Sebelum ini pernah terbaca review tentang buku ni dari sahabat-sahabat blogger,sebab itu kelmarin masa irda singgah di kinokuniya terus borong 3 buku dan salah satunya ada buku pelukis Jalanan tulisan Teme berdasarkan kisah benar.

Resensi Buku:Pelukis Jalanan :I love this book
"Ia akan kekal dongeng jika engkau tidak mula berjalan."



Dalam buku ini mengisahkan seorang anak muda yang tidak dapat biasiswa selepas hanya dapat 11 mata semasa A level di Malaysia .Dia adalah seorang pelajar pintar yang sentiasa cemerlang dengan pelajaran cuma beberapa tahun semasa dia buat A Level dia terlalu sibuk dengan urusan perniagaan sehingga terabai pelajarannya.

Oleh kerana tidak mahu mengecewakan ibunda tercinta,berbekalkan wang simpanan nya yang yang cukup untuk pembayaran semester pertama pengajiannya di UK.Dia pun berangkat ke UK hanya dengan semangat dan yakin dengan pertolongan ALLAH.

Dia hanya ada seorang sahabat yang bernama Ahmad yang sama-sama buat A level di malaysia dulu dan kenalan maya yang dipanggilnya abang.Mereka lah yang menunggu Teme di airport.

Di Uk,dengan tidak mempunyai biasiswa,dengan terpaksa menyewa bilik,dengan catuan makanan,dengan adanya sabotaj,teme mengalami kesulitan demi kesulitan hidup.Tentang kewangan untuk biaya kuliahnya sebagai student architect.Teme tidak mahu menyusahkan sahabatnya yang bernama ahmad kerana bilik asramanya juga kecil.

Teme mengalami hampir putus asa,tapi dia tetap menguatamakan ALLAH dalam apajua tindakannya.Dia pernah bekerja di fast food,penyanyi jalanan.Namun bila dia merasakan sebagai penyanyi jalanan dia takut terlibat dengan maksiat,terus meninggalkan kerja itu walaupun sebenarnya ia mampu menampung kos hidupnya.

Teme juga pernah makan nasi dengan garam,tidur dalam kedinginan kerana tuan rumahnya amat kedekut.berjalan kaki berjam-jam untuk sampai ke kolej.Pernah satu ketika teme teringin sangat nak makan ayam goreng,bila ada wang dia hanya mampu beli seketul,tapi keluar kedai je dia nampak seorang lelaki gelandangan yang basah kuyup kehujanan mencari makanan dalam tong sampah tapi makanan semua basah bertakung air hujan.Teme yang juga lapar ketika itu dan sangat teringin makan ayam goreng teringat satu surah

"Kamu tidak akan sekali-kali dapat mencapai (hakikat kebajikan dna kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya"

Ayam itu diberikan kepada lelaki tersebut.

Teme pernah dianiaya oleh rakan kuliah keturunan israel yang nampaknya baik tapi tidak.Begitulah sifat orang israel.

Buku ini sangat banyak catatan motivasi.

Kehidupan Teme mula bersinar pada suatu petang bila dia berjalan kaki sambil menikmati pemandangan di Uk,dia melukis. Teme memang terkenal dengan bakat semualajadi pemberian ALLAH untuknya.Dari situ kehidupan Teme mula berubah .Buku ini amat bagus sebagai bacaan santai.Irda habiskannya dalam satu hari ketika laundry baju di hari sabtu.Dalam beberapa jam buku yang bermuka surat 200 lebih ini habis irda baca sebab irda suka.

Anda pun carilah ,lihat betapa teme mengutamakan ALLAH dalam banyak perkara akhirnya ALLAH juga yang membantunya.Benar seperti dlaam surah insyirah menyebut"Disebalik kesulitan pasti ada kemudahan"

irda share sikit quoates motivasi kehidupan yang ada dalam buku ini.Terlalu banyak yang menarik dalam buku ini yang akan membuat anda berfikir tentang kehidupan ini dan membangkitkan aura semangat.




 Irda baru belajar hari ini share status dari instagram ke blog.Hehe,tu share pic dari instagram terus.

Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

10 Comments

Thank you,come again :)

  1. menariknya jalan cerita buku ni. Teringin nak tahu apa ending nya. Kalau ke kedai buki, nanti nak carilah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik sangat dear..kalau dekat boleh je irda bagi pinjam

      Delete
  2. I love this book too! <3 Penuh pengajaran dan tak terasa pun baca. Sedar2 dah habis. Hee.

    Siqah dah beli buku Arkitek Jalanan tapi masih tak baca lagi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli buku ni sebab siqah review hari tu lah..lupa nak.letak link.siqah kat enntry..hehe

      Delete
    2. Nadia pun ada beli buku Teme nie dan ada buat review. Memang menarik. Baru tahu Irda ada instagram . Dah follow Irda dah <3

      Delete
  3. Berkat sabar..gigih dan yang utama letak kebergantungan sepenuhnya pada Allah..sinar muncul juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak pc..selamat hari raya kak pc.maaf zahir dan batin

      Delete
  4. Yup memang best dan sangat bermanfaat. Suka sangat buku Teme ni, cara dia berfikir, survive kat tempat orang dan macam2 lagi. sangat positif :)

    ReplyDelete
  5. best jalan cerita. and ilutrasi pun menarik .

    ReplyDelete
  6. Best.. Sha akan cuba dapatkan buku ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post