Malam ni irda nak share resipi ya.Bukan resipi irda,resipi bunda.Sebenarnya masak sup gear box ni senang sangat tapi rebus tulang tu yang lama.

Selalunya musim perayaan,ayah akan cari daging lembu yang baru dilapah,tak nak beli di kedai sejuk beku,make sure daging tu fresh,darah masih merah baru boleh buat rendang minang tok.Selain tu tak lupa mesti sekali beli kaki lembu buat sup gear box.Mak hanya buat sup gear box kalau daging baru,atau daging yang fresh.Bukan dari kedai sejuk beku.

Sebab rasa dan bau dagingnya memang lain kalau dari lembu yang baru dilapah ni.Lebih lazat dan menyelerakan.Manis kuahnya pun tak terkata.Jadi nak cari daging baru memang musim perayaan je lah kan.Apalagi kalau raya korban nanti.


Sup gear box :)

Bahan-bahan untuk sup

1.rempah sup bunjut adabi.
2.daun bawang & daun sup
3.bawang putih
4.halia
5.carrot dan kentang
6.bawang merah kecil
7.bunga lawang
8.cengkih
9. kulit kayu manis kalau nak,takde pun tak apa
10.garam

pemilihan bawang merah hendaklah bawang seperti entry irda sebelum ni

baca sini :[ cara saya jimat belanja dapur]

first sekali,untuk bawang goreng,irda buat sendiri.bawang kecil dipotong halus ikut berapa banyak bawang goreng kita nak,kemudian goreng hingga kekuningan dan toskan minyaknya.ini digunakan sebagai bawang goreng dalam sup kita nanti.

tulang kaki hendaklah direbus hingga melembutkan serpihan daging di tepi tulang.Masa rebus tulang  kaki lembu ni,akan ada lapisan lemak putih-putih naik ke atas dan terapung,buang semua lemak-lemak tu.beberapa kali jugalah irda ke dapur untuk buang lemak-lemak macam buih-buih yang terapung tu.Bila dah yakin dah takde,baru tutup periuk dan biarkan rebus lama-lama.

Masa ni irda rebus lebih kurang dalam 5 ketul.dari pukul 1pm hingga pukul 5.35pm jugalah. Ke lebih?rasanya macam record time merebus tu,tapi mana tah nota tu.huhu..

Kemudian kita tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia,bila dah kekuningan masukkan daun sup dan daun bawang.dan kulit kayu manis.Gaulkan sekali.

masukkan sekali rempah sup bunjut adabi.Memang irda selalu rempah sup bunjut adabi,masukkan sayur carrot dan kentang sebagai tambahan dalam sup.Bila semua bahan dah sebati,,masukkan kaki lembu tadi dengan air dari periuk rebusan sekali.Gaulkan.Jangan lupaa letak garam dan serbuk perasa.

Campak sekali bunga lawang,cengkih ,

satu sup bunjut untuk satu ketul sup gear box.

Bila dah hampir masak,actually tulang dah lembut pun,just kita nak gaulkan dengan bahan-bahan sup tadi dan lembutkan carrot dan kentang .Sebelum dihidang,taburkan bawang goreng yang kita buat tadi.

taraa,siap je update instagram..hahaha/...itulah generasi zaman sekarang,mak orang ni pun tak nak kalah tau.Pheww!


Irda masak satu ketul je dulu,esok nak makan  masak sup lagi,jadi tulang dalam periuk tu biarlah dulu.Irda masak satu hari sebelum nak raya,jadi hari tu kitaorang berbuka puasa dengan sup gear box,

esok pagi buat bahan untuk sup dan buat lagi sekali kitaran seperti diatas.Jadi sup masih rasa fresh dan enak sebab ia dibuat sekali lagi.Berbanding kalau kita masak semua pada hari yang sama.

ada insta friend tanya:sempat lagi ke masak dah raya irda?

me: Sempat,sebab buat sup gear box ni sekejap je,yang lama part nak rebus tulang tu.Pagi tu selepas solat subuh sebelum pergi solat raya,buat kuah sup balik Semua bahan-bahan sup dah disimpan dalam peti ais kan,tinggal goreng dan campak-campak dalam kuali.Kemudian ambil tulang dalam periuk rebusan masukkan dalam kuali ,gaul dan jadikan sup siap dihidang.

Balik solat raya terus makan bersama keluarga tercinta.Sedapp...sangat,siap  sedut isi dalam tulang tu ditambah pula dengan nasi panas..takde dah pandang ketupat atau lemang,focus sup gear bos je dulu.:^-^.Yang paling best satu family rebut-rebut nak sedut tulang tu,dah semua menggonggong tulang di pagi raya.Nasib belum ada tetamu datang :)

Oklah itu sahaja resipi bunda sup gear box untuk malam ini.



Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. Salam syawal irda...

    Sama macam arwah bapak akak, time raya mesti beli tulang lembu dgn hati limpa perut semua pak borong. Setahun sekali dapat makan mewah la kiranya hikhik

    ReplyDelete
  2. yaya xminat mkan gear box..mak yaya minat la..huhu
    pndai nyer mask sup gear box ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post