Hasil Blogging Part two

22:49:00

Assalammualaikum ...

Pernah baca hasil blogging part one sebelum ini?Kalau belum sudikanlah baca dulu ya.di entry ini [.hasil blogging part one ]


 i rasa entry ni akan sentiasa bersambung dan berterusan dengan artikel dan pencapaian yang berbeza,eceh!macam famous dan fabulous je blog den ni,sebenarnya blog  ni suam-suam kuku je,tapi alhamdulilah lah sentiasa juga dapat job attend event,job review product dan paling best food review....attend event with payment hokay...:)

alhamdulilah,rezeki kan,walaupun tak famous,at least fullfill hobby with hobby..maksudnya makan tu pun hobby,dapat makan free lagi sejenis hobby yang tidak disangkal lagi....lepas tu tulis kat blog tu pun satu hobby,.senang betul kerja,datang makan,amik gambar click click,selfie wefie,,lepas tu membebel di blog..fuhh.lepas tu dapat payment lagi,ke tak best tu.jadi nak simpulkan hobby atas hobby semuanya..


First sekali i nak berterima kasih sangat pada mommycici,yang add i dalam fb blogger groups,fb media,dari satu orang ke satu orang i kenal hinggalah i kenal dengan website people, viralpage editor,influencer dan banyak lagi kenalan lain.Banyak juga i berguru dengan blogger-blogger otai yang tak lokek ilmu .

Di fb bloggers&community juga i dapat banyak job.Thank you so much my beloved cici..muahhxx kat pipi u banyak kali..last i jumpa beautiful mommy ni masa buka puasa involve asia hari tu.

Kadang-kadang percaya tak korang,ALLAH akan hantar seseorang untuk tolong kita mudahkan urusan kita,tunjukkan jalan rezeki kita.. bilamana kita letak 100% effort pada sesuatu perkara.Walaupun korang rasa bila buat sesuatu tu macam takde makna je..tapi kalau kita letak 100% usaha kat situ,mesti ada je kita dapat dari arah lain sebagai balasan..

I pernah bangun pukul 4am just nak update blog. Entah,bagi I ni macam i meluahkan sesuatu,walaupun banyak perkara i masih hide sebab menjaga sensitiviti orang lain dan kalau kita berkongsi pun kita tak boleh berkongsi semua dengan public,tetap bila meluahkan sesuatu pada blog i rasa puas.Kalau tak dapat buka blog i rasa rindu serindu rindunya...korang janganlah kata bangun pukul 4am tu kenapa tak luahkan dalam tahajud je,kadang-kadang i tahajud juga,kadang-kadang i bangun awal sebab i takde masa lain untuk update.i kan super mom...always busy with career lifestyle..huhu,macam orang lain tak busy je kan?

Jadi biar orang kata ada ke orang nak baca blog ko ni?ehh kenapa page view ko ni sikit sangat macam takde orang singgah je,biar lah orang atau hati kita berkata-kata macam tu,kita pula terus je menulis jangan nak fikir sangat,ada info yang menarik dan kalau ada rasanya yang baik untuk kita kongsikan,share je,end up,ada je Allah nak bagi rezeki.Jangan berhenti melakukan sesuatu yang kita rasa seronok melakukannya walaupun ada orang tak hargainya...abaikan...sebab?ini blog kita,ini idea kita,dan ini rumah maya kita...jadi hiasi rumah ini agar kita sendiri berasa senang dengannya,bukan untuk siapa-siapa tapi untuk kepuasan diri kita sendiri...


Sebab tu ALLAH kata,sekecil-kecil usaha pun ada nilainya disisi Tuhan .Samalah i update blog tentang coway lepas solat subuh,cekang jugalah mata..alhamdulilah ada jugalah i dapat coway customer seorang dua dari blog.kadang-kadang i terfikir punyalah banyak ejen di Malaysia ni,kenapa orang tu jumpa coway di blog irdagarmin?ini bukanlah website tahap professsional sangat..

sebab?mungkin sebab usaha i sebelum ni..walaupun busy,pagi-pagi hari i dah update ..

ALLAH akan balas.cuma masa sahaja yang menentukan tu bila,kita sebagai blogger jangan berhenti berkongsi,kongsi yang baik-baik,hasilnya pun baik.Mana haters yang stalk blog kita,maaf kan je bukan kita nak tunjuk baik,menulis baik-baik untuk diri sendiri juga sebenarnya.Reminder untuk diri sendiri..

Untuk blogger nak dapat rezeki tu jangan malu bertanya,kena adalah usaha sikit.Aktif sikit.
 Aktif dalam media sosial untuk menjana income apa salahnya kan.Siapa habiskan masa 1-2 jam just scroll FB?Kadang-kadang i pun macam tu.Tapi cuba aktifkan diri dengan group blogger.Banyak je group dalam tu.Antaranya:

i)Social Media + Bloggers Community
ii) Geng Blogger Malaysia
iii) Denaihati Network
iv) Kelab Blogger Emas Putih
v) Malaysia Bloggers & Social Media

Jadi dari kita scroll ntah apa-apa,stalk ntah apa-apa,tengok ntah apa-apa,jomlah join community ni,selain meluaskan kenalan kalau ada rezeki ada orang akan pelawa kita untuk sebarang kerja blogging.Masa ni sebenarnya kalau kita guna dengan sebaiknya,banyak je peluang yang datang.Dari asyik baca gosip,jadi pengomen tegar,tak pun baca KRT(kisah rumahtangga) mahupun IIUM tu,apa kata join something yang u can earn something.Baca sesuatu yang menjentik emosi kalau dapat duit takpalah,kalau tak.fikir balik ada manfaat ke?

Jangan nak sibuk sangat baca masalah orang...sebab nanti jadi buah fikiran kita.Bila jadi buah fikiran kita,mulalah kita pun nak fikir -fikir yang bukan-bukan.Ini cakap untuk peringatan diri sendiri...kadang-kadang i pun terbaca juga,lepas baca jadi geram tak semena-mena..apa daaa....


Itu kalau korang nak jadikan blog sebagai medium income lah,kalau setakat hobi sahaja pun tak salah.Macam irda blog ni sebagai melepaskan sesuatu dalam bentuk penulisan+sebagai diari untuk dibaca-baca kelak+untuk simpan achievement.Kira achievement unlocked gitu..(kalau adalah.macam banyak sangat je achievement aku) dan juga kalau jadi income pun double bonus for me...i love it..Orang giler pun suka dapat duit,apalagi i yang waras ni kan..:)

Selain aktif di group blogger,i teringin nak rasa income affiliate dan adsense,yang tu belum kesampaian lagi.InsyaALLAH yakin je,ada tu nanti.

Memanglah menulis bukan kerana nama,.Tapi kalau menulis dapat sesuatu tak salah kan.Sekurang-kurangnya dapat duit jajan untuk  upgraded gadjet kat rumah ni,boleh shopping tanpa usik duit gaji atau nak shopping tak perlu merengek kat laki kan best gitu,betul tak?Confirm para suami bagi freedom untuk korang enjoy blogging.

Oklah,panjang nau bebelan i malam ni..





 
Kali ni i nak share hasil blogging attend satu event ni,so i pun shopping di midvalley 31 haribulan hari tu.Sebenarnya hari yang sama i ada satu job,sebagai bloggers media disitu.Tapi entah kenapa hari tu event start 11am,pukul 12:45 pm baru i sampai.


Mungkin lambat i naik KTM.Sebenarnya ni first time i datang midvalley naik KTM.Tunggu KTM pun almost 1 hour.Lagipun KL sesak hari tu dengan perarakan merdeka kan.Jadi paling baik adalah naik public transport.Jadi hanya KTM yang direct ke midvalley.Memang confirmlah i lambat,sampai je event dah habis pun.I anggap tu bukan rezeki je.

Tension?Hahah..tak sangat pun sebabnya,I nak shopping sebenarnya hari tu.Tu main point i nak datang Midvalley.Dan lama jugalah sebenarnya i tak turun midvalley,asyik-asyik sogo je,kadang-kadang i pelik kalau sogo memanjang ada potongan diskaun,memanjang ada sale..pelik bin ajaib yang mana sampai sekarang i masih mencari jawapan.ar yang pastinya tiada jawapan...arghh...rindu sogo,rindu pula office lama i sebelah sogo...ishh...

Lama juga lah sebenarnya i tak jalan-jalan di midvalley.I kalau shopping memang lagi suka pergi dengan kawan.Sebabnya?kalau bawa anak,atau family,confirm i takkan shopping untuk diri sendiri.Mak-mak kan,confirm beli untuk anak je .Bila shopping dengan kawan ni kelebihannya,kawan ko amat memahami jiwa bergelora ko nak shopping ,siap carikan saiz,carikan design...kalau shopping dengan family,belum sempat fitting,mama nak balik lah...

Nasib ada kina,cek mek molek yang teman kan i shopping.Yang bestnya hari merdeka kan,boleh dikatakan 80% outlet buat potongan harga.Apalagi..i pun mata kejap keatas kejap kebawah, naik juling mata i pusing 360 darjah bila nampak semua kedai buat tawaran murah..gelojoh macam rancangan "shopping anything in five minute without paying".kalau boleh i nak angkut trolley beli baju macam beli sayur...huhu

Ramainya orang shopping di hari merdeka,fitting room beratur,nak bayar pun beratur panjang.
A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on


Wanita dan shopping memang berpisah tiada,walaupun sebenarnya i seorang yang berjimat cermat lagi hemat berbelanja,bila ada duit geli-geli masuk semalam dalam akaun sebelum nak tido,confirmlah graf nafsu shopping tu mendadak naik.Selagi duit tu tak dikeluarkan,ia mula menjadi buah fikiran,tangan gatal sahaja rasanya nak cucuk machine atm yang 24 jam bekerja dengan setianya.



Apalagi,kali ni i tak guna dah konsep bijak berbelanja,atau tulis dulu sebelum belanja,sebabnya i shopping dengan duit hasil blogging.Dan ini adalah hasilnya.Tararaaa.4 helai terus..Bagi I,ini adalah duit untuk i happy-happy,sebab ini duit dari hobby.yeahh.:) 

A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on



Oleh kerana kaki dah sakit,lepas je lunch i terus balik rumah.Muka puas hati dapat baju baru .Yeah...next hasil blogging i nak beli apa ya?Moga lebih banyak collaboration lepas ni,anda juga ya...aamin..

stay tune,daaa.........



Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

7 comments

  1. Tahniah Irda.
    'Sambil menyelam minum air'

    ReplyDelete
  2. food review yg best..dpt makan, dpt duit..hehe..
    lama jg x ke midvalley..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..walau yang kita capai atau perolehi itu kecil atau sedikit...ianya sangat bermakna kerana hasil usaha yang gigih..syukur.

    ReplyDelete
  4. Tahniah...panjangnya entry haha :D

    ReplyDelete
  5. Ya Allah , Irda. Thank you for writing this. Totally, can make a reminder to me.

    Part bawah nie, Irda tulis paling Nadia rasa terharu dan berfikiran betul apa yang Irda cakapkan nie:
    " Walaupun korang rasa bila buat sesuatu tu macam takde makna je..tapi kalau kita letak 100% usaha kat situ,mesti ada je kita dapat dari arah lain sebagai balasan."

    Entri Irda yang nie boleh jadikan inspiration. Thank you for sharing dear <3

    Insyallah nadia akan join community blogger tue di FB. Thank you for invitation <3

    ReplyDelete
  6. Thank you Irda for sharing those community bloggers in Facebook. To be honest, I didn't know these things are exist. Just joined all five and hope I could get benefits from it.

    I can relate to every words you said regarding "usaha sehabis mungkin tapi tiada makna". As for me, whenever I write, I always feel like no one is reading. Should have put a positive vibe in me, though.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO