Hasil Blogging

14:56:00

Bersenam dengan menggunakan basikal adalah amat digalakkan.Menurut carian googles,kelebihan berbasikal adalah seperti berikut :sumber :bikeaway.com.my


  • 1.Mengurangkan berat badan
  • 2.Mengurangkan lemak sebab kadar metabolisma yang tinggi
  • 3.Memperbaiki kawalan tekanan darah
  • 4.Mengurangkan kadar kolesterol
  • 5.Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • 6.Mengurangkan risiko strok
  • 7.Mengurangkan diabetes
  • 8.Mengurangkan risiko kanser usus mahupun kanser payudara
  • 9.Mengurangkan cholecystectomy(pembedahan pundi hempedu)
  • 10.Mengurangkan kebimbangan,kemurungan dan tekanan (mungkin sebab berbasikal kita berjalan-jalan di taman ataupun padang)


Oleh sebab sedarnya kebaikan berbasikal,jadi pengeluaran dari akaun blogging (Irda ada akaun khas untuk blogging payment) adalah beli basikal!! Semangat tun teja dan bagaikan athlet sukan membara tatkala membeli basikal ini dikedai.Apalagi ia dibeli menggunakan wang hasil dari berblog.

Dalam hati berkata-kata,menghabiskan berjam-jam depan laptop buat mata kuyu,badan lesu,postur duduk buat rasa longlai,jadi balas balik dengan aktiviti cergas dan santai iaitu hasil blogging beli basikal.

Semangat itu pun dikongsi di ruangan Facebook,hooyeah ada basikal baru,semangat nak bersenam pun lagi laju bila kawan-kawan Like dan bagi komen positif.Biasalah generasi sikit-sikit kongsi ni,gitulah gayanya.ada juga kawan yang usik "Lepas ni visit branch pakai basikal je irda"

Amboii perli ke tu,hehe kalau kat jepun boleh lah buat berbasikal pergi kerja,bagus sebenarnya buat macam tu,kalau kat malaysia mahu pergi kerja bau perfume dexandra,balik bau ekzos kereta kancil yang diuprade ala-ala kereta lumba formula one.Lagipun i pergi kerja foundation 3 layer,naik basikal pergi kerja mahu foundation i mencair dengan cuaca malaysia yang panas terik.elok-elok stok foundation habis lepas 3 bulan,ini belum gaji dah minta top up..Memang tidaklah kan.

Lagipun cukuplah jalan raya sesak dengan motosikal,bas dan kereta,kalau sesak dengan basikal irda,takut orang terpaksa beri laluan sebab kesian tengok irda bawa basikal macam orang tak cukup sifat.Irda ni dah lah bawa kereta terkedek-kedek,bawa motor jarang lah sekali,bawa basikal??bila nak break je kaki mesti tekan bumi,nak break je kaki terjuntai,kadang-kadang confuse ni break dengan tangan atau break dengan kaki?irda..apapun tak boleh.

Lupakan bab itu,

Semangat berkobar-kobar dapat basikal baru,apalagi ia dibeli dengan hasil menyusun huruf menjadikan entry di keyboard blogspot.Disertai dengan semangat,datanglah idea-idea bernas lagi drastik dengan susunan timetable untuk bersenam dengan basikal.

Jadualnya :

Weekdays :sebelum pergi kerja,lepas solat subuh bawa basikal sekitar taman rumah 
7am-8am,sebab pergi office amik masa 30 minit je dari rumah sampai,so adalah 1 jam untuk exercise dulu.Kononnya!

Weekend

pagi lepas subuh 7am-8am sebelum sarapan
petang lepas asar bawa alya jalan-jalan di taman 5pm-6.30pm naik basikal.

Sehebat perancangan,tidak semestinya sehebat tindakan,gitulah kita manusia.

Minggu pertama saat basikal tu masih bau kedai,fuhh,lepas je subuh terus sarung stoking,seluar tracksuit ,sarung tudung awning dan Tshir Hard Rock Cafe,ambil kunci basikal,bawa botol air (FREE BPA),air diisi penuh,kononnya perjalan dan exercise akan panjang.

Itu hanya untuk minggu pertama,

Minggu ke dua,masih sarung kasut sport shoes,baru 15 minit mengayuh,hati rasa nak pulang dengan segera.

Minggu ke 3

Krik,krik,

Hinggalah bulan ramadhan datang,(langsung tiada senaman),dan hinggalah entry ini ditulis,hasil blogging masih belum mampu digunakan sebaiknya.

Antara sebab semangat mengayuh menurun,


  • 1.Mengayuh pagi-pagi lepas subuh,ada pakcik-makcik yang sweet romantik di usia tua baru balik surau berdua-dua,so sweet mereka,ada yang pulang jalan kaki,ada yang naik motor,dan ada yang naik kereta,alhamdulilah suka tengok orang tua-tua balik surau,almaklum rumah irda pun belakang surau perumahan ni,memang akan lalulah surau tu.


Setiap kali mengayuh,diri ini jadi tatapan mereka,kadang-kadang 10 x check ada seluar terkoyak ke,ketiak nampak ke,atau tudung senget sebelah ke,napalah pakcik-makcik romantik ni asyik pandang den.

Mungkin dalam hati mereka"kenapalah tak solat jemaah di surau,pagi-pagi dah berbasikal,bukan budak lagi,mak budak dah ni,isk isk"-suudzon kah aku? suudzon:berprasangka buruk


  • 2.Kawasan perumahan irda yang berbukit membuat kayuhan kurang lancar.Area sini semua rumah besar-besar,semua ada pokok besar-besar pula.Kalau mengayuh sebelum pukul 7am,masih sunyi sepi,tidak nampak penghuninya,pagar sahaja tinggi ya ampun..kawasan berbukit juga dengan basikal ada gear auto pun,entah susah betul naik bukit.Nak turun best,nak naik tu,alahai terasa berat sangat, hanya separuh kayuhan rasa mengah semacam.age factor mungkin..atau basikal ni yang salah kurang power.atau ada gear ni tak best sebenarnya bawa naik bukit.?


  • 3.Sebabnya yang ke 3,yang menjadi alasan utama sebenarnya.Sifat malas.Bila semangat berkobar-kobar,timetable bukan main,bila rasa malas yang amat,lepas subuh rasa kaki berat nak keluar,tahap kemalasan yang maksima,nak ikat tali kasut pun ko rasa susah.Itu namanya hangat-hangat tahi ayam,kesian ayam,diri ini yang malas,dia yang dapat nama.Sudahnya hari ini basikal masih termenung untuk digunakan.


Selepas raya hari tu,timbang berat badan.Omak aihh,walaupun BMI masih ok,berat dah naik dari 55 ke 60 kg sekarang,apa yang irda makan?memang tak pernah pantang makan pun,kadang-kadang 4 x sehari makan nasi,dulu takde masalah pun,makan je tak pernah naik,mungkin usia dah 3 siri,jadi kadar metabolisma tu dah menurun seiring usia bertambah,ditambah lagi liatnya diri nak exercise.

Dulu rajin juga puasa 2 hari seminggu,sejak jadi manager kat bank,konon-kononnya orang corporate,asyik attend coffee talk,teh tarik session,dinner talk,ntah berapa banyak talk,tak masuk meeting je makan,kalau makan je mesti ada meeting,sebab tu sukar diri ini hendak berpuasa.alasan kan/iman tu kan kita yang punya,ye lah kalau dah meeting ada kuih ketayapnya,ada pula teh tarik,kadang-kadang ada keledek ,huii siapa tahan?sambil meeting sambil makan..input ke otak tak seberapa,input ke perut pula berlebih-lebihan..


Jadi kerana sedar diri dan insaf sebelum terlambat,bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati.Haruslah menjaga berat badan agar seimbang dengan ketinggian,yang penting sekali sihat dan ceria.InsyaALLAH..Jadi dengan ini irda bertekad nak beli basikal yang dalam rumah je dan cuba praktikkan apa-apa tips untuk berat badan seimbang.Kalau berjaya nanti irda share tips ya.yang penting insyAllah lepas ni nak teruskan rutin puasa 2x seminggu,oopss,ingat niat kena lah betul,jangan nak puasa sebab nak jaga badan je,tapi kerana ALLAH juga ya

Irda nak beli basikal yang dalam rumah je hasil dari blogging lepas ni.
Ala yang selalu tayang kat Go shop atau Wow shop tu,jenis perut six pack ,kayuh basikal depan Tv tu,cayalah diorang berjaya buat irda notice iklan mereka ,irda dah tergoda hokay!

Jadi aim untuk hasil blogging seterusnya nak angkat basikal jenis macam tu letak di dalam rumah.Walaupun mak akan bising nanti,rumah irda penuh sangat barang-barang,beli yang boleh lipat tu,dah guna lipat simpan dalam stor.So doakan ya,next hasil blogging nak beli benda tu..

Jadi buat masa ini,hasil blogging pertama yang digunakan iaitu untuk beli basikal yang perancangannya untuk bersenam,biarlah ia jadi rondaan diwaktu petang,atau cuba-cuba jugalah exercise,harap-harap takdelah pakcik makcik romantik balik surau pandang-pandang.

InysaALLAH,uOLS Hasil blogging beli apa?shopping?holiday?bayarbill? share lah ya,nanti irda singgah baca,yang pastinya hasil blogging adalah seronok digunakan kerana ia income yang datang dari hobi menulis.

Kawan-kawan blogger teruskan berkarya ya,jika belum memberi hasil dalam bentuk kewangan kepada kita,hasil blogging sebenarnya adalah apakah entry kita itu bermanfaat untuk orang lain?Kalau ya,itu juga adalah hasil blogging yang layak untuk dibanggakan..

Ok daaa...


Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

You Might Also Like

16 comments

  1. alhamdulillah rezeki..!! syioknya kunpul2 dapat beli barang hasil titik peloh blogging. terasa berbaloi..

    ReplyDelete
  2. Bestnya...kaka nanti share la macam mana nal bg tabung tu bergerak...maintain jer tabubg kite..haha

    ReplyDelete
  3. Wowwww.. bestnya dpt duit hasil blog

    ReplyDelete
  4. seronok kan..
    tak sia2 berblog.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah sebab dapat durian runtuh

    Rezeki Allah bagi

    ReplyDelete
  6. Suka baca bebelan Makcik ni! HHAHAH! Come on Irda.Jangan putus asa. Lagi satu kan antara buatkan kita kadang jadi lemau nak continue something tuh sebab kita sorang2 pun iye juga. Macam Nany pun kalau sorang2 memang antara reason jadi malas nak bersenam. Bila ada kawan...semangat dia lain macam sket la. Hehehe.. Teringin nak berbasikal dengan Irda. Lama juga I tak naik basikal ni. Nany pun ada akaun berblog juga. Adalah sket tuh. Belum fikir nak beli apa dengan duit tuh lagi. Hehe..

    ReplyDelete
  7. Adehh bestnye dapat beli sesuatu hasil blogging.. Lea duit tak tahu kemana.. Lepasni bolehla start buat cam irda.. :)

    ReplyDelete
  8. salam kak irda =)

    wahh bsikal tu hsil blogging ke..acaner?
    meh aja yaya sikit...yaya pun nak bli beskal jgk..heeh
    teringin..dulu ada basikal disia siakan.. >,<
    da besar,guna moto kete ni bru teringat n teringin nk nek basikal mcm dulu.. =(
    tp bsikal skrng mahal..emm nk beli bskal dlm uma tu ke atau yg bole bwa jalan kua tu ea...hmmm

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah rezeki tu.. hehe.. waa cantiknya basikal tu..
    sy pun tgh aim nak cari basikal satu ni.. haha.. nak mengisi masa lapang juga kena mula menabung gini..:D :D

    ReplyDelete
  10. Wah rezeki dapat basikal baru.. Berbasikal memang terbaik sebab tak la perlu berlari berjoging yang berisiko sakit lutut.

    ReplyDelete
  11. xpe.. pelan2 kayuh.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tak sia-sia berblogging kalau mendatangkan hasil macamni kan?
    Tahniah! :D

    ReplyDelete
  13. Ramai jugak yg ada basikal. Tapi yg roda satu. Yg kayuh laju2 pun tak bererak. Ada yg simpan kat bilik tidur. Bila2 je dia boleh kayuh. Tak taulah apa nama basikal tu.

    ReplyDelete
  14. Alahai... dah ada basikal macam tu pula jadinya.
    Itulah sebelum beli kemain kan dah ada nan hado nak exercise.
    Kalau office ada tangga dan setakat tingkat 2 macam Mrs. A ni guna jelah tangga exercise juga tu

    ReplyDelete
  15. tal larat nak kayuh dah, bg anak kayuh basikal, yg kita naik moto dari belakang hahaa

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM