My new family

22:30:00

 Last Saturday,29 July 2017

Bila irda resign dari cimb ada beberapa orang ajak irda joint venture dengan business diorang.Seperti perancangan sebelum ini,irda nak kejar kejayaan dunia dan pada masa yang sama irda nak" circle" yang boleh mendidik jiwa menjadi lebih baik.Dikelilingi orang-orang yang positif dan baik agamanya sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita. 
Selain group coway yang sangat proaktif dan positif,irda ada family baru,Kak N & Dr.Wan yang sangat humble,down to earth walaupun mereka adalah golongan professional yang berjaya.




Oleh kerana kak N & Dr Wan,ni ada sesuatu yang irda cari,bukan kerana dia  mempunyai harta yang melimpah ruah,irda kagum dengan family kak N yang sangat islamic,-anak yang education background nya terbaik,2 orang sedang menuntut di US,walaupun belajar di united states budi bahasa terjaga dan sangat respect orang tua,walaupun husband kak N somebody di jabatan syariah MALAYSIA,ada PHD lagi..tak sombong pun dengan irda dan family .Kak N pun baik juga.Jadi kerana ingin berada dalam circle yang boleh membentuk jatidiri sahsiah irda,menjadikan jiwa irda lebih besar,akhlak irda lebih baik,kak N adalah new mentor dalam business irda nanti

Masa Irda datang ofis kak N di USJ,irda terkesima tengok family potrait diorang,ada anak-anak kak N,semua pakai baju sama colour,dalam ramai-ramai tu ada seorang perempuan yang sama colour baju juga tapi tahu itu bukan anak Kak N,

"Siapa tu kak ?'l

"Owh itulah orang gaji kami,"balas kak N

Irda terdiam.Maid pun masuk dalam potrait family yang siap ada frame,tergantung indah dalam ofis berhawa dingin kak N.Ada sesuatu yang irda belajar dan ada sesuatu yang menjentik perasaan dan buah fikiran.Andainya suatu saat nanti irda berada seperti kedudukan kak N..ingatkan diri ini untuk melayani setiap makhlukMu dengan samarata..apalagi orang yang berkhidmat dalam rumah kita yang dianggap seperti sebahagian dari keluarga kita.


RUMAH ANAK YATIM,AT TAQWA PUCHONG

Kadang-kadang untuk berjaya dan baik akhlaknya,kita perlukan mentor.Ya kita boleh berkawan dengan siapa sahaja,jahat atau baik siapa kita untuk menilai orang,namun untuk dijadikan mentor dan mentor itu berperanan dalam mempengaruhi kita,ya jadikanlah seseorang yang yang baik agamanya untuk kita contohi.Rapati mereka dan timba sedikit sebanyak pengalaman mereka untuk kita gunakan dalam kehidupan.


Event pertama yang irda join anjuran A Wealth resources kak N & husband program pemberian sumbangan di rumah anak yatim di puchong.Gigihlah irda bawa satu family,especially alya yang mula-mula ingat nak pergi tengok wayang,sebenarnya tak teruja sangat berada di rumah anak yatim.

kenapa kita sini mama" 
hari ni alya tanya "kenapa kita kat sini mama"..

"nampak tak ramai kat sini sebaya alya kan...diorang semua mak ayah takde.. diorang tidur tak de sibuk asyik nak beraircond  macam alya..
  takde kalau makan tak nak lauk tu tak nak lauk ni..makan je apa ada orang bagi..sebab diorang takde tempat nak minta...rumah diorang kat sini..
. alya kena bersyukur mama papa ada..bunda atuk ada..semua manjakan alya..
*

alya diam sendu...
moga alya jadi anak solehah ya syg n membesar jadi anak yg berjasa..aamin"

Tak salah,kak N kata di rumah anak yatim at taqwa ni ada lebih kurang 55 orang lelaki dan perempuan.Yang paling kecil 4 tahun sehingga 17 tahun.Tempat majlis kami berlangsung bahagian asrama perempuan.Masa ni mereka dijamu dengan nasi beriani lauk ayam goreng,daging masak kicap,dan pelbagai juadah lain .Ada makanan yang ditempah dari catering ada juga dibawa secara potluck oleh consultant Kak N.Irda pula bawa buah tembikai sahaja.


A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
Pengurus rumah anak yatim at taqwa,puchong ni boleh hubungi ustazah norhayati (013-2714595) atau pengurus lagi seorang (013-3336108) en Amran.Alamat rumah anak yatim ini 

No 1 Jalan Putra Perdana 6/10,Taman Putra Perdana Puchong,Selangor,Malaysia untuk sebarang program bantuan boleh hubungi mereka



MAJLIS SUMBANGAN DI RUMAH ANAK YATIM AT TAQWA,PUCHONG


A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
Event bermula jam 11.30am,irda dan family datang lambat,pukul 12.50pm macam tu irda sampai,terkilan juga rasa hati tak dapat tengok persembahan nasyid anak yatim.Yang mana rata-rata yang hadir semua kata diorang sedih dengan nasyid anak yatim.Irda nak sangat alya dan adik bungsu dengar dan tengok persembahan diorang,tapi tak berkesempatan.

Masa kami sampai,anak-anak yatim sedang asyik dengan game kerusi beracun,dan kak N pun dah stanby untuk bagi duit raya .Meriah dan happy diorang.Tapi mungkin masa kita ada,anak-anak yatim rasa kebahagian sekejap,bila semua sudah balik dan buat hal masing-masing,mesti diorang sedih .Bayangkan seawal usia 4 tahun tiada tempat mengadu,tempat berkasih sayang.Rasa sayu hati memikirkan dan memandang kesemua wajah mereka.

Wajah anak-anak ini cukup menghibakan hati

Rasullullah kata,sentuh kepala anak yatim dan belai mereka banyak pahala kita,Tapi ada yang dah besar agak malu rasanya.Ralat juga bila irda sibuk nak ambil gambar diorang masa ambil makanan,dan masa nak makan,irda fikir alik kenapa perlu ambil?Masa tu ada yang sembunyikan wajah mereka dari camera,irda tak patut sebenarnya.Untuk apa kan?mungkin mana yang dah besar tak mahu mereka jadi tatapan media sosial.Hemm...maaf adik-adik.


Bila tengok my new family,my new mentor and bakal bekerjasama tak lama lagi,hanya tunggu license irda transfer ke agency kak N,insyaAllah irda nak jadikan Kak N & Family sebagai contoh ikutan.Teringin juga rasanya menganjurkan majlis-majlis begini ,bukan nak tunjuk kita ini dermawan,cuma irda nak dedahkan family irda pada golongan yang memerlukan especially alya tak nak dia rasa manja sangat dan semuanya serba ada.

 DOA & HARAPAN
Alya ni anak papa,semua apa nak ,if irda yang tak bagi,mesti papa dia penuh kan,manja dengan bunda dan atuk,sebab hanya sorang ni cucu kan (buat masa ini),jadi semua nak senang dapat.Jadi bila didedahkan dengan majlis-majlis sebegini,sekurang-kurangnya biar dia tahu tak semua orang dalam dunia beruntung seperti dia.Jadi kita kena belajar bersyukur dan tidak merungut.

Irda memang plan nak hantar dia sekolah terbaik lepas ni,focus agama dan ilmu dunia.Maybe nak tinggalkan dia di asrama,tapi itulah mak-mak macam kita ni mana nak lepaskan anak sangat kan.Maybe bila secondary school nanti,irda akan kuatkan hati untuk berpisah untuk dia dapat pendidikan yang terbaik dari sekolah terbaik.

Bukan irda cakap sekolah biasa ni tak bagus,semuanya bagus,kalau budak tu bagus,apa sekolah pun tetap bagus,cuma irda tahu alya anak manja,perlukan dia focus pada pendidikan dah.Selama ni irda tak risau sangat,cuma makin besar anak,makin risau kita ni.InsyaALLAH untuk dapat sekolah terbaik,pembiayaan nya juga akan banyak.InsyaALLAH ada rezeki dia tu nanti.Tiba masanya kami melabur pada pendidikan anak pula

Doa irda,success dalam business consultant ,selain mencari harta dunia,irda ingin membentuk diri jadi hamba yang sempurna.Terus terang agama irda tak seberapa,walaupun solat irda cuba sempurnakan 5 waktu,puasa irda penuhkan,tapi irda sedar masih ada tompok-tompok koyakan pada agama irda.Jadi biarlah dalam circle yang baik-baik,circle orang yang berjaya ni ,mampu lah irda menjadi sebahagian dari mereka.

Businessconsultant adalah 2/3 dari agenda irda selepas resign.InsyaALLAH irda ada target besar dalam business ni.Gunakan sepenuhnya skill yang dianugerahkan Tuhan untuk membantu orang lain dalam wealth management dan juga membantu diri sendiri.
Kenapa 2/3?sebab irda juga ada selingan plan lain,oleh kerana ini peringkat permulaan,terlalu banyak idea,dan harus bekerja keras untuk memulakannya.

InsyaALLAH irda akan berkerja lebih keras,mungkin akan lebih sibuk untuk melaksanakan impian ini.InusyaALLAH,moga ALLAH permudahkan setiap urusan dan jaga setiap langkah.


Dengan sokongan mak ayah dan dengan izin suami,moga langkah irda dalam lindungan ALLAH dan dijauhkan dari anasir-anasir yang tidak baik.Moga sentiasa diingatkan kerana irda juga manusia yang serba tak sempurna.

akhir entry ni,irda share kan satu perkongsian terbaik dari mentor dalam konspirasi group.



 Moga bermanfaat ya,..selamat malam..daaaa

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah...sejuk hati..betul kan Irda...nak jadi baik bukan sekadar teori dan fakta...perlu diusahakan...praktikal dan berterusan...moga ini menjadi salah satu lorong dan anak kunci syurga.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah setiap usaha kita ke arah kebaikan pasti akan dipermudahkan. yang penting kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.

    berusaha bersungguh-sungguh dengan amal soleh dan berdoalah semoga kita sentiasa diberi taufik untuk istiqamah dengan amal soleh kita sehingga ke akhir hayat kita.

    ReplyDelete
  3. Good job Irda! If you need any helper or volunteer untuk majlis dengan rumah anak2 yatim. Please ..please count me in dear! Saya pun nak dikelilingi oleh orang2 yang baik juga. Take care sis! Muahss!

    ReplyDelete
  4. kerja muliaa kak irda.. busyra bngga jadi adik akak.. even hnya dialam maya. tringin sngt nk jmpa akak..

    ReplyDelete
  5. Sama kita kak...saya pun plan benda yg sama untuk yaya...n nak bawa dia ke tempat macam ni supaya dia bersyukur dengan apa yang dia ada=)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah seronok tgh kehidupan baru irda. Best dan sejuk bila di kekelilingi insan yg baik dan berhati mulia. Semoga aura baik meresap ke dalam jiwa kita hendaknya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, moga irda terus istiqamah dlm beramal, beramal dgn ikhlas. Selamat menjalani kehidupan baru, suasana baru, mgkn juga sudah tak sestress dulu, hihi.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Bila kita dikelilingi orang2 yang baik, kita akan dapat tempiasnya...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Semoga.niat irda tu tercapai semuanya ya..
    Insyallah alya akan jadi anak yg soleh dan baik2.. :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah dare to change bukan semua orang mampu lakukan.
    Kalau niat kita betul Allah akan permudahkan In Sha Allah.

    ReplyDelete
  11. seronoknya dapat join program macam ni kan bee. good luck in whatever you do bee

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM