Mempunyai anak kecil diawal usia 9tahun,yang diajar berpuasa penuh dan dia berupaya melakukannya adalah sebuah kejayaan kecil bagi ibubapa.

Irda yang sering sibuk dengan dunia luar,urusan alya tidak pernah diabaikan walaupun dia sebenarnya lebih rapat dengan bundanya dan makciknya.Alya ni anak papa,girl always close dengan papa kan.tapi itu bukanlah lampu hijau untuk irda nafikan tanggungjawab irda sebagai ibu.No matter how busy i am,fitrah seorang ibu pasti tahu apa sebenarnya yang diinginkan dari anaknya.

Parenting:Bila anak berusia 9 tahun berpuasa.
Hari raya alya di sebuah pasar raya di kuala Lumpur.Amboii semangat kemain sampai zone ini.

😡 marah seorang mama
 
Irda  bukanlah malaikat yang tidak ada rasa marah kadang-kadang baca buku parenting banyak-banyakpun sebenarnya tak semua yang dalam buku tu boleh kita terjemahkan mendidik anak ,nak menulis tips tu mudah sebenarnya tapi bila sampai untuk laksanakan tak semua orang mampu.Kadang-kadang cubalah tengok macam orang putih didik anak diorang kan,cubalah konon-konon professional macam diorang,tapi sudahnya tak menjadi sangat.

Tidak marah,tak boleh tunjuk jari tak boleh tinggi suara,cuba berdiplomasi,irda tahu semua tu,tapi bila alya semakin besar,perangai pun dah macam-macam,kadang kesabaran tu tak boleh ikut buku semua,ada juga lah terpukul  kakinya.dan terjegil mata,tertinggi suara..

so far alhamdulilah,walaupun macam melawan dalam hati,masih nampak dia cuba mengikut.Moga berterusan lah jadi anak yang mendengar kata dan solehah.Tapi fikir balik,dulu mak irda takde pun tengok buku didik irda,Ermm rasanya menjadi orang juga lah sekarang kan kan,dulu balik lambat sekolah je,siap-siaplah depan rumah...walaupun tak kena rotan,tak pernah lah kena,tapi selalu ko kena petir lah..dush dush,semua bunyi ada ...semak je rasa kepala kalau kena bebel macam tu.😆😆😆😆.lupakan bab ini..

bagaimana mendidik alya untuk berpuasa?

Bila masuk bulan puasa,mendidik alya puasa bukanlah perkara susah.Cuma kita pula kadang-kadang tak sampai hati tengok anak.Alya ni kurang makan sikit,jadi bila berpuasa dengan aktiviti harian penuh dengan sekolah agama pagi,nanti petang sekolah petang pula,nampak dia keletihan.

syukur tahun ni sekolah hanya 9 hari di bulan puasa.Patutnya kerajaan Malaysia kena tukarlah cuti tahunan atau cuti semester jatuh pada bulan puasa,serius golongan mak-mak ni kalau tengok anak berpuasa bawa beg berat-berat tak sampai hati rasanya,apalagi yang sekolah jauh,naik bas sekolah,rasa kalau boleh kita yang nak junjung je beg sekolah dia hantar sampai masuk kelas.


susah tak alya ni nak bangun sahur?
 
 waktu sahur dalam keluarga besar irda adalah pukul 4.30am-5.00am.Puasa tahun 2017 ni paling best sebab banyak mak yang siapkan (bertuahnya kau irda).

kan irda cakap,sejak mak irda dibelikan kabinet dapur dan lampu lap lip lap,amboii mak layan den macam princess,semua koje mak den buat tak bagi den buat..hahaha,almaklum anak dia ni perasan busy.

Baru-baru ni mak den dah bayang-bayangkan sofa dan kabinet baru kat ruang tamu,den je buat tak tahu buat-buat tak dengar bila mak cakap eh ruang ni kosong letak almari lawa ni,den pun amik remote tv kuatkan sikit volume,almaklum tetiba jadi sound trouble.:P~

..tunggulah mak..sabar ya,sebelum hujung tahun ada lah tu.

ALYA memang susah bangun.akan ambil masa 20-30 minit kejut dia.cium-cium dia,gomol-gomol dia,irda pulak ada satu tabiat suka hidu nafas anak.walaupun dia tidaklah bau baby lagi,bau mucuk gigi rongak..tapi anak kan,nafas dia busuk pun suka.kentut dia pun kita takde masalah.kadang-kadang bogelkan dia,gigit buntut leper dia biar.lepas tu terkejut lah,cium ketiak busuk dia.haaaa barulah bangun.

lama sebenarnya nak kejut dia ni.tapi tak boleh marah-marah,tapi sampai satu tahap susah sangat,memang tarik je kaki dia turun katil,mamai-mamai macam tu lah dia pergi bilik air.


apa makanan yang sesuai untuk anak kecil ketika bersahur?

sebenarnya keluarga irda memang melayu tok-tok,jenis yang makan nasi.Alya kadang-kadang makan roti gardenia tu sapu dengan milo serbuk ,minum air milo,tapi still bundanya nak suapkan nasi juga,Katanya nanti tak kenyang,bila dah terbiasa makan nasi,dia pun lalu juga  makan nasi.

Mak irda memang masak nasi panas,kadang-kadang masak lauk baru lagi.so kitaorang makan sahur tu satu family meriah macam makan malam.Takde dah mata kuyu ke apa,banyak je sembang.

Menu yang dia suka ,udang goreng kunyit,sup ayam,kadang-kadang telur mata dengan kicap pun dia telan je.


Lepas sahur tidur balik tak?

Alya kalau sekolah memang irda suruh dia tidur sekejap,kalau sejam pun cukuplah.Tahu tak elok tidur lepas sahur,tapi kesian dia,pernah nak terlelap dalam kelas waktu sesi petang bila bangun dari pukul 4.00 tu tak tido sampai subuh.so bagi je lah dia tido.


Waktu berbuka
Waktu berbuka memang akan tunaikan apa yang dia nak.Nak makan apa,nak minum apa,semua yang dia hendak irda belikan.Alya paling suka makan kuih lopis di bulan puasa dan air tembikai.Dia jarang sangat minta makanan,dia cuma kalau kita pergi bazaar"mama beli bunga api ya"..lorrr mintalah makanan sedap siki telinga,ini percikan sementara tu juga yang dia ndak..tapi sebab dia berpuasa layan je lah.

Lepas Berbuka
Alya paling suka lepas berbuka,terus bergerak ke surau dengan anak-anak jiran.Sebab irda duduk di kawasan taman dan orang melayu,jadi tak risau sangat lagipun surau tak jauh belakang rumah.So dia sangat excited pergi ke surau ramai-ramai,bukan nak solat sangat rasanya,selain aktiviti di surau menyembang ataupun dia berlari-larian,balik je mesti muka berpeluh,tapi sebab dia berpuasa siang hari,irda cuma cakap,tak boleh bising-bising kena solat,nanti balik ya.Kalau tak bagi pergi surau dengan kawan-kawan,irda rasa kejam pula kurung anak macam tu.Biarlah dia happy-happy kejap kan..sambil solat sambil bergosip lah tu..

Bagaimana sebenarnya memotivasikan alya berpuasa penuh?

Kami pyscho alya dengan unsur-unsur nasihat yang bukan saja fakta tapi sedikit auta.Paling penting bagitahu je puasa tu wajib sebagai orang islam,kalau tak puasa bukan orang islam lah tu.puasa dan solat tu semua wajib.selain tu kan ...dapat pahala so on..tapi budak-budak ni bab-bab yang berat ni dia susah sikit nak faham,walaupun dah faham sikit-sikit mungkin diajar disekolah kenapa diwajibkan berpuasa kan.

Irda pun ringkaskan lagi:💓💓💓

  • .Orang berpuasa akan sihat,cantik dan slim.Alya nak gemok macam aciak?(my brother).Alya pun dah mula obses pada kecantikan.

  • Orang berpuasa akan dapat bunga api,baru boleh main bunga api.Tak puasa tak payahlah berangan nak dapat bunga api,pergi main mancis je ye.

  • Orang berpuasa je boleh pergi surau dengan kawan-kawan.Kalau tak puasa,tak boleh pergi.

  • Orang berpuasa je baru dapat baju raya,kalau tak puasa tak de baju raya.Orang berpuasa penuh dapat banyak baju raya,orang puasa tak penuh dapat baju raya sehelai je.

  • Orang berpuasa baru dapat duit raya,dan orang berpuasa baru boleh guna duit raya dia beli mainan.

Jadi syarat yang ke 5 inilah yang dituntut,dan dia pun malam raya main bunga api sakan.Honestly irda jarang sangat belikan alya mainan.Bila dia dapat greenlight boleh beli mainan,amboii raya tu rajinnya dia collect duit raya siap pandai simpan jauh-jauh takut mamanya ambik katanya.

Cuma irda cakap,jangan sesekali minta orang duit raya,yang buat irda marah hari tu,first day raya lepas solat raya dan lepas makan bersama keluarga,dia boleh pergi beraya dengan gang-gang surau dia terjah semua rumah di kawasan taman.Amboii mama pun tak kenal diorang,dia pula yang rajin,sebab main focusnya nak banyakkan duit raya,mungkin dalam kepala dia ligat nak beli mainan dah.



"Alya pergi raya rumah tu mama,alya dapat duit raya RM2,tapi diorang tak bagi masuk".

HEMMM..rasa nak  marah betul ..kan mama cakap jangan pergi rumah yang tak kenal,nak beraya kena pergi dengan mama ok.pergi mana lagi/?ni mesti makcik kecik dia yang ngajar,dua-dua kena lah hari tu

"alya pergi 6 orang kat rumah satu depan tu lagi,rumah orang kaya tu,rumah banglo tu,tapi ada yang nampak kami,tak buka pintupun"

"Dah..lepas ni jangan nak memandai pergi beraya rumah orang nak collect duit raya,tak baik niat macam tu,lepas tu tak baik niat nak ziarah orang semata-mata nak duit raya,dan seseekali pergi rumah jiran kita kalau dia xjemput dan tak kenal."

Disclaimair:.Taman rumah irda rumah sini semua jenis banglo dan besar,ada security kadang-kadang.dan ada yang irda tak pernah nampak siapa penghuninya.tapi rumah irda rumah kecil bahagian tepi-tepi dan sipi-sipi je dari lorongan kecil.Jadi jiran dalam satu lorong ni semua alhamdulilah irda kenal.depan lorong sikit memang tak kenal penghuninya.

Tapi so far rumah irda tak pernah lagi irda tutup kalau ada budak rombongan datang ramai-ramai,bagi je duit raya,bagi diorang air,lepas duit raya diorang ni pun beredar dengan cepat.Tak sampai hati kadang-kadang walaupun rimas bila riuh rendah sangat.

Lepas raya ketiga,alya tuntut janji.Katanya nak habiskan duit rayanya.So inilah wajah-wajah kegirangangan budak yang berpuasa bila dapat pilih benda yang dia suka.Walaupun irda suruh dia bayar pakai duit raya dalam sampulnya,hampir habis semua duit rayanya,tapi dalam hati irda akan bankin balik duit dalam savingnya nanti.

Parenting:Bila anak berusia 9 tahun berpuasa.
Adakah ini riak wajah puas hati?Atau masih ada muslihat nak memilih lagi.


Parenting:Bila anak berusia 9 tahun berpuasa.
"Mama congkak kayu takde ke?,tak sukalah congkak plastik ni"Kayu dilarang ditebang sebab nanti monyet takde tempat nak bergayut.Plastik pun ok,tak berat sangat.
Parenting:Bila anak berusia 9 tahun berpuasa.
Tolonglah berhenti memilih permainan yang berbulu-bulu,sebab kat rumah dah ada dua guni baru bagi kat orang.Adik ipar paling rajin bagi bear dan semua yang berbulu-bulu gini.
Parenting:Bila anak berusia 9 tahun berpuasa.
macam donut katanya.
Irda just nak alya ni faham konsep duit ni sebenarnya..ajar dia,duit tu ibarat permainan tangan kiri dan kanan,kita dapat,kita belanja,kalau kita belanja sampai habis,maka duit itu akan habis.Macam mana susahnya rasa nak kumpul duit?tapi apa yang kira rasa bila kita beli bende yang kita suka dengan duit kita sendiri?.tapi apa pula kita rasa bila semua duit kita habis?jadi kita kena pandai-pandai jimat duit kita kan..


hadiah birthday dari papanya ketika berusia 5 tahun adalah haiwan yang takbernyawa dipegangnya tu,warna putih gebu.Kali ni dia nak warna brown pula.So say NO to this.


kata family alya very good dalam financial management like her momma!YE KE??tak nampak pun..makin kedekut dan berkira adalah,even kita usik RM1 duit dalam sampul dia,dia boleh tahu ada movement dalam duit tu.pastu kira balik takut kita ambil duit raya dia ler tu.

 Ok cukuplah entry malam ini.alya disebelah sibuk main congkak sorang-sorang bila mamanya sibuk berblog.eeh kesian pula dia main sorang-sorang,tetiba tengok time 11:43 pm

"alya,jangan main congkak malam-malam buta ni..nantii..haaaaa jangan pandang belakang.puasa dah habis,"...hihihi....

ok daaa...selamat hari raya


Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

10 Comments

Thank you,come again :)

  1. comelnyaaa diaaa.. nak jumpa aunty busyra tak? hehe

    ReplyDelete
  2. Melentur buluh bermula dari rebungnya.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. eh tetiba saya lupa belum bagi duit raya anak2

    ReplyDelete
  4. Bagus didik anak berpuasa. Betul tu...kadang2 dalam buku parenting tak seperti apa yang kita implement sebenarnya kejadian...kdg2 kena jadi rimau hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Bagus betul kalau dpt puasa penuh.. Memang kuat2 budak skrg tak macam dulu...

    ReplyDelete
  6. Syukur Alya puasa penuh...dalam usia 9 tahun ada segelintir yang masih tidak mahu berpuasa...good girl..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. hahahaha~ comel nye alya !! tahniah sebab dah puasa penuh..

    ReplyDelete
  8. wah bestnyaa. turn I coming soon. sekarang kids tak faham apa puasa tu lagi. Penat elak mulut sbb dorang sibuk nak suap itu ini. hahaha

    betul tu babe, I pun tak gemar kalau my kids nak ikut kazen/kawan kawan beraya dari rumah. entahlah budaya kutip duit raya takde dalam family i. jadi I tak gemar sangat. beraya kena dengan parents!

    kat flat i banyak je group bebudak. kekadang bukan yang tinggal flat tu pun, parents dorang boleh lepaskan , padahal paling besar pun 8 tahun rasanya. haiyoo. tapi dorang jujur. Assalamualaikum, kami datang nak duit raya. / kami taknak minum nak duit je -__- so kekadang i hulur je lah duit kat pintu. ada sekali tu pepagi raya, duit pun belum sedia, I cakap lah "aunty tak bagi duit raya lah" terus dorang blah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Semoga Alya terus membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  10. Share tips memang mudah....nak apply sila tingkatkan kesabaran anda =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post