Assalammualaikum readers,

Hari ni irda balik rumah awal.Sakit kepala banyak sangat dateline,terus campak tepi angkat beg balik rumah.Sampai rumah rehat sekejap untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Actually,lately ni irda busy back to back meeting,dan training untuk team irda.Lain macam stress nya dengan kerja sekarang.Banyak hati nak kena jaga,dan low performance by sales staff,irda juga turut sakit kepala.

Dan semestinya semuanya akan irda tinggalkan tak lama lagi.Jiwa kelaut dengan position ini.Irda sedang mengutip serpihan jiwa yang bertaburan untuk lebih semangat dengan kerja sampai masa yang ditunggu datang..haha ceewah! tungguu...irda nak buat apa?adalah...yang penting irda rasa yang lebih mendominasi diri sendiri..InsyaALLAH.

By the way,walaupun semakin semacam je rasa dengan apa yang dilakukan saat ini,irda bersyukur juga sebab irda banyak dapat ilmu-ilmu baru sebagai manager.Jadi apapun harus lakukan dengan lebih semangat dan lebih ikhlas..InsyaALLAH.

How to coach,how to handle issue within the staff dan yang terbaru effective interviewing skills workshop adalah ilmu yang baru untuk Irda.actually to be honest,i m not really good in manage people.Huhu,menguji kesabaran,keimanan dan emosi gitu..huhu:)

Tips sebagai penemuduga dan mungkin Irda boleh share pada anda tips sebelum ditemuduga.Workshop satu hari 19 May 2017 ni di HQ,,Jadi semua retail segment manager dari negeri lain pun turun sekali.Sehari sebelum workshop,whole day irda meeting.Aduhai can u imagine,betapa kalut dan serabut irda dengan all the meeting?Sudah tentunya setiap meeting untuk kita menjawab setiap soalan ,kenapa?bagaimana?siapa.with all the bosses.dan semuanya untuk lebih kurang dekat 80 sales staff irda.huhu...To be honest,dalam dunia korporat ni irda kalah..irda mencari-cari balik diri Irda dulu,tak jumpa...menerawang fikiran. ..huhuhu..aduhai..tak tahu nak kata apa.isk isk..

Oklah strait to the main point.Tips for interview:

Seperti tips-tips yang banyak terdapat di carian googles,perkongsian Irda ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang irda ingat masa workshop tempoh hari.First sekali bila anda ingin apply jawatan sebagai sales consultant atau apa sahaja yang berkaitan dengan marketing,

1.Confident level must high
Cara anda bercakap,gaya tangan, eye contact dan non-verbal (shake hand.cara duduk juga diambil kira).Untuk menjadi sales consultant atau masuk dalam dunia marketing,pandangan pertama seseorang pada anda menentukan anda berjaya atau tidak menjual produk pada mereka.Jadi keyakinan yang tinggi dalam mengutarakan satu-satu isu boleh dinilai samaada anda sesuai atau tidak untuk position tersebut.

2.Sebagai penemuduga,kami dilatih untuk lebih banyak mendengar dari bercakap.Mungkin bergantung pada bidang kerja apa yang anda mohon.kalau dalam sales line,kami lebih suka mendengar candidate untuk mengatur  setiap ayat dalam bual bicaranya .Hati-hati dengan bahasa anda,jangan gunakan slang atau ayat pasar dalam setiap jawapan anda.Tunjukkan anda mampu berbual secara professional.

3.Sales person yang ada pengalaman ditambah pula dengan ada lesen perbankan,adalah aset utama menjadi pilihan.Sebab itu pasaran pada mereka begitu meluas.Tapi awas,jika anda bekerja dalam satu-satu company tidak lama,anda juga dikira bukanlah dikalangan yang setia bertahan pada satu-satu company untuk satu tempoh jangka masa.

4.Jangan sesekali memburuk-burukkan company lama anda jika anda ditanya kenapa why leaving?nobody was perfect,kalau anda kutuk boss anda,anda juga sedang mempamerkan aura negatif tentang diri anda pada bakal majikan baru.Bagi Irda cukup beri jawapan i need new environment!hehe..ikutlah suka korang nak jawab apa,tetapi janganlah jawab,nak resign sebab boss bias,boss so n so...no no..jangan tau!

5.Kalau anda fresh graduate,tiada pengalaman ,aktiviti ko kurikulum juga penting untuk diberitahu pada majikan.Contohnya anda seorang yang aktif naik gunung,bersukan atau masuk pertandingan debate atau apa sahaja yang boleh dibanggakan,sebab dalam sales ni dunia dia memang sentiasa IBARAT pertandingan.Orang yang biasa dengan aktiviti-aktivit lasak,maknanya hatinya kental,sebab kalau buat sales,hati tisu susah juga,kang customer marah terus nangis...huhu.

6.Buat rujukan.Maksud buat rujukan disini,ambil tahu serba sedikit product features,matlamat syarikat atau apa sahaja yang berkaitan dengan company yang akan anda attend interview.Jangan terlalu kekok bagaikan tak tahu apa-apa.Gen Y sekarang kan serba tahu,semuanya dihujung jari.Jadi sebelum anda attend interview,lengkapkan sedikit info dalam diri anda untuk memudahkan anda menjawab soalan dari kami.

7.Bertenang dan jangan nampak terlalu terburu-buru.Jangan nampakkan sangat anda terlalu desperate pada kerja yang anda ingin mohon.Nampak kan anda seorang yang cool,rileks dan elegan.Kalau rezeki anda tidak akan kemana-mana.Jangan sesekali tanya bila boleh hired anda..berapa salary boleh adjust dan sebagainya.Selalunya jika penemuduga berkenan pada anda ,mereka sendiri akan explain lebih details.

Ok readers,cukup sampai disini dahulu.Lain kali sambung lagi..daaaa....


thank you for reading this entry...appreciated :)

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. tips yang sangat berguna. Setuju sangat kena banyak buat research pasal company baru tu. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post