Review:Lunch Di Hotel Royal Chulan,Kuala Lumpur

01:31:00

Dua hari berturut-turut irda disajikan lunch yang cukup mewah di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.Terima kasih for company sponsor.Alang-alang dah makan FREE irda pun nak buatlah review santai sebagai tanda terima kasih.

Walaupun sebelum ni selalu juga dapat makan FREE di hotel 5 STAR bila ada event  CIMB BANK dulu,tapi kali ni lain pula rasanya,

Apa yang membezakan Royal Chulan Hotel dengan hotel lain adalah "rasa" makanan.Selalunya ada hotel walaupun disajikan pelbagai menu pilihan,entahlah tekak irda kadang-kadang ada sesuatu rasa kurang pada makanan tu.

kek ni nampak menggoda dan sexy sangat untuk di ngap!


Di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur,menu masakannya ada masakan melayu asli,masakan indian style,sushi dan pelbagai menu desert begitu memikat selera.Bayangkan ada satu sudut meja tu penuh dengan kek yang nampak cantik sangat dipotong dan dihias kecil.Nak makan pun rasa sayang tau,rasa nak bungkus bawa balik lepas tu tak nak makan nak buat hiasan di atas meja.Huhu,mahu semut joget riang bila kek macam tu ditayang secara berleluasa..."oh heaven..oh heaven!"Semut rumahku rasa bagaikan disyurga agaknya

Entahlah bila tengok kek kecik comel-comel siap ada pie buah-buahan yang cute giler,hati ni tak sampai hati nak telan.Rasa nak snap photo banyak-banyak je..huhu



My first breakfast di Hotel Royal Chulan

Irda inform  friend di wassap group,"I tak selera lah makan pagi ni,ini je breakfast i hari ini"

"Cam ni gaya tak selera?Kalau berselera rasanya perlukan satu lagi pinggan kot ?:P~" ..jujur sungguh jawapan mereka :P~
Breakfast irda di hari kedua.

Walaupun breakfast dan tea time tidak kurang pula sedapnya,irda focuskan entry ini untuk makan tengah hari.Sebab irda rasa kenyang bila melihat banyaknya menu pilihan kegemaran ,itu baru lihat,bila makan dan ngap ngap,terus jadi ular sawa sampai zip seluar kena longgar kan sikit.adohai..

.Hari pertama irda makan sate,nasi ayam,nasi dengan kari kepala ikan.Dessert ais kacang.Lepas tu tak larat dah bangun untuk makanan lain.

Kawan irda selalu marah"apa daa,datang hotel makan sate,sate beli kat pasar chow kit pun banyak,"..amboii...!


Hari kedua irda makan roti nan,mak aih roti nan dia lembut giler.Roti yang suam-suam ,yang gebu sungguh rasanya, dimakan dengan rendang ayam ,fuhh memang layan lah.Irda just ratah udang,bubur kacang pula sebagai penutup lunch hari kedua.

Mana-mana hotel,sate daging dan sate ayam mesti tak tinggal.Teringin juga nak sate arnab,kambing,sate lidah,sate hati...eeh ada ke sate hati?entah..

Peminat oyster mesti suka kan..Entah sampai sekarang tekak irda masih tak boleh nak telan oyster masak macam ni.Setiap kali tengok oyster ini mulalah otak dalaman irda berhubung teringat dulu masa sekolah menengah buku apa tah namanya penulis shakesspeare ke apa,yang dalam osyter ni ada mutiara..serius buku apa ya?setiap kali tengok oyster ni mesti teringat buku tu walaupun sebenarnya lupa tajuk buku tu..

Menu kami di hari kedua

Yang pie comel lote ni rasa sayang sangat nak makan sekali ngap je ni,
Walaupun dua hari di hotel royal chulan  sebab course,tapi serius course kalau di hotel ni memang buat kita makan tak ingat dunia kan.Makan pun complete breakfast,lunch dan tea time.So bekerja sambil makan kan ...hehe..

2 hari makan kenyang-kenyang di royal chulan,harap masih boleh kekalkan berat badan.:).Almaklum semakin kita berusia,semakin perlahan metabolisma kita.

 Apa yang best dalam hotel ni,lobby dia ada macam air terjun buatan tau,so kalau duduk dekat-dekat dengan air terjun and minum coffee santai,hemm tenangnya hidup.

Irda teringin nak datang lagi di Hotel Royal Chulan bersama keluarga tersayang.Sorry irda tak sempat nak survey harga pun.Apapun one day irda nak bawa family stay dan makan disini.InsyaALLAH







Keseluruhannya,dua hari di Hotel Royal Chulan,ikhlas dari hati,memang puas hati dengan menu disini.Sesuai untuk  launch gathering,lunch appointment,makan bersama kawan-kawan mahupun keluarga tersayang.Bukan sahaja pelbagai jenis masakan dan menu pilihan,yang penting setiap masakan tu ada"rasa "nya...

Kita yang pencinta makanan,boleh tahu adakah masakan itu ada kesungguhan dari tukang masaknya,atau hanya sekedar memasak untuk menyediakan menu yang telah dijadualkan untuk hari itu sahaja.Ingat yang masak pun kena ada "feel"tau..baru yang makan pun ada "feel"

Ya...irda rasa "feel "itu makan di Hotel Royal chulan,Kuala Lumpur.



Jom cuci mata anda dari simple video ni::)



 Thats all for tonight,1.32am already..semua orang dah tido...Good nite readers...

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah
    Rezeki yang melimpah ruah

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH..PASTI BERTAMBH SELERA DPT LUNCH KAT SINI

    ReplyDelete
  3. sedap2 tengok makanannya tambah2 kek yang comel2 tu mesti sedap

    ReplyDelete
  4. Rezeki dapat makan kat situ :) Suka tengok Irda, cantik :)

    ReplyDelete
  5. Menarik betul menu-menu dia..

    ReplyDelete
  6. Dalam blogger dashboard tempat ida tulis pos tu kan

    Cari

    Tekan LAYOUT

    Skroll bawah sikit. Nampak kan ada tulis ADD GADGET

    Tekan ADD GADGET di bahagian kanan atau bawah blog

    Irda pilih gadget bernama BLOG LIST

    Keluar window baru

    Ada tertulis add a blog to your list

    Masukkan link ni

    https://hargasetbersalin.blogspot.com/

    Tekan ADD

    Lepas tu penting untuk SAVE

    Tekan SAVE ARRANGEMENT di blogger dashboard (Butang atas kanan)

    Dah selesai

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh begitu,nanti ya kak,bila ada masa irda set kan ,sekarang belum sempat nak godek-godek lagi.Thank you kak mazni for info.Appreciate..tak tahu pun caranya sebelum ni..tq so much

      Delete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO