Berbusiness dengan blog.

16:04:00

Blog bukan medan solusi tapi ia mengexpresi diri melalui perkongsian

 Menjadi POPULAR bukanlah maksud,jauh lagi mempunyai ramai pengikut.Kalau ia datang tanpa dijemput,itu rahsia rezeki ALLAH ,kita yang menerima sebagai insan biasa,kenapa tidak kan?Jaringan rezeki ALLAH yang pelbagai pada kita patut disahut dengan rasa syukur tak terhingga.


..Kita blogger kadang-kadang hanya penulis picisan,kadang-kadang menulis mengikut mood perasaan,kadang-kadang menulis syok sendiri,sekitar kehidupan peribadi,apalagi hanya sekedar suka-suka menulis mengikut rentak jari ..kepuasannya?hanya penulis yang mengerti.


image credit google.Soon ...irda akan berkolaborasi dengan supir dari Pulau Sabang.Dimana Pulau SABANG?Best ke tempat tu?Tunggu yaa.....nantikan next review irda.Review ni bila ada readers yang recommend untuk irda berkolaborasi dengan supir disana.Alhamdulilah,Allah MENGHANTAR idea melalui orang melalui blog ini.


Setiap orang kamu wajib berbuat baik walaupun siapa dirinya atau kelas pekerjaannya mahupun asal keturunanya.

Sebenarnya kali pertama berhubungan baik dengan travel agency di padang Indonesia,tidaklah sama sekali terfikir untuk menjadikan review tentang service mereka sebagai business,hanya sebuah review ikhlas bertujuan agar mereka memperolehi rezeki.

Dari hubungan baik terjalin kolaborasi,kerana yakin jika ada satu usaha kamu lakukan,tidaklah salah kamu menerima sedikit bayaran.Bukan semata-mata untung atas angin.

Menulis review, ,mengatur proses booking,berkongsi info kepada bakal pelanggan dan juga melayani setiap persoalan bakal pelanggan... adalah cabang-cabang tugas yang layak untuk menerima bayaran.

Yang salah,tak buat apa-apa,tapi minta macam-macam. ALLAH marah,orang pun menyampah!

Bayaran pula tidak  cekik darah hingga menyusahkan orang disini,tidak pula caj rendah sehingga merugikan orang disana,jadilah blogger yang bijak mengatur strategi,agar setiap tulisan itu ada nilai professional feesnya.,



Blog itu business 

99% BLOG asalnya suka-suka,kelak pasti akan menjana pendapatan. Kalaupun kita tidak mencari,kadang-kadang orang yang bagi.Seperti job review,food blogger,itu juga sebuah business! modalnya:idea dan masa.

santai mana pun sebuah blog itu,Percayalah didalamnnya banyak peluang dan ruang business yang boleh terjana..Berkongsi perkara bermanfaat juga adalah sebuah business,Iaitu business antara kita dengan ALLAH,bukankah sekecil-kecil perkara itu ada perhitungannya disisi Tuhan?Jika tak untung di dunia,pasti ganjaran business itu ada di Akhirat.

Booking travel dari blog irda garmin

 

MONTH: OCTOBER 2017

BOOKING:http://irdagarmin.blogspot.com








BIL. DATE TRAVEL PACKAGE BIL ORANG
1 16OCT-18OCT 3H2M (transport sahaja) 4
2 12OCT-16 OCT 5H4M(transport sahaja) 4
3 25 JAN-28 JAN 2018 4H3M(PACKAGE)  2
4 26OCT-29OCT 2017 4H3M(transport sahaja) 4
5 9NOV-12 NOV 2017 4H3M(PACKAGE)  2








Jangan buat kerja ibarat melepas batuk di tangga.

Walaupun hanya menjalin kerjasama,setiap detail booking,tarikh dan bilangan orang wajib irda rekod dalam satu excel,MELENGKAPKAN susunan kerja dalam satu excel,ada banking,ada financial consultant,ada travel dan ada lain-lain irda ambil satu hari dalam seminggu untuk rekod semuanya dari diari harian ke laptop.

Sebabnya perlu rekod ?walaupun bukanlah business besar seperti orang lain..Kerana Allah suka orang yang tersusun dan bersungguh-sungguh pada sesuatu.Buat sahaja apa ALLAH suka,kelak ia juga baik untuk kita.


Rekod business travel booking dari blog tujuannya?

1.Mestilah sebab nak tahu berapa yang irda dapat dari sales bulan itu dalam niche travel.

2.Untuk rujukan memudahkan kedua-dua belah pihak,antara company dan juga client jika ada masalah booking.

3.Sebagai rekod pencapaian peribadi tentang blog sendiri.

4.Melakukan banyak kerja sehari,perlu penjadualan dan rekod khusus,Jadi berlainan niche tidak akan bercampur baur.Contoh ini customer travel bukan investor perbankan.5 niche in a day bukan mustahil untuk dilaksanakan jika kita sistematik.

5.Mengetahui jumlah commision dari niche travel.


Respond Pelanggan

Walaupun sibuk dengan tugas hakiki,ia bukan alasan tiada masa.Sebenarya sibuk itu hanya alasan bagi orang tidak tahu meletakkan mana yang utama.Agaklah ANNOYING bila ada orang selalu bagi alasan  sibuk.,

 1 vs 5 kerja sehari,siapa lagi sibuk antara kita?pasti 5 niche menang kalau ingin berdebat panjang. Masa kita yang atur,tapi kenapa selalu salahkan masa bila jadual kerja kita berterabur?cukuplah jadual sekolah dulu orang atur,bila dah dewasa atur lah jadual hidup itu sendiri.Permulaan orang sukses itu adalah bijak manage time!

.Begitu juga dalam business,sesibuk mana pun urusan kita.pastikan ada masa untuk membalas soalan pelanggan walaupun lambat,return call bila ada miscall client,itu cara kita menghormati hubungan "enterprise sosial".

Jangan sesekali jawab "k" sahaja..pantang betul rasanya bila ada orang jawab "k" dalam perbualan bertulis.Rasa nak ketuk jari dengan pembaris besi."u dont know how to reply politely?'..

.lain orang lain fahaman,for me,kalau orang reply "k" sahaja lepas panjang lebar aku menaip.itu maknanya adap tak ada!

Thats all for today,NEXT entry irda share "apa kata mereka"yang sudah pulang ke tanah air  dan menggunakan khidmat supir dari blog irda.

Giveaway irda masih berjalan tau,jangan lupa join yaa...

arigato gozaimas,toche,thank you..hehehe...syukran...daaaa..selamat brhujung minggu..





Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

12 comments

  1. Wah bestnya Irda. Ada orang ajak collaborate. Menarik plak tu tambah2 kalau dapat melancong sambil bina pendapatan. Tahniah Irda. Suka sangat baca entri Irda. Penuh dengan value, dan nasihat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam ain..alhamdulilah kalau ada yang bermanfaat..suka juga baca entry ain...insyaAllah angan2 tu kalau dapat melancong sponsor..hihi...

      Delete
  2. Betul Irda...blog ini bussiness..kalau tidak terjalin urusan perniagaan dengan sesama kita..yang paaaaaaaaling pasti dengan Allah SWT..pelaburan sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. Tu Diaaa... Murah rezeki urda semoga berterawih rezeki ya. Tahniah

    ReplyDelete
  4. wahhhhh menarikk ni..done join GA kakak

    ReplyDelete
  5. Bestnya kak irda..pandai ambil setiap peluang yg ad utk berbisnes..hihii..alamak ..sebut psl balas "k" tu..ai selalu buat..hahaha..kena ubh la lepas nie

    ReplyDelete
  6. GV setuju kak Irda. Semoga kak Irda sentiasa murah rezeki dan sentiasa ceria selalu. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  7. menarik tu Irda..peluang menambah rezeki dalam blogging tu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki datang dalam pelbagai bentuk.

    ReplyDelete
  9. semoga terus berjaya ye irda. dan semoga dimurahkan rezeki.

    betul tu adab kena jaga. kena layan customer properly supaya mereka rasa dihargai.

    ReplyDelete
  10. suke la baca blog akak.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...tahniah irda, semoga terus dipermudahkan jalan irda untuk menerima rezeki.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO