Persoalan dan Jawapan mengenai ASB LOAN

08:08:00

 Assalammualaikum,
 Sabtu,30 December 2017



Wah berdesup wassap  masuk apabila dividend 2017 sudah diumumkan .Betul ke ni kak?agak-agak saya dapat berapa ni?macam mana nak kira ni?saya tak faham...ok sini details macam mana hendak kira dividend ya:

Cara pengiraan dividen & Bonus ASB 2017
===============================

Dividen = 7.00%
Bonus = 0.25% (kiraan baru bonus berdasarkan purata baki terendah 12 bulan, *sebelum ini kiraan purata 120 bulan)
Bonus Ulang Tahun = 1.00% (Kiraan berasaskan baki terendah 12 bulan untuk max RM10,000 sahaja.
Contoh dari awal 2017 anda mempunyai RM200,000 dalam Akaun ASB.
1.Dividen
----------

RM200,000 x 7.00% = RM14,000

2.Bonus
---------

RM200,000 x 0.25% = RM500
🔹1 & 2 akan dikreditkan pada 2 Jan 2018

3. Bonus Ulang Tahun
-----------------------

RM10,000 x 1.00% = RM100
🔹3 akan dikreditkan pada 1 Mac 2018
------------------------------------------
Total = RM14,600


Selain kiraan secara manual,untuk mendapat jawapan lebih jitu,nanti 2 Januari boleh semak lah di mana-mana kaunter ASB atau boleh juga buat semakan secara online.

1.Bagaiman mendaftar secara Online untuk buat semakan?

https://www.infopelajar2u.com/cara-daftar-asb-online-myasnb

Boleh klik laman web diatas dan belajar cara-caranya.Sangat mudah dan anda tidak perlu beratur dan menunggu lama di kaunter.Tapi ingat,cara online hanya untuk buat "semakan".Bagi tujuan pengeluaran,hendaklah datang ke kaunter-kaunter ASB.

2.Betul ke sis,kalau saya ambil loan ni 30 tahun,tapi tak sampai 5 tahun saya dah batalkan.Boleh ke?


Loan ASB ni hutang baik,tak boleh bayar kalau dah lebih 3tahun batalkan sahaja,dan kira berapa amortization amount  akan dapat.Sebenarnya banyak bank tidak mengenakan apa-apa kontrak,loan boleh dibatalkan bila-bila masa walaupun hanya selepas 1 tahun.Tetapi,nasihat sis,batalkan lepas 3 tahun,sebab jika pembatalan dilakukan tak sampai setahun usia Loan ASB ,akan berlaku pembayaran sikit kepada pihak bank,ia bukanlah penalti tetapi insurance amount yang kena bayar.

3.Apabila lewat bayar apa akan berlaku pada loan tersebut?

Selalunya bank akan letak tarikh 1 haribulan untuk due date pembayaran.Jika berlaku lewat pembayaran,sebulan contohnya masih ok.Tapi kalau dua bulan bank masih tidak menerima bayaran,sijil Loan akan dijual semula ke PNB,LOAN ASB akan terbatal.

4.Bagaimana mengira LATE CHARGES?

Late charge yg dikenakan adalah 1% p.a daripada amount installment anda setiap bulan.

contohnya:

Setiap 1 hb kene bayar installment R550/month, Tapi korang bayar pada 7hb, so dah lewat selama 6hari.

Jadi interest yg dikenakan adalah:
RM550 x 6 ÷ 365 x 1% = RM0.09


Itu kalau 6 hari,lewat 30 hari?sila kira ya..

5.Student boleh buat Loan ASB tak sis?Ada partime job as UBER Driver.

Selagi namanya student,tak boleh buat apa-apa LOAN.Kecuali kalau dia declare as fulltime worker.

Cara betul mohon jika student atau housewife:?Join APPLICANT with parents atau spouse.ASB SIJIL akan masuk dalam akaun anda,dan nama second applicant sebagai pembayar.

6.Berapa Loan amount yang saya boleh ambil?dan berapa tempoh masa yang sesuai.?

Sebenarnya tanya balik pada diri anda berapa yang mampu anda simpan setiap bulan.Loan asb ni lagi panjang lagi bagus,bagi sis lah.Sebabnya pembayaran lebih rendah dan ROI  lebih tinggi.Tapi ada orang lebih suka masa pendek sebab cepat habis katanya hutang.

Pendapat sis,kalau buat Loan kereta,lagi pendek lagi bagus.Kalau buat Loan asb,lagi panjang lagi bagus.itu sahaja.

7.Loan ASB saya dah terbatal sebab tak bayar,loan ASB tu baru 6 bulan.Apa perlu saya buat?

Pergi mana-mana cawangan bank yang anda buat loan tu.Semak jika ada tunggakan kena bayar.Selalunya memang ada sebab loan anda baru sangat.

Walaupun baru 6 bulan pembayaran dilakukan,dividend anda masih dapat untuk tahun depan prorata 6 bulan.Jadi apa-apa bank minta bayaran yang tertunggak ,bayar sahaja.

Kalau anda buat tak tahu sahaja lepas loan terbatal,nanti tunggakan akan meningkat,akan ada risiko surat saman akan datang.Nama anda dalam ccris dan susah untuk anda buat loan lain.

8.Saya amik loan 100,000 sahaja,tapi bila surat sampai jadi 103,688.kenapa ada lebihan  3688 sis?

Itu adalah nilai insurance yang bank bayar kepada syarikat insurance untuk melindungi loan anda jika apa-apa berlaku pada anda.Insurance ini selalunya hanya protect kematian dan kehilangan upaya kekal.Hanya ada satu bank sahaja cover illness juga,itu kena tanya sis buat dengan bank mana ya.Selalunya mana-mana customer yang buat dengan sis,sis akan explain pasal insurance,processing fee dan amortization amount.

9.Insurance ni wajib amik ke sis?

Sesetangah bank tidak mewajibkan,tapi sis galakkan.Sebab kita tak tahu esok lusa jadi apa. Sedangkan loan kereta pun ada insurance dan loan rumah pun sama.Jadi LOAN ASB juga patut ambil sekali dengan insurance,sekurang-kurangnya apa-apa berlaku,waris akan menerima manfaatnya.Malang kan tidak berbau.Selalu bayaran insurance pun dah add on dalam installment bulanan.Jadi kita tak rasa sangat beban bayaran tu.

10.Bank mana yang terbaik untuk buat Loan asb sis?

Setiap bank ada promo rate dan kelebihannya.Masing-masing ada kelebihan masing-masing.Antara Bank yang buat Loan ASB

1.MAYBANK
2.CIMB
3.RHB
4.BSN
5.AMBANK
6.AFFIN BANK

Jika ditanya bank mana yang terbaik,anda boleh survey semua bank ini untuk :compare interest rate,processing fee dan maximum loan tenure.

Kalau boleh dapat kenalan yang buat ASB pun lebih bagus,sebab anything boleh tanya direct kan?Kalau bank sahaja bagus,consultant yang uruskan macam melepaskan batu ditangga pun tak boleh juga kan..Jadi  pilih bank mana yang terbaik pilih juga the best  consultant yang boleh beri penjelasan details.

Nak buat dengan sis Irda pun boleh taw...pm je ke no handphone diatas.

Ok uols,thats all for today...next time sambung lagi ya.Maybe kita boleh sembang bab property pula.

Salam Hujung Minggu semua...daaaa




Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

23 comments

  1. mohon izin nk forward entry ni kt kwn sy 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan dear..moga bermanfaat ya

      Delete
  2. Tinggi pulangannya tahun ini.

    ReplyDelete
  3. Asb sy dh bankrupt..ahaha.

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing babe. banyak membantu mereka yang mencari jawapan tentang asb

    http://mommycici.blogspot.my/2018/01/kemensah-chalet-waterfall.html

    ReplyDelete
  5. ASB loan sy ada 2 lagi masih berjalan. Withdraw bila perlu je. huhu.

    ReplyDelete
  6. GV baru nak aktif balik ASB sebab simpanan tak konsisten. huhu.

    ReplyDelete
  7. Untuk soalan no3 maknanya bila lebih 2bulan xbayar loan asb automatik akan dibatalkan ke sis. ..

    ReplyDelete
  8. bagus info ni, boleh share pada adik2 yang baru mula bekerja

    ReplyDelete
  9. Saya nak tanya ni sis saya ada buat loan asb sebanyak Rm100 k..dh lebih kurang 5tahun..so klu saya terminate loan tersebut..adakah saya akan dapat balik wang lebihan bayaran tersebut..dan macam mana bayaran tersebut dibayar..Tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.boleh wassap sy 01123716700

      Delete
  10. Boleh ansuran tu bayar setahun terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh,itu namanya advance payment

      Delete
  11. Boleh ansuran tu bayar setahun terus?

    ReplyDelete
  12. Assalam.. sy dh jual asb konvensional sy sbb beli asb islamik. Tapi asb lama sy masih Ada tunggakan sebulan, perlu ke sy byr asb lama tu walau dh jual?Dan berapa lama Masa diambil utk dpt balik pulangan jual asb tu?asb sy dh 3 tahun lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.boleh wassap sy 01123716700

      Delete
  13. Sis saya nak tanye.baru2 ini saya dah batal kan asb saya...saya pinjm 30k..bln 170..dah 2thn ..skrg dh sebln pembatalan berlaku..adakah saya akan dapt ape dr hasilnye sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.boleh wassap sy 01123716700

      Delete
  14. Salam saya nk tnyee saya ade buat loan asb 100k mase 2017 tapi dah 6 bulan saya tk bayar..klau saya pergi batalkn.. saya kena bayar balik atau tidak

    ReplyDelete
  15. Klu kite lewat bayar sehingga 12hb..adekah nama kite akan masuk ccris? Dan bagaimana kah jika kita nk buat loan lain pula? Lulus ke tidak?oanBerap tarikh selewat2 byar ?asb?

    ReplyDelete
  16. Halo.. sy nk tnya, btl ke stiap hujung tahun (bulan12) wajib bayar habis bayaran bulanan asb loan? Xble ada tunggakan? Tp klu bulan lain ble.. jnji jngn lebih 2bulan..

    ReplyDelete
  17. Hi sis. Kalau 3 bulan dh tak byr,and if sijil dah kena jual. Kita masih perlu byr tunggakan 3bln tu ke?

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO