Nasi lemak sedap di M3 Mall

07:15:00


Kalau teringin makan nasi lemak waktu malam atau waktu petang di hujung minggu ,selalu uols cari kat mana?Di Kuala Lumpur ni syurga makanan di kampung baru kan.ada nasi lemak antarabangsa dan macam-macam lagi.

Hari tu irda punyalah teringin  nak makan nasi lemak pukul 9pm,pergi cari sampai ke bangsar nu ha,tak ingat dah apa nama kedainya,memang sedap dan beratur lah orang nak makan.

Kali ni irda nak share dekat dengan Taman Melati LRT station ada satu supermarket/hypermarket baru buka .Atas condominium bawah tu ada supermarket  yang dinamakan M3 MALL.

Walaupun M3 mall ni di kawasan perumahan,banyak jugalah tempat makan   dalam tu.Ada boat noodle,ayam penyet,george town white coffee,MR Teppanyaki ,texas chicken,foodcourt dan pelbagai lagi pilihan.

 Last week irda bawa budak-budak makan di sini,nasi lemak recipe level 1 di M3 MALL.Cafe ni agak cozy  juga lah,and memang diorang jual nasi lemak dan laksa sahaja.Ada nasi lemak paru berlado,nasi lemak ayam rangup,sotong bakar dan pelbagai lagi pilihan nasi lemak.


 100% pekerja nya adalah budak-budak muda Melayu.Macam muka fresh graduate,diorang pun pakai uniform ala-ala di macdonald.Yang best part diorang service macam kat jepun pulak.

Hantar makanan,siap tunduk .Mungkin diorang dilatih untuk layan customer macam tu.Ataupun mungkin sebab M3 mall masih belum ramai pengunjung.Jadi kami ni ibarat customer VIP.Apa-apaun moga berterusan service macam tu walau ramai macam mana pun pelanggan ya.Sebab i feel welcome hokay :)

Image may contain: food
nasi lemak ayam rangup ni memang sedap.

Alya pula order nasi lemak paru berlado,Memang berdesup pedasnya,irda lagi prefer ayam rangup ni memang sedap ayamnya.

Keseluruhan irda bagi 4 star untuk service,cafe yang bersih dan selesa dan juga rasa makanan.Next time mesti nak cuba lagi.

Kalau uols nak datang M3 mall di 67,Jalan Madrasa,Gomba Setia,53100 Kuala Lumpur,dan nasi lemak recipe cafe ni di 1.05 & 1.06 first floor.

Selalu makan nasi lemak di luar,apa kata cari cafe lebih santai.Oops lupa pula,harga nasi lemak ayam rangup tu dalam RM 9.90 :).

Thats all for today.daaaa


Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Baru tau kat situ ada mall..

    ReplyDelete
  2. AMPAK SEDAP SGT NASI LEMAK KAT SITU

    ReplyDelete
  3. kat mana?
    gomba setia?
    gombak ke?hehe

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM