Assalammualaikum

Entry irda yang sebelum ini tentang menggunakan credit card tanpa dikenakan interest dan bagaimana irda control dan sentiasa ada mekanisma untuk check tarikh swipe dan tarikh payment due untuk elakkan any finance charge mendapat beberapa soalan di ruangan komen ,ada juga yang email dan ada juga yang wassap irda direct.Jika ingin merujuk entry sebelum ini boleh baca di :

[pengalaman menggunakan credit card]

[kenapa takut menggunakan credit card]

Banyak lagi entry yang berkaitan niche banking ,credit card info.So uols klik and baca lah ya.

Seperti selalunya,irda tak berkesempatan untuk balas satu-satu,jadi irda akan up satu entry terus  dan direct to main point.

Credit card bank manakah yang terbaik?

Sebenarnya setiap bank di Malaysia mempunyai kelebihan credit card masing-masing,ada credit card yang ada rebate untuk pembayaran bill,petrol,ada yang untuk semua jenis petrol tetapi ada juga credit card yang  untuk petrol seperti BHP rebate only.Petronas rebate only.Ada juga yang tiada rebate tapi ada gandaan point.

Jadi nasihat irda,masa apply credit card bertanya dulu dengan sales person tu.Kadang-kadang jika kita nak rebate,tetapi tiada pula mata point untuk credit card tu.Begitulah sebaliknya.Selalunya RM1=1 point.

Apa guna point ni?

Untuk kita redeem any free gift kelak.Free gift credit card not bad tau.Barang elektrik dan barang-barang berkualiti.

Credit card manakah yang terbaik dan fungsi credit card.
Credit photo to Google

Macam CIMB BANK,ada satu credit card namanya credit card cash rebate.Ini hanya rebate sahaja bukan credit card untuk collect point.Bagusnya credit card ni untuk "SEMUA jenis petrol"bukan satu jenis petrol pump.Selain tu ada juga rebate dengan semua tempat groceries seperti Giant &TESCO,Rebate bill elektrik,online purchasing dan pelbagai lagi.Sila semak di bank untuk info lebih lanjut.

KALAU credit card petronas CIMB bank pula,ia hanya ada rebate di petronas sahaja.Jadi kalau irda jadi anda untuk focus mencari rebate card,irda lebih suka apply credit card cash rebate ni.Lagipun free for life,no ANNUAL fee.Minimum gaji RM2000 dah boleh apply tau platinum tau.T&C


Credit card manakah yang terbaik dan fungsi credit card.
Credit photo to google

Selain tu ,credit card MAYBANK ikhwan islamic pun terbaik.Irda pun pakai kad ni.5% rebate on petrol and groceries on Friday and Saturday.Lagipun setiap penggunaan kita 0.1% akan disumbangkan kepada persatuan amal seperti mercy malaysia,islamic relief.
Credit card manakah yang terbaik dan fungsi credit card.
Credit photo to google

Tetapi jangan tak tahu,credit card AFFIN BANK juga terbaik tau.Sebab?Buat masa ini dialah satu-satunya credit card yang paling rendah interestnya iaitu 12%.Lain-lain bank 15% tak salah irda,tapi kalau anda jenis macam irda,bayar penuh sebelum due date,jadi tak kisah sangatlah interest charges tu kan.

Jadi kesimpulan,sebelum and apply credit card pastikan anda check:


  • 1)Credit card jenis rebate atau point.Berapa % rebate dan untuk merchant apa.Kena tahu tu.
  • 2)Berapa finance charges atau interestnya setahun.
  • 3)Sebarang yuran tahunan dikenakan?

Kalau macam irda,mesti bank tak suka,sebab irda nak yang FREE for LIFE,ADA cash back,irda tak nak bayar interest kat bank,tapi irda nak bank bayar balik kat irda in term of rebate atau pun gift.:),bijak ke teruk orang macam irda ni?ermmm..

Tak kisah pun ada beberapa keping credit card dalam wallet,sebab sekarang tiada lagi caj RM50 dari goverment.Tapi selalunya jika gaji anda di bawah paras RM3000.Bank negara memang hadkan maksimum anda perlu ada kad kredit hanya dua sahaja.Bagus juga tu,mengelakkan anda overdose guna credit card,biasanya orang yang overdose guna ni bila tak berdiplin dalam perbelanjaan ada peluang menjadi pemohon AKPK.INGAT credit card ini untuk membantu anda bukan menghantui anda.

Kalau anda pandai guna,banyak duit cash anda boleh saving dulu.Boleh baca dari perkongsian irda sebelum ni.







Sis Irda,apa sebenarnya cash rebate ni?
 Rebate ni sama macam cash back.Contohnya Affin bank credit card kata ada rebate jika menggunakan BHP petrol 8% untuk hujung minggu dan 5% untuk hari biasa.

Contohnya:

 uols pump minyak isi penuh di hari sabtu,total RM200
 Jadi rebate:RM200 x 8%= RM16

pump minyak RM200 di hari biasa bukan hujung minggu 
Jadi rebate :RM200X5%=RM10

Walaupun total uols pakai credit card untuk satu bulan tu RM400.
Dan bayar ke bank RM400 sebelum due date.Tapi amount RM16+RM10=RM36 akan dikreditkan balik dalam statement .

Haa jadi next billing bolehlah bayar kurang sikit sebab dah ada stanby RM36 bahagian credit.Jadi kalau total pakai 400.Mungkin perlu bayar RM364 sahaja.

Ok lah kan?boleh jimat..cuba kalau korang beli minyak pakai cash money,ada adik kaunter tu nak bagi diskaun RM36?Takde maknanya,paling-paling dia kata,"terima kasih encik,datang lagi"... 

Tapi korang janganlah nak sengih sangat,nak cakap"wah macam ni kalau minyak naik 20 sen pun apa da hal,kan ada cash rebate" 

Huhu.korang ingat bank  badan charity sangat ke?Selalunya bank pun nak untung juga dik,cash rebate ada had maximumnya.

Contohnya,rebate 8% but subject to maximum RM50 or 3 kali penggunaan sebulan.

Contohnya,jika korang isi minyak mak pak korang,adik beradik korang,isteri pertama dan isteri ke ke 4 ,hehe,total rebate kalau korang guna matematik congak adalah RM100 untuk sebulan tu,Tapi subjek to maximum RM50 sahaja,Jadi maximum bank akan credit RM50 je tau.Jangan datang bank,marah-marah akak kat kaunter macam nak sekolahkan akak kaunter pula ye.Semua tu ada dalam term and condition,sebab tu nak apply kena tanya dulu.Faham dulu,dan buat perbandingan dulu.

Majoriti bank sama je,diorang memang ada had maximum.Contoh lagi,korang baru total rebate RM40 ringgit,tapi dah 5X penggunaan credit card di petrol pump,jadi RM40 sahajalah boleh di kira cash rebate,walaupun belum cecah RM50,TETAPI total swipe sudah melebihi 3x.So ada faham?

Kenapa sis buat contoh BHP erk?Sebab AFFIN BANK ada offer untuk fuel di BHP sekarang ni.Lagi satu ada satu orang cakap,isi full tank di syarikat minyak xx jauh perjalanan 400km sahaja,tapi isi full tank di BHP,jauh perjalanan 600km,Wahh betul ke?korang cubalah ya,tak salah pun nak cuba banyak-banyak syarikat petrol di Malaysia ni.Bukankah kita pengguna yang bijak?Kalau korang nak sis tolong proseskan credit card application pun boleh je.Sis banyak je banker maybank,cimb,affin,rhb,bank islam yang sis kenal..meh sini jumpa document uols.

Sis Irda,apa beza EPP dengan EIPP?

EPP=(Easy payment)yang tiada interest langsung.Selalunya kedai yang korang beli barang tu dah deal dengan bank.Contohnya korang beli laptop di court mammoth pakai credit card cimb dengan total harga RM3000.Daripada korang buat installment dengan court mammoth baik pakai EPP.

3000/24 BULAN untuk cimb card contohnya (sebulan hanya 125 sahaja dan barang sudah boleh digunakan)

3000/36 BULAN untuk maybank card contohnya.(Sebulan RM83 sahaja barang sudah digunakan)

Cuma korang punya limit credit card akan kena hold lah.Contoh limit 7k,3k sudah tidak boleh digunakan sampai korang settle EPP

EIPP pula adalah Easy installment plan.Hampir sama dengan EPP tapi berbeza sikit.Selalunya ini terjadi bila kedai yang korang nak beli tu tiada kerjasama dengan mana-mana bank card korang.Jadi korang kena request EIPP melalui customer service credit card.Contohnya korang beli laptop kat Lowyat brand Apple harga RM4600.Alamak kedai china tu takde Easy payment dengan bank.Jadi korang swipe dulu credi card,balik tu call bank untuk request EIPP.Selalunya EIPP ada upfront interest dikenakan.

Contohnya :

Tenure 6 month=2%
Tenure 12month=4%
Tenure 18month=5%
Tenure 24month=6%
Tenure36month=7%


Jadi kalau korang nak buat 36 bulan buat installment plan,

4600x7%=RM322 (upfront interest)
4600/36=RM127.77(monthly installment)

So pilihan di tangan korang,sebelum beli barang pastikan korang kena tahu dulu kedai tu ad EPP atau tidak.Jadilah pengguna yang bijak ya.

Sis Irda,apa itu balance transfer?

Balance transfer ini terjadi bila korang banyak credit card,tiba-tiba korang jadi huru-hara bila banyak hutang.Ini kes guna tanpa fikir lah ni kan.

Contohnya di Maybank korang ada credit card oustanding RM2000.Di CIMB Bank ada oustanding RM1000,di Citibank RM1000.Pening nak control?Pening banyak sangat tempat nak bayar?Dahlah interest tinggi kan?..Tue lah sis dah pesan guna berpada-pada jang oii,haaa kan dah hidup dihantui hutang.

Jadi mengikut pengalaman sis berhadapan dengan situasi masyarakat sebegini,ehehm,sis cadangkan tutup je semua credit card dan maintain satu sahaja credit card dalam wallet.Jadi balance transfer adalah nama borang untuk proses request korang transfer all oustanding amount to only one card.Subject approval ya!


Sis irda pun boleh cadangkan kat korang bank mana yang terbaik untuk maintain satu card sahaja berdasarkan interestnya yang rendah ya.Email me for application.

 

Antara credit card bank konvesional dengan islamic mana yang terbaik?

Soalan ni irda jawab di next entry dengan lebih details ya,irda nak keluar ke JUSCO dulu.Nak bawa family jalan-jalan di hujung minggu.Ok daaa....




Appreciate your time reading this entry.

6 Comments

Thank you,come again :)

  1. Haha. sama kita irda. kalau boleh nak yang free for life. tak suka yang kena bayar yuran tahunan dsb ni. risau terlepas pandang. btw nice entry! :)

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada penjelasan ni, selama ni masih ada yg sy tak tahu sangat..thanks ya..

    ReplyDelete
  3. Pakcik tak pernah ada kredit kad.

    ReplyDelete
  4. fuh, nice entri.. ada dah credit card 1.. tapi x guna pun, saja simpan kot tetiba perlu pakai.. hehehe.. boleh macam tu.. tapi bila tengok pasal rebate semua tu, macam interresting pulak..

    ReplyDelete
  5. Info yang bagus buat mereka yang nak apply card credit..

    ReplyDelete
  6. Salam sis irda, nak tau details balance transfer...camne nak email?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post