Pengacara majlis perkahwinan di dewan LJT,Melawati

14:47:00

 22 July,sabtu lepas,dua minggu berturut-turut irda dapat undangan sebagai pengacara majlis perkahwinan.Kali ini perkahwinan  sahabat dari team coway di dewan prima LJT,Melawati Kuala Lumpur.

Pengacara majlis perkahwinan di dewan LJT,Melawati
Dua pasangan dalam satu majlis


Majlis perkahwinan afiq & Sai dan juga adiknya azfar & nur ainida berlangsung dalam satu majlis yang meriah dan teratur.Semuanya tersusun indah di dewan LJT.Masa mula-mula irda menapak di dewan LJT,irda lupa irda berada di dewan,ingatkan di hotel bertaraf 5 bintang.Decoration dan meja hidangan tersusun indah.Majlis berlangsung di tingkat 6 di Dewan Prima LJT.


Pengacara majlis perkahwinan di dewan LJT,Melawati


Lighting dan pelamin semuanya bagaikan di kayangan.Afiq dan saidatul adalah dua-duanya sahabat irda di coway.Pasangan ini memang dua-duanya sangat teliti dalam mengatur majlis mereka.Majlis sai kelmarin di titiwangsa,kali ni di dewan LJT adalah majlis bagi pihak lelaki.


A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
Senang nak kenal keluarga afiq,sebab mereka pakai baju sedondon berwarna coklat cair.Irda agak lambat sampai,janji pukul 11,lambat kul 11.20 sebab ada lalu satu sekolah china ni,sesak sebab ada hari ambil report card agaknya bila banyak kereta parking di tepi jalan.

Kemudian ada pula roadblock selang beberapa meter dari tempat tu,keluar rumah pukul 10am,perjalanan ambil masa setengah jam sepatutnya jadi 1 jam.Tapi nasib baik bersanding 12.30,jadi sampai 11.20 pun taklah mengelabah sangat.

Tak susah manapun nak cari prima LJT ni,sebab kedudukannya di Melawati.Cuma kalau hari sabtu berhadapan prima ljt ada pasar tani,petang nya pula ada pasar malam.Bestlah lepas je wedding,boleh pergi pasar malam.hehe

Masa datang dah irda lambat 20 minit dari time janji nak datang,terkocoh-kocoh juga cari kat mana dewannya.Pakcik guard yang dah tua duduk di luar tu tak berapa peramah lah.Orang tanya,tak pandang muka pun,suh naik tingkat  terus.Tapi biasalah orang tua kan,dia malas nak layan tengok irda yang terkocoh-kocoh tu kot.irda..always like that.clumsy..

Masa nak naik lif pula,ada lagi sorang guard sedang duduk,kali ni umur dia baya yang kat luar yang tak pandang irda bertanya tadi,dia diam je tak tanya banyak,mungkin dia tahu irda pergi wedding,ye lah baju irda pun dah sapu lantai,confirmlah pergi wedding kan.

But as respect,walaupun wajah pakcik kat luar tadi menjengkelkan,irda naik lif,terus cakap kat pakcik yang sorang lagi tu "saya naik tingkat 6 ye pakcik,assalammualaikum", sajalah tegur pakcik tu..

,pakcik tu boring kot hari-hari duduk situ tengok orang lalu lalang,jadi kita bangkitkan lah senyuman dia dengan bagi salam.tak yah nak hurt feeling sangatlah irda,ingat kerja guard ni tak penat ke?walaupun duduk je,orang tua ni kalau kita pandai amik hati dia,senyumlah dia.


Masa irda datang ada abang PA system,abang joe.So kami pun discuss untuk montaj,untuk lagu,bila lagu akan masuk dan bila irda akan bercakap.Bab ni irda rasa satu perbincangan yang serius juga sebabnya jika sebelum ni irda biasa je,PA sistem just dengar je apa yang irda cakap.Mungkin abang joe PA sistem ni memang orang dewan LJT kan,jadi semua kena in order betul-betul.Irda rasa lega juga sebab ada kawan yang boleh ajak borak.Selalunya kalau irda tak de orang nak ajak borak masa event,irda rasa gugup sikit,tapi kalau dah borak sakan,dah boleh tergelak,masa mengacarakan majlis rasa santai dan enjoy je..sebab tu pentingnya bercakap dengan sesiapa sebelum mengacara,ia ibarat warm up sebenarnya.

Mula-mula jumpa abang joe ni macam garang pulak

"awak emcee ke?meh sini jap nak discuss"..dalam hati,eekleh kerek gak abang ni ye.

Lepas  dah faham intonasi suara dia,abang joe ni oklah,sporting,cuma intonasi dia mula-mula je agak weird.Biasalah irda kalau first time jumpa orang,kalau orang tu suara garau rasa kelat dan ketat sikit muka,sebab dah biasa customer service bermanis muka dan berlembut tutur kata,tapi abang joe ni baik,suara dia mula-mula je macam rockers.

Seharian di dewan LJT,banyak juga irda dapat ilmu baru dari abang joe ni.Dia ni orang lama dalam emcee,wedding ceremony dan pelbagai event lain.So dia memang banyak ilmu.

Dia juga nasihat irda 

"emcee ni professional,tak semua orang boleh jadi emcee walau bijak macam mana pun dia.jadi bila kita bagi price kat orang,first kita ukur dulu sejauh mana keupayaan kita,jangan kita letak harga tinggi-tinggi kalau kita sendiri tak berapa confident.dan walaupun ada invitation dari kawan-kawan ka,saudara mara ka atau yang kita kenal,kita kena ada satu had minimum boleh kita bagi.sebab kita tak boleh suka hati lah,ikut budjet lah,harga kasih sayanglah,sebab kita kena jaga professional kita.."

irda tanya dia :"irda emcee ok tak ?"

dia jawab :"nak kata bagus sangat tu takdelah,nak kata teruk sangat pun takdelah.bolehlah,dan masih ada kena perlu banyak lagi belajar.kalau macam ni,ini rate yang sesuai $$$"..


A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
Wahh tu diaa orang lama bagi nasihat.Alhamdulilah,kadang-kadang kita tak tahu kan,ALLAH hantar seseorang untuk kita belajar sesuatu darinya atau dia belajar sesuatu dari kita.

So lepas ni,irda tahu dah kalau kawan-kawan atau saudara mara bagi job,kena ada satu standard harga minimum untuk orang yang kita kenal untuk jaga professionalisma kita,dan untuk customer luar pula,untuk skill irda yang masih 5/10 ini,ada jugalah rate yang sesuai.

Thank you PA system abang Joe for advise,nasihat dan terguran.Terkesan juga...Dia juga tegur emcee perlu rileks,sebab majlis semua akan ikut je apa emcee cakap,jadi be carefull,rileks and enjoy your job.

Pengacara majlis perkahwinan di dewan LJT,Melawati
ambur-ambur


First time irda tahu apa itu ambur-ambur,hehe,sebelum ni ada juga bab baling-baling tu,masa wedding annie dulu,annie pun kawan irda dari cimb investment,ada juga bab baling-baling ni,tapi tak tahu apa namanya.Rupanya ambur-ambur ni,orang tua atau budak-budak tunggu pengantin baling kepada mereka gula-gula ke,coklat ke takpun ada juga yang baling duit tak salah irda.so berebutlah diorang,Itu suasana yang paling best sebab meriah tengok budak-budak berebut,mak budak pun nak rebut agaknya,tapi malu,so duduk sipi-sipi je,mengharap balingan sampai kepada mereka.

Masa makan beradap,ada persembahan montaj disajikan untuk hiburan semua tetamu yang datang.Ada acara memotong pulut kuning,ada dua kek  yang cantik untuk acara potong kek.

Makanan di dewan LJT,ada dua jenis nasi putih,nasi beriani,lauk ayam masak merah,daging kicap dan ada beberapa lagi lauk irda tak ambil tahu sangat.huhu..ada mihun sup juga.Air panas dan bubur kacang adalah pilihan irda masa tu.

Irda tutup majlis tepat pukul 3.30pm bila dewan semakin berkurangan orang dan mulai lengang.

Keseluruhan majlis hari tu berjalan dengan lancar.Teks pun irda tak prepare sangat,sebab afiq dah prepare siap-siap.Thank you afiq pengantin lelaki.Afiq ni pun actually emcee juga.Jadi irda datang mengacara je,Selalunya teks irda dah siapkan,tapi kali ni pengantin lelaki yang siapkan.Alhamdulilah.

Mengacarakan majlis afiq dan sai,walaupun irda tak minta orang makeupkan,pakai pun baju biasa ala-ala muslimah,no eye shadow berlebihan,no bling-no bling,hehe but all event berjalan dengan baik.Paling best bila kawan-kawan coway datang serbu sekali,rasa kemeriahannya.

Irda biasalah kalau kat event makan 2-3 kali,kalau nak tengok emcee kuat makan irda lah.Hahaha...alaa wedding kawan kan..

Apapun terima kasih ALLAH atas nikmat rezeki yang tidak disangka-sangka,yang datang dari pelbagai cara.Baru minggu lepas irda emceekan orang,minggu ni dapat lagi.dua-duanya irda tak tetapkan harga,seikhlas mereka,tapi ALLAH maha mengetahui,dia terus bagi dan bagi lagi rezeki..Alhamdulilah ya ALLAH.. jadi "nikmat Tuhan lagi mana yang kau dustakan"

afiq & sai walaupun sis irda cakap bagi seikhlas hati,tetap diorang bagi banyak juga kat irda.Thank you so much to both of u.Terus sis shopping sakan tau..hahah....

Bytheway,
if both of you reading this entry sis doakan moga hubungan kalian kekal hingga jannah,moga sai jadi isteri afiq yang solehah,taat dan afiq jadi suami yang baik untuk sai.Moga didunia sai jadi isteri,di akhirat sai jadi ketua bidadari.maafkan sis kalau ada salah silap di majlis hari itu,moga ukhuwah persahabatan kita berpanjangan.salam sayang buat kalian berdua.

Sedikit selingan video yang tak berapa sempurna buat tatapan pembaca.

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

8 comments

  1. WAH IRDA EMCEE TAHAP PRO I MESTI BERAI N ADA SKIL TERSENDIRI

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...teguran itu ilmu...moga menjana lebih banyak peluang dan ruang untuk Irda kebih success tau...

    ReplyDelete
  3. Wah bukan senang nak jadi emcee...

    majlis kecik pun merisaukan apatah lagi majlis besar macam perkahwinan

    all the best irda

    ReplyDelete
  4. Hebat tu kak Irda. Kalau saya pegang mic je dah nak luruh jantung...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi isnin yang produktif

    Ohoo.

    Ini dah jadi lagi satu cabang bisnes irda ya

    Boleh jadi EMCEE

    Hehe

    Personal branding, bila skil tu dah melekat pada diri

    Pergi mana mana pun orang akan cop kita

    Pergi mana mana pun orang kenal

    Selamat berjaya dalam bisnes tau. Usaha dalam mencari rezeki yang halal

    Insyaallah berkat

    Syukur

    ReplyDelete
  6. Irda..teringin nak tau camane yer Irda boleh terjebak jadi emcee. Hehehe..next entry please! :)

    ReplyDelete
  7. Ambur ambur....hehe...pernah tengok masa besday jiran sepupu dulu...seronok tengok depa berebut haha

    ReplyDelete
  8. jadi emcee nih mesti orangnya berani ke depan, kalau akak ni irda orang panggil naik pentas ambik hadiah pun berdetak kencang jantung akak ni kalau jadi emcee mau pengsan kat depan tu...tahniah irda. nasihat yang diberikan tu sangat bagus, moga irda lebih berjaya nanti

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM