Antara credit card islamic dan conventional mana yang lebih baik?

18:26:00


 Assalamualaikum readers,

Panasnya cuaca kan..hari ahad hujung minggu ni lepak depan laptop dengan segelas air manggo dengan kipas yang laju menaip di ruang tamu,masih terasa panasnya.Seperti janji  irda di entry yang lepas,hari ini cuba mencuri masa untuk sambung entry tentang info credit card.Jika belum baca entry sebelum ni.Boleh baca klik disini ya:

[credit card bank manakah yang terbaik]

credit google.Image sebagai hiasan.My favourite juice


Merujuk perenggan terakhir dalam entry tersebut,antara credit card islamic dan conventional,mana yang lebih baik?confirm lah irda jawab islamic credit card.Bukan sebab kerana kita ini beragama islam dan mencari semua produk islamic tetapi kerana kelebihan credit card islamic itu sendiri.

Sekarang ni apa yang irda ada memang kebanyakkan credit card conventional.Sebab sebelum ni macam tak kisah,tetapi hari tu bila irda ada kursus tentang credit card baru tahu kenapa kita harus ada credit card islamic.Irda akan tutup credit card conventional dan akan transfer ke islamic credit card tidak lama lagi.

 SHARIAH CONCEPT DALAM CREDIT CARD ISLAMIC

1)Customer apply CREDIT CARD ISLAMIC from Bank. 
2)Upon Approval,Bank purchase Commodity from Broker A.
3)Bank Sells commodity ro customer at Sale Price deferred payment.Customer agrees to buy the commodity.
4)Customer appoints Bank as agent to sell the commodity to third party.
5)Bank sells commodity to Broker B at purchase price in cash.
6)Purchase price credited to customer's credit card account.


ELAKKAN RIBA DENGAN CREDIT CARD ISLAMIC 

Jenis-Jenis RIBA
1)RIBA DUYUN'(dalam Hutang)
-RIBA QARD(Lebihan dikenakan sejak awal pinjaman)
-RIBA JAHILIYYAH(Lebihan kerana penangguhan pembayaran)

2)RIBA BUYU' (dalam transaksi bahan ribawi)
-RIBA FADHYL(Lebihan dalam pertukaran bahan ribawi yang sama jenis,berat)
-RIBA NASI'AH @RIBA YAD (Penangguhan pembayaran dalam transaksi ribawi)

sumber:Islamic Bank

RIBA DALAM CONVENTIONAL CREDIT CARD

Dalam credit card conventional,ada unsur riba apabila berlakunya compounding interest.Sedangkan islamic credit card tiada compounding interest.


RIBA TERJADI DALAM CONVENTIONAL CREDIT CARD

RIBA QARD-when the card utilize

RIBA JAHILLIYAH-Late interest.compounding interest.

RIBA NASIAH-Buy gold and money exchange.

  Dulu irda tak tahu pun beli emas dengan menggunakan kad kredit conventional itu adalah riba..Pernah belikan mak gelang kaki secara EASY PAYMENT scheme dengan menggunakan credit card conventional.Tapi ia tidak menjadi masalah kalau kita menggunakan kad kredit islamic.DAH tahu kenalah ubah kan?

Apa itu sebenarnya compounding interest?ok disini irda buat perbezaan pengiraan interest credit card ya


1)Conventional credit card:
compounding interest :

Month1-1000.00x1.45%=14.50
Month2-1014.50x 1.45%=14.71
Month3-1029.21x1.45%=14.92
Month4-1044.13x1.45%=15.14
Month5-1059.27x1.45%=15.36
Month6-1074.63x1.45%=15.58
Month7-1090.21x1.45%=15.80
Month8-1106.01x1.45%=16.03
Month9-1122.04x1.45%=16.27 
Month 10-1138.31x1.45%=16.50
Month11-1154.81x1.45%=16.74
Month12-1171.55x1.45%=16.99

TOTAL INTEREST :RM188.54

2)Islamic Credit Card-I
No compounding Interest

Month1-1000.00x1.45%=14.50
Month2-1000.00x1.45%=14.50
Month3-1000.00x1.45%=14.50
Month4-1000.00x1.45%=14.50
Month5-1000.00x1.45%=14.50
Month6-1000.00x1.45%=14.50
Month7-1000.00x1.45%=14.50
Month8-1000.00x1.45%=14.50
Month9-1000.00x1.45%=14.50
Month 10-1000.00x1.45%=14.50
Month11-1000.00x1.45%=14.50
Month12-1000.00x1.45%=14.50

TOTAL PROFIT (kita tak panggil interest dalam islamic)=RM 174.00

Amount oustanding yang sama,tapi interest pada conventional credit card melebihi credit card islamic kerana pengiraan secara compounding.Inilah riba yang berlaku pada conventional credit card.

Mungkin jika anda seperti irda yang bayar full amount tanpa ada dikenakan interest,tetap juga ambil tahu ya.Sebab irda pun akan tukar credit card conventional irda lepas ni ke islamic credit card.

SELLING PRICE DALAM ISLAMIC CREDIT CARD

Berbeza dengan conventional credit card,islamic credit card ada maximum capping profit rate.Kalau macam konvesional tiada.Selagi BR berubah,ia akan ikut sampailah tinggi tak terjangkau dek akal interest rate nya .

computation of selling price :
 Selling price=Purchase price(Credit card limit)+Profit

Example:
Credit card Limit =5K,CC RATE(CPR)=17.5%,Tenure 5 years

Selling Price=RM 5000+(RM5000X17.5%X 5 YEARS)
                    = RM5000+RM4735
                    = RM9375


APALAGI KELEBIHAN CARD CREDIT ISLAMIC?

Selain tiada unsur Gharar dan riba.Profit bukan secara compounding calculation.

Credit card islamic selalunya datang dengan package takaful coverage dan zakat.

Takaful coverage (covering card member's account oustanding balance in the event of death & total permanent disability)

Selain itu ada juga sesetengah bank credit card islamicnya lengkap dengan khairat kematian berjumlah RM1000.

Bagus kan?jom dapatkan sekarang,nak apply dengan irda pun boleh sangat :)

Walaupun credit card islamic,ada juga bangsa china dan india suka apply credit card islamic bila mereka faham dengan konsep dan kelebihan kad tersebut.Kita ni pun kenapa tak ambil peluang itu sekarang kan?

Ada juga kawan-kawan chinese irda suka je kalau husband dia pakai credit card islamic sebab boleh elakkan husband diorang pergi gambling,purchase alcohol atau apa-apa activity that are not permissible in ISLAM.

Kalau uols tempah hotel yang belakangnya ada nama spa pun tak boleh menggunakan credit card islamic tau.Contohnya hotel resort&spa..WALAUPUN tiada aktiviti yang dilarang,tapi bila ada nama spa belakang tu langsung tak boleh guna credit card islamic.

Ok uols,cukup untuk hari ini ya.Mana-mana yang tengah survey credit card mana yang terbaik.Sila halo-halo irda ya,irda akan apply kan untuk uols credit card bank mana yang terbaik,dan credit card jenis apa yang terbaik.



Ok daa...



Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

6 comments

  1. Thanks Irda for sharing. Ilmu baru juga buat Nany. Nampaknya kena tukarlah kad kredit yang ada ni. Nany guna CIMB.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari isnin sis Irda

    Semoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya

    Amin

    Lama dah tak pakai kad kredit

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah ada credit card. Tapi bagus info Irda ni. Walaupun kita tak guna, tapi tak salah ada ilmu pasal ni kan. Mana tahu di kemudian hari kita perlukan.

    ReplyDelete
  4. Good info mengenai kad kredit islamic ini. Skang GV dah tahu apa perbezaan kad kredit islamic dan kad kredit konventional. Spa pun tak leh guna kad kredit islamic. huhu.

    ReplyDelete
  5. tak tau la pulak kalau ada tulis spa kat belakang tak boleh guna cc Islamic.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO