Gathering coway di Tanjung Kling,Melaka(Part one)

17:59:00


28/August 2017

 Bertolak dari KL lebih kurang pukul 11.45pagi sebelum pergi singgah di head office Fadly & cik Ida settle kan sales all team members.



Kami bawa 30 bungkus nasi dagang yang ditempah oleh Ain.Dari rumah irda dah bungkus buah mata kucing dan ikan masin masak tempoyak. Mak den sponsor diri untuk masak tempoyak.Ye lah cik ida bawa ayam goreng sambal berlado,sya bawa ayam masak lemak,ada kakak tu bawa ikan masak kari dengan bendi,fuh terbaik..syu bawa sayur mayur menggiurkan,so irda?Buat kelainan bawak ikan masin masak tempoyak.dan of course lah version minang,pedas meletop ke ba bom....mana-mana yang urban lifestyle,tempoyak tak makan,tak dapek nak tolong.Sebab mak den dah offer,so layan je lah..Karang kalau den tak bawak,mak den kecik hati,tak pasal-pasal den jadi anak derhaka..ekau nak tanggung ko doso den?itulah menu pot luck lunch kami bila tiba di Melaka nanti.

Kasut Irda hari tu dari HAWKEYE.Sakit kaki pakai kasut ni..Mungkin sebab baru beli atau memang ia menyakitkan.Nasiblah di Melaka tak banyak jalan sangat.Jadi ia sejenis kasut yang menyakitkan,tetaplah amik gambar sebagai kenangan.Adakah ini sejenis perangai menunjuk?Ehh tak lah..Sebenarnya i nak bagitahu, setiap kali i beli kasut,tak kisahlah vincci ke,calro rino ke,primavera ke,valentino,swisspolo mahupun Bonia..kenapa eh mesti sakit kaki.Ada orang cakap nak elakkan sakit kaki,lepas beli tu gigit dulu sebelum pakai?Ko selera ke nak gigit kasut macam ni?.




Dalam perjalanan,
Zara,anak fadly demam.Kesian anak bapak tu,so ida lah drive.Sebabnya anak bapak kan,tidur dan merengek dengan bapak lah.Sebijik alya ni.Bila cik ida yang drive,of course i duduk depan juga,.Bukan apa,ida & Irda kan sama tapi tak serupa,walaupun ida yang drive,i pun terasalah sebahagian dari nya,walaupun sebenarnya pegang stereng pun i fail.

Sebenarnya di lubuk hati ku yang dalam,eceh!terasa kagum dengan ida ni,walaupun dia kurus,tapi dia anak dua,tak payah dah telan slimming product,tak payah !sebab neutral kurus kadang-kadang cari juga mana lemak dia sorokkan ?,walaupun dia kurus dan slim,dia boleh bawa kereta besar,lepas ni kalau fadly nak beli murano,rundo,range rovers,i rasa dia pegang satu tangan je stereng tu bawa dengan penuh dedikasinya.Perghh,sis tercabar tau!

Oleh kerana kehausan,apalagi cik ida offer nak belanja starbuck ,sis yang sedang berangan di tepi tingkap bagaikan terasa mengantuk disorongkan bantal.Orang nak belanja kan.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dilayan.Dari bermusuh-musuh buang karan ,baik suruh dia masuk coway wang pun dapat riban-riban..(ini perumpamaan baru).

Masa singgah di petronas,cik ida isi minyak,Fadly beli ubat batuk zara and me?Tukang beli air.Sebenarnya nak buat pengakuan dengan cik ida ni,sis jarang minum air mahal.Kalau ada pun selalunya client atau business partner yang belanja.Serius,i tak pernah beli sendiri.Coffeebean atau sturbacks,memang ada masuk tetapi tak pernah beli sendiri.Jadi menjadi kesukaran saat nak order menu pilihan.Sebab selalunya orang yang belikan..:)

Tapi satu je nak puji,servis di sturbacks memang terbaik.Yang jaga kaunter pun budak-budak muda kan dan super peramah.Jadi tiadalah rasa ko nak kekwat sangat time order.

Cik ida nak chocholate drink and me?I order je yang diorang promote hari tu.Katanya yang ni banana mocca split drink cum with breakfast,tuna chicken sandwich(maaf tak berapa ingat namanya,ni i main sebut je asalkan bunyinya hampir sama.).Sebab I tak pernah order,so memang baguslah diorang promote i main ok je .Nampak ilustrasi gambar yang menyelerakan,nampaknya sandwich dengan air sekali tu agak lebih murah pula,so i pun ambil dua menu tu.Actually i ada starbucks kad,tak pernah gunapun.I pakai cik ida punya,total bill RM38.90.Cashier tu tanya,

"miss kita genapkan bill miss RM40 ya,and swipe kad miss ni..".

I pun ok je,sebab i blurr,kenapa dia nak genapkan?kenapa pula dia nak genapkan lebih mahal pula.ishh.malas nak tanya-tanya..
sebabnya?

)I tak pernah gunakan kad starbucks i.Kad tu i dapat masa keje di CIMB .Ini kad starbucks cik ida.Lagi satu i malas nak tanya-tanya,sebabnya i dahlah dengan sunglassesnya,gaya dah ada,tak yah lah tunjuk sangat jakun plus bataks i tu kan..takkan bende simple macam tu i nak suruh diorang explain detail kenapa dan mengapa..huhu...

.lagi satu ini kan cik ida belanja,ape de hal sangat kalau setakat RM40 tu kan kan..hehe,so i pakat lah pujuk hati,iyakan je lah apa adik cashier ni cakap.


"
A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
 

"Saya tak pernah belanja sis,sebab sis jarang-jarang ada dengan kitaorang.Kalau tak selalu je saya belanja". cik ida bersuara sekembalinya i ke dalam kereta.


Dalam hati,mesti sebab I macam biskut ni,kejap ada kejap hilang macam chipsmore..Tapi rasa touching pula bila Cik ida berkata  begitu.Adakah kehadiran ku begitu bermakna pada mereka?ATAU hanya sekedar sweet talk seorang leader pada anak buahnya?Hahaha..apapun im happy tau berada dengan uols.Kadang-kadang rasa dimanjakan pula,mioww..walaupun Fadly cakap den degil,eeh berani dia nak marah ?Merajuk seabad baru tau.Nasib cik ida sentiasa dengan cergas dan tangkas banyak menyelesaikan masalah-masalah i especially bila ada sales pending.


Dalam kereta,biasalah minda dan mindset business ,so kami pun berborak-borak pasal product baru dari coway yang akan keluar tak lama lagi.Kosmetik dari korea.Korang pernah dengar RE:NK,skin renew perfect.Ini juga menggunakan R&D  di Coway,dan akan masuk pasaran Malaysia tak lama lagi.

credit to FB GM:LotfiWahab

"Kita kat Malaysia belum lagi kenal Re:NK Cell-to-Cell Essense. Produk ni dibangunkan di Coway R&D sendiri. Kami berani keluarkan modal nak bagi secara percuma dulu kat sini.
Di peringkat antarabangsa, produk ni dah pun menang 3 anugerah hebat;
1. IR52 Jang Young Shil Award.
2. Gold Prize - 2013 Pittsburgh International Invention Competition.
3. Grand Prize - 2012 iENA.

Official website: http://www.re-nk.co.kr/en/
Produk ini sesuai untuk wanita yang nak gebu original dan lelaki yang nak kaya jual produk wanita. Hikhik"

Selepas panjang berjela Fadly bagi mukadimah tentang product yang akan keluar tak lama lagi,I sendiri buat kesimpulan.Sebenarnya dulu zaman-zaman jadi pendebat,i memang suka buat penutup.Eceh,so bila masuk zaman bekerja,i juga suka buat penggulungan hujah.

"Coway never stop distributed new product,enhanced product,so sangatlah beruntung kita sebahagian dari ejen coway,untuk jangka masa panjang,ia bukan sahaja jual penapis air,tapi banyak product lain,jadi uols dah ramai budak-budak bawah,kedudukan makin kukuh,so same goes to me,InsyaALLH,FOLLOW  u"....ibarat iklan digi,orang kuning yang buntal tu,i follow u...yeah i follow u...:)

Sesekali i toleh belakang,Fadly yang duduk di belakang,sekejap baring,sekejap sandar,sekejap susukan anak,menggunakan botol susu ya,sekejap bersandar ke tingkap,asalkan anaknya selesa,pelbagai gaya kuak lentang dibuatnya,motifnya hanya satu,asalkan anak kesayangannya selesa.

Tabik spring dekat lelaki yang nampak sado tapi bersifat kebapaan ini.Tahniah cik ida,berjaya transform fadly yang dulu ..tet..* ..sekarang boleh dijadikan role model dan boleh menang anugerah bapa contoh dan teladan di hari bapa.Boleh jugalah mana-mana penaja  yang iklankan pampers mahupun susu,tukar ganti selalunya model ibu,apakata letak bapa pula.Berilah kelainan pada iklan korang kan.Sang empunya diri kalau baca ni,jangan nak sengih sangat...puji ada makna tau...

Berbalik pada topik perbualan,bertukar kepada investment,dari tabung haji ke ASB,seterusnya kepada rumah mereka yang ingin disewakan di Kajang.

Satu sifat semulajadi lagi menjadi sifat hakiki,I suka menjadi penyibuk yang bertauliah.Maksudnya penyibuk disini I nak tahu dah sewakan ke,berapa sewanya,berapa bayar bulannya,profit ke idok,maksud bertauliah pula i akan bagi solution pada setiap persoalan yang tidak terjawab.Jadi bila dikatakan belum ada penyewa,I pun ibarat doraemon yang ada poket macam-macam terus call hafiz,Hafiz ni ex-colleague I dulu,sekarang dia kerja dengan lawyer dan pada masa yang sama property negotiator lah juga.Sebelum ni ,dia berjaya tolong kawan I jualkan rumah dia di rawang.

So i pun mintalah tolong Hafiz carikan penyewa ,dan selesaikan semua urusan tenancy agreement.Info pun i share,so settle satu masalah orang.Kawan I akan dapat commision fees,kawan i sorang lagi dapat penyewa,?InsyaALLAH moga dipermudahkan semua urusan.I jadi orang tengah dapatlah juga tempiasnya kan kan..paling kurang nescafe tarik segelas dan sekeping roti canai fadly belanja..Alaa cik ida belanja starbucks,takkan teh tarik je kot..eh eh..gurau je,tolong ikhlas je lah..

if readers yang mencari rumah untuk disewa juga boleh rogerya.Ni info rumah tersebut


 FOR RENT: 2 Storey Intermediate House at Taman Koperasi Cuepacs, Kajang

PROPERTY DETAILS:
>>> 2 Storey Terrace
>>> Intermediate
>>> Land Area: 18x65 sq.ft.
>>> 4 Bedroom 3 Bathroom
>>> Basic unit, Newly Renovated and extended.
>>> Extended Kitchen
>>> Plastered Ceiling
>>> Table top
>>> Unfurnished

AMENITIES:
>>> Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat (5 Min)
>>> Sekolah Menengah Agama Persekutuan (7 Min)
>>> Sekolah Menengah Sungai Ramal (16 Min)
>>> Universiti Putra Malaysia (18 Min)
>>> Shop lot area (Walking Distance)
>>> MRT Bukit Dukung (Walking Distance)
>>> Pekan Kajang (15 Min)
>>> KLCC (31 Min)
>>> Putrajaya (29 Min)
>>> Shah Alam (38 Min)
>>> KLIA (47 Min)



Kalau dalam perjalanan yang jauh tiada muzik,terasa hambarlah sebuah perjalanan 

Jadi dengan kelengkapan HRV milik ida & fadly,semua jenis muzik ada,tak cukup dengan itu ada pula youtube,pilih sahaja lagu jenis apa.r&b,balada,dangdut mahupun muzik zapin cak lempong,semuanya membingitkan suasana.Dari artis barat,ke melayu lama,dari artis Indonesia ke Korea,kadang-kadang kagum juga dengan dua org husband &wife  ni,artis korea pun diorang kenal.Siap ada artis korea suara paling sedap pun diorang tahu ..Hmmm...Almaklum jual produk korea kan,dahlah muka cik ida tu ala-ala korea,fadly tak lah sangat...jadi kalau cik ida nyanyi lagu korea den boleh terimo,tapi kalau fadly den fikir 44 x nak hadam ...:p~

Story akan bersambung ke part(two),sebelum tu jom layan Live video irda nyanyi di FACEBOOK LIVE !..Klik video di bawah.



Ntah apa-apa yang kitaorang nyanyi ni?Ala bagilah can sesekali mak orang ni nak nyanyi,Berani fadly kata i kurang keyakinan diri?bukan kurang keyakinan,suara i sedap sangat,nanti ada pula yang nak buat recording :P~~...aww sebenarnya i pemalu lah bab nak nyanyi-nyanyi ni..ehem...

nak dengar lagu penuh dari penyanyi asal..? yOUTUBE SEARCH nike Ardilla,ku takkan bersuara.

Ok readers,thats all for today.daaa...









Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

3 comments

  1. Seronokkan bila ada team yang sempoi...

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak sikap penyibuk bertauliah tu irda. Semua benda kita akan tahu. hihi

    ReplyDelete
  3. Meriah nyer Irda. Memang sepasukan sangat!

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO