masih bersih dan masih berbaloi untuk anda mencari kelainan berbuka di luar.

Image may contain: 3 people, outdoor and close-up
muka sebelum berbuka.letih je semua
Cuma nak naik bukit dari jalan raya kena hati-hati,jalannya masih kecil.Bahagian parking memang luas,banyak bahagian untuk parking kereta,cuma jarak antara parking dengan restoran,masih perlu menapak ,masa ni jalan masih belum diturap dengan baik,kerikil dan batuan masih ada dari tempat parking.Kawan irda nyaris terjatuh masa turun nak balik sebab jalan agak gelap untuk ke parking,kakinya tersadung dicelahan batu-batu ketika menurun ke parking. Nasihat irda elakkan pakai kasut tumit tinggi,takut tersadung dalam lubang atau celahan batu,kalau terjatuh boleh tergelongsor kebawah,bahaya tu.Yang ni rasanya pihak restoran kena perbaiki untuk memudahkan pelanggan turun dari tempat makan ke parking.

No automatic alt text available.

Lagi satu,mungkin di bulan puasa,ramai pengunjung,pihak restoran patut titik beratkan bahagian musholla.Memang disediakan tempat solat wanita dan lelaki.Tapi tempatnya terlalu kecil,hanya boleh muat untuk 3 orang satu kali masuk,tempat wudhuk pula berhadapan dengan ruang solat lelaki.Jadi wanita tak selesa mengambil wudhuk jika ada lelaki masih menunggu di luar untuk solat.Bayangkan I terpaksa bersesak dan beratur untuk solat magrib.Nak tunduk ambil wudhuk pun,tak selesa.Telekung pun agak kotor.

Image may contain: plant and outdoor
Ruang cuci tangan

Image may contain: 1 person, standing
Kaum hawa beratur nak ambil wudhuk
tengah-tengah antara ruang solat lelaki dan solat perempuan ada ruang yang agak selesa tetapi dikunci,sepertinya pameran buku-buku novel ahadiat akashah,.Ruang ini sepatutnya bagi irda tak perlu dikunci ,apakata ia dibersihkan dan dijadikan ruang solat pengungjung,ia lebih selesa dan ruang lebih besar,mungkin dalam ni juga ada aircond,jadi sambil berniaga sambil memudahkan pengungung itu banyak hikmahnya tu.Itu hanya pandangan irda,yang pastinya owner ada sebab sendiri kenapa ruang tu ditutup.

Image may contain: one or more people
Ruang yang ditutup
Keseluruhannya,restoran golek-golek ini sesuai untuk makan bersama family dan kawan-kawan.Esok lusa pasti irda nak datang lagi.Cuma mana-mana perkara yang terlepas pandang oleh pihak restoran,sebagai blogger irda hanya menulisnya dalam ruangan blog irda.Maaf tidak berniat apa-apa,sebagai teguran membina.

Hope esok lusa restoran ni makin maju lagi...dan irda nak datang lagi lepas ni dengan family,satenya nampak sedap sangat hari tu,tak sempat try lagi.Ok daaa....

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
Terima kasih cik ida belanja sis irda buka puasa.Tahun depan insyALLAH sis irda nak belanja juga semua orang ya.Love you my team!

Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Kalau RM 60 untuk dua orang dah dikira okay. Tambahan masakan melayu. Sesuai dgn harga tu. Saya belum sampai ke situ sebab tak tau sebelum ni. Thnks.

    ReplyDelete
  2. Macam menarikkkk je Irda restoran nie.

    Btw, Irda . Selamat Hari raya Masf Zahir dan Batin dear <3

    ReplyDelete
  3. cantiknya kak irda.. <3..btw selamat hari raya akak...

    ReplyDelete
  4. selalu nampak tapi tak pernah pegi lagi. haah dia tepi highway, macam mana nak masuk taktahu. hahaha.

    cantik sangat pemandangan. kalau pegi around 6pm for dinner mesti cantik kan. tapi kalau hujan seram sikit hahaha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu makanan kampung..

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM