Bagaimana orang berjaya itu?bagaimana ingin multitask?

14:03:00


 "Sis irda,boleh bagi tips macam mana nak jadi multitask?"..

"sis ,saya nak jadi berjaya juga..tolong saya"

"sis,saya down,macam mana nak semangat macam sis"

Sebenarnya sudah banyak kali menerima pesanan wassap sebegini,ada yang tak pernah jumpa ada yang dalam group whatsapp team mates,ada juga dari client yang dah rapat macam kawan.

Hakikatnya irda bukanlah siapa-siapa untuk menunjuk ajar,bukan sempurna,jauh lagi hebat..tapi sebagai menghargai pertanyaan,Izinkan sis share dalam bentuk entry di blog.


Sebelum tu,hadam satu perkara:


tiada manusia yang sempurna kejayaannya dan kita ini berjaya dalam bidang masing-masing,Untuk mensyukuri apa kejayaan kecil dalam diri kita,rule no 1. "dont compare your self with others".

Credit photo to Nany Adifah: (https://www.facebook.com/nany.adifah) blog:http://www.nanyfadhly.com.Irda ingin dapatkan buku ini.

Setiap orang ada potensinya dan ada kejayaannya.Jika kita seorang suri rumah sepenuh masa.Graduate pula tu.Jangan down bila kita merasa perempuan yang keluar pagi balik petang ,pakai kasut tumit tinggi,perfume sungguh wangi pakai pula tudung Ariani,lisptick berwarna warni,mascara panjang sedepa ,dan kita merasa kita ini ntah apa-apa.Kita rasa kita comot,tidak bergaya,kita tak jumpa orang,hidup kita tiada perubahan,pagi petang hanya di rumah sahaja.

TIDAK.!

Anda sebenarnya ada lah wanita yang berjaya dalam lingkungan anda.Benchmark anda adalah di kalangan anda.

Kalau jadi surimah yang mampu menjaga anaknya 24 jam,memasak untuk keluarganya makanan yang sihat ,itu kejayaan sebenarnya,Kalau surirumah lain berlingkar depan TV ,berkain batik menonton sinetron siang dan dinihari,petang hari berkumpul pula di taman,menggosip orang,,itu bukan suri rumah berjaya.

Anda adalah surirumah yang menyingsing lengan di pagi hari,petang hari pula menambah ilmu mahupun melakukan pelbagai tugas -tugas lain,bersenam,terlibat dengan aktiviti kejirananan atau aktiviti anak di sekolah,maka diantara ribuan suri rumah,anda adalah yang berjaya sebenarnya,kerana anda berjaya dalam bidang anda dalam "lingkungan"anda.

Kejayaan surirumah itu diukur

1.Bila anaknya dia menjaga sepenuhnya .Irda bukanlah orang yang berjaya bab ini,dulu aje sampai pernah 3 maid dalam 3 bulan masa alya kecil,seterusnya harap kan mak.Jadi bab ini irda tak boleh compare dengan orang lain,sebab "lingkungan"kita berbeza.Benchmark kita berbeza.

2.Bijak mengurus kewangan dan perbelanjaan diberi suaminya.Diberi lebih ia berjimat,diberi sikit ia mensyukuri nikmat. 

3.Di saat wanita lain sibuk di pejabat,wanita surirumah yang berjaya di rumah menambah ilmu (membaca buku agama,buku resipi,menonton rancangan-rancangan yang berfaedah untuk penambah baikkan diri)

Ada juga blogger surirumah yang berjaya yang irda suka follow seperti kak rahayu rashid ,nany Adifah,namee roslan,yuyu zulaikha..dia berjaya di rumah dan juga kerja atau business sampingan mereka.Malah ramai lagi sebenarnya di luar sana,irda je tak sempat nak follow,almaklum "kebusyan".Jadi anda jugalah orang yang berjaya walaupun graduate duduk rumah.


Ada pula seorang partime agent coway mengadu dengan irda.

"Sis,saya masih bekerja,tetapi saya ingin berjaya juga dalam coway,namun saya tidak mampu lah sis melakukannya,kadang-kadang saya terlalu sibuk dengan kerja saya,saya rasa kecewa sebab saya ingin dapat income macam orang lain di coway,saya nak macam sis,boleh buat banyak kerja dalam satu masa"

seorang dik coway bertanya.Maaf sis belum pernah jumpa dia.Tapi rasanya dia ada dalam group coway.

DIK,pernah dengar "besar kuali besarlah keraknya".Rezeki kita itu sudah ditetapkan ALLAH.Jangan anggap orang yang mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa itu adalah orang yang hebat.

TIDAK sebenarnya,dia mampu melakukan sebab dia ditakdirkan mampu melakukan.Bukan sebab kuat,tapi hanya kuat itulah satu-satunya pilihan.

Kemudian jangan compare,kenapa sis irda tue boleh jual coway,boleh jual produk bank,boleh pula jual benda-benda lain,dapat banyak job dan sebagainya.

First sekali,pandang apa perkara asas pekerjaan seseorang itu.Sis irda berada dalam ruangan "marketing".Contohnya bila orang beli coway ,sis boleh borak dengan dia pasal ASB,pasal travel,sebab?sis dalam membuat marketing,jadi sekali jalan.Satu customer sis boleh close sampai 5 productc(Coway,ut,asb,prs,travel,emcee).Nampak banyak,tapi hakikatnya hanya satu "marketing"to one person but different product

Tapi kalau awak seorang penjaga store misalnya,atau technician,atau pegawai JPJ.awak tak boleh buat coway dalam satu masa,sebab?awak tak jumpa orang,awak hanya jumpa barang-barang ingin disusun atau machine yang ingin diselenggara.Awak juga mungkin dalam amanah menjaga negara,keselamatan jadi ia tak boleh dicampur adukkan dengan business partime.

Tapi jika awak seorang mekanik,yang ada bengkel,atau tauke restoran yang ada kedai,mungkin ada peluang jual coway,sebab?bengkel awak akan menerima kunjungan orang,restoran ada orang datang makan.Jadi letak sahaja ,insyaALLAH ada rezeki.

Jadi back to basic,dont compare yourself with
others,sebab bidang kita tak sama.Kita berjaya dalam lingkungan kita.Kalau kita tak berjaya menjadi orang multitask,cukup 1 kerja,kita buat sehabis baik,hasil kerja itu dihargai,itu juga adalah kejayaan sebenarnya.Rezeki kalau tak banyak,tapi kita berasa cukup dan kita menikmatinya,itu juga kejayaan dik...

Tak semua yang buat business itu berjaya,dan bukan semua yang makan gaji itu tak bagus.Mereka bagus dalam bidang masing-masing.

Jangan rasa kecewa, "sekarang masih bekerja ,gaji pun 1000 je sebulan.Orang lain buat coway best,income  5 angka.Saya nak buat macam mereka."

 Macam mana saya ingin seperti mereka sis?


First sekali,kalau ingin menggapai bintang,jangan hanya berangan-angan.Berkorban dan berani ambil risiko.

Tinggalkan kerja sekarang dan memperjudikan nasib tanpa gaji bulanan atau pilih mensyukuri apa adanya gaji bulanan tanpa merasa down jika kawan-kawan lain mempunyai pendapatan lebih dari kita.

Ya,sis dulu mula-mula kerja gaji tak sampai 1000 PUN,masih cukup dan ada pula lebihan untuk disimpan.Sebenarnya ia bukan berapa jumlah kita dapat,tapi bagaimana kita menggunakan kewangan.Jangan rasa orang yang income banyak-banyak ni tiada masalah.Cubalah tanya,pasti ada juga keluhannya,

Sebab Tuhan sudah menyebut"Jika anak adam itu diberi harta selembah,pasti ia iginkan selembah lagi,maka anak adam itu tidak akan pernah merasa secukup sehingga tanah mengisi setiap rongga tubuhnya"

Jadi sebenarnya berapa juga gaji awak sekarang sebenarnya ia cukup.Tapi jika awak inginkan lebih dari itu,samaada  lebih kreatif mencari peluang lain,atau cuba sahaja perkara lain.Bila mencuba,jangan takut-takut.Jangan fikir kalau-kalau,jalan terus,jangan mundar -mandir,jangan reverse,jalan terus!Tapi bila jalan terus,jangan langgar tembok,pastikan ada mentor,dan buat sesuatu yang sesuai dengan jiwa awak.Maka jalan yang awak pilih takkan tersadung dan takkan accident.Faham?

Bila dah berusaha sungguh-sungguh,dah ada mentor untuk menunjuk arah,jangan lupa jaga DIA,sebab gaji kita ALLAH yang bagi.Bukan majikan,.Usaha sahaja,then let universe take care of you!(KATA MENTOR).Ini tidak usahannya baru sebulan,takde sales,mengeluhnya panjang...apa barangg..ini contoh orang lain,bukan awak :ngeh ngeh
 

Ingat,tak semua orang yang jual coway itu berjaya,dan tak semua yang join coway tidak berjaya.Kalau ada minat,ada kesungguhan,ada azam,disiplin dan tak letih berusaha,tidak cepat putus asa,apa jua awak nak jual pasti berjaya,hakta jual belacan sekali pun.

salah seorang client ASB yang follow di FB

Pertama sekali tanya minat apa?jangan ikut-ikut orang,ohh AKU nak jual insuranse lah,si Aminah tu kaya raya nak jadi agent insurance,ohh aku nak jual coway lah,si ALI tu dah pakai BMW sekarang jual coway..tapi back to basic,awak buat sebab minat dan ada kesungguhan untuk mencapai bintang-bintang ,berusaha jangan hanya angan-angan atau sekedar ikut-ikut orang?kalau ikut-ikut orang,bila awak tak capai apa orang tu capai,awak akan down,again...u compare yourself with others!Awak tak tengok pula ada orang berkobar-kobar setahun dua buat business akhirnya cari balik kerja makan gaji.Kenapa?sebab momentum kita tak sama...

Lebih baik bekerja dengan gaji minimum,itu confirm daPAT HUJUNG BULAN.Orang buat business,belum tentu dapat duit hujung bulan apalagi jika usaha dan stail awak sama macam orang bekerja.Ingat orang business ni senang lenang ke,tidak,kadang-kadang mereka bekerja melebihi jam awak makan gaji.jadi semua tu perlukan pengorbanan.Bekerja MAKAN GAJI sabtu ahad boleh goyang kaki,orang business belum tentu lagi..Jadi,jika belum sanggup berkorban...
jangan cuba-cuba dan akhirnya awak down sendiri....
 

Sis saya tiada masa?

Bagaimana sis bahagi masa?pernah baca entri sebelum ni kan.Tiada yang manis akan datang tanpa pengorbanan,Hakta bercinta pun perlukan pengorbanan,apalagi mengharungi jalan untuk mencapai kejayaan.

Keluar dari comfort zone!,apa maksud comfort zone,Maksud comfort zone ni bukan keluar dari kerja bergaji tetap  sahaja.

Pukul berapa awak bangun?kalau awak pergi kerja pukul 8am,bangun pukul 5. 3 jam sebelum waktu kerja tu ada pelbagai kerja boleh dilakukan.Macam sis

1.Tulis blog
2.Isi borang investment atau ASB
3.Update fan page business.
4.Reply email
5.Scan and filling documentation.

Client asb hb and wife 400k,Coway client 3 product and now become UT investment client.

Jadi bangun awal.Apa yang kita lakukan seawal jam 5am atau 4am ke pukul 10 pagi itu adalah bayangan masa depan.(Kata seorang mentor)

Allah ADA JUGA SEBUT"Berpagi-pagi itu adalah jalan-jalan rezeki".Come join my 5am club!

Kurangkan melepak dengan kawan-kawan atau khayal dengan media sosial.

Boleh sesekali kalau awak nak melepak dengan kawan-kawan,lepak mamak,atau sekadar terbaring melayan chichat whastapp,scroll instagram mahupun FB.Tapi cukup sesekali,selebihnya cari masa untuk menambah nilai diri.Tahu tak ada kajian mengatakan,bila selalu lihat orang cantik dan kacak,akan mengalirkan satu hormon yang tidak baik untuk mood anda.Sebab tu apa perasaan korang bila layan instagram lama-lama?Semua gambar dalam tu amboi cun dan kacaknya,kayanya,wah mewahnya..sebab orang disana hanya meletakkan yang indah-indah belaka,muka bangun tido nampak comey sunggoh!sebab kuasa editing!..

Membuang masa dengan scroll lama-lama bukan sahaja mengalirkan mood down dalam diri anda,sebab anda mula compare kenapa aku tak sejelita dia,tak sekaya dia dan tak semewah dia...malah ia juga membuang masa.Patutnya curi masa tu buat perkara yang menambah nilai pada diri sendiri.Seperti belajar cara buat iklan bombastik,cari kawan yang boleh beli produk and so on..

Weekend hang pi mana?

Kalau sabtu ahad tak kerja,apalagi orang bujang tak buat apa,cari guru,cari kawan-kawan yang boleh awak belajar menambah nilai pada diri..Atau boleh juga join buat sales marketing dengan mereka.

Bersenang-senang dengan media sosial itu comfort zone!Keluar
Bangun awal dan buat kerja lain itu-keluar dari comfort zone.
Mengelakkan diri melepak dengan kawan-kawan-itu keluar dari comfort zone.
Hujung minggu cari aktiviti mendatangkan hasil atau senang cerita buat duit,bukan keluar duit itu keluar comfort zone.Boleh je nak dating tapi sesekali,bukan selalu.Bukan pasti awek yang belanja setiap hujung minggu tu jadi bini awak.Jadi hadkan!fikir masa depan. 

jadi comfort zone disini bermaksud:Keluar dari bersenang-senang,

Lagipun ALLAH kan dah kata "dunia bukan tempat bersenang-senang,"





Bukan mudah sebenarnya nak keluar dari comfort zone ni,tapi percayalah,mula-mula memang susah.Tapi seperti rule 21:Bila awak dah mula keluar dari comfort zone,dan sentiasa cari aktiviti untuk menambah nilai dalam diri.Trust me,slowly awak akan nampak kejayaan demi kejayaan dalam diri awak.

Biar kecil pada pandangan orang,tapi awak sendiri akan rasa.Awak bukan nak buat orang impress pun,tapi cukup awak rasa hari ini awak lebih baik dari hari semalam.

My business partner,kadang-kadang orang lelaki pun mudah down tau!Kalau nak dengar sis membebel,tadah je telinga...huhu

Ala sis bebel benda yang pernah dengar,baca dan ada buat sikit-sikit je,Sebab sis pun sedang berlatih untuk menjadi orang yang berjaya lebih baik dari semalam.

Pernah dengar satu frasa  "Orang yang tidak berjaya,apa jua kata-katanya hanya ibarat sampah pada orang lain,tapi bilamana orang itu berada di atas,apa jua kata-kata sampah dari nya ibarat sesuatu yang sungguh bermakna pada orang lain"

dan kita semua ini sebenarnya adalah orang yang berjaya..

Sis rasa thats all for today,5:59am now,sis bangun pukul 4 tadi.Sahur,scan document client dan menaip short entry ni.

InsyaALLAH,salam kejayaan untuk awak yang sedang mencari jalan kejayaan.Amin...


Schedule entry-

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

4 comments

  1. Yup. Suri rumah tak semestinya duduk rumah saje kan. ramai yang kreatif & mendidik anak2 sendiri kat rumah baik ilmu dunia mahupun akhirat. :)

    Btw, sangat memberi inspirasi irda. moga kita sama-sama berjaya baik dunia mahupun akhirat. amin

    ReplyDelete
  2. Rasa semangat lps baca post ni.. suri rumah pun mampu berjaya kalau kena caranya..

    ReplyDelete
  3. GV kagum dengan kak Irda. Panduan untuk berjaya sangat bagus kak Irda. GV akan pegang kata2x kak Irda iaitu dont compare to others. GV pun rasa bersemangat baca artikel akak ni. Terbaik kak Irda. :D

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO