Assalammualaikum readers,

Salam hujung minggu.Jika ada diantara pembaca yang jadi sahabat irda di Fb atau di instagram,mesti tahu kan irda dah ada handphone ke dua selepas samsung ,irda ada iphone.Amboii,,,beli iphone pun nak habaq satu dunia ka irda?Alaaa..irda nak share sebab ia berkait dengan tajuk entry malam ini.Apalah nak kecoh sangat kan..orang lain beli banglo pun rileks je..hehe..

KENAPA irda beli IPHONE secara installment/ansuran?

Memang betul,irda memang tak suka berhutang.Kalau boleh memang nak zero komitment dengan bank walaupun diri sendiri adalah banker.Alhamdulilah sekarang irda tiada sebarang komitment dengan bank selepas kereta dah habis bayar.Syukur sangat rasanya.Tapi irda masih ada credit card.Melalui credit card irda banyak gunakan untuk pembelian barang-barang elektronik atau perabot secara installment/easy payment with  zero interest.

Selalunya barang yang dibeli berharga RM2000 dan keatas.

Apa itu easy payment dan bagaimana caranya irda pernah terangkan dalam entry sebelum ini.Boleh semak dalam niche credit card dan banking ya.Dalam tu ada share bagaimana caranya.

image from google

Kenapa Irda Suka buat easy payment/installment?

 Jawapannya:JUST FOR SAVING (membuat simpanan)

Eeh macam mana pula tu?
 
Ok macam ni,irda bawa anda pada situasi:

Contohnya korang beli IPHONE X yang latest tu harganya dalam RM5k plus.

Kalau korang buat easy payment,harga masih sama,tapi boleh dibayar secara bulanan ,Jadi ia

i.Tidak membebankan

ii.Duit 5k plus daripada dibayar kat kedai ,cuba uols rolling dulu dalam bentuk pelaburan jangka pendek.

Contohnya jika 5K tu jika korang letak dalam Fixed Deposit

korang boleh dapat dividend sebulan dalam 3.15-3.5%.Tengok kalau ada bank promosi interest rate for fixed deposit.Selain fixed deposit boleh letak dalam tabung haji atau ASB pun boleh.


Contoh letak di Fixed deposit( short term saving )

 5000X3.5%X30/365= dalam RM14.35 sebulan

setahun:RM172.20

dua tahun:RM344.40 

Lagi lama lagi banyak profit.Kalau bayar cash 5k tu ke kedai,sekali tiup je duit tu hilang dari pandangan.sayangkan??

Oops,janganlah kata "itu riba lah irda".Kalau korang pergi bank,cakaplah nak buat fixed deposit islamic atau/fixed return investment islamic.Minta bank jelaskan macam mana nak buat.Janganlah terus hentam macam tu,sebab tu kalau tak tahu bertanya.

Jadi daripada korang laburkan duit tu kat kedai bayar cash/lumpsump payment.Apakata rolling simpan duit tu dulu.dapat dividend and handphone korang bayar secara installment bulan-bulan tanpa sebarang caj tambahan.

Kenapa irda tak amik je package data & handphone sekali di telco seperti DIGI OR MAXIS?

Sebenarnya sebelum ini irda ada iphone 5,masa tu beli dengan maxis dengan sign up plan data sekali.Fuhh!! MENANGGUNG 2 tahun contract dengan data 5GB sahaja,adeihai rasa dalam penjara dua tahun tu.Nasib company bayar bil bulanan tau.So tak kisah sangat lah data sikit sangat tu..

Sejak tu serik dah nak yang ada contract bagai ni.Baik beli luar and sign up plan yang takde contract,tak suka anytime boleh terminate kan.

Lagipun harga handphone di luar dengan telco lebih kurang sama je.

Dimana Irda beli IPHONE secara  easy payment?

Sebenarnya first irda survey di court mammoth setapak.Memang court selalunya yang jual iphone secara easy payment ni.Cari juga di jusco tapi tiada brand iphone.Sebab irda nak belajar editing video macam kawan irda buat menggunakan iphone sahaja,jadi taksub nak iphone juga..huhu..


So android for daily business use manakala iphone untuk kerja-kerja editing especially untuk blog kesayangan ni.

Masa di court mammoth setapak ni,entahlah,selalu je ada masalah.Dulu pernah beli barang kat sini,nak installment dia swipe cash,nasib ada je cash nak bayar kat bank.Sudahnya habis plan nak buat easy payment untuk satu perabot tu.

Masa irda datang minggu lepas,cari stok iphone colour yang irda nak tiada pula.Jadi diorang kata takde stok kak!

Ala cik adik sales girl,kalau tiada stok order lah,saya boleh je tunggu.Siap mention"ala kak,kita HQ,kalau akak pergi tempat court mammoth lain sama je kot".

So,nak I amik colour yang i tak suka tu ke?Memang tak lah..customer kan always right.Dia punya sukalah dia nak yang mana.

Tapi ada desas-desus dari staff court mammoth sendiri kata:

"sebab akak beli cash sebab tu diorang malas nak layan sangat"

AIK..takkan i nak buat flexi 5 tahun tu kot,memang tak lah.I every single sen i calculate tau.Tengok je lah i nak beli easy payment pun bersebab kan.Otak biar geliga dik,even satu sen,patut kira apalagi dalam urusan jual beli.Bab sedekah jagan berkira,tapi bab dalam business,you must calculative.

Keesokkan harinya,i pergi court mammoth di damansara pula,ok  je adik tu layan.Siap i survey nak beli ipad atau handphone lagi satu.Sebab i nak asingkan number satu untuk family dan satu untuk business dan kawan-kawan,irda rasa need two phone.

Betul,hari tu colour yang irda nak tiada stok.Tapi adik tu siap check available colour apa yang ada untuk dipesan.Alhamdulilah ada colour rose gold yang irda nak dengan syarat kena tunggu 3 hari.Ok je lah kan..bukan nak guna urgent pun.Tahniah court mammoth damansara branch,saya suka dengan servis anda!

After 3 days i received my luvly rose gold.Siap dia datang dekat office i dengan lori besar gile,i tengok dari atas tingkap masa driver tu cari -cari alamat,i boleh rasa itu lori court mammoth,punya besar lori,kotak iphone i kecik je.huhu..

ADA TAK CAJ SAMPINGAN BILA BUAT EASY PAYMENT DI COURT MAMMOTH?

Yes ada,Dulu tiada.Sekarang court pun nak cover cost kot.

Jika kita buat setahun.caj RM29 KE 39 tak ingat
kalau dua tahun 69 rasanya.Alaa tak ingat pula.Tapi kata salesman tu ini caj untuk gadjet sahaja.Kalau beli perabot rasanya belum ada caj.

Pengahantaran pula percuma ke alamat kita dengan syarat barang melebihi harga RM3K.

Warranty adalah satu tahun

BANK apa yang ada?

Banyak bank yang boleh diguna di court mammoth.Kebanyakkan customer chinese memang suka sangat konsep easy payment ni.

Tapi berlainan bank,berlainan pula maximum tahunnya untuk buat easy payment.Contohnya:

CIMB-Maximum setahun sahaja

MAYBANK-Boleh lebih dari setahun.

 
KENAPA TAK BELI DI IPHONE CENTRE SAHAJA?


Sebenarnya irda tak tahu pun di iphone centre boleh buat easy payment.Sebelum ni memang  cash sahaja,sejak dua tahun kebelakangan ni iphone centre pun dah meringankan bebanan pengguna untuk memilik iphone.

Hari jumaat lepas irda pergi ke iphone centre di oneutama,omakk aih,setengah jam cari parking,tak jumpa parking.Sudahnya pergi ke iphone centre di KLCC tingkat 3.

Masa datang tu ramainya mat salleh,pekerjanya pun peramah dan sangat helpful.Muka pun sweet 17 sangat diorang ni.

So irda difahamkan oleh kru disana ,kalau uols nak beli iphone secara easy payment boleh juga beli di iphone centre terus.

TETAPI!

MAXIMUM  boleh buat easypayment hanya setahun sahaja.Tak boleh lebih.Dan pembelian iphone perlu penambahan  another 1 year warranty.

Contohnya,handphone irda sekarang 1year je warranty sebab irda beli di court mammoth,

KALAU irda beli di iphone centre,irda kena beli  harga iphone(1 year warranty) ditambah dengan dengan setahun warranty lagi dengan harga (599),itu wajib ya!

Jadi setiap handphone disana harga ditambah dengan 599 kemudian dibahagi dengan 1 tahun.Jadi jumlah bulanan tu lagi tinggi 

contohnya jika korang beli iphone x:

Harga iphone:RM5419 ( sebagai contoh sahaja)

Add one year warranty:RM599

TOTAL Harga: 6018/12 bulan

Monthly commitment:RM501.50


Lepas BELI iphone apa patut buat?

Haa,yang ni irda pun godek google.

Banyak bende kena check sebenarnya.First check betul ke iphone ni baru dan original

macam mana nak check?korang boleh singgah dekat salah satu laman web yang irda baca ni :check iphone original or not

Actually banyak lagi caranya,korang google lah sendiri ya.Hari ni irda just nak share kenapa perlu buat easy payment atau beli iphone secara installment walaupun ada cash mencukupi.?Jawapan seperti penerangan diatas.

Menyimpanlah walaupun hanya RM1 dalam sehari baki dari perbelanjaan kita.Jadi kalau ada cara lain,kenapa tak gunakannya kan kan..Ok uols..

Tiada credit card?nak apply credit card?boleh contact irda ya.

Sebelum apply pastikan minimum gaji RM2000,tiada tunggakkan PTPTN,less commitment dengan bank dan bijak berbelanja.Kalau anda boros,please stop from using credit card.

Ok uols,thats all for today..daaa
 





Appreciate your time reading this entry.

7 Comments

Thank you,come again :)

  1. Bila ada ilmu alhamdulillah mudahkan urusan dan mudah dipraktikkan...banyak ilmu baru kak PC dapat bila Irda kongsi sesuatu...tq Irda.. :)

    ReplyDelete
  2. MasyaALLAH..tak terfikir pun selama ini apa yang Irda tulis ni. Thanks for sharing anyway. Syoknya orang tuh dah ade handphone baru. Hehe..selamat mengedit video yer...

    ReplyDelete
  3. Nice, serious nice sharing. First time rasa betul betul faham konsep easy payment ni. Terima kasih kongsi ilmu ^^

    ReplyDelete
  4. Tips perbelanjaan yang sangat bagus kak Irda. :D

    ReplyDelete
  5. wslm..wah..good info.tq2..dh lama saya cari mcm mne nk beli iphone klu xnk mbazir lebih...lau gitu boleh lh bt easy pymt dgn iphone store .hehe..tq share

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat ilmu sangat membantu. Terima kasih irda

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post