Siapa ada baca tentang entry sebelum ini? Tajuk ini  [padang bukit tinggi ].Rating entry ni paling atas dalam carian google dan mendapat view sebanyak 7720 as at today (17 september 2017),dan entry ini kedudukaan ke dua di  "all times popular" entry dalam blog ni.

supir terbaik di padang:travel agency lah pulak!
Image google sebagai hiasan.Bercuti sesekali ke tempat yang penuh kehijauan akan memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang sentiasa celaru dalam kesibukan harian.


Entry review santai mengenai supir di indonesia (padang-bukit tinggi) yang ditulis pada tahun 2016 ini rupanya menjadi carian di google bila ramai rakyat malaysia yang ingin bercuti ke padang-bukit tinggi dan mencari-cari supir terbaik disana.Ternyata niat irda hanya nak bagi job dan bersedekah secara informasi untuk rezeki orang disana rupanya menjadi.Setiap bulan pasti pak supir menerima kunjungan tetamu dari blogspot ini.Alhamdulilah..

Oleh kerana hubungan baik dengan pak supir.Kami pun ada add dia dalam group gang travel,juga selalu share photo pemandangan disana,menjadikan idea untuk pasarkan pelancongan sekali dengan hotel+makan+supir dan tour guide menjadi lebih serius.Sudahnya sekarang irda dah start promote di facebook dan instagram juga.Amboii ,..nampak tak tamak marketing disitu?

Kawan-kawan di media sosial mesti confius,sebab irda ni jual apa sebenarnya.Kejap-kejap investment,kejap-kejap coway,kejap-kejap blog review,laa ni travel agency pulak?.Ala tamak berbusiness apa salahnya kan,dari tamak yang yang merugikan?kalau ada sifat tamak untuk kebaikan orang lain dan kita boleh tambah nilai pada orang lain,sekali tambah duit poket sendiri apa salahnya..dari tamak lepas tu khianati orang,yang tu no no,jangan sesekali ok.

Irda tak mark up harga dari travel agency di Indonesia pun.Gunakan package harga yang sama cuma mereka akan potong sedikit keuntungan sebagai commision marketing irda.Kerja irda mudah,just share di facebook,instagram dan sudah pastinya tak disangkal lagi,blog adalah medium utama.Fuhh,ini kerja sis yang keberapa ya?garu kepala kejap..

Ada kawan perli"Ko kan suka buat banyak kerja"

"ya aku suka buat banyak kerja,sebab aku melakukannya dalam satu masa walaupun banyak kerja tapi tak kaya mana,tapi cukuplah ada rezeki yang tak pernah putus.Kalau tiba-tiba kaya tu bonus namanya.aamin..dah namanya garmin kan,garmin ni maknanya sentiasa membantu orang menunjuk jalan,tapi garmin bagi aku,orang nak tanya apa,semua ada"

Lagipun,medium marketing tu semua ada dengan kita,dan memang kita dalam bidang marketing kan.Jadi, apa salahnya beri nilai tambah pada orang lain dalam selingan iklan kita kan.Ada rezeki adalah,kalau takde kan kita juga sudah usaha,Bukan amik commision atas angin,tapi kita juga ada usaha disitu.Ingat senang ke nak layan whastapp .Bagaikan kaunter customer service dan operator jawab telefon.

Kadang-kadang mereka hanya bertanya je..kadang-kadang dah confirm harga semua,krik-krik,kadang-kadang survey balas sampai lebam jari,lepas tu tak jadi.Tak kisahlah kan..itulah adat berniaga sebenarnya,ingat semua mudah ke.Orang tanya,kemudian book,kemudian bayar.Its not easy as like that.not as easy as u eat banana..Apalagi melalui online,people dont know you,how to make it people trust you?Cehh..owang putih di pagi hari.

Lagipun bila irda tolong supir tu,dapatlah elakkan bila dah booking hotel and semua tu tetiba client tak datang-datang kan payah tu.Atau pun mengelakkan client datang sana,supir tak kunjung-kunjung tiba ,itu aniaya nama nya tu.Untuk memudahkan both party,jadi irda lah jadi orang perantaraan mereka.Moga ALLAH permudahkan..aamin

  Walaupun hakikatnya,
Kalau marketing offline,yang ni sis teror lah!..(sikap percaya diri yang tinggi bukan hidung tinggi ya!),tetapi marketing online selain ko bermain dengan emoji di conversation,bersedia juga dengan PHP.Apa itu PHP?(Pemberi harapan Palsu),atau scam,atau prank whatsapp.Yang paling rumit,menulis berbanding bercakap,ada juga orang salah faham dengan apa yang ko cuba tulis dan maksudkan.

Sudahnya ko cakap harga sekian,dia faham harga sekian,sudahnya bila sampai final,terkejut bila total tak sama..sebabnya?mungkin diawal perbualan di whatsapp ada miscommunication.Itu payahnya..kita tak nampak reaksi orang kan..Kalau depan-depan i dah boleh double explanation,kalau di whatsapp?apalah yang mampu ku lakukan if customer dah  sentap?..paling-paling dia block ,paling win dia cakap aku tipu,atau paling double win,dia viral ko punya explanation..aduhai..nasib tak pernah jadi kat diri ini,ini cerita pengalaman kakak di kampung sebelah..huhu

.apapun itulah risiko kalau promote servis di dunia maya..apalagi melibatkan ramai pihak..so ini cabaran buat irda yang irda rasa hanya dengan meletakkan niat berniaga kerana ALLAH swt moga ALLAH permudahkannya..siapa kita selain manusia yang tak pernah sempurna..


{ pokok pangkalnya,apa jua kerja kena ada rajin dan sabar.Sabar tu paling penting ko letak di atas.Selepas itu baru rajin..kalau ko rajin je tapi tak sabar melayan karenah orang,sudahnya ko akan hangat-hangat sekejap je,lepas tu kata business ni tak jadi lah,nak cuba business lain lah.akhirnya hidup asyik cuba mencuba sampai kertu( tua sensitip sebut)..sebab apapun business pasti banyak titik bingik,remeh temeh nya..belum lagi business online yang besar macam fashion valet tu,lagi pelbagai cabaran mereka diperingkat awal.Jadi mereka yang berjaya tu sebagai sumber inspirasi  } -----> nota kaki buat diri.


Bercuti ke padang tahun 2016.Masih ada entry yang tertangguh.Tunggu nak bercuti lagi baru boleh taip kot :P~
 

By the way,irda kepadang bukit tinggi nanti  pergi sana dah ada travel agency nak sponsor ni,tapi time je belum tahu bila.Adakah cita-cita bercuti secara percuma dengan blogspot ni menjadi kenyataan?Oh myy.....

Apapun lepas ni irda akan promote travel agency lah pulak!..:)variasikan iklan anda,anda akan meng"variasikan" CLIENT anda.

Stay tune ...daaaaa...




Appreciate your time reading this entry.

5 Comments

Thank you,come again :)

  1. Dalam bussiness kena ambil konsep ni
    'bijak mengambil peluang dam ruang'

    ReplyDelete
  2. https://youtu.be/3fjdED2RqKQ

    ReplyDelete
  3. tak kesah lah irda tentang orang kata u ambik banyak kerja. janji duit masuk dan halal.

    saya nak ke bukit (dlm perancangan) jugak lepas my trip to japan or NZ.

    ReplyDelete
  4. time muda2 belia n ada kudrat ni lah nak kena jadi workaholic & cuba macam2 benda, buat itu buat ini kan. hehe. moga success selalu irda. alhamdulillah sangat bertambah rezeki supir tu. nti nak pergi sana maybe boleh guna travel yg sama . heh

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post